Thursday, September 27, 2012

8 bulan yang I N D A H

Tuesday, September 25, 2012

Check up 32 weeks

Assalamualaikum. Alhamdulillah 32weeks sudah membawa lil caliph dalam perut ibu ini. Indah!

Semalam check up untuk 32weeks di KK Precint 9. Pagipagi pukul 8am dah ada kt sana masukkan buku pink dalam bakul khas "MGTT" tunggu nama kene panggil. Dah kene panggil buat urine test lepas tu terus pergi ke Lab. 850am nama kene panggil utk ambil darah dan minum air gula. Sebelum tu mmg Leen nekad nak minum sekali harung tak mau minum sikit. Jd dengan lafaz Bismillah tarik tafaz tahan zassssss amik glass plastik tu minum. Wow! Sedap! Kelasssss ko jah! Air Ribena uolls. Sapa kata KK air gula nya takde perisa. Ade ok. Siap perisa Ribena lg sejuk plak tu. Masa minum tu Leen minum b3 dua orang tu dok usha usha Leen sambil senyumsenyum takut takut. Leen ckp "Sedaplah jgn minum skitskit minum sekali gus" hehehe pandai ngajar orang.

Lepas minum tu kene rehat 2 jam. Leen pun carilah port yang selesa skit untuk lepak. Pukul 11pm tu pergi kat Lab balik utk dicucuk kali ke 2. Uhhhh fengsan tak makan-makan since kol 10mlm td. Husband belikan roti bun ng air kotak je untuk berbuka sbb lepas ni nak jumpa nurse dan doc pulak.

Masa jumpa nurse Alhamdulillah HB dah naik semula. 2 minggu lepas 10 tp skarang 12. Lega babe! Berat badan plak turun. Ni punca nya sebab tak makan nasi takot punya pasal. Yelah takotlah kan kot kot betul ke ade kencing maniskan.

Masa jumpa Doc review result MGTT tu Alhamdulillah normal. Bawah bacaan 7 katanya 4. Means Leen bebas daripada kencing manis. Scan uri plak..sbb 2 minggu lepas kedudukan uri Leen sedikit kebawah. Uhhh merisaukan. Hari-hari berdoa agar uri ke posisi yang betul. Alhamdulillah uri dah ke atas. Lega!

Sebenarnya Leen still continue berubat di Al-Hidayah. Sebulan sekali mcm tu appointment Leen ng Al-Hidayah. Baru ni Leen kebetulan rezeki perawat dapat Asraf Muslim. Ahhh nervous mak nok! Leen nyer nervous sampai tak pandang muka dia. Siap Asraf Muslim cakap "Puan Assalamualaikum..pandang saya puan" hehehe. Macam biasalah dia scan..bla bla bla .. Leen ceritalah yang Doc cakap uri Leen kebawah skit. Then dia kata "Ok tak pe meh saya scan" Dia pun scan and mcm seolah2 dia bwk uri tu ke atas. Dlm hati Leen terus berzikir tanpa henti semasa dia scan. Dengan izin Allah uri Leen bila di scan oleh Doc semlm dah ke atas. Syukur.

Meraikan kejayaan check up 32 weeks dengan semuanya berita baik dengan memakan KFC hehehe. Masa makan senyap je sebab kelaparan sgt.

Ok itu sahaja review Leen untuk check up 32 weeks. Mudah-mudahan urusan hamil dan bersalin kami anak beranak dipermudahkan olehNya. Amin...

Monday, September 24, 2012

Baby Stuff #4

Assalamualaikum..15 September hari tu kami ke KLCC. Bawa Emill and Khadeeja tgk show Hi-5 ok nnt tu next entry..hehehe penat nak transfer gamba, HP pun mcm buat hal dah. Tak bagi keje sama yang baik giteww untuk transfer gamba haih! tu semua kene tukar HP tu hehehe. After tgk Hi-5 kami masuk KLCC mmg hajat nak g Mothercare KLCC sbb my sister nak beli baju anak-anak dia. So I tompang sekali cuci mata. Husband plak cakap alang-alang beli sekali apa lagi yang tak cukup utk our baby. Owkey sound good! So list barang baby memang sokmo ade dlm handbag zass keluarkan.



