Thursday, September 6, 2012

Potluck Meja Bulat

Salam Jumaat. Semalam after short discussion my officemate plan utk potluck. Memandangkan derang terlebih rajis utk menganyam daun ketupat ptg smlm so main dish potluck kami ketupat.

Lepas tu yg lain bwklah apa yang patut. Thn ni Leen mmg xlarat nak buat open house so Leen pun contributelah skit utk potluck ni. Hari tu office husband pun buat potluck Leen buatkan bihun sup. Alhamdulillah abes licin..hehehe.

Leen bawa Mee Basah (stok daging) and Ayamas Ayam goreng.


Resepi Mee Basah.
500gram daging potong kecik2
Sebatang carrot
2 cekak sawi
Sepaket fish ball / fish cake / tahu
Sos tiram
Kicap kipas udang merah
Sos cili
Sos tomato
6 ulas bawang putih di tumbuk
Cili giling
Garam
2 paket mee kuning

Cara-caranya
1. Mlm td Leen rebus dulu daging tu. Rebus sampai empuk. Air daging agak2lah.

2. Tumis bwg putih dan cili giling agak2 nak garing tu masukkan air daging sedikit mcm sesenduk je. Kacau2 jgn bg hangit.

3. Masukkan carrot dan fish ball. Kacau. Masukkan garam secukup nye.

4. Agak2 carrot dah nak empuk masukkan sos tiram,sos cili,sos tomato dan kicap. Sos2 ni agak2 je kalu nak pedas letak byk.

5. Bila dah sebati semuanya baru masukkan air daging beserta daging. Kacau sampai mengelegak. Masukkan sawi.

6. Warna akan sedikit berubah. Sbb dah masuk air daging jd top up kicap n sos bg warna xpucat.

7. Minta tlg suami masukkan mee (oh ya mee tu masuk dlm tapis basuh dgn air lalu bg kapur ilang) minta tolong suami kacau semuanya.

8. Bila mee dah kembang bolehlah tutup api. Hidangkan.

Ada rendang daging, ayam masak sumo,serunding, kuah kacang, sambal bilis, kuah lodeh, burger malaysia, cheese kek, puding jagung dll.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

No comments:

Post a Comment

Thanks babe for leave a comment