Thursday, December 27, 2012

Apabila Ujian Allah Datang Menyapa...

Assalamualaikum...
Ujian Allah hadir dalam pelbagai bentuk. Dan ujian ini tidak mengenal usia.

Seperti Leen sendiri kematian ayah ketika Leen masih 3 bulan di dalam kandungan ibu. Ayah pergi meninggalkan kami akibat terlibat dalam kemalangan jalan raya. Walaupun tidak pernah bersua,bercakap mahupun merasai kasih sayangnya, namun Leen bersyukur kerana sekurang-kurangnya Leen tidak pernah punya dosa dengan ayah. Semestinya kecekalan dan ketabahn ini Leen dapat daripada ibu sejak dalam rahim beliau lagi. Oleh itu, ujian sehebat ini Allah berikan kepada Leen. Kerana Allah tidak akan menguji kita kecuali sesuai dengan kesanggupan diri.

Suami Leen pula kematian ibu tercinta selepas 9 jam melahirkan suami Leen. Ye. Ujian kami sama cuma Leen kehilangan ayah, suami kehilangan ibu. Semoga arwah mak mertua Leen tergolong dalam wanita mati syahid. Kami dijodohkan untuk saling melengkapi. Alhamdulillah atas kurniaan perancangan secantik ini Ya Allah. Kebetulan pula, waktu pemergian Al-Fateeh sama dengan waktu kelahiran ayahnya, manakala waktu pemergian Al-Fateeh sama dengan waktu pemergian arwah opahnya.

Betapa cekalnya ibu dan bapa mertua Leen membesarkan anak-anak tanpa seorang suami dan isteri. Semoga ujian yang diberikan kepada mereka berdua dikurniakan pahala berlipat kali ganda.

Jika diikutkan ini merupakan kali kedua Leen kehilangan sesuatu yang Leen idamkan. Kali pertama di usia kandungkan 2bulan, pada Oktober 2010. Tapi semua ini dah tertulis olehNya. Tidak sesaat pun Allah itu akan melenggahkan prihal cabut nyawa ini. Kun fa ya kun.

Selagi nyawa masih dikandung badan, selagi diri belum dijemput pulang maka selagi itulah kita akan terus diuji. Sebenarnya hari ini, Leen tergerak utk menulis apabila Leen berasa terlalu sakit hati dengan Nurse di Klinik Kesihatan tadi. Ye. Hari ini 27 Disember 2012 genaplah sebulan pemergian Al-Fateeh, jadi Leen kene pergi KK untuk pemeriksaan post natal. Nurse mempertikaikan itu ini....wow! Hebat. Mmg hebat. Manusia xlari dari suka tunjuk kehebatan. Last-last before keluar dengan sebak, idung dah merah2 Leen ckp "takpe sister(sbb dia pkai baju biru) saya redha dgn takdir ini".

Now Leen buat pertama kali tengok video Al-Fateeh yang sempat dirakam oleh husband, sebelum ini ade tgk tp tgk mcm tu je tak dgr clear suara dia. Ni Leen tgk dan pasang earphone Ya Allah suara anak ibu............. Ok dah sudah jgn menangis. Video dua minit ini cukup membuatkan ibu dekat dengan adik. Aduhhhhhhh...

Tak sabar nak habis nifas ni. Nak bacakan Yassin buat Al-Fateeh, nak mengaji agar jiwa ini tenang dan bahagia.

Ok cukup. Lapangkan dada dan terimalah qada dan qadar ini. Pasti bahagia







Thursday, December 13, 2012

Rindu

Assalamualaikum. Ye! Ternyata ibu masih merindui kamu. Sebelum tido ayah dan ibu mesti berborak pasal perkara ini.

Alhamdulillah sedikit sebanyak berborak pasal dugaan Allah ini dgn suami dpt meringankan beban yg ditanggung. Setiap hari ada sahaja cerita baru yang Leen sharekan dgn suami. Cerita baru adalah cerita mereka mereka yang kehilangan anak kecil.

Semalam jiran dtg rumah cerita kan al kesah yang beliau dah 5 kali keguguran 2 kali kehilangan anak sewaktu berusia 1 hari dan 9 hari. Alhamdulillah anak yg ke 8 membesar dlm kandungan dgn sihat dan kini berusia 1tahun. Lagi hebat dugaan beliau suami isteri kan.

Yeps! Sometime kita akan ckp "life is unfair" tp itu bermakna kite protes Allah. Astagfirullah. Sebaliknya kita kena bersyukur dugaan Allah itu bermakna Tuhan itu sayangkan kte tak mahu kita lupa padaNya.

Im here without you baby. 16 hari permergian Al-Fateeh barang barang Al-Fateeh masih belum berusik masih diletakkan merata tp jauh daripada pandangan mata Leen. Masa Leen di hospital makcik Leen dah sorok siap siap barang Al-Fateeh. Leen masih berpantang di rumah mak Leen, dan husband pula masih belum ada kekuatan nak balik rumah kami, sebab terlalu byk kenangan mengandungkan Al-Fateeh di sana.

Thursday, December 6, 2012

Muhammad Al-Fateeh bin Khairul Anwar

Dilahirkan pada 27 November 2012 dengan berat 3 kilo, panjang 52 cm secara normal di KPJ, Seremban pada pukul 9am.

Tetapi umur anak ibu tak panjang. Pada jam 5pm hari yang sama anak sulung kesayangan ibu dan ayah menghembuskan nafas terakhir akibat masalah jantung.

Berat betul musibah yang ibu tanggung ini. Betul-betul berat. Ujian Allah kali ini benar-benar membuatkan ibu dan ayah terduduk dan berasa sgt sgt kecil dibumi Allah ini.

Hari hari menanggisi pemergian Al-Fateeh tetapi itu tidak akan mengembalikan apa apa. Itu kenyataannya. Kadang kadang syaiton nirojim menghasut utk kekubur Al-Fateeh utk bertemu dgn anak ibu yang suci ini. Tetapi ibu kene berfikiran waras, ibu masih ada suami, keluarga dan kawan utk meneruskan kehidupan. Ibu berdoa agar mendapat pahala di atas musibah ini dan dikurniakan sesuatu yang lebih baik daripada Allah.

Ya Allah! Rindunya aku pada anakku. Tapi ibu yakin Al-Fateeh dalam suasana yang sangat gembira di sana. Dijaga oleh Allah. Dijaga oleh bidadari Syurga.

Betapa bahagianya jiwa apabila kita redha dengan kadaq dan qadar.....



Salam.