Thursday, December 25, 2014

PENGALAMAN PERGI US - PART 1

Assalamualaikum.

Ngeeeee serbasalah sebenarnya nak blogkan pasal pergi US ni. Nak bagi tahu awal-awal yang Leen takkan cerita secara detail. Tapi cukup sekadar info2 menarik kalau uolls nak jalan2 di US to be exact Washington dan New York.

Ni butiran perjalan Leen:-

17 Oct  2014 KUALA LUMPUR - LONDON
18 Oct 2014 LONDON - WASHINGTON
22 Oct 2014 WASHINGTON - NEW YORK
25 Oct 2014 NEW YORK - LONDON
27 Oct 2014 LONDON - KUALA LUMPUR

Barang-barang ke US

Aku pergi musim fall memang sejuk gile tapi x da snow. Memang kena bawa windbreaker. Tp kt Malaysia kan mahal windbreaker. Kat Uniqlo murah skit. Try cari kat sana. Tapi aku tak beli pun aku beli masa kt US. Aku bawa boot untuk pakai time formal and sneakers time jalan2.


Ye kenalah tukar duit dulukannnnnnn..... duit USD

Duit pound. Gila mahal duit pound nyammmmpah. Tukar jugak sebab nanti balik stop over London.

Takut kena demam perubahan cuaca. Tapi Alhamdulillah sihat sihat sahaja disana.



Visa ke US

Kalau nak masuk US kena ada visa. Visa ni apply online. Ya ampun tak dapat nak cerita secara detail sebab pergi tugasan rasmi opis jadi A to Z opis uruskan (eh takdalah office uruskan semua yang isi online tu iolls isi sendiri ok. kena ambil gambar secara digital. Tengah2 isi borang tu dia minta gambar ko sekarang haaa menggagau cari shawl untuk selfie siap edit guna 360 kikiki.

Pengalaman naik A380 Malaysia Airlines 

1st time uolls naik business class. A380 pula tu syukur sgt. Layan gambar jelah kot dulu.
Golden Lounge MAS di KLIA

Gitewwww.. ada sofa org kaya. Me? duduk jelah kt kerusi kecik ada meja kecik belah kiri tu. Segan pulak sensorang kt kerusi tu.

Buffet. Iolls pilih ini. Takut nak makan over2 nnt sakit perut lak dalam flight. Flight pukul 11.30malam. Ada lagi setgh jam nak tunggu. Jadi makan2 dulu sambil usha2 orang kt situ. 

Ginilah kerusi kecik2 sesuai untuk loner mcm Leen ni kikiki memegang prinsip tak kacau orang.

Ok selfie skit.

And....here we go. Calling for passenger MH0002. Upper deck uolls seat tepi tingkap. Iolls request sesiap seat tepi tingkap. Tapi pada pandangan Leen kalau travel sensorang seat tepi tingkap dengan stranger sebelah ko memang azab. Nak nak lagi orang mcm Leen jenis pemalu jenis berat mulat nak mulakan conversation. Tapi sekali ko cuit aku abes semua aku cite hehehe. Azab nye kalu duduk tepi tingkap bila nak ke toilet orang sebelah ko dah baekkkk punya turunkan seat jadi katil. Kalau suami i ke fmly ke kawan ke slamber jelah kejutkan. Lelaki omputih tu tengah tido siap selubung aaacemane nk g toilet ni. Opps bukan toilet ye bahasa flight nya lavatory. 


Bayangkan menahannnnnnn sampai ke Doha. Azab. Tak ingat masa kt mana baru omputih tu bangun.
Lenkali amik aisle seatlah Leen oi kalu travel sensorang. Senang nak gerak.

Dalam toilet A380 Kelas Perniagaan

Aigner. Ok kagum!


Hand wash pun AIGNER. Syabas MAS.
Ok dah bangun dah pun orang sebelah aku ni. Ni wake up drink dah pagi lagi 2 jam nak touch down London (LHR). Pramugari bagi hot towel hot towel kikiki kejadah apakah. Aku tak tahu. Yang ni aku tak Google plak sebelum naik business class. Aku tgk je omputeh tu yang pakai spek tu dia buat apa dengan hot towel tu. Owh dia lap muka. Aku pun tiru. Dah guna hot towel letak je atas meja kecik tu nnt pramugari tu kutip. Terima kasih kakak cantik. Tapi tak boleh bla orang putih sebelah aku umur baya2 aku kot lelaki. Masa London-KL hot towel tu dia g baling kt jalan. Konghajar kan omputeh ni. Eeei tak hormat langsung. Sebaik masa aku KL-London omputeh sebelah aku ni lelaki sgt polite lah. Dia yang adjust meja aku bagi tinggi kan. 1st time uolls tak reti nak tekan2 button meja dan kerusi tu.

 Layan How i meet your mother.
Haaa kat seat ni boleh cas hp dan ipad. Ada USB port. Best! 


