Assalamualaikum...
Ujian Allah hadir dalam pelbagai bentuk. Dan ujian ini tidak mengenal usia.
Seperti Leen sendiri kematian ayah ketika Leen masih 3 bulan di dalam kandungan ibu. Ayah pergi meninggalkan kami akibat terlibat dalam kemalangan jalan raya. Walaupun tidak pernah bersua,bercakap mahupun merasai kasih sayangnya, namun Leen bersyukur kerana sekurang-kurangnya Leen tidak pernah punya dosa dengan ayah. Semestinya kecekalan dan ketabahn ini Leen dapat daripada ibu sejak dalam rahim beliau lagi. Oleh itu, ujian sehebat ini Allah berikan kepada Leen. Kerana Allah tidak akan menguji kita kecuali sesuai dengan kesanggupan diri.
Suami Leen pula kematian ibu tercinta selepas 9 jam melahirkan suami Leen. Ye. Ujian kami sama cuma Leen kehilangan ayah, suami kehilangan ibu. Semoga arwah mak mertua Leen tergolong dalam wanita mati syahid. Kami dijodohkan untuk saling melengkapi. Alhamdulillah atas kurniaan perancangan secantik ini Ya Allah. Kebetulan pula, waktu pemergian Al-Fateeh sama dengan waktu kelahiran ayahnya, manakala waktu pemergian Al-Fateeh sama dengan waktu pemergian arwah opahnya.
Betapa cekalnya ibu dan bapa mertua Leen membesarkan anak-anak tanpa seorang suami dan isteri. Semoga ujian yang diberikan kepada mereka berdua dikurniakan pahala berlipat kali ganda.
Jika diikutkan ini merupakan kali kedua Leen kehilangan sesuatu yang Leen idamkan. Kali pertama di usia kandungkan 2bulan, pada Oktober 2010. Tapi semua ini dah tertulis olehNya. Tidak sesaat pun Allah itu akan melenggahkan prihal cabut nyawa ini. Kun fa ya kun.
Selagi nyawa masih dikandung badan, selagi diri belum dijemput pulang maka selagi itulah kita akan terus diuji. Sebenarnya hari ini, Leen tergerak utk menulis apabila Leen berasa terlalu sakit hati dengan Nurse di Klinik Kesihatan tadi. Ye. Hari ini 27 Disember 2012 genaplah sebulan pemergian Al-Fateeh, jadi Leen kene pergi KK untuk pemeriksaan post natal. Nurse mempertikaikan itu ini....wow! Hebat. Mmg hebat. Manusia xlari dari suka tunjuk kehebatan. Last-last before keluar dengan sebak, idung dah merah2 Leen ckp "takpe sister(sbb dia pkai baju biru) saya redha dgn takdir ini".
Now Leen buat pertama kali tengok video Al-Fateeh yang sempat dirakam oleh husband, sebelum ini ade tgk tp tgk mcm tu je tak dgr clear suara dia. Ni Leen tgk dan pasang earphone Ya Allah suara anak ibu............. Ok dah sudah jgn menangis. Video dua minit ini cukup membuatkan ibu dekat dengan adik. Aduhhhhhhh...
Tak sabar nak habis nifas ni. Nak bacakan Yassin buat Al-Fateeh, nak mengaji agar jiwa ini tenang dan bahagia.
Ok cukup. Lapangkan dada dan terimalah qada dan qadar ini. Pasti bahagia
Bersabar lah...Dugaan Allah tidak mengira siapa..Kehilangan pasti akan diganti dengan sesuatu yang lebih baik..Baby Al-Fateeh menanti awak di syurga..
ReplyDeleteAllah itu maha adil. Setiap yang berlaku akan di balas dengan hikmah terindah. Insyaallah.
ReplyDeleteBersabarlah dear.. (cakap mmg senang kan, tapi tu yg mampu diucapkan)
ReplyDeleteMoga anugerah yg lebih indah akan menyusul kalian nanti.. Amin.
Don't worry norl.. Fateeh bahagia di sana.. Kita yg masih hidup ni perlu menerusln kehidupan.. Semoga Allah akan memperluaskn lagi rezeki kalian berdua.. Amin ya rabb!
ReplyDeletesalam perkenalan Leen...In Shaa Allah dugaan dan ujian yg Allah berikan ini ada manisnya buat kita di SANA....Ida pun punya bidadara syurga..anak yg pertama...skrg dah usia hampir 3 tahun....meninggal pd hr ke5..pemergian arwah pd masa tu membawa sekali harapan dan impian indah sewaktu mengandungkan arwah..semuanya terkubur bersamanya...alhamdullilah hanya iman yg mampu mengubat jiwa...moga2 Leen tabah hadapi dugaan ini...agak2nya sekarang abg Aiman sedang bermain2 dgn baby Fateeh kat SANA kan....
ReplyDeletesalam perkenalan Leen...In Shaa Allah dugaan dan ujian yg Allah berikan ini ada manisnya buat kita di SANA....Ida pun punya bidadara syurga..anak yg pertama...skrg dah usia hampir 3 tahun....meninggal pd hr ke5..pemergian arwah pd masa tu membawa sekali harapan dan impian indah sewaktu mengandungkan arwah..semuanya terkubur bersamanya...alhamdullilah hanya iman yg mampu mengubat jiwa...moga2 Leen tabah hadapi dugaan ini...agak2nya sekarang abg Aiman sedang bermain2 dgn baby Fateeh kat SANA kan....
ReplyDeleteSalam ziarah.Masih belum terlewat untuk Yana ucapkan Takziah buat leen atas pemergian putera tersayang.Kita sama, punya anak penghuni syurga.Doakan yang baik-baik untuk anak-anak kita ye.InsyaAllah..mereka akan menunggu kita Di SANA.
ReplyDeletesebak baca entry leen ni. Redha ya leen. Semoga leen dan suami cekal menghadapi dugaan Allah. Insyaallah, pasti ada hikmah disebalik ujian ni.
ReplyDelete