Assalamualaikum readers....
Mmmmkay continue Part 2 pula.
Perjalanan
Hari yang ditunggu-tunggu sudah tiba 2 April 2013 (Selasa) Jam 4am mandi sunat ihram. Berkumpul di Masjid Sikamat, Seremban. Solat subuh serta solat musafir. Kami memilih untuk menaiki bas ke KLIA. Dikuathiri terlepas taklimat-taklimat daripada mutawif. Mutawif siap call masa itu kami baru selesai solat subuh di dalam Masjid “Puan Norleen bawa mak puan keluar takpayah tunggu imam doa. Doa sendiri-diri” kikiki yelah perjalanan kami jauh lagi ni. Jalan secara berkumpulan ini kena tepati waktu. Kami pun berangkat menuju ke KLIA.
|
Skuad penghantar terdiri daripada kanak-kanak yang blurr baru bangun tido menghantar Acu,Mummy dan Wan Mak mereka. |
Sampai KLIA yang muda membantu yang tua angkat bag. Tips: Jangan pentingkan diri sendiri. Tolong menolong. Ya! Memang jelas raut wajah para jemaah kelihatan gementar. Masing-masing risau apakah dugaan yang bakal ditempuhi termasuklah Leen. Muka serius je.
Flight kami pukul 12 tghari bersama MAS. Jemaah daripada mutawif Ustaz Hisyamudin seramai 80-150 orang (sorry tak ingat). Alhamdulillah penerbangan kami di sewa khas untuk para jemaah Umrah. Jadi tiada berhenti di mana-mana.
|
Yang penting... makanan MAS memang terbaik. 1st round masa take off dapat snack. 2nd round makan tengah hari waktu Malaysia. 3rd round makan tengah hari waktu Arab Saudi. Layan... Sian nenek-nenek yang nervous tu siap ulur makanan kat kami sebab terlalu nervous. |
|
Disebabkan ini penerbangan khas untuk jemaah umrah jadi ada slot video tentang hukum ibadah umrah. Serius sangat membantu. Leen buat revision time ni hehehe. Mana yang tak faham boleh discuss dengan brother kat sebelah (my husband). |
Dalam flight Leen risaukan satu perkara. Sebenarnya kalau ikutkan calculation dah tepat dah kedatangan Miss P 2 minggu sebelum berangkat. TETAPI effect makan EPO (nak baiki sistem dalaman kononye) Miss P delay seminggu. Jadi semasa berangkat tu memang dah bebas daripada haid tetapi perasaan was was takut muncul semula. Leen risau dalam flight, suruh Nuar cari ustaz tanyakan pasal niat jenis apa ketika di Qarnul Manazil nanti. Walhal dah sms dah Ustaz malam sebelum berangkat tu..haih! Ok Ustaz cakap niat macam biasa tidak perlu niat bersyarat.
Semasa
Jeddah
|
Tudia pak arab pertama detected |
Alhamdulillah sampai sudah di Jeddah Jam 4ptg (9 mlm waktu tempatan) . Penerbangan memakan masa selama 8 jam. Sesampai sana kami ditempatkan di ruangan menunggu. Bagi jemaah daripada group lain check in dulu. Semasa menunggu kami beli prepaid telefon. Tip: HP tu benda penting tu, kalau pakai HP yang pakai sim kad kecik mcm Note II dan Iphone 5 itu di galakkan standby bawa HP lain. Boleh bawa tapi kena cari kedai telefon untuk potong. Ada kawan tu potong sendri sekali tak jadi daaa… Macam Leen memang kena roaming arr sebab bawa Note II balik Malaysia tgk bill hurmmm mengucap. Nuar dan Mak je beli prepaid sana. Tips: Nanti masa beli prepaid tu kad dia yang besar tu jgn buang sbb nanti masa nak top up, kad besar itu diperlukan. Dapat je nombor Arab kami bertiga saling tukar-tukar nombor telefon supaya kalau ada apa-apahal terpisah senang call.
Kami solat Asar di Jeddah. Selesai solat Asar menaiki bas menuju ke Mekah. Sepanjang perjalanan Leen tertidur. Penat sangat. Perjalanan Jeddah – Mekah mengambil masa lebih kurang 3 jam.
