Thursday, December 17, 2009

Business Kecil-kecilan ajerrrrr.....

Huhuhu uols taw kan sy ada buat business kecil kecilan huhuhu D'renjis nama nyer. Dlm diam dah setahun dah sy bertahan dlm bidang ni. Alamak nk cepat ni.. tak sempat nak berkarya panjang2 jd uols tgk jelah picture2 yg ado Ok. Nk g delivery barang ke TTDI. Selamat pengantin baru Farah!


Bukan tamak ok tp dah org percayakan .. so sy buat jelah.
Husband tukang capture i pulak tukang jd director.. memang mcm2lah pose si pengantin kena buatkan.


Time ni busy giler tiap2 mlm tido kol 3am nak siapkan edit gambar,videonye lg time yg sama door gift and hantaran nk deliver. Kene deliver on time beb kalu tak customer pokpet pokpet. Tgklah dgn handbag kt situ lg..nampak sgt balik keje mandi2 terus wat keje;)
Killer product!

Huh! Byk lg kene buat nih. 1k. Time ni kene amik cuti sbb due nk hantar ptg tu hahaha customer wat hal bergadoh ng tunang ntah mcm ne dia sendri yg nk dtg ambil. Jd dia nak ambil cepat. Dgn pantas sy buat!



Pergi lawat tempat buat muffin and cupcakes.
Mungkin nak ambil dari sini sahaja cupcakes kosong. Deco buat sendri. Jimat dan untung hehehe. Afiq menunjukan muffin itu sedap.
Kan dah ckp memang penat cupcakes buat sendri. So after this nk ambil cupcakes kosong dari supplier diatas.

Mr.Hubby sedang letak cuppies kedlm transparent box.



Tema time ni belasah. As requested from customer. No hal dia ckp. hahaha jd sy pun belasah. 250pcs.. Jam 1am baru tido (eh tak baru nk iron baju keje)


p/s:kene byk besabar bile ada yg berkata sinis dan senyum yg menjengkelkan and said: tak untung ape pun ko buat benda. Hello aku cari rezeki halal OK at least otak aku ni boleh berjalan dan berfikir utk cari duit lebeh. Kalu kumpul2 duit ni boleh lah byr downpayment keta ko tu hahaha. Lantak lah p lah sama ko. (woooops! leen emosi. Norleen sila kawal perasaan)

Monday, December 14, 2009

Bebey day out!

Date : 13 Dis (Sunday)
Venue : KLCC
Yayy! nk g KLCC atually bukan sbb sonok nk ke KLCC tu pun tp seronok nk jmpe my prince and princess. Bdk kenit 2 org tu ada kt KLCC mama derang shopping sakan beli baju derang. Tak terikut beb. For me and husband just follow tolak stroller. Tgh shopping sat lagi busu called.. haaa dia pun ada kt KLCC. Ape lagi memang rombongan lah kan. Memang mak mak ni ada agenda tersendiri, K.long nak beli baju Deeja sempena cukur jambul Deeja, K.lip nak beli baju Emill utk birthday party dia nnt dan busu cari life jacket utk Haziq busu derang nk g jalan weekend nnt.


Haziq memang lawak time ni. Org soh kiss Emill dia g cyg cyg gitu. Manja. Nampak sgt dia geram ng Emill ni.

Lepas je beli terus gantung .. Deeja sangat suka prenchess ni. Ade bunyi2 lg prenchess ni.. Ko ni dasyatlah (hehehe ayt cerita anak bapak)
Time ni busu dah frust tak jmpe life jacket Haziq dan derang plan nk g cari kt Sogo. Kami pun dok lepak kt depan KLCC ni tunggu 2 team lagi yg belum selesai peraduan hAPPY hoUR!!LEts SpenD ur MonEY NOW!!
Husband dah penat tp masih sonok click sana sini.

Emill yang teruja dgn decorasi x'mas di concourse. Mungkin dia teruja dgn giant chupa chup.


Big Mouth with her Big Tummy wakakaka. Cover sikit yang.

Still waiting. Time mama dia plak shopping kasut. Aduhai nasib aku tak gaji je lagi. Kalu tak memang dah berplastik2 dah ni.
Memang enjoy sgt. Total 8 org semua .. the more the merrier..
Sampai rumah dalam pukul 9.00 sempat lg YM dan berfacebook. Huh!

