Monday, June 10, 2013

Pengalaman Umrah 2013, Part 1

Assalamualaikum readers...

Seperti n3 Leen terdahulu my mom, my husband and i telah pergi mengerjakan ibadah umrah pada 2 April 2013 - 13 April 2013 hampir 2 bulan tapi baru sekarang nak update dalam blog huhuhu.

Tak tahu nak bermula daripada mana dahulu. Jadi Leen rasa baik buat chronology sebelum-semasa-selepas. Senang nak faham dan baca. Catatan pengalaman Umrah Leen ini tiada tujuan lain melainkan untuk kenangan paling paling paling indah dalam hidup ini bukan tujuan hendak menunjuk-nunjuk mahupun sebaliknya. Mana yang baik tu dijadikan pengajaran yang tidak baik dijadikan sempadan. Tip-tip berguna pun InsyaAllah Leen akan selitkan.

Sebelum Pergi Umrah

(sorry lost the date the day mak offer pergi Umrah tu) Tapi seingat Leen masa tu dalam pantang lagi. Masa tu memang jiwa sangat kacau jinsyaitoniblis berkuasa. Lost! Memang rasa tiada apa lagi yang tinggal. Astaga! Leen letak gambar Kaabah dalam ig dengan caption “Ya Allah sampaikanlah suamiku dan aku ke sana”. Beberapa hari selepas itulah mak offer pergi mengerjakan Umrah. Masa itu memang teruja luar biasa sangat. Leen takut-takut nak bagi tahu Nuar takut nak dengar jawapan daripada dia. TETAPI Alhamdulillah doa seorang isteri (chewahh) Nuar lebih teruja daripada Leen. Sebab tahun 2011 hujung tahun Leen ajak dia pergi Umrah. Masa tu memang tengah moral down setelah macam-macam usaha kami buat untuk dikurniakan zuriat tak berjaya. Leen nekad nak pergi Umrah berdoa depan Kaabah. Nuar pula tak nak. Belum bersedia lagi katanya. Tetapi tulahkan bagi Leen kalau belum sampai seru daripada Allah memang kita tak akan dapat pergi menjejakkan kaki ke Tanah Suci. Diikutkan masa kami di offer pergi Umrah oleh mak tu memang duit tu takda tapi Allah maha kaya setiap apa dugaan Allah bagi pada kita itu pasti ada hikmah. Leen percaya sangat Al-Fateeh tinggalkan ibu dan ayahnya sebab nak bagi peluang kami mengerjakan Umrah. Thanks si comel manjaku Alfath (wah! Gitew nickname).

Kursus Umrah

Package kami ikut ni nama dia KRS Travel dibawah bimbingan Mutawif Ustaz Hishamudin. 4 kali Kursus Umrah termasuk last sekali Kursus, ustaz buat bacaan doa selamat sebelum berangkat. Memang bagus dan terbaik package umrah dengan Ustaz Hishamudin ini. Kursus Pertama kami terlepas tarikh. Jadi pergi Kursus Ke-2 berlangsung di rumah Ustaz Hishamudin. Ngeee!!Kena duduk bersila aaacanerr tu Leen nak dudukkan takkan nak request duduk atas kerusi pula? Jadi duduk jelah jangan manjakan sangat dirimu itu. Tapi Alhamdulillah luka sudah kering time tu Cuma perasaan ngeris je ada.

Kursus Umrah daripada Ustaz Hishamudin memang sudah cukup lengkap. Memang sangat detail. Kalau dah balik rumah lepas tu terlintas soalan terus sahaja sms beliau mesti Ustaz balas. Lepas kursus ada makan-makan. Lepas tu sangat clearlah penerangan beliau. Yang penting beliau punya bahasa tu not so KL, memang bahaso nogori sebab jemaah kebanyakkannya warga emas dan asal nogori. Orang muda boleh kiralah berapa orang. Jadi senang makcik pakcik nak paham. Kursus berlangsung di Masjid Negeri, Masjid Sikamat dan rumah Ustaz.

