Sunday, January 29, 2012

Langkah-langkah ketika menghadapi keguguran

Oppsiiiie! Sorry tajuk scary je. Tak tahu nak letak tajuk cemana.

Langkah-langkah kalau rasa sesuatu tak best. Gitewwww...

1. Kalau keluar spot
Dah cuci cuci sila berbaring. Baring je sampai tido pun boleh.

2. Pergi jumpa Doctor dapatkan injection dan ubat Duphaston.

3. Jangan makan benda2 yang berlendir, begetah, tajam (ofcoz) seperti bendi, pisang, nangka, sos (bercuka dan tajam)

4. Sentiasa berdialog bersama kandungan. Cth: Anakku pegang mama kuat2 ok. Nanti kita jumpa. ataupun Bertahan plz.

5. Kalau boleh ambil MC 2 minggu. Selalunya dapat MC. Mcm saya ritu dapat.

6. Jgn banyak bergerak.

7. Berdoa berdoa berdoa. Mengaji. Baca Yassin.


Bby i love you

Masa ni perasaan tak sangka. Dari yang murah sampai ke yang mahal aku membuat ujian. Masa tu controlkan perasaan happy. Selagi belum 12weeks selagi tu gundah gelana.

Antara ubat yang diambil ketika spot spot dah keluar.


My EDD jadi berbeza beza sebab saiz tidak seperti 8 weeks. No heart bit pada usia 8weeks. Saiz seperti 4weeks. Doc assume itu adalah tidak menjadi.

So peps please lah kalu uolls sekadar tanya nak blame aku baik tak payah ye. Soalan biasa org :
Mcm mana boleh keguguran?
Buat kerja berat ke?
Angkat berat ke?
Lasak sgt kot??

Tapi aku tak terkilan sebab aku tahu aku dah buat yang terbaik time tu. Sangat terbaik.. Tapi itu lah yg dinamakan takdir. Kita kena redha dengan dugaan Tuhan ini seperti mana Tuhan meredhai kita duduk di mukabumiNya.

8 OKTOBER 2010
Ko pergi jua. Bleeding and dah kua abis.
But after 2days darah tak henti2. Pergi balik ke Hospital Besar Seremban untuk dapat penjelasan.
Oh! Ade lg sikit tak abis lah puan. Its ok. Doc buatlah apa yang patut. 
Ok DnC. 

My anak buah tgk i berstokin dia pun nak jugak stokin.
Masa ni agak STRESS dengan situasi so google lokasi next honeymoon.


Masa kejadian : Posisi baring OK. Masa tu tgh tido alih2 rasa sakit yakmat tetibe POP! rasa benda keluar. 



Sekian......

Thursday, January 26, 2012

TTC Treatment vol. II

Assalamualaikum.

Mmmmkay aku nak sambung balik pengalaman aku mengejar impian nak ada anak ni k. 
Lepas keguguran tu aku rest sekejap.
Doc pun cakap jgn mengandung dulu tunggu 3 bulan. Sebab kalau mengandung pun rahim masih luka belum pulih sepenuhnya.

4th Treatment 
Bulan Januari 2011 mak sedara aku bawak pergi jumpa dukun.
Hehehe bunyi mcm seram mistik je..
Takde lah dukun .. pakcik tu dia pencen askar.
Dia pandailah ubat2 kan org ni.
Tuan Haji panggilan dia.
Cara dia guna limau 
Dia hiris2 limau tu lepas tu dia suruh aku mandi.
Dia cakap takde apa2.
Both of us OK. Takde masalah.
Kt Kuala Pilah, Negeri Sembilan rumah pak cik tu.
Cuma dia nasihatkan kami jgn masuk tempat2 tak baik tempat2 byk syaitan ni.

5th Treatment 
April 2011 aku memulakan semula rawatan modern.
Aku kumpulkan maklumat, fakta-fakta keberkesanan satu pakar gynea di KL.
Srivari Women's Specialist Centre, Jalan Rahmat.
The treatment going so well.
Aku memang 100% confident masa ni.
Sebab Doc Thanic sangat detail. Tak lokek dia beri info pasal aku.
Tak perlu tanya dia bagi tahu semua.
Package isteri dia pun joint berborak bersama kami. 
Ubat-ubat yang dia bagi pun berkesan.
Kali ni Doc Thanic diagnose  aku 2 perkara but not so serious.
Dan 2 perkara ini tak menghalang untuk dapatkan anak.


2nd day - 7th day cycle Clomid
Appointment
8th day - 20th day Dexamethason
Appointment hari ke 14th
Check telur
wee wee dlm botol kecik 
Appointment 
Result -ve
nanggis
Repeat 3kali

Alhamdulillah Nuar takkan paksa aku untuk jumpa Doc or berubat ke apa ketika aku tak mahu. Sbb badan aku yg tanggung. Jadi Nuar sentiasa bagi moral support pada aku. 

6th Treatment 
Actually kali ni aku dah hilang fokus aku ke arah nak dapat zuriat. 
Aku terlalu fikir pun tak boleh
Jadi usaha aku sekadar apa yang ada sahaja.

