Friday, October 26, 2012

Salam Aidiladha

Assalamualaikum. Beraya Haji di kampung husband di Sungkai,Perak. Selasa 23hb ritu Check up di KK Doc cakap condition Leen baik baik aja. Oleh itu, takdalah Leen cuak sgt nak berjalan jauh.. Hehehe. Tp sepanjang dalam kereta mmg kurang selasa. Pingang sakit, ari ari sengal di tambah dgn perut lapar huhuhu.

"Semoga Allah memilih kita untuk mengikut jejak Nabi Ibrahim a.s. dan keluarganya yang sanggup berkorban apa saja utk Allah tercinta"

Tuesday, October 23, 2012

Baby Items Checklist dan Things to pack to the hospital

Assalamualaikum..

Jom tgk baby checklist Leen. With the help of the bloggers dan bahan bacaan yang lain Leen dan husband siapkan checklist and budgeting column to prepare for the arrival of our baby and not overspend doing it (erkkk...yeke). Buy only what is necessary for our baby's basic necessities... Yelah kawan-kawan yang dah 2-3 orang nak or bunting pelamin semua nasihatkan Leen beli baju new born sikit je beli yang penting-penting je..(mcm perkara entenglah bagi derang sambut kelahiran baru ni) Memanglah beli yang penting-penting kawan takkan lah Leen nak beli baju renang baby plak ehehehe..Baju new born mmg Leen rasa tak cukup 5 pasang. Musim hujan baju lambat kering oooo! Ya! akan mendatangkan penat disitu ye untuk menunggu baju kering. Lagipun Leen sian lah tgk baby Leen pakai baju besar-besar gedebOsh gitewwww.

Clothes
  • Long sleeve rompers - 2pcs
  • Short sleeve rompers - 5pcs
  • Sleeves rompers - 5pcs
  • Baju Siang (lubang-lubang) - 6pairs
  • Baju Malam - 9pairs
  • Hats - 5pcs
  • Mitten and Booties - 8pairs (macam tak cukup je)
  • New born socks - 5pairs
  • Barut - 6 zipzap for new born, 5 bertali saiz S dan 5 bertali saiz M
  • Receiving Blanket / Bedung - 6 pcs
  • Napkin - 8pcs
  • Towel - 5 pcs (jahit sendiri beli kain cotton flannel pehtu jait tepi)
  • Baby laundry detergent - 2 botol Pureen HAD (hypo allergic detergent hihihi new bornkannn) 
Feeding
  • Brest Pump - Spectra 3
  • Bottle - 4pcs (5oz)
  • Sterilizer and Bottle warmer - 1 set
  • Pacifier - 1pc (standby mana tahu tgh kelam kabutkan bby nangis)
  • Bottle cleanser
  • Bottle brush
  • Bekas stock susu -8pcs
Bathing / Baby Care
  • Bath tub - Tak beli lagi tunggu baby besar sikit baru beli
  • Baby shampoo/baby bath
  • Baby lotion/oil
  • Diaper rash cream
  • Cotton buds - 1tin
  • Cotton balls - 3paket (kawan Leen beli yang jenis gulung dia gumpal2 jadi bulat lg jimat)
  • Hooded towel - tak beli
  • Wash cloths - 10pcs
  • Changing mat - 1pcs (jenis nipis dan boleh lipat)
  • Baby Wipes tissue - 8pack besar 1pack kecik utk bawa ke hospital
  • Grooming set - 1set
  • Disposable Diapers - Beli yang 25pcs je dulu
  • Digital Fever Alert - 1pc
  • Tungku baby - 1pc 
Beddings
  • Mattress kekabu - Done! buat sendiri...
  • Bantal selesa belubang - 3pcs
  • Blankets - 3pcs
  • Quilt - 1pcs
  • Quilt cover - 1set
  • Bantal Kacang - 1pc
  • Alas Mattress kekabu - 3pcs
Baby Gear
  • Satu pun tak beli lagi. 
Post Natal
  • Washable breast pads - 6pairs
  • Nursing bras - 5pcs
  • Maternity pads - 1pack
  • Sock - 5pcs
  • Sweater - 2pcs
  • Indoor slipper - 1pair
  • Set Bersalin Amway Free Bengkung.
Funiture
  • Play pan - 1pc
  • Floor lamp -1pc (nak bangun malam susukan anak harus pasang lampu kecik hihihi)
  • Chest of drawers - 1pc
Ok guys harap checklist ini dapat sedikit sebanyak membantu reader semua. 