Sunday, December 13, 2009

Tribute to Suria

Tajuk tak nk kalah..
Today Suria 26th Birthday.. huhuhu sorry beb aku ingat birthday ko 12/12 sape ek 12/12 tick ko ke 12/12?? Pg pg lagi td dia dah send to uols birats mengabarkan gud NEWS!!

She 1month pregnant now! Congrats Suria!! After 3 years waiting for 2nd bby. She really hope kali ni dpt bebey gurl. Ariff pun dah 5thn jd sedang elok sgt lah ade adik lg kan. Bestkan! Birthday + Detect 2nd bby. Haaa tak ke seronok tu. Dah lah raya aritu berkereta baru. Vios kaler putih uols. Memang rezeki ko lah Suria. Sibuk betul arip ng kereta mama dia tu...arip yang lawak.


Fyi, Suria ni pengedar tegar Victoria Secret. Jadi uols boleh lah cari Suria kalu nk beli Victoria Secret..huhuhu tolong promote ;p Yang belakang tu Ariff. Lihat baju kami hampir sama kan. Hurmmm tak rancang pun. Suria ni jugak pakar buat muffin and cake. Suka masak dan pandai masak. Memang Shakor syg lebih lah. Wah! Shakor tak payah beli hadiah lg dah tok Suria thn ni huhuhu dah dpt hadiah lg tak ternilai kan Suria. Congrats to both of you cyg! Take care!!!

xoxo
leen

Saturday, December 12, 2009

Low Cost Carrier Terminal

Ok yang ni comfrim bukan cerita basi. I was at the LCCT (Low Cost Carrier Terminal) yesterday to send abg Zul, Yong and Camelia who were going to Perth. Derang g olidae 5days 4nite kt sana. Best kan. Derang booking on Sept'09 time MATTA fair, dlm pakage tu including flight pergi balik (Air Asia X), hotel and jalan2 kt sana nnt ada tourist guard semuanya RM6,700. Ermmm OK lah kot ek. Lepastu masa kt LCCT derang tukar duit. RM3k = 900aud lebih kurang dlm 3.120 jugaklah kan. Mula-mula Yong dengar 3.102 so mcm lega lah. Sat lg 3.120 ermmm then she said lepas ke nk shopping ni?

Ini masa kt rumah i sblum gerak ke LCCT. Kiteorg yang hantar sbb nk park kereta kt rumah. Camelia bawak kulukilir guarding book dia tu.

Maybe Camelia try not appearing on my blog. Bila nk snap picture dia nyorok pehtu cubit2 org. Mama and Papa dia puas remind dia..'u boy or gurl?'
Haaaa! dpt pun. Lepas picture di snap terus cubit aunty sweety dia ni. My husband tetibe bisik 'nnt kite pergi Perth eh' me:??? tetibe je dia ni "tak nak lah sape kate b nak g Perth, b nk g Shang Zen" terus dia wat muka confius !@#$%
Tgk! Sebelah je muka dia. Yong belanja minum di Old Town Cafe..

Lepas dah hantar derang ke Balai Berlepas my husband and i pergi ke LCCT Emporium nak cari chocolate for Airi. Ingat nk sponsor Airi chocolate je utk hantaran kahwin dia. Called dia sebelum g beli. Cantiklah dia belum beli lagi dan dia masih blur nk beli chocolate pe kan.

nota kaki: Tetibe terfikir nk buka Mc Donald's outlet. Hahaha Norleen norleen norleen berhenti berangan. McD franchine is RM1.2 million, you have that much? Ya rite... hurmmm but we never hear any McDonald’s outlet went bankrupt aite?

Friday, December 11, 2009

Lagi Cerita Dahulu Kala :p

Huhuhu tgk tajuk pun dah tahu kan ni cerita dah basi. Tp wpun dah basi sy tetap nk masuk kan dlm sun shine for her ni. Bising bdk2 ni dok tnye bile nk publish story open house ala ala tu. Huhuhu ni lah open house raya aji eh silap raya aidilfitri aritu. Menu nye mee hoon soto dan cobonara. Huh! Ketibassss OK buat keje memasak dgn pantas. Balik je keje terus capai ape yang nk dimasak. Dengan bantuan suamiku.

Start pukul 7.30ptg dah ada org dtg. Time tu cobonara tak goreng lagi. Sape pulak ni yg dtg awal janji kol 9..Owh pasang sehati berdasa ni. Sri & husband dan Atie & husband. Mista Jack suka bangat dia ng cabonara suamiku itu. Memang kelam. Tak sempat potong buah. Dilla and Shida lak mai sebaiklah derang ada tok potong buah2.


