Wednesday, June 26, 2013

Pengalaman Umrah Part 3

Assalamualaikum...

Ok sambung part 3

Ketika di Madinah

Setelah selesai Tawaf Widak (Tawaf Selamat Tinggal) Leen sudahi dengan rutin keluar Masjidilharam dengan meminum air zam zam. Sedih sangat meninggalkan Kaabah. Lepas minum air zam zam pantang larang selamat tinggal Leen awasi. Seperti jangan jalan secara mengudur atau tertoleh-toleh ke Kaabah setelah membuat Tawaf Widak, tidak membeli, tidak bersedekah dan tidak menunaikan solat berimamkan Imam Masjidilharam dan tidak tidur di dalam hotel. Malam sebelum meninggalkan Kota Mekah kami bertujuh dalam bilik tu jenuh mencungkil tapak kasut. Takut terbawa pulang pasir-pasir daripada Tanah Suci.

Sampai hotel Leen bawa turun luggage ke lobi. Jam 12 tghari kami bergerak. Bas memang dah standby. Hati sayu meninggalkan Kota Suci Mekah. Dalam bas tidur je hihihi. Perjalanan daripada Mekah ke Madinah memakan masa 8 Jam. Ada ketika Leen nangis hiba mengenangkan Rasulullah S.A.W. kita berhijrah daripada Kota Mekah ke Kota Madinah. Bayangkanlah, dahulu mana ada jalan secantik sekarang, kenderaan apatah lagi. Tetapi begitu cantik percaturan Nabi Muhammad menyatukan Umat Islam. Subahanallah! Sepanjang jalan memang Gurun je, sesekali nampak unta…kalau di Malaysia macam lembu tanpa tuanlah merayau 

Dalam pukul 3ptg mcm tu kami sampai di RnR. Ok serius terkejut tengok keadaan RnR tu. Sangat sempoi. Ada bangunan putih dalam tu ada meja makan, ada kedai runcit kat luar dia dan Surau bangunan lain.

Makanan travel agent telah sediakan tapi tempat makan pula takda. Nasib baik brader kedai runcit tu baik hati bagi kotak jadi kami beramai-ramai makan bersila atas kotak. Tapi Leen lupa nak amik gamba ketika di sana. Perjalanan diteruskan ke Kota Suci Madinah.

Sampai Madinah waktu Magrib. Tak sempat nak ke Masjid Nabi untuk jemaah. Leen pula time ni dah start demam badan tak sedap. Alhamdulillah dah settle Umrah baru demam kalau tak mesti tak selesa.

Malam tu selepas Solat Isyak di Masjid Nabi kami jalan-jalan di Kota Madinah. Kota Madinah sebuah Kota yang bersih, nyaman dan tenang.

All of my roomate (maklang je takda) ini bergambar depan hotel sebelum berangkat ke Masjid Nabawi.


Dengan Mak ketika duduk tunggu turn nak masuk Raudah


Group KRS Seremban dan KRS daripada negeri lain juga.


Keesokkan harinya kami ke Masjid Nabi di bimbing oleh Mutawif daripada Indonesia. Lupa apa nama Ustazah tu. Ketika ini kami dipisahkan lelaki dan perempuan sebab yang perempuan nak pergi masuk Raudah.

Beratur sambil duduk sementara tunggu turn nak masuk raudah. Dibahagikan kepada beberapa category. Jemaah daripada Asia Tenggara, Turkey, dan Arab Saudi. Mengikut kata Ustazah, sistem beratur mengikut category ini adalah untuk mengelakkan pergaduhan. Tapi memang betul pun masa Jemaah Malaysia dan Indonesia masuk tak sampai 10 min masa tu Leen tengah solat sunat hajat, tetiba kedengaran tapak kaki berlari laju ke arah Leen. Sekali kepala aku kena pijak daaaaa…. Ngeeeee. Orang Turkey kot. Sabar jelah keep calm and continue solat. Settle baca doa cepat-cepat beredar. Tip: Jangan selfish, memang ada peluang solat lagi tp ingat orang lain juga nak beribadat.