Breakfast wajib. Bagi aku breakfast ini pun dah ok. Tp di offer nya lagi roti-roti. Pelbagai jenis pastry di offernya. Sebenarnya in between breakfast dgn supper mlm td boleh request nak makan soup ke snack ke. Tapi disebabkan memang aku dah target naik flight ni nak tido. Nak lupakan masalah2 rintangan2 yang ku hadapi chewahhhhhh....

Breakfast pilihan


Running Man pun hado....
Time to landing.......


Amenity kits MAS TUMI. Pic Google image. Time pergi aku kalut sikit masuk2 terus duduk. Patutnya masuk-masuk dapat seat kemas2 dulu check semua compartment kt area seat tu. Ni aku terus duduk dan tido. Penat sangat kot yelah bukan senang kan dapat pergi US. hahaha... memacam rintangannya. Jadi kepala otak dah penat nampak bantal terus tido. Turun flight baru teringat Amenity kits tak ambil google2 tmpt Amenity kits ni kt compartment depan seat. Cissss. So time balik jelah aku ambil. Stokin aku pakai dlm flight. Dalam flight kasut aku simpan tempat kasut. Gila nak pakai kasut 13 jam. Tak jalan darah oi.

Transit di LHR (London)

Alhamdulillah sampai dah London. Jam 5.50am waktu London. KL-LHR 13 JAM LHR-IAD 8 JAM. Memang lunyai aku. 



Dalam bas nak ke gate seterusnya. Turun je flight menggagau cari gate seterusnya sebelum tu kena check in kastam bagai. leceh. 

Dlm bas. Masa ni dlm terowong tu nmpk gelap skit. ada Omputeh tgk aku selfie so dia offer amikkan gamba aku. Terima kasih omputeh.

Sampai ke gate seterusnya. 
Rumit oooo tapisan keselamatan airport Heathrow ni. Yelah sejak peristiwa MH360 dan MH17 tu semua airport memperketatkan lagi keselamatan. Siap buka belt, kasut, jacket bagai. Jadi sebelum sampai ke tempat check tu kena bukak lah apa yang patut. Mmg tak dan aku nak control ayu, Muka aku pun dah layu layu  time kt London ni. 

Next flight ke IAD (International Airport Dulles) Washington. Dengan menaiki British Airways. 

Lavatory British Airlines Business Class sama dengan MAS tak silap aku ni pun Boeing A380 hahaha ntah.  


Muka lesu dah. Jacket pun dah kt luar. Td masa check in kena buka jacket

Seat business class British Airways. Tapi tak panggil Business Class dia panggil Class Club Exclusive. Nak puji pakaian pramugari BA takperlu pakai kain ketat belah sampai beha. Relax je pakai seluar dan skirt bawah lutut. Yang penting ciri-ciri keselamatan masih ada. 

Makanan tak sempat nak snap sebab hp tak dah simpan dalam handbag. Makanan Muslim Meal. Mungkin kalau naik ekonomi kelass makanan dalam food container dah siap2 tulis Muslim Meal tapi disebabkan naik Business Class makanan dihidangkan dalam pinggan berpenutup hihihi ngeri sikit nak makan. ada daging kepal2 ada daging ayam. So memang aku tak sentuh. Then pramugara tu datang kt aku sambil melutut uolls "Kenapa tak makan ni awak?" hahaha ayat memujuk "Awak cemana saya nak makan saya muslim" dia balas "ok ok saya ambil ikan untuk awak boleh?" Ok ikan layannnnn....

Pehtu dia bagi aku snack sejam sekali. Penuh handbag bawak goodies bag British Airways. Tapi amenity kits dia hurmmm cam biasa je. Uncang gitew... yang penting Chocolate dia brand Chocolate Hotel. hehehe i lioke but tak makan pun.



Alhamdulillah sampai jugak! Mcm tak caya dpt jejak kaki di US. Perjalanan 21 jam cukup bagi pengalaman yang manis dan pahit. Pahit bila kena tahan wee wee dan bosan tak dapat bercakap hahaha.

Ok sambung next.







3 comments:

  1. wah leen..sensorang rupanya. alhamdulillah dah selamat pergi dan balik...

    ReplyDelete
  2. hiii .saya ada soalan nak tanya.teruja sangat baca kisah awak g usa. saya pon nk g usa. tapi berdebar-debar takut pasal transit. cadang nk transit di london juga. emmm sampai di duless airport nanti ada tak diaorg tanya soalan lagi.cthnya dtg buat apew, nak duduk mana>

    ReplyDelete
  3. hiii.teruja sangat baca cerita awak g usa. saya pon bakal g usa . tapi risau sangat sebb nk transit2 nie. cadang nak transit di london juga. emm masa awk sampai di iad(intrnt airport duless) ada tk dia tnya dtg usa buat apew, nak tingaal mana? saya takut yg itu saje.tolong share pengalaman awak dgn saya...

    ReplyDelete

Thanks babe for leave a comment