Cuti 10 hari

Gambar sekadar nak bagitahu kalu kerja goverment dapat pelindungan diri ke oversea huhuhu. Jadi semasa di sana Leen bawa kad ini manalah tahu kalau demam ke apa ke kan bolehlah buat rawatan Klinik di sana.


18 Februari 2013 1st day masuk kerja selepas 3 bulan cuti. Takut nak mohon cuti 10 hari. Rasa bersalah juga timbul kepada rakan sekerja yang tanggung kerja Leen tanpa gaji itu. Tapi mesti Allah yang balas dikemudian hari ya kawan-kawan.

Ilmu

Kami banyak membaca dalam internet pengalaman-pengalaman mereka yang sudah mengerjakan Umrah ini. Oh ya! Sebelum itu nak bagi tahu kami merujuk kepada Mak saya, Suami saya, dan saya. Kami pergi bertiga sahaja. Kami bertiga ini memang kali pertama pergi sana. Jadi kami memang kena banyak membaca. Buku-buku banyak kawan-kawan bagi pinjam dan ada yang beli sendiri. Tips : Cari buku panduan yang penulisnya Dato’ Hj. Md Daud Che Ngah. Dalam Youtube juga ada cara-cara tawaf yang betul cara pakai ihram. Pantang larang ketika dalam ihram memang baca dalam internet sahaja blog-blog banyak mereka ceritakan pengalaman.

Penyucian Diri

Banyakkan solat taubat itu yang Leen buat sebelum pergi. Selepas selesai solat fardhu Leen baca doa sebelum pergi umrah. Leen print out doa tu dan share dengan mak dan Nuar dan termasuk jiran kami makcik Pah yang turut serta.

Pakaian Yang Dibawa

Leen tak banyak bawa baju. Sebab di sana nanti banyak masa di Masjid sahaja. Jadi Leen bawa 4 helai jubah/dress (huhuhu langkah penjimatan kos Leen alter pregnant dress) baju kelawar selai pakai dalam bilik hotel. Telekung 3 helai 1 kain. Tips :Tak perlu bawa kain telekung sebab kat sana pakai stoking sahaja. Untuk pakaian ihram pula memang setiap kali buat umrah Leen pakai putih. Leen bawa 2 pasang blous berserta seluar dan sepasang dress. Towel mandi dewasa tebal jadi jangan bawa, Leen bawa towel mandi Fateeh yang sempat Fateeh guna lepas mandi jenazah dan kain batik sehelai.

Kasut Leen bawa sepasang kasut putih loafer, kasut jalan loafer (ijaww ok)  dan sandal. Tips: Sock tebal bawa 4 pasang kalau boleh. Kalau di Bata dan Al-Ihsan ada yang sock warna putih tapak dia biru/hitam. Macam tu lagi bagus sebab memang tak mendatangkan keraguan ketika solat. Wudhuk sock tu Leen beli 2 , satu putih satu hitam sampai sana tak pakai sebab jarang. Lepas tu kan sock tu ada lubang nak keluarkan kaki kan ketika wuduk kan. Awas! Kalau lasak mcm Leen ni haa terbuka-buka lubang tu. Masa tengah solat ada kakak kat sebelah tu guna sock tu sat lagi kakak tu pin kan lubang tu. Kretif! Tips : Sebelum bawa kasut ke sana check dulu tapak kasut tu jenis macamana. Kalau boleh biarlah yang tapaknya rata agar senang buang batu-batu kecil sebelum tinggalkan tanah haram nanti.