Mekah
3 April 2013
Tiba di Mekah dalam terpisat-pisat cari buku panduan doa masuk Mekah. Pusing punya pusing lalu depan Kompleks Tabung Haji. Besar Kompleks TH di Mekah (MasyaAllah tak pernah ambil tahu pun ada Kompleks TH di Mekah).
Dalam pukul 830pm kami selamat check in di hotel. Ustaz tanya masih larat atau tidak nak selesaikan umrah pada malam ini. Kami bertiga Alhamdulillah masih diberi tenaga untuk teruskan. Sebab kalau nak sambung esok lagi susah. Nuar pula takkan nak tidur pakai ihram, mak dan saya pula risau masalah rambut gugur (lepas besalin mmg ada masalah rambut gugur eh??) Ustaz announce siapa yang larat nak selesaikan umrah malam ini berkumpul di lobi hotel jam 10 pm.
Masuk bilik OK lah not bad bilik tu satu bilik 7 orang luas juga. Dalam bilik tu ada Mak, Cik Pah (jiran), Mak Cik Maimon (acik bilo nak add fb sy ni??), dan 3 orang sefamily. Walaupun tidak mengenali satu sama lain tapi kami dah mcm keluarga. Susah senang bersama. Cik Maimon lah penghiburlara kami yang lain tu tukang sambung-sambung lawak dia. Kami bertujuh sepakat nak settlekan Umrah malam tu juga.
Hati dup dap dup dap. Perasaan bercampur-campur. Macam-macam di kotak fikiran ini. Buatnya tak nampak Kaabah buatnya terjatuh depan Kaabah hanya Allah yang tahu perasaan setiap jemaah ketika itu.
Dari Hotel – Masjidilharam lebih kurang 200meter. Sepanjang menuju ke Masjidilharam kami bertalbiah. Fuhhhh perasaan 1st time Nampak Kaabah tu tak terkata. Leen hanya cakap Allah Allah Allah Allah sayu hiba ada yang menangis ada yang steady sahaja ada yang senyum ada yang focus dengar briefing Ustaz.
Bermula lah tawaf kami yang pertama. Malam memang waktu kemuncak di dataran Kaabah. Sebab sejuk jadi ramai buat Umrah ketika waktu malam. Semasa tawaf memang kami bertiga tidak terpisah. Tetapi semasa keluar daripada tawaf tu. Leen pegang tangan Mak tetapi ada pak Arab tengah tawaf slamber je langgar kami terus terpisah. Sebaik mak bersama Cik Pah. Leen seorang diri tercari-cari mak dan Nuar. Alhamdulillah jumpa Nuar dia tgh solat sunat. Mak call nasibaik dapat call. Mak suruh tunggu dia di pintu Saei. Kami tunggu di bukit Safa. Tunggu punya tunggu mak tak sampai-sampai. Sebenarnya ada 3 pintu ke Saei tu. Kami call mak suruh mak terus je buat Saei jangan cari kami. Tapi yelah kan hati seorang mak kan Cik Pah cakap mak tercari-cari kami. Aduhai mak I ni… Focus mak focus hihihi. Ok done Saei and bertahlul. Lega selesai 1st Umrah walaupun dah terpisah-pisah dengan mutawif. Segala-galanya PERTAMA kali dengan tenaga yang makin menurun lagi jadi memang effect ke otak apa yang dirancang tak menjadi yakni sentiasa bertiga dan Umrah follow mutawif.