1. Boys Hat 2pk - RM44
2. Boys 2 Pack Mittens -  RM22
3. Knitted Hat white - RM59
4. Wrap Vests 3pk - RM69
5. Legging 3pk - RM64
6. Grooming Set - RM44
7. Digital Fever Alert - RM24
8. BUDS Organics Head to Toe - RM36

Alhamdulillah. Barang baby almost done. Ada 2 kali beli barang baby di Jusco. Tapi tak sempat nak snap picture and blogkan. Kebanyakkannye baju Leen beli Jusco..

Sunday, September 23, 2012

Kopi dan Kehamilan

Assalamualaikum. Sejak kandungan masuk 28minggu nafsu makan memang tajam. Terutama sekali craving benda-benda manis. Kopi, kopi cendol pulut, chocolate sneakers, coffee with whipped cream caramel dan donut memang sering bermain dilubuk fikiran ini. Kadang-kadang cuba jugak untuk kawal diri tp kadang-kadang tewas.

Esok kene buat MGTT. Gosh! Terperanjat seketika bila 2 minggu lepas nurse tu cakap yang saya kena buat MGTT walaupun daripada awal kehamilan tak kene buat bila masuk 32 minggu kena pula buat MGTT. Nurse cakap sekarang tak ikut keturunan ada ke tidak kencing manis sekarang ni di kira ikut faktor usia. Memandangkan saya dah berumur 25thn ke atas jadi kenalah buat. #TDMKA

So far saya memang tak pernah membantah atau merungut pun apa yang disuruh oleh nurse sebab saya tahu itu yang terbaik buat kandungan saya ini.
Selama 2 minggu saya cuba kawal untuk elakkan makanan manis-manis tapi tak boleh juga. Tapi bab elak makan nasi memang boleh sangat. Saya had kan makan nasi sehari sekali je. Kalau lunch makan nasi, malam makan wholemeal roti je.

Ok cerita balik pasal kopi kalau baca artikel di Baby Center Malaysia memang mengerikan. Huhuhu tapi sebagai panduan saya cuba elakkan minum kopi hari-hari. Saya macam minum selang sehari dengan kuantiti yang sedikit.

Mmmmm ini sedikit rumusan bagi yang malas baca panjang dalam Baby Center Malaysia tu:-

Experts recommend that pregnant women have no more than 200mg of caffeine a day. This is equivalent to two mugs of instant coffee or four cups of tea or five cans of cola per day.

You might be surprised how easily you can get a large dose of caffeine.


• 1 mug of instant coffee = 100mg
• 1 cup of instant coffee = 75mg
• 1 cup of brewed coffee = 100mg
• 1 cup of tea = 50mg
• 1 can of cola = 40mg
• 1 can of "energy" drink = 80mg
• 1 x 50g bar of plain chocolate = up to 50mg
• 1 x 50g bar of milk chocolate = up to 25mg

Sabar sabar sikit diri..lagi beberapa bulan je ni. Huih! Dulu masa TTC kemain lagi control memacam bab makan ni. Now bila dah pregnant lupa diri.




Tuesday, September 11, 2012

Baby Shopping #3

Assalamualaikum. Hari Isnin after keje lebih kurang pukul 6ptg mcm tu zasss ke IKEA. Senarai barang baby di IKEA masih belum beli hehehe. Kalau tgk checklist barang baby Leen memang agak details. Sebab Leen takut husband marah kalu pergi sesuatu tempat tu berkali2 jadi sebelum pergi tu check dulu barang apa nak beli.

Sampai IKEA perut lapar. Beli karipap dua dengan air panas makan sambil berjalan sebab nak cepat. Zass pergi ke tempat baby.

