Tuesday, April 12, 2016

Idea Makanan Baby Untuk 8 Bulan

Assalamualaikum

Fareeq dah 8 bulan jadi kena lebih usaha sikit buatkan dia makanan. Dekat Taska memang ada makanan tapi mcm tak best pulak nak bagi anak makanan Taska. Selagi tak terdesak ibu rela bangun pagi buatkan Fareeq makanan yang lazat dan berkhasiat.

Leen buat basic puree dulu sebelum di campurkan dengan bubur nasi. Puri sayur-sayuran ni Leen campur di dalam nasi (brown rice)+protein untuk Fareeq. Mmg nyum nyum and berkhasiat.

Apple 


Jagung Manis. Tapi disebabkan Fareeq batuk so buat je dulu simpan bila dah sihat baru bagi Fareeq. 




CARROTS
  • carrots with blueberries & ginger
  • carrots with potato & corn
  • carrots with onion and farro
  • carrots with turnips & rosemary
  • carrots with apples & parsnips
  • carrots with apricots, lentils & cumin

Zucchini


Kentang

+pelikkan cara leen amik gambar hihihi tu seni lah konon2+

Untuk minggu ni Leen buatkan puri buah-buahan Apple and Pir sahaja. Balik Taska just panaskan and feed Fareeq. Belum bagi lagi biskut sebab dia belum pandai duduk.



Pir.

Dibawah cara Leen menyediakan puri. 

Potong kiub-kiub mcm ni agar mudah lembut

Boleh sekali jalan hehehe senang

Zucchini dan Pototo sebab dedua sama keras.

Dah blend halus mulus masukkan dalam bekas. 
Nampak tak masalah mak mak sangat bekas tak cukup. 
So yang bekas kecik2 tu balance Leen bagi pada anak member.


Stock puri Fareeq sebelum pergi kerja just lebur je dalam bubur nasi. Bila dah keras puri yang dalam bekas ice cream tu boleh pindah ke dlm bag zip lock.  Stock mcm ni tahan dalam 2 minggu kalau hari2 masaklah. So far mmg Leen akan bekalkan Fareeq makanan.



Protein untuk Fareeq. Ayam, salmon dan ikan tengiri. Ikan salmon kuat bau dia kan. 


 Menu Fareeq Isnin 11 April 2016
Ikan tenggiri


Menu Fareeq untuk Selasa 12 April 2016
Stock Sayur, Puri Sayur campur, Zucchini dan Salmon. 
Brown rice dah siap hancur.


Menu Fareeq Rabu 13 April 2016
Bubur sayur-sayuran sahaja 
Nak bagi elok cantik kulit tu. 
Yang besar tu stock sayur yang chocolate tu puri sayur
Putih tu kentang hijau tu Zucchini
Oren tu pulak carrot

 Ini untuk menu Fareeq Khamis 14 April 2016
Eh idak lah makan butter ni semata babe hehehe
Ni nak bagi tau kalau menumis makanan baby selain guna Olive Oil .. boleh guna ulsalted butter. Ye ingat tau UNSALTED. 

Hari tu buat Salmon tak tumis baunya agak hanyir bila dah siap so hari ni leen tumis dengan bawang putih. Bawang putih tu 3 ulas potong. 

Dah agak agak salmon tu mesra dengan bawang putih masukkan air, api bagi besar skit lah sebab jam dah pukul 7.45 kannnnn hehehe 
Masukkan beras perang dah siap blend 5 sudu makan (dewasa)
Kacau kacau
Masukkan segala puri kesukaan.
Tutup periuk tu kejap bagi effect cepat masak...lari pergi hall jap iron baju hehehe.
Dah siap tu blend bagi halus. Dapat banyak pulak bubur hari ni. So esok tak yah masak. 





Cara leen bekalkan makanan Fareeq ke Taska
Letak dalam plas agar keep hot giteww
Bag tu beli kt Konomiya Alamanda kedai yang mcm Daiso tu tapi kecik skit harga barang semuanya RM5.30

xoxo
Ibu

No comments:

Post a Comment

Thanks babe for leave a comment