Thursday, December 13, 2012

Rindu

Assalamualaikum. Ye! Ternyata ibu masih merindui kamu. Sebelum tido ayah dan ibu mesti berborak pasal perkara ini.

Alhamdulillah sedikit sebanyak berborak pasal dugaan Allah ini dgn suami dpt meringankan beban yg ditanggung. Setiap hari ada sahaja cerita baru yang Leen sharekan dgn suami. Cerita baru adalah cerita mereka mereka yang kehilangan anak kecil.

Semalam jiran dtg rumah cerita kan al kesah yang beliau dah 5 kali keguguran 2 kali kehilangan anak sewaktu berusia 1 hari dan 9 hari. Alhamdulillah anak yg ke 8 membesar dlm kandungan dgn sihat dan kini berusia 1tahun. Lagi hebat dugaan beliau suami isteri kan.

Yeps! Sometime kita akan ckp "life is unfair" tp itu bermakna kite protes Allah. Astagfirullah. Sebaliknya kita kena bersyukur dugaan Allah itu bermakna Tuhan itu sayangkan kte tak mahu kita lupa padaNya.

Im here without you baby. 16 hari permergian Al-Fateeh barang barang Al-Fateeh masih belum berusik masih diletakkan merata tp jauh daripada pandangan mata Leen. Masa Leen di hospital makcik Leen dah sorok siap siap barang Al-Fateeh. Leen masih berpantang di rumah mak Leen, dan husband pula masih belum ada kekuatan nak balik rumah kami, sebab terlalu byk kenangan mengandungkan Al-Fateeh di sana.

20 comments:

  1. Setiap yang Allah beri adalah yang terbaik buat kita...Rindu, walau dah bertahun perasaan rindu x kan hilang, min sendiri walau dah setahun 7 bulan pemergian arwah Dhia Farhah, masih merinduinya...InsyaAllah, yakinlah apa yg telah berlaku itulah yg terbaik buat anak kita dan diri kita sendiri...Semoga Allah kurniakan zuriat yg seterusnya buat kita...Semoga Leen dan suami terus tabah dan kuat semangat...Selamat Berpantang...Take care...
    ~farhah251208@gmail.com~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Leen sentiasa ingatkan diri memang ini yg terbaik buat anak Leen. Thanks kak. Al-Fatehah buat arwah Farhah.

      Delete
  2. Tabah ye leen.. Ida tak tahu nak cakap macam mane sbb ida tak lalui. Ida cuma harapkan leen suami isteri tabah. Ingat ALLAH ada dengan kita yerkkk =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah we are not Alone kan Eida....Allah always we us.

      Delete
  3. InsyaAllah Allah got better plan utk leen dan suami.. Yakin dgn Nya. Be strong :')

    ReplyDelete
  4. mama doakan leen dan suami trus tbah ya...mama pun sma gak mcm leen,wlaupun dah 6 bln berlalu.rasa rindu kat anak mama kdang2 sgt mmbuat mama lemah...smpaikan kat ofis pun ,mama sembunyi2 nangis kat toilet...tpi yg pling buat mama sedih ialah bila melihat mama2 yg lain yg sma2 mengandung ngan mama semua dah slamat melahirkan anak masing2.dlm hati mama ,mama juga sgt ingin membelai dan membesarkan anak mama sperti mreka..namun kehendak Allah pada kita lain..dan kita hrus yakin dgn takdir ini ...ia adalah yg terbaik tuk kita..mudah2an kita diberi ganti yg lebih baik..percayalah ngan janji Allah bahwa sesungguhnya sesudah kesulitan pasti ada kemudahan..InsyaAllah Allah akan mempermudahkan semuanya tuk kita..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Allah....memang berat dugaan apabila tgk kwn kwn yg sama mengandung dgn kita dulu dapat membesarkan anak. Sabar pasti ada kemanisan jika kita besabar dalam ketaatan.

      Delete
  5. menangis aku baca ni, sabar ye leen syg. -atie doha-

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah...dugaan ini membuatkan aku bertambah bersabar.

      Delete
  6. Replies
    1. Thanks Azah. Dulu masa preggy kdg kdg nampak Azah layan Adam di mamak kembar P9 huhuhu Leen pun berangan "esok aku mesti mcm tu" InshaAllah pasti datang sweet moment tu kannnnn...

      Delete
  7. leen. aku baru baca ni.

    percayalah Allah susun cantik setiap ketetapan dalam hidup ni, ada hikmah semua ni.

    be strong. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you Akiss... Perancangan Allah lagi cantik lagi sempurnakan......

      Delete
  8. Allah telah memilihmu dear. Masa akan jadi pengubat. Percayalah :)

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah esok genap sebulan pemergian Fateeh. Lama kelamaan Leen akan rasa tabah dan redha dgn dugaan Allah ini. Alhamdulillah bila Leen redha buat Leen rasa lg happy.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes dear. Dengan tabah dan redha, buat kita rasa gembira. But sometimes, tak salah u menangis. Rindu akan seorang anak itu even lepas hampir setahun pun pasti buat kita mengalir air mata juga. Bertabahlah bila u dah balik ke rumah u nanti. Kenangan tu akan dtg menerjah. Insya-Allah, u akan dikurniakan pengganti Al-Fateeh secepatnya, dan baby u tu nanti sangat sihat dan seiras arwah. Allah Maha Pengasih. Pasti Dia akan menggantinya nanti :)

      Delete

Thanks babe for leave a comment