Wednesday, January 25, 2012

TTC Treatment vol. I

Assalamualaikum. Apa khabar my lovely readers. Lately ni aku rasa mcm bosan-bosan je cerita aku kan. Mcm cte pasal mkn+olidae+aktiviti weekend. Tu je. Hari ni aku nak cte pasal lain mcm sikit. Sekali lagi aku ulang cite aku ni lain mcm sikit.

Jap jap jap..jgn close dulu...
no no no takde cerita cerita mistik de
gile! ingt aku berani sgt nak cte bende2 mistik ni.

ermmmmm ni cte lain mcm sikit (hamek 3 kali lain mcm sikit)
Tergerak hati untuk share kesah ni lepas baca LadyVerde punya blog huhuhu.
Ok sapa tak kenal LadyVerde blog kan..hehehe

Ok lets start ..
(ermm cemana ek nak mula..eh gediks xtahu mula lak dia)

Aku dah kawen 2tahun +++
1 Mei 2009 aku nikahi mu dengan bismillah
Till now kami belum dikurniakan zuriat
Soalan soalan puaka nasihat membina nasihat yg tak guna kata-kata yang menjahanam pun seusialah dgn perkahwinan kami dihadapi dengan jiwa yg kental.
Kami boleh kira berapa org yg bg nasihat berguna tanpa kata2 sinis.

Memang perit nak hadapi dunia perkahwinan tanpa anak ni wei.
Bukan keja mudah tak semudah keje kawen.
Kadang2 kami rasa kami selesa berdua tp org tak rasa mcm tu.
Org tak senang tgk kami mcm ni.
Bila org tak senang tgk kami mcm mereka push kami.
Lantas kami pun push diri kami.
(kami refer to aku + Nuar)

Seawal 7 bulan perkahwinan aku dah buat treatment.
Bayangkan panic tak panic nye aku.
Org nampak aku rilek jekan.
Siap perli siap mengata siap keji aku "ko tulah tak berusaha"
Pedih+Sedih kami dengar.

1st Treatment.
7 bulan perkahwinan di Al-Zahrah, Bangi.
Berjumpa dengan Doc Noraini.
Doc yang sungguh sweet yg very gentle i liokee!
Mula2 dia kaji background family kami habis semua dia tanya.
Sampaikan penat kami fikir sejarah family kami.
Lepas tu Doc Noraini check keputihan, period, ultrasound rahim, buat pap smear, kematangan telur, kedudukan rahim, saiz telur, bilangan telur dan check out utk husbie sperm counting.

Overall result kami perfect! Perfect to have our own baby.

3 kali aku buat treatment yang sama. Aku start Dec 2009 - Mac 2010.
Last day tu aku give up.
Aku ingat lagi keadaan aku masa tu.

Pagi2 aku bangun pagi. Doc bg bekas suruh wee wee dlm tu.
Then aku wee wee. Bwk bekas tu jmpe Doc Noraini.
Result -ve.
Doc Noraini ckp takpe Puan Norleen belum ada rezeki.
Next appointment u ambil clomid tambah dos lg.
Dos clomid yg perlu aku ambil bertambah dan aku dah ambil 2 kali circle of period.
Aku refused nak ambil lagi sbb ada side effect kalu ambil lebih.
Tapi aku takdelah bagi tahu doc Noraini mcm tu. Mcm lah pandai sgt budak ni nnt doc ckp kan. Ni aku tahu aku penah baca dan ade kwn bg tahu aku.

Aku kua bilik Doc Noraini dengan perasaan yg memcm.
Mcm2 aku pikir kan.
Antaranya apa lg ikhtiar yg ada?

Aku tunggu Nuar kt bangku depan tu.
Air mata aku jatuh satu satu. Aku cuba bertahan tak nanggis.
Tp nanggis juga.
Aku nmpk je Nuar (nuar amik keta dr paking) zassss aku nanggis dlm keta.
Nanggis je tak henti-henti.
Terus Nuar bawak aku g shopping.
Terus aku OK.

2nd Treatment.
Bulan April 2010
Aku nekad beli set Biodex
Setelah aku kaji aku tanya org
Aku called dealer
Aku google
Aku beli
RM900 tak silap aku time tu.
Beli set ppuan lelaki.
Settle.
3 bulan aku mkn.
Result -ve juga.

Yg berkesannya aku makan Biodex ni tahu apa...
Kulit aku licin. Badan rasa sedap. Pipi aku mulus tulus suci je.
Gitewwww.

Lepas tu bila org cadangkan aku mkn benda ni aku diam je.
Aku tak cite pun aku makan Biodex.
Sebelum aku ambil Biodex ni ade lah org ni dia syor syor aku ambil.
Aku ckp aku tak nak ambil Biodex ni... sebab aku cuak sikit ubat2 mcm ni.
Lepas tu memacam lak org tu ckp aku.
Sudahnya lepas aku beli Set Biodex ni aku amik gamba send kt dia bg dia puas hati.

