Assalamualaikum. Kejadian suspend tak bape nak suspendlah :)
Jumaat 28 September balik keje tu Leen bagitahu husband yang fetal movement (FM) dari pukul 9am-6pm baru ada 4 kali. Kalu ikutkan 7pm-9pm mana mungkin nak cukup FM 10 kali kan. Jadi lepas magrib tu solat dan mengaji zassss ke Hospital Kecemasan. MA kt Kecemasan tu tanya mengandung berapa bulan? Husband dlm keadaan kelam kabut zaaas jawap 8 minggu. MA tu muka pelik sambil tgk Leen atas bawah. Leen betulkan balik "saya dah 8 bulan". Ok kalu dah 8 bulan kene terus pergi Dewan Bersalin.
Owchhhhh cemas ok dengar Dewan Bersalin. Adehhhh.... Oklah pergi jelah. masuk2 je daftar. 1st buat urine test tu ok lagi. Sat lagi dia suruh baring ingat nak buat apa. Rupa2nye Nurse pasangkan CTG. Volume kuat dia pasang. Berlawan2 pulak ng degup jantung baby pregnant lady katil sebelah. Leen katil tengah2 orang sebelah lagi tu 37weeks jatuh kt bilik air .. adoiyaiii trauma di buatnya. Cemas je semua.
Oklah CTG dipasang selama sejam. Sambil buat CTG Doctor datang check bukaan. Ahhhhhh kejadahnye doc check bukaan. Scan suda! Adoiyaiiii.. Leen siap tanye "kalu tak buat tak boleh ke hehehe tak bersedia lg Doc" Doctor tu senyum je sambil pasang glove dia ckp "prosidur puan..kene buat juga". Ok layannnnn.. "Tarik nafaz puan" .. Doc saya tak belajar lg tarik nafaz nak besalin ni. Adoiyaiiii.
Masa CTG tu baby gerak begitu aktif mana tak nye kejap2 Nurse datang goyang2 picit2 perut ni. Memang aktif baby time tu. Lepas tu dia suruh mengiring ke kiri bagi baby gerak.
Bila dah print CTG. Result ok. MO pulak nak review CTG Leen dia suruh pergi bilik scan. Alhamdulillah semua dalam keadaan OK. Berat Baby 1.6kg pada usia 32weeks 1day.
Ok balik dalam keadaan senang hati. Itulah pengalaman Leen g ke KECEMASAN time pregnant ni. Tp readers jangan takut untuk g ke KECEMASAN nnt apa2 terjadi menyesal kemudian hari tak gunakan. So bertindak kene pantas. Biarlah org nak kata mengada ke apa ke yang penting kita berpuas hati dari duduk kt rumah dok risau kenapa mengapa itu ini. Doctor pun suka kalu kite bertindak pantas. Doctor tu cakap "Puan kalu FM low lagi dtg tau baguslah sebab puan alert dgn tindak balas apa-apa sepanjang mengandung ni, bagus untuk kita dan baby"
Minggu ni Leen dah 34 weeks...Demam+selsema+batuk menyerang. Sangat tak suka. Buat Leen jadi risau. Sian baby terkejut2 agaknya dia Leen batuk-batuk. Hari tu Leen MC dapat sehari je. Mak sedara dtg tolong temankan Leen kt rumah. Alhamdulillah bertuah dpt mak sedara mcm tu abes semua kerja rumah dia tolong buatkan hehehe. Leen elakkan makan ubat. Leen makan madu and minum banyak air je. Ubat batuk memang tak makan langsung.
Semalam g check up di Klinik Kesihatan, Nurse check kedudukan baby. Alhamdulillah baby dah berada di posisi bawah sebab last 2 weeks posisi baby breech at 32 weeks. Nurse semalam tanya baju baby dah basuh ke belum? Huhuhu memang belum basuh pun lagi baju baby. Walhal dah 34 weeks. Takpe bab membasuh kite serah pada si ayah. Besin,baldi dan pengampai kain dah dibelinya tunggu aura rajin si ayah je. Semangat betul si ayah membeli besin dan baldi...besar pulak tu.
Ok hari ini Leen nak share sikit Surah yang Ustaz Asraf Muslim suruh Leen amalkan apabila dah dekat due nanti. Surah Maryam ayat 31-48.
tak lama dh tu leen, semoga dipermudahkan segala..
ReplyDelete