Monday, February 22, 2016

Muhammad Al-Fareeq

Assalamualaikum

Harini umur Al-Fareeq 6 bulan 16 hari baru ibu berkesempatan nak menulis memori bersalinkan Fareeq. Bukan apa dulu masa bersalinkan arwah Fateeh ibu tulis ni Fareeq mestilah tulis juga kannnnn.

Picture semalam. Nyenyak tidur. (picture pertama Fareeq di sunshineforher)


Alhamdulillah Fareeq membesar dengan sihat dan penuh kasih sayang. Ibu ayah bersyukur sangat-sangat dapat Fareeq. Lama kami tunggu kehadiran Fareeq tau. 

Edd Leen adalah pada 19 Ogos 2014 masa tu 38 minggu. Kali ni Doc tak tunggu sampai 40 minggu. Doc cakap masuk je 38 minggu kita czer. Tapi pada 4 Ogos (35 minggu 6 hari) waterbag leaking pulak. 3 Ogos tu hari Isnin Leen pergi kerja macam biasa tapi cramp di bahagian perut tu memang dah rasa tak selesa. Walaupun tak sarat sgt tapi rasa macam terseksa sgt berjalan. Ubat untuk hilang cramp tu Leen baring je Ok lah dia. Balik kerja teringin bebenor nak makan Spicy Butter Chicken Burger  kat Wondermilk tapi so sad dah abis so layan pasta je. Parking and terus tuju Wondermilk takdak dah nak window2 shopping husband ajak g H&M tengok barang baby pun Leen tak larat dah. Cukuplah satu set baju H&M Fareeq janji hado. Balik je melepet tido.

 Terjaga malam tu pukul 2 pagi rasa panas je air mengalir. Apakah! Bagitahu suami dia pun panic tapi Leen buat cool je sambung tido pagi esok kita pergilah jumpa Doc Hazim. Pagi tu msg bos bagitahu masuk lewat sikit. Husband teman pergi Hospital Putrajaya. Macam biasa buat CTG dalam 30 minit macam tu. Doc datang nurse explain. Terus check jalan. Gosh! Tak suka! Yeay Doc bagi balik. Tengah tunggu nurse pulangkan buku pink Doc yang check jalan tu suruh tunggu dia nak call Doc Hazim dulu sbb saya under FPP Doc Hazim. Ada dalam 10 minit kot tggu...Doc tu suruh masuk balik dia nak check apakah benar malam td tu waterbag. Ngeeee sakit lagi sekali. Dah check tu tggu result plak. And yes resultnya positive tu waterbag. Doc Hazim suruh masuk ward terus and esok bersalin!

Haaa esok bersalin? Kat situ jugak Leen nangis tp cover2lah. Nangis nyuruk belakang husband. Kelihatan husband pura-pura cool walhal Leen tahu dia pun belum bersedia. Me? Lagilah belum sedia. Call mak bagitahu sambil cakap sambil nangis. Ntah tak tahu kenapa nangis. Yelah risau kot masa tu baru nak masuk 36 minggu, berat anak pulak tak sampai 2.5kg, paru-paru anak dah matang ke belum...haih serabut sangat fikir. 

Nurse pun suruh husband daftar ward bayar deposit RM1000, sementara tunggu husband daftar wad Leen masuk balik bilik saringan tu dicucuk ubat untuk matangkan paru-paru anak. Nurse tu cakap sakit suntikkan tu. Yeps pedih2 rasanya, tunggu sejam macam tu bagi ubat jalan. Dah suntik tu terus masuk wad 5A. 

Selfie lah sedassss kebosanan kaannnnnn

Husband dah bayar2 semua jinguk Leen jap kat wad tanya nak apa2 ke lunch ke apa ke bag baby ke dah brief itu ini husband pergi kerja petang tu dia datang lepas abis kerja. Lepas magrib dia datang teman tido pulak. Seronoklah FPP ni suami boleh teman bermalam. Malam tu mmg lenalah tido sebab tak sakit tak apa tetiba kena berehat mmg pulunlah tido. 


 Masa kat hospital makan je perut lapar manjang.


5 Ogos 2014 - Doc Hamidah datang check pagi tu. Dia cakap Doc Hazim busy so dia yang check. Cantik Doc Hamidah dressing mcm orang nak pergi kenduri kawen hihihi. Lupa dah apa dia cakap tengahari nurse bawa pergi dewan bersalin. No no no belum nak bersalin lagi tapi Doc Hazim nak check. Dah check2 Doc Hazim suntik lagi matangkan paru-paru baby. Doc Hazim cakap kita bagi 24 jam lah bagi ubat tu berkerja dulu untuk matangkan paru-paru baby. 