Bg aku terpulang pada hormon memasing.
Mungkin Biodex tak sesuai ng hormon aku.

sadness+nanggis lg dibuatnya

3rd Treatment .
Bulan 7
Aku tak give up untuk usaha selagi boleh dapatkan zuriat.
Never give up never surrender gitewww.
Aku google punya google
Buah Zuriat a.k.a buah adam dan hawa.
Rezeki ada akak office nak g umrah masa tu
Aku tak ckp pun sbb dlm google tu ckp "kalu boleh jgn kite yg luahkan biar org offer atau org lain yg pesan" gitewwww.
Akak tu beli siap2 tuk aku ng 3 couple lg yg takde anak kt opis aku.
so dia beli 8 biji.

Tiap2 malam aku rebus sperti panduan.
Kebetulan pulak time tu bulan puasa
So memang consistent aku buat.
Consistent satu hal.
Time tu aku cukup cukup jaga makan aku sbb bulan pose kan.
Aku mkn betul2 seperti nutrisi org mengandung.
Gitewwww... Ais langsung aku tak minum.
Air suam sahaja.
Nuar pun sama. Cukup jaga makan.
No fast food.
Solat teraweh Alhamdulillah penuh cuma ujung2 tu je tak.

Alhamdulillah aku pregnant .
Minggu ke 6 detect aku pregnant.
Tp tak lama Allah bg kami happy 2 minggu lepas tu Allah ambil balik happy kami.

Tu kesah sedih.

4rd Treatment.

ermmmmm sedih lah.

eh sedih nanggis pulak.

nnt aku sambung lagi.

Aku cerita ini sekadar panduan buat kawan kawan yang seangkatan aku. Kawan kawan yang sedang hebat try to conceive. Kawan kawan sebenarnya kita nilah umat paling bertuah di duga mcm ni. Kawan kawan memang hebat. So never give up OK. Be strong. Nnt aku share lagi pengalaman dan treatment2 aku .. kalu aku rajin aku letak no. contact siap2 untuk each treatment beserta gamba dan nama ubat. Okay aku budget aku doctor pakar sakit puan. Bila aku budget aku doctor pakar sakit puan aku menjadi hemosi dan hemo hemo apabila melihat kawan kawan yang begitu senang mendapat zuriat treat anak secara "lebih kurang". Cukup aku bosan melihat perkara itu. Cth : melepaskan anak turun dari kereta ketika di parking kereta. Ye! memang anak ko pandai jalan. tak jatuh. huih! malas nak ckplah.



10 comments:

  1. sambung la lagi. nk tau ni. rai pun ttc gak. wakakakakakaka

    ReplyDelete
  2. beb, serius aku sedih. tapi tuhan maha kuasa. dia lebih mengetahui segalanya. isnyaallah pasti ada rezeki tuk kalian kelak. amin.

    ReplyDelete
  3. Rai,
    Hokey nnt leen continue. Leen tgh amik mood ni.

    ReplyDelete
  4. Sri,
    namau namau sedih...takpe aku OK. :)

    ReplyDelete
  5. aku rasa sedih lak baca..leen kuatkan semangat eh...?belum rezeki ko lagi tu....insyaallah..aku doakan yg terbaik utk ko....

    ReplyDelete
  6. Leen: insyaallah suatu hari nanti mesti Allah kurniakan cahaya mata buat kamu. Jangan putus asa ye. Kak lan ni lagilah dah 7 tahun nikah. 3 kali misscarriage. sedih memang sedih kan tapi teruskan usaha. Kak lang doakan yang terbaik untuk lin dan suami.amin

    ReplyDelete
  7. Mama Arfan,
    Insyallah... mesti kene kuat semangat.

    ReplyDelete
  8. Kak Lang,
    Kak Suuuuuuu ... Dlm diam 7 thn dah kak su kawen kan. Sekejap je rasanya. Insyallah kak su leen pun doakan kak su and husband cepat2 dikurniakan zuriat.

    ReplyDelete
  9. Leen its me again shah0331 ahakss..buah zuriat tu ada kwn bg aritu tp cam xsmpai hati plak nk minumnyer..dgrnya pahit sesgt..bleh bg tips cane leen buat bg bleh minum dgn jayanya?tq leen

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aisyah buah zuriat tu tak pahit. Dia rasa mcm air teh o tak bergula. Kulit dia jgn di rebus. Takpe nnt leen letak satu n3 pasal tu ye. Tp Aisyah serius tak pahit. I know u can do it.

      Delete

Thanks babe for leave a comment