Sunday, December 28, 2014

PENGALAMAN PERGI US : Travelling tips to US.

Assalamualaikum,

Ok sambung Day 3 di Washington DC


Mirror selfie skit. Send to husband di rumah yang tengah nyenyak tido. Beza waktu 12 jam.
Ni service apartment, dalam area kampung tapi toiletries dia Neutrogena  okey. 
Depan hotel. Cuaca time ni sejuk. Tapi gigih ar nak bergamba tak pakai jacket.
Dalam baju ada inner jenis turtle neck jadi kuranglah sejuk. 
Aku pergi sini memang tak sempat nak usha2 fashion2 terkini musim winter. Hahaha apa ada je aku pakai. Rugi jugaklah tapi nak buat mcm ne last minute :(

Antara iconic symbols of America.
Muka tu mcm malas je kan.... hihihi 

Lelap mata aku.


Kat negara omputeh daun macam ni pun nak bergambar.




Waktu lunch banyk van makanan ni tepi jalan. Ada yang halal. Tapi iolls makan dekat restoran.

Day 4.
Gitewww... Mcm malas je.
Macam jakun skit ar bila harga Starbucks murah murah murah. Memang hari-hari pekena croissant dengan hot chocolate. 

Di airport IAD.
From IAD to JFK.
Last day in WDC. Sedih nak tinggalkan tempat cantik. Tempat tenang ni.
Kannnnnnnnn dah cakap iolls tak banyak baju. Bag kecik tu pehtu ulang2 pakai baju yang sama. 
Baju tu ada 4 lapis tu. Inner, t-shirt teba, knit sweater dan jacket. 



Antara tips kalau nak jalan2 pergi Washington DC.



Peta Amerika.
Jangan silap ye. Washington dengan Washington DC beza. Kalau nak poyo skit panggil DC je (District of Columbia). Kalau ada rezeki teringin nak pergi California lepas ni. Terpengaruh tengok cerita The Heirs :)


Tempat shopping di WDC

Potomac Millis cuba click usha usha barang apa ada jual sana. Leen beli satu Kate Spade jenis Cobble Hill USD 89. Berbaloi sangat terus pakai pergi New York hihihi. Osh Kosh pun tengah sale mmg seronok shopping baju anak buah. 

Tysons Corner Center   yang ini memang mcm shopping malls mcm Parkson. 

TJ Maxx okey TJ Maxx ni best. Kalau kowang tak sempat nak pergi Potomac Millis singgah jap kt TJ Maxx. Tapi masa dekat WDC Leen tak beli apa-apa kat TJ Maxx. Member beli tie 20 lai brand MK baru 9usd sehelai. Memang murah. Hand bag pun ada. Kalau rasa beli winter coat, windbreaker,sweater mahal di Malaysia dtg US pergi TJ Maxx haaa beli kt sini. Murah2. Dia jual longgok ikut saiz ada yang gantung. Ikut saiz ye bukan ikut brand. 


Tax di Washington DC

Setiap pembelian dikenakan GST. Jadi pandai-pandailah budget hihihi.

Tempat makan 

Pernah sekali 2 kali je makan di restoran halal. Memula makan di Restoran Arab, Mcm biasa makan nasi arab and kebab. Lepas tu makan di Restoran ower dia from Malaysia tapi orang cina. Pekerja Indon, My Banana Leaves. Boleh click tengok menu dia.





Ini je kot cerita di Washington DC. Jumpa di next entry. Hello New Yorkers.










Friday, December 26, 2014

PENGALAMAN PERGI US : Part 2 Washington DC

Assalamualaikum,

Ok sambung. Check in kt Hotel
Hotel ni hotel macam lama. Dalam kawasan kampung di WDC.

Ok mmg tak sangka sangat boleh jadi berani tinggal sensorang dalam bilik studio appartment kot siap dapur bagai. Boleh masak. Tapi mmg takkkkklah aku nak masak. Tapi ok je taklah scary sangat. 
Fall...Let it fall..let it fall.


 Day 2
The World Bank.


Georgetown University



Gitewww bekas student GU. 

Jalan-jalan di Bandar WDC
Bangunan kat sini tak tinggi. 
Tak boleh lebih tinggi daripada Washington Monument


Kaki selang. Control.

Budget candid. Mulut kemam. Jalan kaki ke White House.
The White House.

The Lincoln Memorial. 

ntah hp samsung sapa n

Washington Monument 

Ok ok sapa perasan angkat tangan... hihihi gigih iolls nak bergambar kt sini. Ni tempat shooting cerita Oh My English!
Masa tgk OME Hello America! Memang teruja sangat nak pergi NY dan WDC. Tapi mcm simpan je hajat tu. Mampu cerita kat suami je. Rasa mcm mustahil sangat dapat pergi US. Tapi Alhamdulillah rezeki dapat jugak jejaki kaki di sini. 