|
1st picture depan Kaabah masa ni baru selesai Umrah pertama. Hurmmm gemuk! mencik! hihihi |
Pukul 2am settle Umrah. Call mak, mak cakap mak dah selesai dah nak balik hotel katanya. Sampai bilik tengok mak dan Cikpah takda. Aaaaa sudah! Mana mereka. Call mak tanya kat mana? Mereka rupanya tak perasan/lupa cemana pintu hotel bangunan hotel mereka tak perasan. Yelah sampai dah malam memang jemmm nak fikir. Panic! Tapi teringat nasihat ustaz yakni “jangan comeh (jangan cemas)” apa jua keadaan kena relax. Saya call Nuar tak angkat. Terus pergi lobi hotel keluar tunggu mak depan hotel.Kat luar hotel ada pak Arab yang sedang lepak usha panas. Masuk dalam balik kat dalam hotel pula ada pak Arab lepak di sofa hotel. Ish tak boleh jadi ni check nombor bilik Nuar di lobi tu KRS letak nombor bilik serta penghuni. Terus naik lif nak ke bilik Nuar tiba-tiba pak Arab yang duduk tadi naik lif yang sama. Haih! Leen kuar lif terus naik tangga. Tips : Kalau naik kenderaan tu Jemaah bagi jemaah lelaki naik dulu bila nak turun bagi Jemaah perempuan turun dulu. Nuar tgh tido terpisat-pisat bangun bila bagi tahu mak sesat bingkas turun bawah guna tangga. Kami keluar je pintu hotel nampak mak dan cik pah berpegang tangan melepasi bangunan hotel. Nuar panggil-panggil mak memang nampak raut wajah kelegaan di wajah mak. Dalam pada masa yang sama saya nampak ustazah yakni ustaz punya wife bersama mak beliau. Juga melepasi bangunan hotel kami. Tapi saya dah takda idea nak jerit macamana panggil mereka. Mak ajak pergi minum di café berhampiran. Ok layan. Total hour 20 jam nonstop perjalanan kami pada hari ini.
Hari Kedua.
Aktiviti Bebas. Disebabkan malam tadi tidur pukul 3am dan belum ada jumpa katil since pukul 4am (waktu tempatan) 2 April, kami tidak ke Masjid untuk solat Subuh. Just solat dalam bilik. Lepas tu tido balik recharge katanya.
Lebih kurang jam 9am saya pergi ke Masjid bersama 2 orang makcik roommate tu. Mak relax dalam bilik kepenatan sian mak. Saya membuat tawaf sunat bersama dua orang makcik roommate ini. Semasa tawaf saya berdoa agar dapat berjumpa dengan Pak Ndak dan Mak Lang yang dijadualkan akan berangkat ke Medinah pada hari itu. Tetapi andai kata tidak dapat bertemu saya redha. Sedang tawaf sunat tetiba melintas di hadapan saya anak bongsu kepada Pak Ndak. Adakah ini benar? Saya panggil dia “Qayum Qayum Qayum” lambat sikit respon budak Qayum ni owh! silap nama dia bukan Qayum tapi Irfan. Mungkin Irfan menoleh atas sebab ingin tahu siapa orang Asia bernama sama dengan Abang beliau. Ketika itu Irfan dan kakaknya Halimah baru selesai solat di Hijr Ismail. Saya yang sedang membawa makcik roommate ini tak boleh borak panjang. Hanya sempat Tanya “mana abah mana maklang pukul berapa nak pergi Medinah”. Termakbul doa saya nak jumpa dengan mereka. Selesai tawaf sunat saya masuk ke Masjid untuk mengaji. Tiba-tiba dapat call daripada Nuar.