Perjalanan Pulang ke Tanah Air

Khamis malam Jumaat berkemas untuk pulang. Perkara melucukan berlaku dalam bilik hotel yang ketika itu share berempat. Yeps…di Medinah kami share bilik berempat di Mekah bertujuh. Malam tu bag mak, cik pah (my jiran) dan cik mon (my new friend) mcm nak pecah. Hahaha macam bawa batu! Mlm tu jugak tengah malam Leen teman makcik2 ni pergi beli bag.

Hj.Mansor, Husband, ermmm lupa nama brother ni (isteri dah bersalin lum?) dan Hj. Kadir.


Dengan makcik-makcik sementara tunggu bas datang di Lobi Hotel

Sesatunya Abaya yang Leen beli di sana. SR120.


Belakang tu Masjid Nabawi


Ehwah! Ye. Bedak bercapuk kulit terlalu kering. Dah sapu krim pun tak lut.

Tapi Leen memang seronok berkawan dengan makcik pakcik dlm group Umrah kali ini. Penuh dengan keriangan mereka ini. Ada pakcik tu suka jalan sowang-sowang sat lagi hilang. Ada sekali tu masa dia hilang husband Leen jumpa dia tengah cari jalan balik hotel.

Tibalah hari Jumaat pagi. Semua sudah berkumpul di Lobi hotel. Sedih dan hiba meninggalkan Kota Suci Mekah.

Kami menaikki flight di Lapangan Terbang Medinah. Dekat jugalah dengan hotel kami tu. Memandangkan flight kami ini disewa khas untuk Jemaah Umrah jadi kami bolehlah menaiki flight pulang di Medinah. Alhamdulillah perjalanan Umrah kami dipermudahkan. Sebab kawan Leen daripada Medinah kena pergi Jeddah dahulu agak memenatkan.

Kami berempat Cik Pah, Cik Mon dan Mak memang dah pakat nak berjubah Hitam hihihi... Ini ketika di Airport Madinah
  
Travel agent bekalkan ini sebagai lite lunch...ermmmm sedappppp


kwell ...

Flight delay. Jadi kami solat Dzuhur di airport, yang buat Leen kagum masa waktu Solat Jumaat airport tu takda pekerja langsung. Semua pergi solat. Pekerja wanita memang tak nampak. Itu membuatkan Leen wondering…siapa yang nak buat body check nanti. Lebih kurang pukul 2pm kami pun check in perempuan kena masuk satu bilik untuk buat body check. Hehehe ok ada mak arab tunggu rupa-rupanya. Mereka pakai uniform and freehair..Tapi kalu keluar derang berjubah berniqab arr. Lepas tu dia cakap kat Leen “Malaysia Bagus” hahaha. Bila mak punya turn mak arab tu tanya “are you Pakistan?” hahaha mak pun sengeh-sengeh jawab no from Malaysia.

Selesai check in tunggu kapal sampai. Nak ke kapal tu naik bas. Yang kelakarnya jarak daripada tempat menunggu dengan kapal taklah jauh sangat. Macam 10 langkah je…hihihi dalam bas tu derang dok gelak-gelak cakap “Ohhh orang Arab ni saja nak bawa kita pusing-pusing tengok airport ni”.

Time balik kami duduk terpisah-pisah. Kami bertiga duduk asing-asing. Maka apabila duduk terpisah-pisah ada jemaah yang lain minta tukar-tukar tempat duduk time tu juga. Walhal dah diberitahu oleh Ustaz agar duduk dulu nanti bila dah take off baru lah tukar suka sama suka.

Nak jadikan cerita Cik Mon dapat tempat duduk dengan seorang pakcik ni, sat lagi wife pakcik tu tak sabar pula nak tukar time tu juga. Sian tengok Cik Mon nak angkat-angkat hand language Leen pun tolong anta kan kt tempat makcik yang nak tukar. Sat lagi stewardess tu marah kite pula…ngeee… Puan sabar puan sabar nanti tukar... hihihi tak tak saya nak tolong je.

