Thursday, July 26, 2012

EXPO Barang Baby PWTC

.....Yeps! Leen dah melepas date dia. Huhuhu ingatkan 10-12 Ogos 2012 tapi 1-3 June 2012.

Ngeee.... tp tp tp ramai blogger yang cakap expo ni tak best. Penat je jalan jauh ke dalam PWTC tu. Huhuhu sebaik juga Leen tak pergi.

Tp sebenarnya yang 10-12 Ogos tu buat di Kuala Lumpur Convention Center (KLCC).
Ye! Internationally ye..class gitew.
Insyaallah... akan pergi jugak.

Thursday, July 12, 2012

Maternity Stuff

Assalamualaikum. Ramai tanya Leen pergi ke PUREEN warehouse esok? Huhuhu Jawapannye : Leen tak pergi. Sebab baju maternity pun tak beli lagi ni. Kakak2 office dah sound2 sinis siap cakap "tak kesian kt bby ke?" huhuhu Okengs kak next week saya pakai baju baby doll tu ye. My sister bagi 9 lai marternity dress. Phewwww! Jenuh nak iron tu sebab dress and kain cotton lagi payah tu.

Tapi Leen kene juga beli baju baby doll (kemeja) sebab nanti kalu check up agak sukar di situ ye. Lepas tu office Leen ni tak boleh pakai seluar jadi kenelah beli skirt maternity utk ke office.

Untuk keluar jalan-jalan Leen  tak beli baju bertali (baju khas untuk maternity) Leen beli blaus besar je or blaus yang ade kedut kedut kt leher membawa kembang dibawah. Jadi langkah penjimatan disitu ye.

Seluar Jeans pula memang Leen tak beli lagi. Sebab Leen dah beli dah Belly Belt tu. Baru dua kali Leen try guna Belly Belt bila pakai seluar jeans. Tahap keselesaan tidaklah begitu memuaskan. Tp kalu pakai baju kurung dengan Belly Belt ni memang selesa yang kain pun tak lah senteng.

Untuk kasut pula, masa awal-awal pregnancy Leen dah beli. 2 sandal Modern Mom harga RM100 untuk 2pairs huhuhu sale uolls. Pergi keje lak Leen beli flat shoes Bata. Tak silap Leen beli kasut2 ni masa tahu je Leen pregnant. Sebabkan.....erk kasut semuanya bertumit tak seswai utk pregnant lady.

Ubat gigi pun khas utk maternity lady.Gitewwww execlusive katenyeeeekan... Beli cap PUREEN. Tp Leen beli agak terlewat ye sebab manjang lupa nak beli. Elok pakai time mabukness. Sebab kurang buih.

Barangan penting yang lain ketika mengandung ialah stretch mark cream. Cocoa Butter dan Bio-Oil memang ramai yang gunakan dan ramai juga yang suggestkan pakai 2 jenama ini. Tp 2 2 tak sesuai dengan kulit Leen. Penah pakai before mengadung then kulit naik ruam-ruam pehtu dah pakai berminyak2 hehehe. So Leen memang dah lama aim satu cream ni. Tp Masyaaallah....dari mengandung 3bln now dah 5bln still tak jumpa2 cream ni. Abes pusing satu Alamanda, Guardian Precint 8 dan Mydin Precint Diplomatic still tak jumpa. Yang cadangkan pakai cream ni kawan Leen dia dah pakai. Dia ckp bau baby pehtu selesa je pakai. Tu yang Leen beriya nak pakai jugak tu. Kalau ada reader yang tahu mana jual cream ni bg tahu ye. Ni haaa cream tu :-
Haaa ni dia cream pujaan hatiku yang tak jumpa-jumpa lagi.

Oh! Ya lupa cte pasal susu kan. Hehehe Leen minum susu Anmum sebaik tahu yang Leen ni pregnant. Haaaa gitew awal kan. Anmum perisa original. Masa tu tiap2 malam husband buat susu tu. Tetapi tiap2 kali lepas minum jugalah cik mun wek wek datang. Stop minum. Tapi hari-hari risau tentang kalsium...uhhhh memang risau sebab kaki dah mula sakit. Gigi dah mula berdarah. Kawan Leen nasihatkan minum susu Enfa Mama sebab sekali dengan Lactating. Bila kandungan dah nak masuk 5 bulan baru Leen beli Enfa Mama and start semula minum susu. Ye rasanya sedap and dua minggu lepas minum ade perubahan. Kaki dah kurang sakit. Gusi tak berdarah. Dan di breast ade rasa perubahan.

So ini jelah barang-barang yang dah ada and belum ada untuk perempuan mengandung ini :)

Wednesday, July 11, 2012

Berpuasa Semasa Hamil

Assalamualaikum

Nampaknya lagi seminggu kita nak menjalani ibadah puasa. Masa 1st day puasa nanti my pregnancy berusia 22.2weeks. Harap-harap baby and ibunya boleh bertahan untuk berpuasa penuh Ramadhan kali ini. Yeps! Lama sgt dah tak puasa penuh..(last puasa penuh masa umur 14thn ngeeee...)

Hari Isnin hari tu saya puasa. Alhamdulillah berjalan dengan lancar janji sahur makan nasi and minum susu. Lepas sahur makan Obimin and Acid Forlic siap-siap.

