Tuesday, February 23, 2016

Resepi puri untuk bayi 6 bulan

Assalamualaikum

Fareeq dah masuk 6 bulan tengah excited nak bagi Fareeq makan. Macam-macam plan menu untuk Fareeq hahaha semoga istiqomah ye ibu.  Tapi bukan ibu je yang excited ayahnya pun excited jugekkk…

The excited ibu. Gedik siap beli bekas dan sudu. Tu sudu ke dua beli sudu yang pertama tu tak matching pulak dengan bekas :-) Beli kat Parkson mahal pulak bendaalah ni kt SOGO RM19 so uolls boleh beli di SOGO. 

Tapi kalau uolls nak barang baby murah beli kat Little Whiz sejak Fateeh lagi Leen suka membeli di sana. Murah+Selalu Disc+Boleh Redeem Point. I lioke!

Latest purchase. Kotak MINI stroller tu kotak sahaja hahaha.. packing Little Whiz ni selalu gempak2 derang guna recycle box. 


Tapi kiteorg tak bagi Fareeq solid food masa umur dia 6 bulan sebab masa tu pulak Fareeq kena cerit berit. Tak tahulah nak cakap cerit berit ke tidak sbb dia tak poo poo sekali banyak tapi sikit-sikit je. Dia pun aktif je dan menyusu macam biasa.

So delay seminggu tak bagi solid food.  1st solid food Fareeq is potato puree. Memang jarang orang buat kikiki sbb rasanya tawar hebeh. Leen buat sebab ada terbaca kentang boleh sembuhkan cirit birit. 

Ni resepi puri kentang:-
-Sebiji Kentang
-2oz ebm
-Air masak jika perlu


Caranya:-
Kupas kulit kentang. Potong dadu agar mudah empuk. Kukus selama 30minit atau sehingga betul2 empuk. Sejukkan dan blend. 


Taraaa puri kentang dah


Hihihi ekspresi muka Fareeq ada tu sampai lelap lelap mata dia makan

Makanlah kentang ni selama 4 hari berturut2 mengikut rules 4 hari baru tukar yang lain tu. Masa bekalkan ke Taska teacher cakap Fareeq tak bape nak laju sangat makan cuba bagi puri buah katanya (itulah dugaan ibu ni susah nak terangkan prinsip kita) Leen senyum je cakap yeke yeke kikiki. So beralih pula ke Puri Nasi. 

Puri Bubur Nasi

Setengah Pot Beras
Air


Cara-caranya 


Sukat beras letak dalam bekas yang senang nak basuh

Dah basuh beras toskan macam ni
Sangai beras dengan api yang pelahan. Kacau sentiasa. Sampai air kering. Beras tu pun nampak cantik je.
Blend halus. Guna blender kering tu.
Masukkan air dalam periuk bila air dah menggelegak tu masukkan beras. Kacau. Kacau sampai masak. Buat cair-cair

Setengah pot dapat banyak ni. Banyak kan. Semua ni masukkan dalam frozen. 2 Leen letak kt chiller je sebab esok nak bawa bekal untuk ke Taska

Ok ni bekas Fareeq makan sopan2 ye nak. Nanti mesti teacher tanya kenapa tak campur dengan sayur mcm brokoli ke labu ke... Aduhh sabar teacher :-)

Teacher cakap cara dia panaskan ialah dengan air panas. Leen nak suruh campurkan dengan EBM mcm susahkan depa pulak so takpalah bagilah ikut depa senang. Depa kata sulam dengan air suam. Asalkan Fareeq nak makan syukur Alhamdulillah. Tak boleh nak terlalu perfect kalau anta anak kat Taska ni. Bayar memang bayar tapi bukan anak kita seorang je depa jaga.

Tapi memang hari-hari teacher akan cakap soh campur ayam lah sayur lah buah lah aduhhhh... Yang penting dia cakap Fareeq bising time makan kalau lambat suap dia marah. Teacher akan bagi Fareeq makan dulu baru baby lain. Aduhhh sebak hati ibu dengar sbb tak dapat merasai sgt moment bagi Fareeq makan. Nak benti keja boleh????

Ok seterusnya puri buah and sayur pulak. 

Ayahnya excited beli sekali banyak macam ni. Patutnya beli sejenis je dulu. OK tak pe selebihnya masuk perut ibu 


Puri Sweet Potato (keledek ungu dan kuning)

4 keledek ungu tetiba ada terselit 1 kuning
Air masak

Cara-caranya :-

Kupas kulit 

Potong kecik-kecik bagi senang lembut. Letak dalam bekas plastik mcm ni senang nak stim.

Sementara tunggu giliran untuk di stimkan. Keledek kuning Leen asing2kan dengan purple. 

Buat 30 min dulu tengok cemana. Thanks wan bagi steamer ni. Jimat duit ibu, kalau tidak ibu dah kira-kira nak beli  autumnz baby food processor (kalau u gais nak beli Leen rasa kat Lazada murah).
Cucuk sikit dengan garfu agak2 dah lembik boleh angkat dan sejukkan. Dah sejuk boleh blend. 

Taraaaa siap dah. Masuk dalam cube kecik macam ni. Ni beli kat Little Whiz. 




Puri Labu 

2 potong Labu
Air Masak

Leen guna 2 potong je. Balance tu bagi officemate hehehe 

Buang kulit buang biji.

 Potong dadu mcm ni. Kukus dan blend. Tambah2lah air masak kalau blender tu memalu je nak bergerak.

Puri Pisang 

Pisang
Air

Guna 2 biji pisang. Buang kulit dan blend. Tak perlu kukus tau

Dah blend tu saya tapis lagi. Bagi betul2 halus.
Tadaaaa! Siap dah.


Cara simpan stock masuk je semua dalam frozen. Esok nak bekalkan ke Taska keluarkan letak kat tempat chiller.  

Kalau kat rumah ini cara Leen panaskan makanan anak.

Rendam dengan air panas. Susu EBM ibu mmg banyak itu je hahaha... Satu hari dapat 2-3 oz je pum. Sedihkan. Sedih tak? Nanti next entry cerita pasal susu badan vs susu tepung :-(














2 comments:

  1. Siap semuanya tinggal pilih mana satu nak masuk mulut aje kan:)

    ReplyDelete
  2. Boleh bagi num telefon..sy nk wasap..sy mmg zero betul ttg pemkanan anak ni..sblom ni tau guna nestum je..tp skang nk bljar guna mknan berkhasiat ni..ni num saya 0193837355

    ReplyDelete

Thanks babe for leave a comment