Assalamualaikum. Alhamdulillah 32weeks sudah membawa lil caliph dalam perut ibu ini. Indah!
Semalam check up untuk 32weeks di KK Precint 9. Pagipagi pukul 8am dah ada kt sana masukkan buku pink dalam bakul khas "MGTT" tunggu nama kene panggil. Dah kene panggil buat urine test lepas tu terus pergi ke Lab. 850am nama kene panggil utk ambil darah dan minum air gula. Sebelum tu mmg Leen nekad nak minum sekali harung tak mau minum sikit. Jd dengan lafaz Bismillah tarik tafaz tahan zassssss amik glass plastik tu minum. Wow! Sedap! Kelasssss ko jah! Air Ribena uolls. Sapa kata KK air gula nya takde perisa. Ade ok. Siap perisa Ribena lg sejuk plak tu. Masa minum tu Leen minum b3 dua orang tu dok usha usha Leen sambil senyumsenyum takut takut. Leen ckp "Sedaplah jgn minum skitskit minum sekali gus" hehehe pandai ngajar orang.
Lepas minum tu kene rehat 2 jam. Leen pun carilah port yang selesa skit untuk lepak. Pukul 11pm tu pergi kat Lab balik utk dicucuk kali ke 2. Uhhhh fengsan tak makan-makan since kol 10mlm td. Husband belikan roti bun ng air kotak je untuk berbuka sbb lepas ni nak jumpa nurse dan doc pulak.
Masa jumpa nurse Alhamdulillah HB dah naik semula. 2 minggu lepas 10 tp skarang 12. Lega babe! Berat badan plak turun. Ni punca nya sebab tak makan nasi takot punya pasal. Yelah takotlah kan kot kot betul ke ade kencing maniskan.
Masa jumpa Doc review result MGTT tu Alhamdulillah normal. Bawah bacaan 7 katanya 4. Means Leen bebas daripada kencing manis. Scan uri plak..sbb 2 minggu lepas kedudukan uri Leen sedikit kebawah. Uhhh merisaukan. Hari-hari berdoa agar uri ke posisi yang betul. Alhamdulillah uri dah ke atas. Lega!
Sebenarnya Leen still continue berubat di Al-Hidayah. Sebulan sekali mcm tu appointment Leen ng Al-Hidayah. Baru ni Leen kebetulan rezeki perawat dapat Asraf Muslim. Ahhh nervous mak nok! Leen nyer nervous sampai tak pandang muka dia. Siap Asraf Muslim cakap "Puan Assalamualaikum..pandang saya puan" hehehe. Macam biasalah dia scan..bla bla bla .. Leen ceritalah yang Doc cakap uri Leen kebawah skit. Then dia kata "Ok tak pe meh saya scan" Dia pun scan and mcm seolah2 dia bwk uri tu ke atas. Dlm hati Leen terus berzikir tanpa henti semasa dia scan. Dengan izin Allah uri Leen bila di scan oleh Doc semlm dah ke atas. Syukur.
Meraikan kejayaan check up 32 weeks dengan semuanya berita baik dengan memakan KFC hehehe. Masa makan senyap je sebab kelaparan sgt.
Ok itu sahaja review Leen untuk check up 32 weeks. Mudah-mudahan urusan hamil dan bersalin kami anak beranak dipermudahkan olehNya. Amin...
good luck ye leen, dah 32 minggu tak lama dah tu...
ReplyDeleteThanks Emma :)
DeleteTahniah n take care leen..
ReplyDelete