Shida,Dilla,Feeru,Airi,Wan,Yacob dan ermmm lupa nama dia tp bunyi mcm Khizrey tak silap hehehe sorry beb lupe nama ang. Yang atas tu Kamal,Wani,Kak Ina, tuan rumah dan Fareeza.


Officemate husband Aliya dan Shima. Selamat Pengantin Baru Shima! Shima siap tapau Soto and bagedil lg untuk tunang dia time nih. Derang ni janji nk dtg awal nk tolong2 sat lagi boleh plak sesat. Aduh..setengah jam dok pusing Presint 9 ja..

Lagi officemate husband. Licin pinch. Asal top up je licin peh tu bahan2 nk buat fruit punch pun abes..last last buat air sirap satu bekas besar. Memang penyelamat betullah sirap ni.

Kelihatan Abg Zul (bil) dia ada 1day training at Bangi mlm tu dia boring dok hostel tu yang dia dtg rmh.

K.fit Family. Suami ng ank bujang tiada dlm gambar. Officemate sy yang paling last balik. Syok pulak derang dok lepak kat umah sy. Sy ng hubby dah tak larat nk layan dah mana tak nye dah kol 1am dah. Penat and nantok sgt. Esok nyer nk keje lagi. Next year plan nk guna pinggan and cwn plastik je. Mudah. Tak pertlu basuh. Giler penat basuh pinggan.

Cameron Highland kwell :)

Date : 24 - 25 October 2009 (sila keji-memang cerita ni dah lama)
Planned for only a week. Mula-mula busu hanya ajak kami suami isteri je tp lepas diperinci kan semula kami ajak mak,wan,k.lip and krew yg lain. Mlm sebelum pergi tu kami ke care4 beli brg2 ..haaa hamek ration mknan mcm nk g perang. Also marinated chicken and beef sbb hahaha memang sgt rajin lah kalu nk buat sendiri.

Busu gerak dulu sbb busu memang suka mendaki CH waktu pg. Seawal 4am family busu keluar rumah. Kami suami isteri hehehe lewat sikit sorry boss actually kami baru nk g cuci kereta tghari baru gerak and then jmpe fmly dr seremban di R&R Rawang.

Sampai je kemuncak pale ada sedikit pening. Sian Emill dia pening sampai vomit mungkin mcm volcano vomited flames..mak yang cerita sbb dlm kereta dia begitu excited tak duduk diam. Tp Emill mcm tak enjoy sgt mungkin dia belum biasa lagi dgn cuaca di situ or mungkin dia taw mcm mana nk enjoy percutian yang mcm ni. Haziq memang over excited Ok. Nampak je sy ng nuar dtg terus dia jd tak keruan.. Nua Ja Nua Ja Nua Ja tu je bebalik dia ckp. Pehtu bukan nk hug kiss kiteorg dulu terus ambil air kotak ribena dlm bakul makanan..sabo jelah.


Ok seperti biasa lah penulis sun shine for her ni pemalas menulis dan ayt pun tonggang langgang jd baeklah sekiranya anda melayan kan je gambo2 ni. It will story alot!

Ini sebahagian dari mereka yang ke CH. Kelihatan wan,mak,hafiz,busu,me,k.lip,emill and angah. Syok ler angah bersama d90 dia kemana pergi. Serius pix dari d90 tu lagi cun2. yang best ada fish eye.

Ini masa pasar petang sabtu tu. Jam 6ptg. Lepas mkn tgh hari dan minum ptg kami gerak jalan2 ke pasar ptg looking for fresh vegi nk buat stimboat mlm tu. Sayur paling sedap mlm tu kiteorg masak asparagus. Pehhhh..sedap just goreng dgn bawang putih.
Sbb nilah family sy suka dtg sini sbb most of them greenish hand. Bab tanam2 sayur and pokok bunga ni memang kesukaan derang. Tgh mengarang n3 ni pun makteh call request buat lg percutian ke CH. Memang kami tak pernah muak ke sini.

Time ni masih di pasar. Haziq baru bgun tido. Naik je keta wapun pjalan 5min nk ke pasar dia tertido lena sungguh sbb dia penat dlm rumah td dia dok berlari kesana kemari tanpa baju. dia ckp "anash" means panas. tak paham kulit ape kah ini. Org lain semua sejuk. Mungkin dia malu utk mengenakan cardigan dia ni yg ala ala girlish. Tulah dulu k.ija belikan cardigan gamba boat ntah mana diletaknye.
Balik je dari pasar petang terus masak. BBq,steamboat,nasi goreng cina dan cobonara done! Sgt selera mkn disitu. Sbb cuaca dingin dan nyaman. Ni aksi Haziq di waktu mlm. Mcm2 hal dia buat. Tumpahkan airlah, pehtu lari2 sat lg tergelicik di air tumpahan nya td..nangis kejap pehtu sambung mkn cobonara sambil bediri.