Kali ni lebih kepada petua-petua Zaman Rasullah dan petua orang tua.

7th Treatment 
Mengurut pada Oktober 2011
Nama tukang urut : Kak Sara
Kak Sara duduk di Taman Sri Mawar, Senawang N9
Indonesian yang berpengalaman 7 tahun mengurut wanita yang nak hamil.
Bilangnya hanya 4 sebab mengapa wanita itu tidak hamil :
Pertama : Rahimnya di atas
Kedua : Rahimnya di bawah
Ketiga : Bermasalah pada cecair suaminya
Keempat : Belum ada rejeki

Ok so aku percayalah dan bertawakal dia boleh mengurut aku elok2.
Aku bukan apa ada org kata jgn mengurut ada yang kata pergi ngurut.
Mana satu aku nak dengar ni.
Jadi aku tawakal.

Alhamdulillah Kak Sara dapat detect 2 perkara seperti yang di diagnose oleh Doc Thanic.
Clap clap ur hand.
Kak Sara hebat hehehehe!
Maknanya Kak Sara mmg bukan calang2 tukang urut.
Dia urut pun lama 3-4jam.

Katanya Jude Perrez, Krisdayanti, Anang haaaa semua superstar Indonesia memang mengamalkan urutan. Untuk mendapatkan susuk tubuh yg cantik. Katenyer.....

Ok itu sahaja antara usaha yang kami dah buat.

2012 punya plan :

Pusat Perubatan Islam Al-Hidayah
Tabib Cina
Acupuncture  

Wednesday, January 25, 2012

Perlu ke buat blog pasal TTC??

Ok ada yang PM tadi suruh buat detail sikit pasal TTC ni. Yelah nak cerita prihal ni secara terbuka. Cemana ek? Betul juga tu agar boleh membincangkan dengan isteri yang yg sedang TTC ni.

Tp  takda masa nak manage. FB ada 2 Blog ada 2 tu pun tak termanage. Ermmmm cemana eh. Y not cerita je disini. Tp plz plz plz darling..berfikiran terbuka.

Saya sangat berharap pada sesiapa yang singgah di blog ini berfikiran terbuka dan saya sangat berharap memahami perasaan isteri yang sedang bergelut dengan kemahuan mendapatkan zuriat sendiri.

Uolls boleh juga refer di blog ini NAK PREGNANT seorang yang sy kenali dan kami sama-sama bershare kemelut ini. And Alhamdulillah dia dah pregnant. Congrats dear!

So ingat ye readers...Berfikiran terbuka dan memahami. Ini bukan perkara main-main.

xoxo
leen

TTC Treatment vol. I

Assalamualaikum. Apa khabar my lovely readers. Lately ni aku rasa mcm bosan-bosan je cerita aku kan. Mcm cte pasal mkn+olidae+aktiviti weekend. Tu je. Hari ni aku nak cte pasal lain mcm sikit. Sekali lagi aku ulang cite aku ni lain mcm sikit.

Jap jap jap..jgn close dulu...
no no no takde cerita cerita mistik de
gile! ingt aku berani sgt nak cte bende2 mistik ni.

ermmmmm ni cte lain mcm sikit (hamek 3 kali lain mcm sikit)
Tergerak hati untuk share kesah ni lepas baca LadyVerde punya blog huhuhu.
Ok sapa tak kenal LadyVerde blog kan..hehehe

Ok lets start ..
(ermm cemana ek nak mula..eh gediks xtahu mula lak dia)

Aku dah kawen 2tahun +++
1 Mei 2009 aku nikahi mu dengan bismillah
Till now kami belum dikurniakan zuriat
Soalan soalan puaka nasihat membina nasihat yg tak guna kata-kata yang menjahanam pun seusialah dgn perkahwinan kami dihadapi dengan jiwa yg kental.
Kami boleh kira berapa org yg bg nasihat berguna tanpa kata2 sinis.

Memang perit nak hadapi dunia perkahwinan tanpa anak ni wei.
Bukan keja mudah tak semudah keje kawen.
Kadang2 kami rasa kami selesa berdua tp org tak rasa mcm tu.
Org tak senang tgk kami mcm ni.
Bila org tak senang tgk kami mcm mereka push kami.
Lantas kami pun push diri kami.
(kami refer to aku + Nuar)

Seawal 7 bulan perkahwinan aku dah buat treatment.
Bayangkan panic tak panic nye aku.
Org nampak aku rilek jekan.
Siap perli siap mengata siap keji aku "ko tulah tak berusaha"
Pedih+Sedih kami dengar.

1st Treatment.
7 bulan perkahwinan di Al-Zahrah, Bangi.
Berjumpa dengan Doc Noraini.
Doc yang sungguh sweet yg very gentle i liokee!
Mula2 dia kaji background family kami habis semua dia tanya.
Sampaikan penat kami fikir sejarah family kami.
Lepas tu Doc Noraini check keputihan, period, ultrasound rahim, buat pap smear, kematangan telur, kedudukan rahim, saiz telur, bilangan telur dan check out utk husbie sperm counting.