1. KRAMA,Washcloth, white RM14.90 per 10pcs
2. LEN, Quilt for cot, white RM49.90
3. BARNSLIG DANS, Quilt cover/pillowcase for cot, multicolour RM41.90
4. VANDRING SKOG, Quilt cover/pillowcase for cot, light blue RM39.90
5. TORVA Blanket, assorted colours RM39.90 per 3pcs
6. VITAMINER BIL, Textiles RM41.90 per 3meter
7. VITAMINER LEKSAK, Textiles RM41.90 per 3meter


Memula Leen memang tak tahu kegunaan washcloth tu. Bila tgk check list barang baby blogger mesti ada washcloth. So Leen pun google lah kejadah nye washcloth ni .. rupa-rupanya ia adalah penganti kepada cotton ball utk lap celah2 baby time mandi. Leen rasa sgt praktikal yet bersih yet tak melekat2 kapas kt badan baby.

Quilt for cot pula walaupun Leen tak beli cot baby tp kt kampung Leen ade cot anak buah Leen boleh lah pakai and lagi pun quilt ni Leen leh guna untuk baby napping time hehehe. So Leen beli sekali dgn cover dia 2 set leh tukar2.

Dan Kain-kain tu pulak...huh! Ade projek Leen and Husband nak buat. Apakah dia? Tunggu bila projek tu siap nanti. Kesinambungan dari pembelian kain di IKEA keesokkan harinya yakni malam td kami ke TEWAH, The MINES. Bagi yang tak tahu TEWAH tu kedai apa ialah kedai kain yang jual kain dengan harga yang berpatutan and cantikcantik.


1. Kain jalur-jalur 100% kapas - RM5.50 per meter x 5 meter
2. Kain belacu or kain guni - RM5.00 per meter x 3 meter
3. Kain cotton fallanel - RM6.50 per meter x 5 meter

Haih! Apakah terjadi projek ini? Insyallah mesti jadi untuk lil caliph ibu ni apa sahaja mesti jadi. Nak2 kalu ayahnye jugak turut serta mesti jadi... :) hehehe.

Huhuhu kerta checklist barang baby dah lunyai ni... tandanya almost done!

Thursday, September 6, 2012

Potluck Meja Bulat

Salam Jumaat. Semalam after short discussion my officemate plan utk potluck. Memandangkan derang terlebih rajis utk menganyam daun ketupat ptg smlm so main dish potluck kami ketupat.

Lepas tu yg lain bwklah apa yang patut. Thn ni Leen mmg xlarat nak buat open house so Leen pun contributelah skit utk potluck ni. Hari tu office husband pun buat potluck Leen buatkan bihun sup. Alhamdulillah abes licin..hehehe.

Leen bawa Mee Basah (stok daging) and Ayamas Ayam goreng.


Resepi Mee Basah.
500gram daging potong kecik2
Sebatang carrot
2 cekak sawi
Sepaket fish ball / fish cake / tahu
Sos tiram
Kicap kipas udang merah
Sos cili
Sos tomato
6 ulas bawang putih di tumbuk
Cili giling
Garam
2 paket mee kuning

Cara-caranya
1. Mlm td Leen rebus dulu daging tu. Rebus sampai empuk. Air daging agak2lah.

2. Tumis bwg putih dan cili giling agak2 nak garing tu masukkan air daging sedikit mcm sesenduk je. Kacau2 jgn bg hangit.

3. Masukkan carrot dan fish ball. Kacau. Masukkan garam secukup nye.

4. Agak2 carrot dah nak empuk masukkan sos tiram,sos cili,sos tomato dan kicap. Sos2 ni agak2 je kalu nak pedas letak byk.

5. Bila dah sebati semuanya baru masukkan air daging beserta daging. Kacau sampai mengelegak. Masukkan sawi.

6. Warna akan sedikit berubah. Sbb dah masuk air daging jd top up kicap n sos bg warna xpucat.

7. Minta tlg suami masukkan mee (oh ya mee tu masuk dlm tapis basuh dgn air lalu bg kapur ilang) minta tolong suami kacau semuanya.

