Sunday, April 10, 2016

Rawatan Batuk Untuk Baby

Assalamualaikum

Fareeq dah 3 minggu batuk. Dah 3 kali jmpa Doctor kali yg ketiga tu jumpa pakar kanak-kanak. Tapi still batuk xsembuh. Masa mula2 tu adalah try buat yg garlic+olive oil then sapu di dada n belakang Fareeq tu. Tapi naik pulak bintik2 merah. Kulit dia ni sensitive skit. Aritu try guna minyak Anugerah yg Bebe tu naik bintik2 ngeri pulak tgk nya. Terus stop xpakai minyak tu.

Hari ni sabtu ahad memang nekad xnak keluar mana2 nak bg rawatan sepenuhnya pada Fareeq. Gitewww mcm Doctor dah. Nak bg rawatan ruam panas dia jugak. Adoi musim panas ni mcm2 penyakit ada kan.

Dimulakan dengan mandi lemon. Lemon tu sebijik je hiris2 dan tabur dlm bath tub baby.

Masukkan sekali permainan dia biar dia tak fokus pada lemon tu. Kalau dia nmpk abis dia ramas masuk mulut terus. Sambil mandi tu Leen bagi Fareeq bau lemon tu. 

Lepas mandi wapkan dengan bawang putih. Just bawang putih and air panas mendidih.
Bedunglah sikit anak tu takut tangan dia mencapai air panas tu. Sebab dah terjadi pada officemate Leen anak dia terkena air panas masa buat proses wap ni. Sian masa tu anak dia baru berumur sebulan, tak pasal2 masuk hospital asalnya hanya batuk. Leen tak tutup dengan kain sbb ayah Fareeq tak kasi hahaha takut nau nau dia anak dia lemas. Ikut Leen selamber jelah. So kiteorg just tutup kipas lepastu kepung asap tu terus ke hidung n mulut Fareeq. 

Lunch Leen sediakan puri nasi berlauk seperti di atas. 
Bahan-bahan:

Beras perang 
Ikan tengiri
Halia
Garlic
Brokoli
Saderi
Kurma

Leen refer picture di bawah:-

Jadi masa buat puri tu Leen tak tumis garlic and halia tu. Leen didihkan air dalam periuk then terus leburkan semua. Kalau tak leen nak tumis guna unsalted butter. 

Banyakkan dapat dia. Brown Rice yang dah siap blend tu Leen letak 5 sudu besar makan je. So Isnin takperlu masak bubur lagi. Just panaskan ....

Yeah masa untuk bermain sambil makan. Fareeq ni suapan ke 10 dia mulalah restless, dah garu2 kepala....Ibu kena banyak sabar-_-

Itulah usaha yang Leen dah buat. Uolls ada cara lain tak nak ubati batuk untuk baby ni. Oh ye selain tu Leen sapu Baby Herbal Cream, Tropika tu di dada, belakang, tapak kaki dan di hidung. 

Tapikan ... ermmm ni pendapat peribadilah ye. Orang kata kan tak boleh bagi baby bawah 1 tahun madu panas kan. Tapi nak bandingkan madu dengan ubat klinik mana uolls rasa lagi power lagi ok? Kalau google natural remedies omputeh depa bagi je anak depa madu. Leen rasa boleh je bagi tapi jangan bagi madu semata campurlah air sikit. 






xoxo
Leen


1 comment:

  1. Chaiyok2. Semoga bb fareeq sihat ceria disamping ibu ayah tercinta ya 😙😙😙😙 - with love abang qary

    ReplyDelete

Thanks babe for leave a comment