Overall result kami perfect! Perfect to have our own baby.

3 kali aku buat treatment yang sama. Aku start Dec 2009 - Mac 2010.
Last day tu aku give up.
Aku ingat lagi keadaan aku masa tu.

Pagi2 aku bangun pagi. Doc bg bekas suruh wee wee dlm tu.
Then aku wee wee. Bwk bekas tu jmpe Doc Noraini.
Result -ve.
Doc Noraini ckp takpe Puan Norleen belum ada rezeki.
Next appointment u ambil clomid tambah dos lg.
Dos clomid yg perlu aku ambil bertambah dan aku dah ambil 2 kali circle of period.
Aku refused nak ambil lagi sbb ada side effect kalu ambil lebih.
Tapi aku takdelah bagi tahu doc Noraini mcm tu. Mcm lah pandai sgt budak ni nnt doc ckp kan. Ni aku tahu aku penah baca dan ade kwn bg tahu aku.

Aku kua bilik Doc Noraini dengan perasaan yg memcm.
Mcm2 aku pikir kan.
Antaranya apa lg ikhtiar yg ada?

Aku tunggu Nuar kt bangku depan tu.
Air mata aku jatuh satu satu. Aku cuba bertahan tak nanggis.
Tp nanggis juga.
Aku nmpk je Nuar (nuar amik keta dr paking) zassss aku nanggis dlm keta.
Nanggis je tak henti-henti.
Terus Nuar bawak aku g shopping.
Terus aku OK.

2nd Treatment.
Bulan April 2010
Aku nekad beli set Biodex
Setelah aku kaji aku tanya org
Aku called dealer
Aku google
Aku beli
RM900 tak silap aku time tu.
Beli set ppuan lelaki.
Settle.
3 bulan aku mkn.
Result -ve juga.

Yg berkesannya aku makan Biodex ni tahu apa...
Kulit aku licin. Badan rasa sedap. Pipi aku mulus tulus suci je.
Gitewwww.

Lepas tu bila org cadangkan aku mkn benda ni aku diam je.
Aku tak cite pun aku makan Biodex.
Sebelum aku ambil Biodex ni ade lah org ni dia syor syor aku ambil.
Aku ckp aku tak nak ambil Biodex ni... sebab aku cuak sikit ubat2 mcm ni.
Lepas tu memacam lak org tu ckp aku.
Sudahnya lepas aku beli Set Biodex ni aku amik gamba send kt dia bg dia puas hati.

Bg aku terpulang pada hormon memasing.
Mungkin Biodex tak sesuai ng hormon aku.

sadness+nanggis lg dibuatnya

3rd Treatment .
Bulan 7
Aku tak give up untuk usaha selagi boleh dapatkan zuriat.
Never give up never surrender gitewww.
Aku google punya google
Buah Zuriat a.k.a buah adam dan hawa.
Rezeki ada akak office nak g umrah masa tu
Aku tak ckp pun sbb dlm google tu ckp "kalu boleh jgn kite yg luahkan biar org offer atau org lain yg pesan" gitewwww.
Akak tu beli siap2 tuk aku ng 3 couple lg yg takde anak kt opis aku.
so dia beli 8 biji.

Tiap2 malam aku rebus sperti panduan.
Kebetulan pulak time tu bulan puasa
So memang consistent aku buat.
Consistent satu hal.
Time tu aku cukup cukup jaga makan aku sbb bulan pose kan.
Aku mkn betul2 seperti nutrisi org mengandung.
Gitewwww... Ais langsung aku tak minum.
Air suam sahaja.
Nuar pun sama. Cukup jaga makan.
No fast food.
Solat teraweh Alhamdulillah penuh cuma ujung2 tu je tak.

Alhamdulillah aku pregnant .
Minggu ke 6 detect aku pregnant.
Tp tak lama Allah bg kami happy 2 minggu lepas tu Allah ambil balik happy kami.

Tu kesah sedih.

4rd Treatment.

ermmmmm sedih lah.

eh sedih nanggis pulak.

nnt aku sambung lagi.

Aku cerita ini sekadar panduan buat kawan kawan yang seangkatan aku. Kawan kawan yang sedang hebat try to conceive. Kawan kawan sebenarnya kita nilah umat paling bertuah di duga mcm ni. Kawan kawan memang hebat. So never give up OK. Be strong. Nnt aku share lagi pengalaman dan treatment2 aku .. kalu aku rajin aku letak no. contact siap2 untuk each treatment beserta gamba dan nama ubat. Okay aku budget aku doctor pakar sakit puan. Bila aku budget aku doctor pakar sakit puan aku menjadi hemosi dan hemo hemo apabila melihat kawan kawan yang begitu senang mendapat zuriat treat anak secara "lebih kurang". Cukup aku bosan melihat perkara itu. Cth : melepaskan anak turun dari kereta ketika di parking kereta. Ye! memang anak ko pandai jalan. tak jatuh. huih! malas nak ckplah.