Pg tu lepas breakfast jalan2 sampai atas. Cari sayuran. Emill masih monyok. Tp tak meragam langsung. Dia cuba memahami keadaan..hikhihihihik. Chill Emill! Cuba bwk dia g mall wah! kemain meriah mulut dia. Memang Emill dok menempek ng mummy dialah kan sbb mama dia busy cari bby corrot,bby corn and bby kentang. Akak i sorang ni memang strick sikit bab penjagaan pemakanan anak dia. Which is gud. Tp kdg2 wan dia ng moyang dia curik2 bg makan kek lah,biskut lah dll bg kt Emill hik3..
Lepas penat bejalan singgah minum kt kedai kopi. Sempoi je kedai tu. Puas pilih picture husband i .. ni the best kot. My husband order strawberry tea. Cheh mentang2lah kt CH semua benda berkait rapat ng strawberry. Bau teh tu wangi mcm bau syampoo bebey perisa strawberry hehehe dan sedap.

Strawberry farm. Best sgt kt sini.


Hinggalah ke ladang 'BOH'! Byk snap picture kt sini. Perfect view!

Ahhh..tak puas arrr lepas ni nk g 3hari 2mlm pulak. Baru puas tak lah rushing sgt. Ni pening kepala belum abes nk kene turun balik. Haaa dah turun dr CH wajiblah tido besout smlm. My family meneruskan pejalanan ke Seremban dan Klang. Sampai je kampung takde sesape kecuali abah ng mak. Camelia g KL. Pg bangun tido baru Camelia ada. Apalagi dok nyakat ank dara a.zul sorang nilah. Sibok ng buku kakak dia (kakak refer tu Barbie) Pen di tgn tu menunjukkan baru pas discuss ng abah n mak berkenaan door gift Amy. Oh cepatnye masa berlalu. Amy pun dah nk kawen dah.

Tuesday, December 8, 2009

3mth sudah...

Tadaaaa...Ingat tak sape ni?? My n3 bout her..
Pejam celik pejam celik Khadeeja Irzan dah 3 bulan Sabtu aritu (5 Dis).
Dia dah pandai borak2 tp susah nk tgk dia gelak. Best borak borak dengan dia. Deeja pandai ckp 'ellou' mungkin selalu dgr ayah dia ckp 'Hello' kot..

Still standing! rambut pacak nyer..
Bonda mkn ape tu..mcm sedap je...
Posisi mcm nilah Deeja suka bila org dukung dia.
Mungkin Deeja akan rasa selasa.
Mata dia comel..rasa2 mcm mata ayah dia.
Idung ikut bonda dia..


Insyaallah 25th Dis ade majlis cukur jambul utk Deeja. Lepas tu 27th Dis Emill pulak genap 1 year! Ish cepat betul rasanya both of em' membesar.



Emill new look bersama moyang kesygan nye.. chewah mcm ada perubahan jer.. rambut dia still panjang bila dia bangun tido begitu jambu muka nye. Belum boleh jalan lg..cemaner lah nnt birthday boy kene dukong je. Ok sampai sini dulu. Emill nk tido.....zzZZzzZZ

Thursday, October 29, 2009

Pokok pokok ku

Sebelum kawen dulu im not so into green hand ni.. tp bile dah kawen berminat pulak nk tgk rumah ade tumbuhan hijau. Jd adalah 4 5 pokok kt umah i ni sumbangan dari MIL dan i beli sendiri kan... Kalu pokok beli ni sedia maklumlah dia nye saiz memang saiz kecik lah kan. Kesian tgk pokok2 membesar dlm keadaan sempit dan berhimpit2 utk mendapat nutrisi. Jd gigih lah i g beli pasu yg besar sikit utk pokok-pokok ini.

Lihat! Sian daun pun jg layu.

kan.......
tak bagus arrr..akar dah sampai keluar pasu dah.