Tunggu cuaca baik baru syok membasuh baju baby. Huhuhu si ayah yang basuh siap basuh tangan. Keesokkan hari nya basuh towel,napkin, cadar baby pula. Takcukup ruang nak basuh serentak. Mesti uolls dah boleh budget gender bby Leen ni kan....hik3. 

Siap tagging kt kotak tu long sleeve dan short sleeve nnt tgh kelam kabut nak sarung baju anak tesalah pakai pulak nanti. Barut tu yang berikat maknanya tunggu besar sikit. Dah gtaw husband awal2 dah masa new born pakai yang tak berikat ni. Kang dia jugak yang kene siap kan baby kan. 

Ok! gigih si ayah membuat tilam kekabu utk anaknya. 

Ok jom kemas beg ke Hospital pulak. Masa check up Nurse tanya dah kemas beg ke belum? Leen blur je...ermmm mcm awal lagi Nurse. Nurse cakap anak sulung ni susah nak jangka buatnye bersalin awal nnt si ayah kelam kabut packing. Better si ibu yang packing barang ke Hospital ..ni Nurse yang cakap..... Betul tu Nurse saya sokong! Sbb yang nak pakai nye si ibu nnt ntah apa je si ayah bawak.

Beg untuk bawa ke Hospital, bukan beg hok jenis baby punya. Hihihi husband Leen beli beg sekolah senang dia cakap memacam boleh isi. Akibat memacam boleh isi Leen satukan je baju baby ng baju Leen dalam tu.

Barang Ibu
  • 2 helai t-shirt 
  • 2 helai kain batik
  • 1 sock (mengikut pengalaman kawan2 leberumm sejuk so pakailah sock)
  • 1 tudung 
  • 1 towel muka
  • 1 sweater
  • Sepasang slippers
  • 2 pcs underwear
  • 2 pcs nursing bra
  • 3 pcs sanitary pads
  • Print out of Surah Maryam
  • Print out of teknik pernafasan (kalu ingat takpayah bawak)
  • Buku Yassin (husband or family boleh baca time kite di leberum)
Makanan dan Minuman
  • Kurma
  • Air Zam Zam
  • Air Selusuh
  • Chocolate bar
  • Roti Bun
  • Milo 3 in 1
Ini pengalaman akak ng kakak ipar derang kata untuk instead energy makan chocolate and kurma. Roti bun n Milo tambahan sendiri...Uuiiii kuat makannye aku.

Barang Baby
  • 3 pasang baju malam (jenis bertali so kain lembut tanpa button)
  • 3 barut zip zap new born
  • 3 pasang mittens and booties 
  • 2 hats 
  • 2 receiving blankets
  • 5 pampers
  • Bath / Shampoo
  • Wipes tissue saiz kecik
Ok itu sahaja rasanya. Selalunya bila rasa sakit nak bersalin tu datang kita mesti rushing nak ke hospitalkan. Jadi kita memang takda masa nak fikirkan barang apa nak bwk. Kebanyakkan daripada kita wait until the last moment and end up forgetting something. Jadi jom packing awal huhuhu saya ni pun kire lambat packing. Ni pun packing sebab Khamis ni nak balik kampung husband di Perak utk Raya Qurban. So kene bring along this bag. Manalah tahu kok lah apa-apahal kannnnn.