Suka suka sangat cerita ni. 
Sekarang ni tengah fokus siap hafal dialog cerita Karipap Strawberry Sesat Kat Paris

Hehehe mana tahu lepas ni boleh g Paris pulak.

Kalau beli barang kt Gift Shop White House dapat 3 kali snap picture kt background White house hahaha layannnn kan je.


Sian yang lain ingat boleh sowang satu bergambar 3 kali snap tu. Sat lagi seorang je. Yang kelakar nya guna HP sendiri 

Lepas dah berjalan kat area bandar. Pergi makan kat Kedai Arab. Sorry takda pic hp dah abis bateri.
Petang pergi Potomac Outlet. Memang sakan tgk handbag Kate Spade. 



End of day 2. 


Thursday, December 25, 2014

PENGALAMAN PERGI US - PART 1

Assalamualaikum.

Ngeeeee serbasalah sebenarnya nak blogkan pasal pergi US ni. Nak bagi tahu awal-awal yang Leen takkan cerita secara detail. Tapi cukup sekadar info2 menarik kalau uolls nak jalan2 di US to be exact Washington dan New York.

Ni butiran perjalan Leen:-

17 Oct  2014 KUALA LUMPUR - LONDON
18 Oct 2014 LONDON - WASHINGTON
22 Oct 2014 WASHINGTON - NEW YORK
25 Oct 2014 NEW YORK - LONDON
27 Oct 2014 LONDON - KUALA LUMPUR

Barang-barang ke US

Aku pergi musim fall memang sejuk gile tapi x da snow. Memang kena bawa windbreaker. Tp kt Malaysia kan mahal windbreaker. Kat Uniqlo murah skit. Try cari kat sana. Tapi aku tak beli pun aku beli masa kt US. Aku bawa boot untuk pakai time formal and sneakers time jalan2.


Ye kenalah tukar duit dulukannnnnnn..... duit USD

Duit pound. Gila mahal duit pound nyammmmpah. Tukar jugak sebab nanti balik stop over London.

Takut kena demam perubahan cuaca. Tapi Alhamdulillah sihat sihat sahaja disana.



Visa ke US

Kalau nak masuk US kena ada visa. Visa ni apply online. Ya ampun tak dapat nak cerita secara detail sebab pergi tugasan rasmi opis jadi A to Z opis uruskan (eh takdalah office uruskan semua yang isi online tu iolls isi sendiri ok. kena ambil gambar secara digital. Tengah2 isi borang tu dia minta gambar ko sekarang haaa menggagau cari shawl untuk selfie siap edit guna 360 kikiki.

Pengalaman naik A380 Malaysia Airlines 

1st time uolls naik business class. A380 pula tu syukur sgt. Layan gambar jelah kot dulu.
Golden Lounge MAS di KLIA

Gitewwww.. ada sofa org kaya. Me? duduk jelah kt kerusi kecik ada meja kecik belah kiri tu. Segan pulak sensorang kt kerusi tu.

Buffet. Iolls pilih ini. Takut nak makan over2 nnt sakit perut lak dalam flight. Flight pukul 11.30malam. Ada lagi setgh jam nak tunggu. Jadi makan2 dulu sambil usha2 orang kt situ. 

Ginilah kerusi kecik2 sesuai untuk loner mcm Leen ni kikiki memegang prinsip tak kacau orang.

Ok selfie skit.

And....here we go. Calling for passenger MH0002. Upper deck uolls seat tepi tingkap. Iolls request sesiap seat tepi tingkap. Tapi pada pandangan Leen kalau travel sensorang seat tepi tingkap dengan stranger sebelah ko memang azab. Nak nak lagi orang mcm Leen jenis pemalu jenis berat mulat nak mulakan conversation. Tapi sekali ko cuit aku abes semua aku cite hehehe. Azab nye kalu duduk tepi tingkap bila nak ke toilet orang sebelah ko dah baekkkk punya turunkan seat jadi katil. Kalau suami i ke fmly ke kawan ke slamber jelah kejutkan. Lelaki omputih tu tengah tido siap selubung aaacemane nk g toilet ni. Opps bukan toilet ye bahasa flight nya lavatory. 


Bayangkan menahannnnnnn sampai ke Doha. Azab. Tak ingat masa kt mana baru omputih tu bangun.
Lenkali amik aisle seatlah Leen oi kalu travel sensorang. Senang nak gerak.

Dalam toilet A380 Kelas Perniagaan

Aigner. Ok kagum!