|
Mak berjubah hitam memeluk mak ndak sambil diperhatikan oleh maklang (ayat wartawan) |
|
Penulis bertudung saiz XL brown |
Beliau suruh saya turun ke Dataran Kaabah di mimbar standby katanya. Puas juga mencari mimbar standby itu. Ok jumpa! Alangkah terkejutnya dapat berjumpa dengan Pak Ndak, Mak Ndak, Maklang, Pak Lang dan sepupu. Sewaktu n3 ini ditulis Pak Ndak telah kembali ke rahmatullah pada 17 May 2013 (Jumaat) akibat serangan jantung. Begitu mudah Pak Ndak meninggalkan kami semua. Cukup terkejut saya mendengar pemergian Pak Ndak lebih kurang 40hari selepas pulang ke tanah air beliau kembali kepada penciptanya. Itulah kali terakhir kami bersua di hadapan Kaabah. Masih saya ingat whatApps saya kirimkan kepada arwah sebelum berangkat ke Tanah Suci saya ucapkan selamat pergi kalau ada rezeki kita jumpa di sana. Arwah membalas “Astagfirullah minta maaf tidak menghubungi Leen. Itulah dia jika terlalu sibuk dengan urusan duniawi hingga terlupa hubungan sesama manusia”. Kelihatan Pak Ndak dan Maklang sangat seronok berjumpa kami. Terus call mak. Mak pun datang. Seronok Mak dapat jumpa ipar duai nya. Pak Ndak merupakan adik kepada Arwah Ayah, beliau mirip arwah ayah. Mak Lang pula satu-satunya adik perempuan Arwah Ayah yang tinggal selepas Mak Cik meninggal akibat brain tumor pada tahun 1997. Mak selalu cakap “esok adik (saya) dah tua mesti rupa mak lang” hahaha ok takpe mak lang cun! Arwah Pak Ndak bagi tips kalau nak doa murah rezeki elok doa bawah pancur emas, lepas tu dia bergurau dengan Nuar tanya stock rokok bawa tak? Mereka sebenarnya tengah nak buat tawaf widak (tawaf selamat tinggal). Alhamdulillah dapat bertemu pak ndak buat kali terakhir ditempat yang sungguh istimewa.
Hari Ketiga dan seterusnya.
|
Miqat untuk menunaikan umrah kali-2 di Masjid Ja'ronah. Yang wanita hanya mengambil wuduk di luar. Jemaah daripada Malaysia kebanyakkan memamakai botol spray untuk ambil wuduk. Yang dalam gambar ni jemaah daripada Indonesia. |
Hari ini ada lawatan ke hurmmm lupa kemana. Seronok. Terus memulakan buat Umrah ke-2. Kali ini lebih yakin sebab dah dapat tangkap kaedah bersatu ketika mengerjakan Umrah. Ustaz di hadapan sekali jemaah wanita kelompok tengah jemaah lelaki keliling jemaah wanita. Kami bertujuh roommate ini saling pegang tangan. Buku doa tu sesekali sahaja Leen tengok. Selebihnya mengaminkan doa Ustaz. Selepas tawaf solat sunat tawaf. Kali ini baru terasa lega dan lebih yakin tawaf umrah dilalukan dengan sempurna sebab yang 1st tu mungkin letih sangat jadi tak boleh focus. Selepas solat sunat berkumpul dibelakang ustaz dan uztaz bacakan doa dengan kuat mengadap kaabah. Ya Allah berjujuran air mata ini. Masa Ustaz cakap “ada diantara kami masih belum dikurniakan zuriat, maka Engkau kurniakan olehMu zuriat” haaaa memang kuatlah AMINNN Puan Leen kita ni Selesai tu kami semua buat Saei. Tips : Saei memerlukan kekuatan kaki. Semasa menurun di bukit Safar dan Marwah tu kekuda memang kena kuat. Botol spray wuduk tu sangat berguna untuk spray muka ketika Saei hihihi itu cara Leen sejukkan muka guna pulak air zam zam sejuk memang seronok.
Ok now Leen dah lost track hari hari di sana. Yelah dah dekat 2 bulan balik dari Umrah tak ingat sangat. Kami sempat mengerjakan Umrah sebanyak 4 kali. 4 4 kali di bawah bimbingan ustaz dan ini membuatkan kami lebih yakin dengan ibadah Umrah kami.
Ada satu hari itu setelah selesai bertahlul masuk waktu solat Dzhur kami berpeluang solat di dataran Kaabah kemudian mak ajak masuk Hijr Ismail. Tercabar dengan ajakkan mak yang berumur 56 tahun terus Leen, Ya kan. Memula kami buat satu pusingan dulu. Dah dekat nak sampai Hijr Ismail kami menyusuri tembok Hijr Ismail. Orang dah start menolak-nolak semasa di pintu Hijr Ismail. Leen pada mulanya cool terus pusing belakang melanggar arus bagi mak jalan selesa sikit so Leen dan mak tak sakit dada orang tolak zasss dapat kami menyelit. Aduhaiiiii!!! Menangis hiba dapat solat dalam Kaabah. Tak kisahlah solat di celah kaki pak Arab pada rakaat pertama solat sunat hajat dan pada rakaat kedua tetiba ada orang lelaki Turkey dua orang kepung kami berdua. Mungkin dialah malaikat. Dapat pegang kelambu kaabah yang wangi itu. Dua kali dapat solat dalam Kaabah (Hijr Ismail).
