Wednesday, July 11, 2012

Berpuasa Semasa Hamil

Assalamualaikum

Nampaknya lagi seminggu kita nak menjalani ibadah puasa. Masa 1st day puasa nanti my pregnancy berusia 22.2weeks. Harap-harap baby and ibunya boleh bertahan untuk berpuasa penuh Ramadhan kali ini. Yeps! Lama sgt dah tak puasa penuh..(last puasa penuh masa umur 14thn ngeeee...)

Hari Isnin hari tu saya puasa. Alhamdulillah berjalan dengan lancar janji sahur makan nasi and minum susu. Lepas sahur makan Obimin and Acid Forlic siap-siap.

Hari Selasa bangun Sahur mcm biasa tp memandangkan takde nasi nak makan just makan roti sapu kaya+butter, buah kurma 2 biji, Nesvita. Masa Sahur ok je perut dan tekak laju je menelan. Bila dah dekat nak abis waktu Sahur saya cepat-cepat makan Acid Forlic and Obimin..tudiaaaa tetibe tanpa warning CIK MUNNNNN wek wek datang...haaaa amik abis lantai,katil dan kaki husband. Sian husband bangun mengejut sebab kaki kene siram dik Cik MUN. Terpisat-pisat dia amik mop. Bersihkan cik mun.

Kami pun buat postmortem kenapa boleh muntah sedangkan dah lama tak muntah. Oh! Rupa2nya mlm tu minum air teh tarik. Teh tarik tu angin. Lepas tu sebelum tido perut berbunyi2 husband suruh makan tapi Leen mcm malas nak makan heavy2 jadi makan roti sapu butter je. Tido malam tu tak lena sbb rasa tercekik je roti tu. Jadinye bila sahur roti yang malam td tak lepas lagi di tambah pulak dengan teh tarik punca angin haaaa tu yg keluar segala-galanya. Nurse pernah pesan kalu makan roti jangan sapu dengan apa2 makan roti kosong lagi bagus untuk elakkan minyak.

So kawan-kawan ketika bulan puasa jangan ambil makanan berminyak. Nanti perut kosong lepas tu berminyak lagi memang mengundang banjir cik mun.

Ni leen nak share skit tips berpuasa ketika hamil. Saja leen tepek sini bagi ingat kt diri sendiri. Kalu tidak lupa je. Dicedok daripada Baby Center Malaysia.

Apakah cara terbaik untuk berbuka puasa?

Pastikan anda makan pelbagai makanan yang sihat dan minum banyak air apabila anda berbuka puasa dan semasa sahur.

•Pilih makanan yang membebaskan tenaga dengan perlahan seperti buah kurma, kekacang dan lentil untuk berbuka puasa.
•Elakkan makanan manis yang akan meningkatkan tahap gula dalam darah anda dengan cepat. Ia juga akan turun dengan cepat dan ini membuatkan anda berasa seperti hendak pitam dan pening.
•Pastikan anda mendapat protein secukupnya daripada kekacang, daging dan telur yang dimasak sepenuhnya. Protein diperlukan untuk membantu bayi anda membesar dengan sihat.
•Minum air yang banyak pada waktu malam. Anda boleh ternyahhidrat dengan cepat terutamanya jika cuaca sangat panas pada bulan Ramadan.

Apakah tanda-tanda bahaya yang perlu saya ketahui?

Hubungi doktor anda jika:
•Anda pening kepala, pengsan, lemah atau letih. Berehat selama setengah jam untuk kembali sihat dan jika tiada perubahan, hubungi doktor anda.
•Anda loya atau mula muntah.
•Terdapat perubahan ketara pada pergerakan bayi anda. Jika bayi anda tidak bergerak atau kurang menendang, amat penting untuk anda menghubungi doktor anda.
•Anda berasa sangat dahaga atau air kencing anda berwarna gelap dan berbau kuat. Ini adalah tanda-tanda penyahhidratan.
•Anda mengalami kesakitan seakan-akan sakin bersalin. Ini mungkin tanda kelahiran pramatang dan anda perlu hubungi doktor anda dengan segera.
•Berat badan anda tidak bertambah atau berat badan anda berkurangan.
•Anda sakit kepala atau mengalami kesakitan lain atau demam.

Baca dengan lebih lanjut mengenai simptom kehamilan yang mesti anda ketahui.


Bagaimana cara untuk memudahkan saya berpuasa semasa hamil?
Terdapat pelbagai langkah yang boleh anda ambil:
•Rancang hari anda supaya anda boleh berehat secukupnya.
•Elakkan berjalan jauh dan membawa barang-barang berat.
•Elakkan aktiviti yang membuatkan anda berasa panas kerana ini boleh menyebabkan anda teryahhidrat dengan cepat dan membahayakan bayi.
•Mintalah nasihat daripada wanita lain dalam keluarga anda tentang bagaimana menjalani puasa semasa hamil.
•Amalkan pemakanan yang baik apabila anda berbuka. Dapatkan tip-tip lanjut tentang makanan untuk berbuka dan sahur.

Secara amnya, anda hendaklah sentiasa tenang dan terimalah bantuan jika diberikan. Walaupun keluarga dan rakan-rakan anda mungkin akan berjaga malam untuk beribadat, anda sendiri perlu menjalani Ramadan kali ini dengan tenang dan berehat sebanyak mungkin.


Saya masih kurang pasti sama ada saya perlu berpuasa atau tidak. Apa yang perlu saya lakukan?

Berbincanglah dengan ahli keluarga, doktor atau ahli agama sebelum membuat keputusan.

Semoga Leen dapat puasa penuh Ramadhan kali ini. My officemate bagi tips kalu nak puasa penuh kerap2 bercakap ng baby yang kita berpuasa hari ini. Lepas tu kira-kira bapa jam lagi kite nak berbuke.

Oh ye! Leen nak share satu blog ni. My bff punya blog. SUPERMAK WANNABE huhuhu jenguk2 taw blog dia. Selalu update blog dia ni. Rajinnnn...

4 comments:

  1. cyaiyok chaiyok leen, semoga penuh puasa tahun nie, pengalaman akak masa dulu time sahur akak minum susu.....malam memang akak makan byk...hehhee asyik makan jerrr....selagi tak tutup mata selagi tue akak mengunyah.....heheehe ...apa tips yg leen share tue memang bagus sgt amalkan....alhamdullilah masa akak puasa time prangnat, seronok sgt...pastu pujuk si anak kita puasa sama2 ekkkk....selalu kena psiko ngan anak....masa tue dia dah paham dah..hehehe akak tinggal 2 hari masa tue pasal apa ek tak ingat...1st akak check-up...kena buat apa entah...akak buka.....hehehehe

    ReplyDelete
  2. Insyallah boleh.. Puasa kan menahan lapar :) hihihi

    ReplyDelete
  3. hahaha..oit, leen..kemain lg ckp aku rajin eh..malu aku..:D anyway, thnx..haha!

    ReplyDelete
  4. salam ptg..dya follower sini iyer..
    jemput singgah my blog ya ^^

    ReplyDelete

Thanks babe for leave a comment