Bila pokok2ku dah dpt rumah baru haruslah bagi dia makan kan.
Tadaaa... haaa barulah hati tak risau memikirkan keadaan pokok2 ini.
L to R: Pokok Bunga Ong,Pokok Keladi versi kerinting,Pokok Keladi versi standard,Daun Kari,
Daun Bawang besar dan Bunga cantik.

Friday, October 23, 2009

U Are the Grace of My Life


Tetibe nak emo.
Lalalala..suka hati lah kan.
Nak luah kan rasa ...ermmm... i love my husband
you are the grace of my life
so tender so undeserved
hard to believe u are my husband
even harder to put wut i feel into words...

Pg td both of dah mcm org gila
dlm kereta (heading to office)
nyanyi lg ~Halo~
i luv it so much and i dd8 to my husband.
You're everything I need and more
It's written all over your face
Baby I can feel your halo
Pray it won't fade away

Monday, October 19, 2009

Happy Birthday K.Lip!!!

Happy Birthday to my dear sister!!
Happy 29th birthday!!
Mlm td lebih kurang jam 1130 mlm time nk bg supprise ni kt k.lip tgh dukung Emill time tu..
Punyerlah Emill sonok tgk mama eh kene supprise! Mlm td tido umah mak..Saje2 lg pun memang plan nk wish k.lip... Tp pg td angah (lip husband) called and said nk buat birthday mkn2 (kalu party kang nmpk mcm "wah!!" sgt kan) mlm ni...hurmmm mcm tak dpt nk joint jer. Sowi k.lip!


Semoga seronok dgn hadiah anda... sila berkongsi dgn Emill bila dia darjah 2 OK..bukan sekarang ...

Monday, September 28, 2009

Takot

(actually post ni dah lama jd draft)

Penah sy sedang bersiap2 ke office my husband ask me about my outfitt. Mcm2 dia tanye...rasa nyer soalan itu tidak perlu di mention disini. Cukup sekadar soalan adalah bertemakan Aurat. hurmmm skarang dah jd isteri org jd kene jg mcm2.. itu ini. Mampukah sy nk jaga itu ini itu???? Takot dibuat nyer (chewah terus repeat title n3 mcm lgu pulak)

Banyak baca blog2 org yg membangkitkan issue2 Aurat ni...malas pulak nk copy paste satu persatu blog blogger itu :) tp yg paling jelas dan tidak kepada berceramah sgt (for me lebeh kpd pendapat indivitu yg berterusterang) ialah Kenapa Anda Mahukan Gadis Yang Seksi Sebagai Pasangan Anda? amat bagus penulisannya.

Komentar yg bg pun agak panas dan bernas. Diantara yang panas:

Anonymous said...
tidak semestinya org yg bertudung tu jenis yg baik2.walaupun saya tak bertudung, lebih elok drpd yg bertudung (tidak semua, certain aja)

Anonymous said...
"tidak semestinya org yg bertudung tu jenis yg baik2.walaupun saya tak bertudung, lebih elok drpd yg bertudung" alasan std org x bertudung.

Anonymous said...
tidak semestinya org yg bertudung tu jenis yg baik2.walaupun saya tak bertudung, lebih elok drpd yg bertudung (tidak semua, certain aja)kpd 1st anonymous yg cakp cam kat atas sama2 kita renung ni... "wanita yg bertudung tak semestinya beriman tetapi wanita yg beriman semestinya bertudung"nampak x ayat ni 'kena' kat dua2 skali, bertudung & tak bertudung?

tiamat said...
"tidak semestinya org yg bertudung tu jenis yg baik2. walaupun saya tak bertudung, lebih elok drpd yg bertudung"bertudung tak semesti hati baik x bertudung tak semesti hati tak baik bertudung lebih baik dari tidak bertudung (dr segi pemakaian)(kwajipan)kalau bertudung dok buat maksiat, dia tanggung dosa maksiat..kalo tak bertudung tak buat maksiat, dia tanggung dosa dedah 'aurat.. macam mana boleh ngaku diri lebih baik dari yang bertudung? syurga neraka tuhan tentukan..

Sue Anna Joe said...
Posting yang baik tanpa terlalu berceramah. Nanti dah kahwin, semoga kamu & isteri bahagia di dunia dan akhirat. :)Pada yang beri komen "tidak semestinya org yg bertudung tu jenis yg baik2. walaupun saya tak bertudung, lebih elok drpd yg bertudung"" I suggest you read this article by Ustaz Zaharuddin, sangat bagus > Aurat : Apa Sudah Jadi ?. Aku pon masih banyak kelemahan, banyak membuka mata dan minda bila membaca artikel ni.Dan pada penulis, cuba baca entri ni Perempuan yang fikir pakai payudara

.....terus sy jd takot.....