Untuk Nuar pula dia bawa 2 pasang ihram. Sepasang tu dapat (termasuk package) sepasang lagi beli. Tapi Nuar bagitahu saya semasa di sana dia hanya pakai sepasang sahaja sebab lepas abis umrah dia hantar dobi esoknya dah dapat balik. Tapi standbylah bawa 2 pasang (4 helai). Tips: Lelaki tak perlu bawak kain pelekat banyak sangat bawa sehelai dah memadai bawa seluar slack je. Nuar bawa 2 helai kain pelekat dia cakap tak gunapun kain pelekat kat sana. Kat sana kalau nak pergi Masjid balik Masjid memang orang sentiasa ramai, jalan laju berpusu-pusu jadi lebih praktikal pakai seluar slack. Kat sana kalau balik daripada Masjid ada orang jual-jual murah je Jubah lelaki 20riyal. Eh tercerita pula patut cerita di episode semasa ;)

Toiletries

Leen memang bab toiletries ini kalau pergi mana-mana memang ranking teratas sekali kena ada. Tak kisahlah kalau hotel dah sediakan ke belum. Leen beli product-product yang gunakan tanpa was-was. 1 set untuk Nuar 1 set untuk mak dan Leen. Oh ya, lupa nak bagi tahu Leen dan Nuar bilik asing. Kalau nak satu bilik berdua kena tambah RM400 seorang = RM800 dalam package. Tapi memang Leen taknak satu bilik dengan Nuar hahaha yelah 1st time kan pergi takut memacam jadi. Memang boleh beli toiletres di sana. Tapi nanti tak kusyuk pula perjalanan Umrah kita baru-baru sampai dah sibuk mencari farmasi. Ubat macam panadol, minyak angin, pelembab bibir tu bawa juga. Tips: gunting kecil tu kalau boleh jangan kongsi susah nanti buatnya terpisah dengan ahli keluarga ketika bertahlulkan. Pengetip kuku Leen bawa juga sebab sunat ketip kuku sebelum buat Umrah. Tapi kuku tak sempat panjang pun kat sana ;)
Bagasi
Dalam package ada dapat satu bag roda yang kecil tu (mcm bag sekolah), bag sling dan bag baju beroda sendri punya. Dalam bag roda yang kecil tu leen letak telekung suami pula letak kain ihram sebab kami turun Mekah dahulu. Dalam bag sling letak handphone, passport, buku panduan jenis nota.

Kiriman Doa

Sebulan sebelum pergi sana Leen memang ada tanya saudaramara kawan-kawan yang nak kirim doa. Sebab Leen tak nak last minute derang bagi tulisan tangan kadang-kadang Leen tak faham. Lepas itu kata ganti nama tu. Jadi untuk samakan semua format Leen suruh mereka email lepas itu tukar siap-siap kata nama diri itu. Hihihi tapi ada juga yang bagi last minute tulisan tangan dia Leen tak faham lepas tu dalam doa tulis ‘AKU’ .. Allah! cemana ni masa kat sana tersasul Leen baca doa dia. “temukan jodoh aku” aaacanner tu? Tips: Kalau dengar orang nak pergi Umrah atau Haji kirimlah doa pada mereka sesungguh besar pahalanya kalau doakan orang dan yang penting keberkatan berdoa di tempat-tempat mustajab berdoa.

Ok check-out next n3 part 2 pula

6 comments:

  1. Anonymous11 June, 2013

    Selamat menunaikan ibadah :)

    ReplyDelete
  2. Satu perjalanan umrah yang tenang dan selesa. Moga dipanggil lagi ke sana.

    ReplyDelete
  3. Layari:

    http://www.abkhgc.com/

    Menawarkan ground pakej umrah yang terbaik.

    ReplyDelete
  4. Salam Tuan...Mohon Kebenaran Untuk Mengambil Manfaat Dari Cerita Di Atas Agar Menjadi Panduan Kepada Sahabat Yang Akan Mengerjakan Umrah Dan Haji . Wasalam

    ReplyDelete
  5. I really appriciate for this post above you shared for all of us. But performing Hajj is very costly today. Because Hajj packages and Ummrah packages are costly now a days. But I have seen that Eiman Travels are provided cheapest rate for hajj and ummrah. It will be faithful journey for all of you. I had done my journey of Ummrah recently. Then i will suggest you this travel agency. Please visit this page http://www.eimantravels.co.uk

    ReplyDelete

Thanks babe for leave a comment