Tuesday, September 9, 2014

Workspace atau Ruang Desktop

Assalamualaikum. Memandangkan rumah quarters yang Leen tinggal sekarang ni luas. Leen letak meja PC kt dalam bilik. Tetapi ruang tulah yang selalu buat mata dan hati ni sakit. Meja solek Leen tu pun kadang2 sepah jugak tapi tak berhabuk. Duduk rumah apartment tingkat 14 ni memang kena rajin lap habuk. Nak pulak atas meja tu memacam ada. Tadi Leen pun carilah idea mcm mana nak hias meja PC I tu kannnnnn....

Paling win dia punya kerusi. I liokee! 
Pehtu ada pulak kata-kata dorongan atas tu. 

Ni macam serabut sikit. Kalau buat mcm ni kat rumah tu boleh jadi perangkap habuk ni.
Tapi suka meja warna putih tu. 

I lioke ada 2 kerusi. Warna Oren pulak tu. 

Alahai smartnya! Suka! Meja putih lampu putih.

White+Pink. Ahhhh suka sangat kalau mcm ni.

B&W. Simple. Do More What Makes You Happy. Ahhh jatuh cinta dengan yang ni jugak.
Tapi kan bilik Leen tu luas. Rasanya takpa kalau desktop Leen tu warna hitam...Leen plan nak cat putih. Haih! mcm2 bermain kt kepala ni. Cemana nak hias bagi  nampak smart. 

Hahahaha tudia aku nye pc. Nampak tak apa ada atas meja tu. Ubat-ubatan suami. Sembur lipas pun hado. Dumbbell pun hado. Arghhhhh stresss tak cute langsung. Ada satu je elemen cute tang mouse pad tu warna pink. Jadilah. 





Thursday, September 4, 2014

Laman Grill, Kajang

3 September birthday Nuar. So petang 2 September tu aku ajaklah Nuar makan luar. Hehehe tapi ...... tapi bukan aku yang blanje. Nuar yang belanje hahaha. Ko rasa? 

Memang dah lama usha Laman Grill ni tapi tak berkesempatan je nak pergi. Ok jom layan gambar dulu. Nanti aku cerita pendapat aku.

Decoration sebelum nak masuk. Bunga layu di situ. Sila siram


Mushroom Cappuccino


New Zealand Lamb Cutlet and Turkish Lamb Kebab

New Version Marbled ‘Chicken Chop’

Ini pendapat dan selera aku lah ye. Selera orang berbeza-bezakan. Takperlu buat reservation mungkin sebab tak ramai orang weekdays so kami walk in je. Time aku datang tu takda orang buka kan pintu hehehe (wat you expect Leen oi) kami dah duduk and order. Harga makanan memang standard hotel. Ambiance restoran aku suka. Romantic! Lampu ok, air cond ok... sedang eloklah. Memang sesuai ar ng jiwa balik kerja+lapar+nak raikan birthday boy. Tapi alahai pekerja-kerja kat situ plak memekak. Jenis gelak kuat cakap kuat satu restoran boleh dengar. Yelah aku budget restoran tu mcm 'best-bestlah' aku bg 3 bintang jelah utk pekerja2 kat situ. Elok lagi behavior  pekerja2 Secret Recipe.  Dulu aku pernah kerja kt Pizza Hut, uuui Manager aku marah kalu staff dining yang duduk berkumpul berborak walaupun takda kerja kena berdiri sensorang jangan berpatner. Tapi kat Laman Grill siap duduk satu table ada yang main hp juga.

Masa aku order tu aku cakap soup tu sebagai starter. Oklah sampai awal soup tu. Sat lagi aku ng Nuar belum selesai lagi soup tu kiranya tengah menyuap sampai main dish kteorg. Menggagau aku mengabiskan soup tu tapi tak leh nak abiskan secepat mungkin. Sebab tak sampai 5min aku dpt soup.  Pulak rotinya hangit. Minta tukar xboleh. Takpa lah bedal je perut lapar.

Aku order Chicken Chop pada aku sos dia sedap. Tapi ayam tu salut ng cornflakes bg aku mcm tak kena plak. Kalau breadcrumb tu sedap aku rasa. Tak abis aku makan. Nuar cakap Lamb dia sedap, sos ok. Air kiteorg juice tembikai dan ice lemon tea. Total lagi seposen nak RM100.

Mungkin aku high expectation kot tapi actual macam tu terus hampa.

Tuesday, September 2, 2014

Rumah Kayu Comel


Assalamualaikum. Aku ni drpd tahun lepas berazam nak aktif balik berblog. Konsep blog aku nak lebih kepada deco rumah, hiasan dalaman, resepi masakkan atau project-project diy sebagai seorang wanita lah katenya...tapi takda bahan asal ada bahan malas nak buat n3. Tapi hari ini aku berkesempatan nak cerita pasal rumah kayu yang berkonsepkan resort. 

Rumah kakak aku. Rumah ni comel je mcm studio. Terletak dalam kawasan rumah mak mertua kakak aku. Lokasinya dirahsiakan muahahaha... 

Interior design banyak idea kakak aku tp yang finishing kasar2 tu abang ipar aku nye idea. 