Tuesday, October 9, 2012

Cemas! Baby Bikin Suspend

Assalamualaikum. Kejadian suspend tak bape nak suspendlah :)
Jumaat 28 September balik keje tu Leen bagitahu husband yang fetal movement (FM) dari pukul 9am-6pm baru ada 4 kali. Kalu ikutkan 7pm-9pm mana mungkin nak cukup FM 10 kali kan. Jadi lepas magrib tu solat dan mengaji zassss ke Hospital Kecemasan. MA kt Kecemasan tu tanya mengandung berapa bulan? Husband dlm keadaan kelam kabut zaaas jawap 8 minggu. MA tu muka pelik sambil tgk Leen atas bawah. Leen betulkan balik "saya dah 8 bulan". Ok kalu dah 8 bulan kene terus pergi Dewan Bersalin.

Owchhhhh cemas ok dengar Dewan Bersalin. Adehhhh.... Oklah pergi jelah. masuk2 je daftar. 1st buat urine test tu ok lagi. Sat lagi dia suruh baring ingat nak buat apa. Rupa2nye Nurse pasangkan CTG. Volume kuat dia pasang. Berlawan2 pulak ng degup jantung baby pregnant lady katil sebelah. Leen katil tengah2 orang sebelah lagi tu 37weeks jatuh kt bilik air .. adoiyaiii trauma di buatnya. Cemas je semua.

Oklah CTG dipasang selama sejam. Sambil buat CTG Doctor datang check bukaan. Ahhhhhh kejadahnye doc check bukaan. Scan suda! Adoiyaiiii.. Leen siap tanye "kalu tak buat tak boleh ke hehehe tak bersedia lg Doc" Doctor tu senyum je sambil pasang glove dia ckp "prosidur puan..kene buat juga". Ok layannnnn.. "Tarik nafaz puan" .. Doc saya tak belajar lg tarik nafaz nak besalin ni. Adoiyaiiii.

Masa CTG tu baby gerak begitu aktif mana tak nye kejap2 Nurse datang goyang2 picit2 perut ni. Memang aktif baby time tu. Lepas tu dia suruh mengiring ke kiri bagi baby gerak.

Bila dah print CTG. Result ok. MO pulak nak review CTG Leen dia suruh pergi bilik scan. Alhamdulillah semua dalam keadaan OK. Berat Baby 1.6kg pada usia 32weeks 1day.

Ok balik dalam keadaan senang hati. Itulah pengalaman Leen g ke KECEMASAN time pregnant ni. Tp readers jangan takut untuk g ke KECEMASAN nnt apa2 terjadi menyesal kemudian hari tak gunakan. So bertindak kene pantas. Biarlah org nak kata mengada ke apa ke yang penting kita berpuas hati dari duduk kt rumah dok risau kenapa mengapa itu ini. Doctor pun suka kalu kite bertindak pantas. Doctor tu cakap "Puan kalu FM low lagi dtg tau baguslah sebab puan alert dgn tindak balas apa-apa sepanjang mengandung ni, bagus untuk kita dan baby"

Minggu ni Leen dah 34 weeks...Demam+selsema+batuk menyerang. Sangat tak suka.  Buat Leen jadi risau. Sian baby terkejut2 agaknya dia Leen batuk-batuk. Hari tu Leen MC dapat sehari je. Mak sedara dtg tolong temankan Leen kt rumah. Alhamdulillah bertuah dpt mak sedara mcm tu abes semua kerja rumah dia tolong buatkan hehehe. Leen elakkan makan ubat. Leen makan madu and minum banyak air je. Ubat batuk memang tak makan langsung.

Semalam g check up di Klinik Kesihatan, Nurse check kedudukan baby. Alhamdulillah baby dah berada di posisi bawah sebab last 2 weeks posisi baby breech at 32 weeks. Nurse semalam tanya baju baby dah basuh ke belum? Huhuhu memang belum basuh pun lagi baju baby. Walhal dah 34 weeks. Takpe bab membasuh kite serah pada si ayah. Besin,baldi dan pengampai kain dah dibelinya tunggu aura rajin si ayah je. Semangat betul si ayah membeli besin dan baldi...besar pulak tu.

Ok hari ini Leen nak share sikit Surah yang Ustaz Asraf Muslim suruh Leen amalkan apabila dah dekat due nanti. Surah Maryam ayat 31-48.