Hand wash pun AIGNER. Syabas MAS.
Ok dah bangun dah pun orang sebelah aku ni. Ni wake up drink dah pagi lagi 2 jam nak touch down London (LHR). Pramugari bagi hot towel hot towel kikiki kejadah apakah. Aku tak tahu. Yang ni aku tak Google plak sebelum naik business class. Aku tgk je omputeh tu yang pakai spek tu dia buat apa dengan hot towel tu. Owh dia lap muka. Aku pun tiru. Dah guna hot towel letak je atas meja kecik tu nnt pramugari tu kutip. Terima kasih kakak cantik. Tapi tak boleh bla orang putih sebelah aku umur baya2 aku kot lelaki. Masa London-KL hot towel tu dia g baling kt jalan. Konghajar kan omputeh ni. Eeei tak hormat langsung. Sebaik masa aku KL-London omputeh sebelah aku ni lelaki sgt polite lah. Dia yang adjust meja aku bagi tinggi kan. 1st time uolls tak reti nak tekan2 button meja dan kerusi tu.

 Layan How i meet your mother.
Haaa kat seat ni boleh cas hp dan ipad. Ada USB port. Best! 


Breakfast wajib. Bagi aku breakfast ini pun dah ok. Tp di offer nya lagi roti-roti. Pelbagai jenis pastry di offernya. Sebenarnya in between breakfast dgn supper mlm td boleh request nak makan soup ke snack ke. Tapi disebabkan memang aku dah target naik flight ni nak tido. Nak lupakan masalah2 rintangan2 yang ku hadapi chewahhhhhh....

Breakfast pilihan


Running Man pun hado....
Time to landing.......


Amenity kits MAS TUMI. Pic Google image. Time pergi aku kalut sikit masuk2 terus duduk. Patutnya masuk-masuk dapat seat kemas2 dulu check semua compartment kt area seat tu. Ni aku terus duduk dan tido. Penat sangat kot yelah bukan senang kan dapat pergi US. hahaha... memacam rintangannya. Jadi kepala otak dah penat nampak bantal terus tido. Turun flight baru teringat Amenity kits tak ambil google2 tmpt Amenity kits ni kt compartment depan seat. Cissss. So time balik jelah aku ambil. Stokin aku pakai dlm flight. Dalam flight kasut aku simpan tempat kasut. Gila nak pakai kasut 13 jam. Tak jalan darah oi.

Transit di LHR (London)

Alhamdulillah sampai dah London. Jam 5.50am waktu London. KL-LHR 13 JAM LHR-IAD 8 JAM. Memang lunyai aku. 



Dalam bas nak ke gate seterusnya. Turun je flight menggagau cari gate seterusnya sebelum tu kena check in kastam bagai. leceh. 

Dlm bas. Masa ni dlm terowong tu nmpk gelap skit. ada Omputeh tgk aku selfie so dia offer amikkan gamba aku. Terima kasih omputeh.

Sampai ke gate seterusnya. 
Rumit oooo tapisan keselamatan airport Heathrow ni. Yelah sejak peristiwa MH360 dan MH17 tu semua airport memperketatkan lagi keselamatan. Siap buka belt, kasut, jacket bagai. Jadi sebelum sampai ke tempat check tu kena bukak lah apa yang patut. Mmg tak dan aku nak control ayu, Muka aku pun dah layu layu  time kt London ni. 

Next flight ke IAD (International Airport Dulles) Washington. Dengan menaiki British Airways. 

Lavatory British Airlines Business Class sama dengan MAS tak silap aku ni pun Boeing A380 hahaha ntah.  


Muka lesu dah. Jacket pun dah kt luar. Td masa check in kena buka jacket

Seat business class British Airways. Tapi tak panggil Business Class dia panggil Class Club Exclusive. Nak puji pakaian pramugari BA takperlu pakai kain ketat belah sampai beha. Relax je pakai seluar dan skirt bawah lutut. Yang penting ciri-ciri keselamatan masih ada. 

Makanan tak sempat nak snap sebab hp tak dah simpan dalam handbag. Makanan Muslim Meal. Mungkin kalau naik ekonomi kelass makanan dalam food container dah siap2 tulis Muslim Meal tapi disebabkan naik Business Class makanan dihidangkan dalam pinggan berpenutup hihihi ngeri sikit nak makan. ada daging kepal2 ada daging ayam. So memang aku tak sentuh. Then pramugara tu datang kt aku sambil melutut uolls "Kenapa tak makan ni awak?" hahaha ayat memujuk "Awak cemana saya nak makan saya muslim" dia balas "ok ok saya ambil ikan untuk awak boleh?" Ok ikan layannnnn....

Pehtu dia bagi aku snack sejam sekali. Penuh handbag bawak goodies bag British Airways. Tapi amenity kits dia hurmmm cam biasa je. Uncang gitew... yang penting Chocolate dia brand Chocolate Hotel. hehehe i lioke but tak makan pun.



Alhamdulillah sampai jugak! Mcm tak caya dpt jejak kaki di US. Perjalanan 21 jam cukup bagi pengalaman yang manis dan pahit. Pahit bila kena tahan wee wee dan bosan tak dapat bercakap hahaha.

Ok sambung next.