Hari Selasa bangun Sahur mcm biasa tp memandangkan takde nasi nak makan just makan roti sapu kaya+butter, buah kurma 2 biji, Nesvita. Masa Sahur ok je perut dan tekak laju je menelan. Bila dah dekat nak abis waktu Sahur saya cepat-cepat makan Acid Forlic and Obimin..tudiaaaa tetibe tanpa warning CIK MUNNNNN wek wek datang...haaaa amik abis lantai,katil dan kaki husband. Sian husband bangun mengejut sebab kaki kene siram dik Cik MUN. Terpisat-pisat dia amik mop. Bersihkan cik mun.

Kami pun buat postmortem kenapa boleh muntah sedangkan dah lama tak muntah. Oh! Rupa2nya mlm tu minum air teh tarik. Teh tarik tu angin. Lepas tu sebelum tido perut berbunyi2 husband suruh makan tapi Leen mcm malas nak makan heavy2 jadi makan roti sapu butter je. Tido malam tu tak lena sbb rasa tercekik je roti tu. Jadinye bila sahur roti yang malam td tak lepas lagi di tambah pulak dengan teh tarik punca angin haaaa tu yg keluar segala-galanya. Nurse pernah pesan kalu makan roti jangan sapu dengan apa2 makan roti kosong lagi bagus untuk elakkan minyak.

So kawan-kawan ketika bulan puasa jangan ambil makanan berminyak. Nanti perut kosong lepas tu berminyak lagi memang mengundang banjir cik mun.

Ni leen nak share skit tips berpuasa ketika hamil. Saja leen tepek sini bagi ingat kt diri sendiri. Kalu tidak lupa je. Dicedok daripada Baby Center Malaysia.

Apakah cara terbaik untuk berbuka puasa?

Pastikan anda makan pelbagai makanan yang sihat dan minum banyak air apabila anda berbuka puasa dan semasa sahur.

•Pilih makanan yang membebaskan tenaga dengan perlahan seperti buah kurma, kekacang dan lentil untuk berbuka puasa.
•Elakkan makanan manis yang akan meningkatkan tahap gula dalam darah anda dengan cepat. Ia juga akan turun dengan cepat dan ini membuatkan anda berasa seperti hendak pitam dan pening.
•Pastikan anda mendapat protein secukupnya daripada kekacang, daging dan telur yang dimasak sepenuhnya. Protein diperlukan untuk membantu bayi anda membesar dengan sihat.
•Minum air yang banyak pada waktu malam. Anda boleh ternyahhidrat dengan cepat terutamanya jika cuaca sangat panas pada bulan Ramadan.

Apakah tanda-tanda bahaya yang perlu saya ketahui?

Hubungi doktor anda jika:
•Anda pening kepala, pengsan, lemah atau letih. Berehat selama setengah jam untuk kembali sihat dan jika tiada perubahan, hubungi doktor anda.
•Anda loya atau mula muntah.
•Terdapat perubahan ketara pada pergerakan bayi anda. Jika bayi anda tidak bergerak atau kurang menendang, amat penting untuk anda menghubungi doktor anda.
•Anda berasa sangat dahaga atau air kencing anda berwarna gelap dan berbau kuat. Ini adalah tanda-tanda penyahhidratan.
•Anda mengalami kesakitan seakan-akan sakin bersalin. Ini mungkin tanda kelahiran pramatang dan anda perlu hubungi doktor anda dengan segera.
•Berat badan anda tidak bertambah atau berat badan anda berkurangan.
•Anda sakit kepala atau mengalami kesakitan lain atau demam.

Baca dengan lebih lanjut mengenai simptom kehamilan yang mesti anda ketahui.


Bagaimana cara untuk memudahkan saya berpuasa semasa hamil?
Terdapat pelbagai langkah yang boleh anda ambil:
•Rancang hari anda supaya anda boleh berehat secukupnya.
•Elakkan berjalan jauh dan membawa barang-barang berat.
•Elakkan aktiviti yang membuatkan anda berasa panas kerana ini boleh menyebabkan anda teryahhidrat dengan cepat dan membahayakan bayi.
•Mintalah nasihat daripada wanita lain dalam keluarga anda tentang bagaimana menjalani puasa semasa hamil.
•Amalkan pemakanan yang baik apabila anda berbuka. Dapatkan tip-tip lanjut tentang makanan untuk berbuka dan sahur.

Secara amnya, anda hendaklah sentiasa tenang dan terimalah bantuan jika diberikan. Walaupun keluarga dan rakan-rakan anda mungkin akan berjaga malam untuk beribadat, anda sendiri perlu menjalani Ramadan kali ini dengan tenang dan berehat sebanyak mungkin.


Saya masih kurang pasti sama ada saya perlu berpuasa atau tidak. Apa yang perlu saya lakukan?

Berbincanglah dengan ahli keluarga, doktor atau ahli agama sebelum membuat keputusan.

Semoga Leen dapat puasa penuh Ramadhan kali ini. My officemate bagi tips kalu nak puasa penuh kerap2 bercakap ng baby yang kita berpuasa hari ini. Lepas tu kira-kira bapa jam lagi kite nak berbuke.

Oh ye! Leen nak share satu blog ni. My bff punya blog. SUPERMAK WANNABE huhuhu jenguk2 taw blog dia. Selalu update blog dia ni. Rajinnnn...