Rumah ni siap dalam masa sebulan. Mmg pulun derang siapkan rumah ni. 

Peti ais kecik tu tempat stock air sejuk Emill dan Istiqfar. 

Kagummm ok aku tgk lampu kayu ni. Ni abg ipar aku soh amik gamba ni. Kombang kompih dia cte pasal lampu ni. Kira paling antik lah taste dia. Aku cakap "ntah mcm biasa je mcm lampu kedai tom yam je" hahahaha pasrah je dia dapat adik ipar cam aku. 

Dinding ni beli kt kedai perabut jadi tak silap aku. dia kira sekeping sekeping.


Ada tilam. Tapi nak naik ketilam tu mcm ada platform ar.. xda katil.


 
Lorong menuju toilet. Kecik je pun lorong ni. Ada tingkap tepi tu. 

 Bilik air. Ala tak full lah gambar ni. Tepi tu ada sink basuh muka. and shower. Memang selesa and kenalah konsep resortnya.

Yang rumah batu hijau tu rumah mak mertua akak aku. Derang dtg sini hujung minggu je. Gilo nak duduk rumah tak da dapur hahahaha.


Dari pandangan luar. Time ni raya. Tu yang ada pelita lg. Yang ada ekor tulah lorong ke bilik air td. 


Ni pintunya. potong tengah2 masukkan kepingan kayu menggerutu tu.

Ni bdk busuk. Ade je akal dia nak ulang alik g umah Wan pehtu lari balik rumah. Pehtu minta org amikkan 'lautan' a.k.a rambutan.

Ok sekian idea kalau sesapa ada tanah kt umah mak tu boleh buat mcm ni. Mak i duduk taman...nanhado tanah luas nak buat rumah pondok sendri ngam-ngam tempat sidai kain je. 

xoxo
Leen


RAYA 2014

Assalamualaikum. Aci tak kalau sekarang aku baru nak cerita pasal raya hehehe. Aci lah ye. Ini merupakan raya ke 6 bersama as husband and wife. Perasaan hurmmm biasa je.  Jap betul ke yang ke 6 haa.

2009 - Tema kelam kabut Nuar pakai baju gray (recyle baju Nikah je) aku pakai hijau tudung gray. Sbb masa tu al-maklumlah 1st time packing baju nak balik beraya rumah mertua kannnnnn so mcm kelam kabut ke laut skit lah langsung tertinggal baju raya aku warna gray tu.

2010 - Seminggu sebelum nak raya pergi SACC Mall, Shah Alam nak cari baju raya. Berbuka dengan air je then sambung cari baju raya. Dapatlah dua pasang baju raya yang sedondon dengan Nuar. Mak aku call bg tahu wan masuk Hospital Kuala Pilah tapi di tolak ke Hospital Seremban sebab critical. Aku ng Nuar terus je balik Seremban kami sampai dulu sebelum ambulance bawak wan tu sampai ke Hospital Seremban. Raya ke 5 arwah wan pergi mengadap penciptanya. Seminggu lepas tu kehidupan bermula seperti biasa pulang ke Seremban, saudara mara tegur badan aku ada perubahan. Aku tak rasa apa apa cuma masa tunggu arwah wan di Hospital waktu tengahari aku mengantuk gila nak bukak mata tak boleh. Wan ketuk kepala aku ajak borak. Masa tu Wan dah cakap mengarot2 akibat pendarahan di kepala. Rupa-rupanya aku pregnant. Masa aku check tu dah 5 minggu. Alhamdulillah. Tp dua bulan lepas tu aku miscarriage.

2011 - Raya kt rumah nuar. Kaedahnya gilir-gilir Alhamdulillah tak pernah gaduh bab balik mana dulu. Kalu kite praktikan kaedah gilir-gilir ni. Mcm biasaje raya tahun kali ni.

2012 - Raya kt rumah wan aku pula. Best dan sangat bererti. Aku pregnant kan Fateeh time ni. Baju raya aku vogue the vass...arghhhhh mak suke mak suke.

2013 - Raya kt rumah nuar. Mcm biasa mood terkenang mood rindu mood mengapa harus.

2014 - raya kt rumah wan aku pula. Mood tenang dan slamber.

Seloka Aidilfitri.
Hari Raya Pertama secara tradisinya kami sekeluarga memang tak boleh kemana-mana sebab menunggu anak-anak dan cucu-cucu dan cicit cicit wan balik sini. Walaupun wan dah xda tapi aku tetap dapat rasakan wan happy tgk kami yang masih beraya di rumah wan. 

Raya kedua bergerak balik ke rumah Nuar. Dalam perjalanan singgah rumah kak lip. Rumah kayu yang comel. Kemudian terus balik kampung Nuar. Pukul 1 pagi baru sampai. Penat oooooo!

Raya ke-3 tema biru. Raya ke-4 dah kerja. Yahooo. Memang tak suka cuti raya lelama pun. Dah ada anak nnt memang aku pulun cuti raya lelama. 

Tudung raya tahun ini beli daripada Arelene.com wide shawl yang sangat senang di bentuk dan selesa. 

xoxo 
Leen