8. Bila mee dah kembang bolehlah tutup api. Hidangkan.

Ada rendang daging, ayam masak sumo,serunding, kuah kacang, sambal bilis, kuah lodeh, burger malaysia, cheese kek, puding jagung dll.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Wednesday, September 5, 2012

Barang Baby #2

Assalamualaikum. Semalam 4 September balik je dari keje zasss ke Little Whiz. Ye! Betul SALE kt Little Whiz dah abes pun. Tp ade beberapa masih on SALE tu pun xbyk.

Bila ade duit masa plak xde. Bila xda duit masa lak ade ekekeke jd mmg xg lah masa SALE aritu. Tp barang2 yg Leen nak beli LW tu mmg tgh SALE Alhamdulillah. Everything on budget hehehe.

Semalam kan hujan selebat2nye kua office kOl 6ptg mmg rushing sgt g Setia Alam nun. Tp b4 pergi sana kene call dulu check barang yg kte nak tu ade ke tak. Ni no phone LW 03-3420297. Pehtu kalu agak2 lambat sampai ke LW harap call dulu LW bg tahu "jgn tutup kedai dlu"hehehe. So smlm mmg cina LW tu tunggu dgn penuh sabar ngeeeee! Lagipun brg yg dibeli pun lebih RM500. Jd berbaloi lah derang tunggu kami.

1. Spectra 3 (Package - double pumping and breast shield) - FOC 8pcs Autumnz Storage Bottle - RM389.30
2. 2 pack Tommee Tippee 5oz -RM48.50 x 2
3. 1 set AutumnzElectric Steam Steriliser and AutumnzBottle and Food Warmer - RM159.90
4. Bumble Bee Receiving Blanket -RM39.90
5. Grown up Baby Binder - RM12.50

Masa sampai je sana dah pukul 6.45ptg mcm tu. Memang kelamkabut terus je bagi list barang yang saya nak kt salegirl tu. Memang sekejapan. Husband masa tu masih lagi kt bawah cari parking. Dia naik2 tinggal bayar. Tp biasalah husband I ni kan over teruja nak beli Stroller adoiyaiii memcm lak dia tanya org tu pasal Stroller.

Lepas tu husband tgk bahagian Toys plak. Ok layan memacam Toys kt situ harga memang memurah jika nak dibandingkan dgn Toys r Us. Memang rambang mata tgk Toys tu. Kebetulan hadiah birthday anak2 buah tak beli lagi. Memang rezeki kowanglah mummy and pakcu ke LW hihihi kalau kt Toy r Us ni memang telan air liuq je nengok harganye.

1 for Khadeeja, 1 for Camelia (siap tunjuk kt kami youtube playdoh ni) and 1 for Istiqhfar
Singgah solat dan beraya rumah Suria di Pinggiran USJ. Ahhhh kesedapan kekenyangan. Alhamdulillah.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tuesday, September 4, 2012

Selamat Hari Raya

Assalamualaikum...18 Syawal 1433H suda baru nak ucap Selamat Hari Raya. Huhuhu a bit busy pada akhir2 Ramadhan haritu. Hari Raya lagilah busy kan. Gamba raya pun tak bape nak meriah nan hado pun dlm camera.

Alhamdulillah...Raya kali ini sgt tenang hihihi kerana takde lagi soalansoalan yang bisa memberi kepanasan dihati. Ini merupakan kali ke-4 beraya bersama suami, keluarga dan keluarga mertua. Sungguh indah. Syukur.

Chronology beraya 2009 di rumah mertua sepatutnya baju raya Leen kaler kelabu sama mcm husband tp ntah mcm mana kelamkabut skit packing (almaklumlah 1st time packing baju husband) kain baju kurung kelabu tertinggal. 2010 muka sedikit mencuka senyum kurang kerana masa ini Wan (nenek) tengah sakit tenat Raya ke 5 thn 2010 Wan kembali kepada penciptanya. 2011 beraya di rumah mertua. 

Raya tahun ini. Ini gambar masa kenduri doa selamat ritu. Gambar raya takde tahun ini...hihihi. Nanti Leen update pasal kenduri doa selamat ok. Insyallah kalu berkesempatan. Tahun ni Leen tempah 4 pasang baju maxi dress. Takde baju kurung.

Till then.. tata!