Naik flight semua kepenatan nak layan movie pun tak lalu. Mengantuk je mata ni. Lebih kurang 2 jam selepas flight berlepas ada announcement, stewardess tanya jika terdapat jururawat sila berhubung dengan anak kapal. Berdebar sbb mak duduk jauh daripada pandangan mata Leen. Lepas tu nampak Nuar berdiri memerhatikan mak. Nuar tunjuk signal OK kat Leen hehehe. Cik Mon dan ada seorang lagi makcik ask Nuar to check it out husband derang juga. Ok suami masing-masing terkawal.

Lebih kurang 5 jam kemudian sekali lagi announcement, kali ini bertanyakan siapa doctor atau jururawat sila berhubung dengan anak kapal. MasyaAllah siapalah yang sakit tu. Memang mendebarkan. Kelihatan penumpang-penumpang sedikit gelisah. Tapi Leen dengan makcik sebelah Leen ni duduk enjoy the food and tido je siap selubung.

Beberapa minit before touch down terdapat announcement lagi, tetapi kali ini daripada Ustaz. Ustaz memberitahu seorang Jemaah Lelaki telah meninggal dunia dan mengarahkan kami sedekahkan Al-Fatihah. Ya Allah betapa beruntungnya beliau meninggal setelah membuat penyucian hati. Jururawat yang dalam flight tu Jemaah daripada group Leen. Bedasarkan cerita beliau pakcik yang meninggal tu diserang diabetes hypo.

Masa nak turun kelihatan ambulance dah standby. Masa kami semua turun memang lalu di hadapan arwah. Ya Allah sian sangat sebab arwah mengerjakan Umrah seorang diri.

Itulah cerita serba sedikit perjalanan Umrah dan Ziarah kami bertiga.



8 comments:

  1. Masya-Allah.... pakcik itu meninggal selepas selesai semua hajat utk menunaikan umrah.. Allahuakbar!! moga rohnya tenang di sana Leen.

    ReplyDelete
  2. Salam perkenalan dari saya. Saya juga jika diizinkan Allah akan pergi menunaikan umrah pada Januari 2013. Saya berdebar juga kerana ini pengalaman pertama saya pergi ke sana bersama dgn mak dan abah saya. Terima kasih kerana sudi berkongsi kisah Leen dan saya dapat kutip info penting menunaikan umrah.

    Iza

    ReplyDelete
  3. Salam perkenalan dari saya. Saya juga jika diizinkan Allah akan pergi menunaikan umrah pada Januari 2013. Saya berdebar juga kerana ini pengalaman pertama saya pergi ke sana bersama dgn mak dan abah saya. Terima kasih kerana sudi berkongsi kisah Leen dan saya dapat kutip info penting menunaikan umrah.

    Iza

    ReplyDelete
  4. Salam perkenalan dari saya. Insha Allah, jika diizinkan Allah, akan pergi menunaikan umrah kali pertama bersama dgn mak abah saya. Saya memang berdebar kerana first time pergi sana, mak dan abah saya dah pergi masa wat haji dan juga umrah,cuma saya belum. Jika tak ada apa2 aral, bulan Januari 2014 kami pergi. Terima kasih kerana berkongsi tips dan juga sedikit panduan.

    ReplyDelete
  5. As salam.... seronok baca citer leen. Insya Allah sy pon bakal ke sana Mac 2014. Tp sekarang nie dah bermcm2 perasaan rase....

    ReplyDelete
  6. Tima kasih leen, seronok baca pengalaman leen semasa mengerjakan umrah. Semoga Leen dan keluarga dimurahkan rezeki oleh Allah di atas perkongsian pengalaman umrah. Insyaallah akak pun akan ke sana pada bulan depan..(Jan14).

    ReplyDelete
  7. pengalamannya sangat menarik, seronok bacanya. Setiap orang selalu mempunyai pengalaman tak terlupakan, dan selalu rindu ingin kembali lagi kesana

    ReplyDelete
  8. Innalillahiwainnailahirojiun..semoga roh arwah ditempatkan dikalangan org2 yg beriman..amin

    ReplyDelete

Thanks babe for leave a comment