Thursday, September 30, 2010

Rindu bertandang lagi


 Oh! Sedihnye oh! K.lip sedih nye n3 Rindu k.lip ni. Berenang2 air mata sy taw.
Hurmmm...

- Betul arwah begitu sibuk ketika hari mantai tu bertanya lemang dah masak ke belum. Lemang nak buat bape batang.. kami hanya meng-iya kan sahaja. Dlm hati hanya Tuhan yang tahu. Sebelum balik ke Perak pada hari raya ke-2 arwah wan sempat tanya saya 'ko dah bagi lum nuar makan tapai?' 'erkkk...dah wan..dia ckp manih (manis) manih macam muko wan' 'ko ni heh! panggil dio' ayg wan panggil 'ye wan' 'nua ko dah makan tapai dah? manih tak?' 'erkkk manis!' Arwah begitu berpuas hati dengan jawapan kami. Sebenarnye sebelum arwah kene attack arwah sempat menyukat beras pulut untuk di buat tapai. Tp tak kesampaian. Sekarang beras yg telah disukat tu mak saya dan makcik2 yg lain akan usahakan cari orang yang pandai buat tapai. Mcm tapai wan! Walaupun saya tak suka makan tapai tp sy makan tapai wan sy buat sje...

Disini saya tepek kan gambar kenangan dengan arwah pada bulan April 2010. Ketika di rumah sepupu saya.Kenangan ini akan di abadikan for ever and ever. Buat anak2 mummy..Sorry guys tak sempat jumpa ng Moyang .. Tp mummy and daddy dah dapat 'petua' dari Moyang kamu. Moyang sangat sporting...best+kelakar.






 Lepaking with wan.... wan order milo paneh satooooo....
My love
and my only one! 
1930-2010....

Wednesday, September 29, 2010

Horlicks Halal

Fuhhhhh ... sebaek halal hehehe.
Lately ni sy berkepentingan untuk minum horlicks
Before this tak sibuk2 pun nak minum horlicks ni tp bila dah tet...! kenelah minum susu tu lebih2 sikit.
So kt cafe office hari2 sy kene minum horlicks satu mug besar sampai habis (hahaha sebelum ni sy tak penah abiskan air mesti sampai setengah..kwn2 pulak yg bengang kt sy ckp membazir je order air) lepas tu ade sorang kakak ni tanye sy..horlicks ni halal ker? Sy dgn nada teragak2 'eh halal kot..sbb aritu tgk ada logo halal' td balik dr cafe terus check kt Halal Malaysia.. Halal ye kakak!

Horlicks sedap arrr rasa malt and cepat kenyang.

Thursday, September 23, 2010

Eid Mubarak 2010

Assalamualaikum ...
Agak lama saya tak menulis ye. Actually n3 ni dah lama simpan kat draft .. sbb bila nak tulis je ada gangguan. Ok berbalik pada tajuk. Raya tahun ni tak semeriah tahun2 yang lepas. Sebab kami sekeluarga tidak tenang melihat keadaan org yg paling kami sayangi bertarung dengan kesakitan di syawal yg indah itu. Menu pagi syawal tu pun tak sehebat menu-menu kami sebelum ini. Pagi tu cuma ada mee hoon goreng dan nasi empit kuah kacang dan sedikit rendang. Yang lain2 seperti lemang, kuah lodeh, rendang ayam,daging dibawa dari rumah mak cik2 ku.. hurmmmm...

Ye. Wan (nenek,opah) terkena serangan stroke ketika selesai solat magrib pada 6 Septermber (4 hari sebelum raya)..masa tu saya berada di SACC Mall untuk menanti berbuka bersama busu (makcik sy) tetapi busu kena berbuka dgn customer nye di hotel. Jd kami berdua pun hanya mkn rendang dan ketupat di kaki lima PKNS dlm ujan renyai... Selesai berbuka kami pun jalan2 di SACC sambil menunggu panggilan telefon dari busu untuk continue berbuka pose. Jln2 beli2 baju raya juge. Tetibe mak saya call..'Adik wan masuk hospital' gitu je. Dengan pantas bayar2 dan naik keta. Nuar dengan aksi driftnye keluar dari kawasan jem Shah Alam tu...