Haritu time raya, salah seorang makcik sy ni agak pro bab make up. Terus sy sua kan muka sy utk di make up bg nmpk lain di hari raya. Then sy suruh dia cukur kening sy.

  • Mak Cik A : Nuar bg ke ija plug ni?
  • Saya: Hurmmm tak pasti pulak ..
  • Mak Cik B : (dia tgk jer kiteorg bermake-up) dulu masa awal2 kawen dulu pak cik nasihatkan mak cik 2 perkara je 'sudah2lah pakai seluar jeans dan cabut kening'

wahhh..dlm hati berkata kuat sungguh pesan seorang suami ni... risau dibuat nyer. Badan sy dah naik 3-4kg byk bju2 yg dah muat..muat tu muat tp agak ketat. Hari Sabtu dan Ahad lepas sy keluar jalan2 hari Sabtu sy pakai baju t-shirt dan dicover oleh cardigan Ya! saya taw fasion itu agak old school dan kebudak2kan sampai my husband ckp "mcm pakaian time student dulu kan" Jauh jgk perjalanan kami time tu... dari mall ke mall kami masuk takde satu pun mata2 jahat suami org,bf org,lelaki normal atau tidak normal pandang sy (bkn2 sy tak arap derang pandang sy pun) and pada hari Ahad pulak sy mengenakan long sleeve t-shirt yg agat ketat dan hurmm tak perlu diterangkan rupa fizikal nye ... time tu my husband dah dok membebel bila mata-mata jahat suami org yg mengendong anak tp mata pandang sy, bf org yg dok kepit gf baekk punye pandang sy "kan ayg dah ckp td jgn pakai bju ni" aku rasa bdosa dan besalah. My big mistake.

Jd setelah sy kaji dan fahami bila mendedah kan aurat kite akan terjurus membuat kejahatan dan berdosa. Jd idealogi dan prinsip dont judge a book by it cover tu ternyata salah. Tp sy tak berani nk berhujah lebih2 sbb sy sendiri masih jahil bab Aurat dan Agama ni masih byk yg perlu dipelajari dan diterokai. Alhamdulillah dpt husband yg mcm nuar. Semoga para2 isteri dpt membebaskan diri dari wat kesalahan.

Jap jap tak abes lg cerita ni... (and it never ending aite?) ... sy nk quote kan kata2 penulis Cursing Malay ni yg ke-4 4. Jangan berangan nak memperjuangkan hak wanita untuk kelihatan cantik ketika keluar,hak wanita untuk merasakan diri mereka seksi,hak wanita untuk bergaya di mata masyarakat.Kau isteri aku,aku yang tanggung dosa kau.

Ade lg nk add:-

Mun said...

hehe,marah sungguh org yg xpakai tudung.well dgn bertudung itu melambangkan dignity.kalau dah mengaku islam kenala ikut apa yg telah digariskan oleh islam. Islam tak menyusahkan umat dia. pakai tudung xpanas, sbb Allah bg aircond special punya nnt. sila cuba :)okies suka post ni :)simple n keep rocking all days

Blood Seeker said...
Tot, ko cube la tgk Gadis Melayu. Ramai gile org yg berfikiran cam anonymous pertama di atas....Analogi camni tot, ustazah aku pernah bagitau. Kalau ko beli gula2 atau apa2 barang kat supermarket, ko mesti ambik yang dibungkus rapi, kemas, dan ala-ala kiut gitu. Ko tak beli gula2 yg xde dalam bungkusan, terdedah, takpun pembungkus dia tak cukup nak tutup sume, kan???Bila dalam bersih, luar pun bersih. Kita ekspresikan iman kita kepada tuhan mengikut pakaian luaran kita. Nabi kita pun mane pakai selekeh....miskin2 pun kemas apa. Itu kan yang dituntut.Tapi ni aku nak cakap, kebarangkalian nak dapat awek yg perangai dia sosial, dan ntahpapa jauh lebih tinggi di kalangan freehair berbanding yang menutup aurat..........Sekian dari aku (ex badar skolah)

Perkahwinan

KAWEN MEMANG BEST.
LEBEH BEST BILA START DARI 1 MAY 2009
SY ADE KEMBAR SIAM.











korang jgn lah boring bile picture yg tertepek disini manjang muka En.Khairul Anwar je hik hik hik :)