Petang tu mak datang lega nampak muka mak. Sian mak mesti risau. Mak risau kenapa itu kenapa ini.... hihihi relax mak, Jeng-jeng 6 Ogos 2014 tiba.

6 Ogos 2014 bersamaan 21 Syawal (Khamis) pagi tu hujan di Putrajaya. dup dap dup dap. Leen punya operation petang pukul 4 so start puasa just masuk air. Pukul 4 Leen di tolak ke dewan pembedahan. Husband, mak, abang ada sekali masa tu boleh dengar pakar bius tu brief. Leen masa tu perasaan macam2 rasa teruja takut semua adalah. Last2 masa briefing tu azan Asar masa tu Leen tawakal leen buang semua rasa tu tadi Leen kosongkan fikiran. Mak orang yang paling risau Leen nampak walaupun husband turut risau tapi masih boleh cover tp mak mmg tak boleh cover :-) 

Masuk je dewan tu mmg sejuk. Sejuk tahap gigil tak tahu kenapa. Leen diselimutkan tebal2. Suntik epidural dah suntik pakar bius tu buat ujian bius dah jalan ke belum then dia bagi tahu nnt masa operation berjalan awak akan rasa perut di godok2 sikit itu normal ok. Ok baiklah. Doc Hazim pun datang dia tanya apakabaarrrr? Sbelum tu nurse2 situ cakap kalau Doc Hazim yang operate selalunya 2 min je.. memang sekejap je dia buat. Ok baiklah. Walaupun dah di hadang pandangan Leen dengan meja ke apa ntah tapi sebenarnya boleh tengok daripada lampu atas tu kikiki...Memula Leen tak tahu tau tu apa tu..eh mcm perut aku je eh eh eh... Haaa sanggup ke tengok tak sanggupkan so toleh jelah kiri kanan. Doc bius tu tadi ada je atas kepala ni. Sambil borak2 tanya puan ok puan ok tak... Toleh kiri boleh nampak rumah iolls hihihi (rumah dekat dengan hospital). Tetiba kedengaran bunyi tangisan yang kuat. Ya Allah anak aku ke tu. Ya Allah syukur. syukur syukur syukur atas kurniaan ini Ya Allah. Menderu-deru tangisan aku jua. 

Nampak Fareeq di bawa keluar untuk dibersihkan. Pakar bius kat atas kepala tu cakap Tahniah. Doc Hazim yang tengah sedap borak2 tu tinjau sikit cakap "ui ui Tahniah lah ye bby boy" mmg sempoi Doc Hazim ni. Beberapa minit mcm tak sampai 5 minit kot Muhammad Al-Fareeq dibawa datang ke ibunya ini. Skin to Skin kata nurse tu. Fareeq elok diamnya. Sejuk gebu je pipinya. Nangis tak sudah ibunya. Nurse2 pun turut nangis agaknya tahu kesah silam Leen. Ada nurse tu bagitahu mak yang dia sebak tengok Leen. Hihihi malu iolls jgn gitewwww sis!

Dah skin to skin dah jahit. Leen di tolak ke bilik warmer. Untuk panaskan badan. Mcm tak caya dah bersalinkan anak hihihi.
Masa ni ibu tak keluar lagi dari dewan bedah. Fareeq nurse dah tolak ke wad. Family semua ikut naik wad. Oooo dah ada Fareeq lupa i kannn ok fine! 

Muhammad Al-Fareeq bermaksud general yang terpuji



Tudiaaaa sempoi ibu Fareeq di hari ke-2 dah duduk bersila, sambil makan pau. 

One happy family. 
Wahai zuriat membesarlah dengan sihat dan sempurna di mata ibu ayah.. dan moga- moga pengorbanan melahirka dan membesarkan mu.. mendapat syafaat ibu di akhirat kelak.. aaminn 

Tips: Kalau dah boleh budget anak keluar kecik tu cepat2lah beli baju petite baby. Leen tak muat mcm tu sian tgk anak baju gedebosh. Sebab memang tak sempat nak pergi beli. Kiteorg jangka Fareeq 3 kilo lebih sebab Fateeh dulu 3 kilo (40 minggu 5 hari) tapi nak buat cemana Fareeq nak tengok dunia awal hehehe...

Sekian cerita pengalaman bersalinkan Muhammad Al-Fareeq 




No comments:

Post a Comment

Thanks babe for leave a comment