Dlm keta tak henti-henti saya membaca Al-fatihah untuk wan. Walaupun pada ketika itu tu tak tahu apa punca sebenar wan masuk hospital. Nuar je yg menenangkan keadaan. Tak singgah Putrajaya pun untuk ambil baju ke hape ke... Sebaek Selasa (7 Sept) kami berdua dah start cuti raya. Kebetulan sampai senawang mak call 'Adik tak payah datang kuala pilah, wan dah dibawa ke Seremban' Means sy kene tggu kt hosp Seremban...Kt Senawang pulak jem yakmat! Perut time tu dah berbunyi2 yelah kan mkn ketupat setengah je.. kongsi lak tu.. Kami pun singgah di A&W Seremban..mkn mkn..air yg panas pun ku hirup lelaju.

Sebaek shj keluar dari A&W dihadapan trafficlight Sekolah KGV ambulance dari hosp kuala pilah betul2 di sebelah keta kami. Perasaan sebak dan mcm2 lagi kua..terus air mata mengalir dgn laju sambil berdoa Ya Allah selamatkan lah wan aku Ya Allah... Jam ketika tu dah pukul 12tghmlm. Kami follow ambulance..Betul! dlm ambulance ada wan. Kelihat di kawasan Kecemasan Hosp dah ada Mak Teh (kembar mak)...kebetulan Mak Teh baru abes shift keje petang (ye..beliau seorg staff nurse di hosp seremban). Kelihatan wan keluar dari ambulance sambil mengangkat tangan .. doctor suruh wan sentiasa mengerakkan sendi2nye. Air mata kian deras mengalir tgk keadaan wan. Selepas tu baru lah pakcik makcik sampai dari jauh dan dekat..Segalanya sekelip mata. dan barulah sy tahu cerita sebenar.

Selesai wan membuat scan di hosp seremban .. dengan menaiki ambulance wan dihantar semula ke hosp kuala pilah.. dan bermulalah kehidupan kami di hosp kuala pilah. Sepanjang menanti hari raya kami sekeluarga berkampung di hosp kuala pilah.

Hari mantai (satu hari nak raya) saya yg jaga wan dihospital pagi tu.. Wan dah boleh berborak.. lawak sgt time tu..wan isek buat lawak je.. berdekah-dekah saya ketawa. Doc bagitahu wan dah boleh kua hospital. Saya pun call semua makcik2 saya... Derang kurang setuju dengan doc..kalau boleh nak wan full recover baru bawa pulang. Sedang kan wan masa tu masih bergantung dgn oksigen dan drip. Doc ckp wan dah OK..

Waktu berbuka tu...rumah wan penuh. Ank cucu cicit dari utara,pantai timur semua balik. Meriah seketika rumah wan..rumah kesayangan kami. Aku ingat lg wan marah aku sebab ckp umah wan 'apo lak umah wan lak.. umah kito.. umah ekau moo' (moo tu semua lah)....

Dan esoknya hari raya....... lihatlah wajah plastik kami:-


 kami make up wan..Busu, Mak, Kesayangan Kami, Makteh dan Maklanghaziq fav = tart nanas mak Abg FmilyAnak cucu cicit minang!
.....dan raya ke-2 dengan kaki yg berat aku meninggalkan wan utk balik beraya ke Perak. Nuar pun rasa serba salah tp nak wat macam ne .. kami balik.. all the way sy tido je..agar cepat masa berlalu. Sampai di R&R sg.perak... saja2 call sepupu tanya kabar wan.. Masyallah...wan masuk hosp balik.

Esok nya pagi2 lg sy dah bangun kejutkan Nuar dan terus balik ke Kuala Pilah balik..perjalan gerak kol 8pg kol 5ptg baru sampai...fuhhhh... Raya ke-3 wan masih boleh bercakap.

Raya ke-4 petang tu wan dah nazak....
Raya ke-5 before waktu Asar wan menghebuskan nafaz nye yang terakhir. ...tak mampu lg dah sy nak cerita.

Al-Fatihah buat wan................
wan adik rindu wan.....................................................!