Ketika membuat tawaf selamat tinggal ada dua orang nenek daripada group kami memegang tangan saya pada pusingan pertama. Sorang kiri sorang kanan. Sian nenek tu kuat semangat dia tawaf tanpa bantuan kerusi roda. Sekali gus mereka berdua bergantung harapan agar membawa mereka tawaf. Dengan penuh yakin Leen membawa derang dan sekali gus terlepas daripada group kami. Aaaaaa sudah selesai tawaf widak saya tercari-cari Nuar dan Mak. Hihihi sebenarnya elok je mereka dan group termasuk ustaz berkumpul di tepi dataran untuk menunaikan solat sunat. Nuar gelakkan saya “awak ni Mutawif eh” hahaha ya Mutawif tak bertauliah. Selepas kejadian saya membawa nenek duaorang tu setiap kali terjumpa nenek tu mesti nenek tu usap-usap belakang saya sambil berkata ermmm rahsia. Hihihi. Masih teringat lagi rupa nenek dua orang tu.
Layan Gambar
....mungkin gambar lebih effective untuk recall :)
|
Cuaca panas dan berdebu keliling Masjidilharam tengah pembinaan. Tak cerdik lagi masa ni nak beli niqab. Jadi niqab dari telekung jelah :) |
|
Dalam kedai manisan di Bin Dawood, Makkah. Husband's turban inspired by pak arab :) |
|
Lepas Isyak perut lapar malas nak makan di Hotel. Kami bertiga memang suka makan kt luar berbanding makan di Hotel hihihi seronok tgk gelagat orang. Kalau beli makanan mesti dia bagi plastik ku sangka kan plastik sampah rupa-rupanya plastik untuk buat alas makan ala ala saprah giteww. Masa makan ada orang datang minta sedekah. Itu standard. |
|
Di lobi hotel. Penulis cukup sensasi mengenakan outfitt begitu. |
|
Hotel kami berhadapan dengan Hotel Al-Fateh. Al-Fateeh ada di mana-mana...i lioke (uhh gedik eja like begitu) |
|
Inilah cara orang tidak berlesen menjual jubah. Jubah-jubah ini murah sahaja. Harga 10riyal-15riyal. Jadi kawan-kawan mana dapat jubah tu maap lah ye jahitan tidak berapa elok. Memang tak dan nak pilih. Ini selesai solat subuh kalau tak silap. Duit pun main baling je, tapi yang bestnya kalau Jemaah daripada Asia pak arab ni layan baik punya. Derang lebih percaya orang Malaysia daripada Bangsa derang sendiri. |
|
Ya Allah kurniakanlah zuriat yang terbaik daripada sisiMU buat anakku Norleen. Hihihi mak berdoa di hadapan Kaabah. |
|
My roomate. |
Makan
Makan di sana tak susah semua HALAL hahaha. Starbuck pun ada di sana, jadi sekarang Leen ragu-ragu betul ke Starbuck berkerjasama dengan Israel? Pepsi ada tapi COKE takda. KFC ada tapi McD tak ada. Pepsi sana sedap. Eh! Tak surelah mungkin Leen dah lama tak minum air gas kot tu yang minum Pepsi sana rasa nikmat sangat. Kat sana Leen bedal je minum Pepsi tu hari-hari minum dan ketepikan diet TTC semasa di sana. Lepas Dzur kalau malas balik hotel kami ber3 pergi makan di SafwaTower ada restoran D’Saji Felda. Kat Hotel pun masakan orang Malaysia. Kat sana Leen kurang rasa lapar sebab minum air zam zam memang kenyang.
|
Nikmat makan lauk pauk Malaysia time lapar lepas selesai Solat Dzur dan Umrah kali 3 |
|
Mak beratur di kedai makan D'saji Felda yang terletak di Aras 2 Safa Tower |
|
Ini roti canai tepek telur. |
Ok nanti sambung part 3 and part 4.