Saturday, August 11, 2012

Baby Shopping #1

Assalamualaikum. Semalam 11 Ogos Leen sempat pergi ke IBEX International Baby Expo 2012. Berlangsung pada 10-12 Ogos di Hall 4 dan 5 Kuala Lumpur Convention Center. Sesapa yang belum pergi bolehlah pergi huhuhu tu yang Leen sepantas kilat update blog nak pomot kt reader.

Hall tu besar jadi rasa selesa juga lah membeli beli org pun xdelah rasa ramai. Dynaz Mokthar pun ade. Leen singgah booth dia sebab nak tgk VCO Tanameera. Then Dynaz dtg dia tgk Leen.. Usha atas bwh dia ckp "ala cutenye perut.. Eh I xbleh ckp org cute perut nnt I mengandung lg kikiki choi" ngeeee Leen senyum je. Dynazz ckp dia pakai Set Bersalin Tanameera tu siap dgn tukang urut dia. Hasilnye dia ckp cukup puas hati mmg berbaloi dgn harga nye. So sesape nak slim mcm Dynazz trylah Set Tanameera ni..hihihi.

Mcm-mcm booth yang ade. Yang ramai org pergi Avent, Pureen and BabyLove.

Leen membeli kt 5 booth, Pureen,Kedai cina jual baju rompers, Baby Love, permata hatiku dan Baby OK.

Dekat Pureen best dpt beli mittens and booties ng harga yg murah RM5 dan baju tido sepasang RM15. Tp Leen xbeli byk sbb nnt bosan pulak baby hehehe. Dekat BabyLove beli bantal karipap tu RM9 je sgt berbaloi berbanding harga asal RM11.90. Lepas tu ade bantal selesa tajuknye tp bantal tu boss Leen ade ckp dia beli utk letak kt dada baby boleh elakkan dr baby tekejut kejut. Bantal tu isinye kacang hijau RM20 free satu lg sarung bantal. Dekat Baby OK plak beli baju 3 lai RM10 sepasang hehehe.

Gambar yang sikit tu Free gift :) bolehlah... Lg pun Leen xde masuk peraduan peraduan ni.

Lepas settle beli barang Leen cabut g KLCC lak cari baju jalan husband. Ok settle dah persiapan raya. List barang baby pun dah semakin byk dicross huh! Phwee lega.

Hari ini kalu rajin nak ke Little Whiz Setia Alam. 3 SeptEmber ni SALE Little Whiz TAMAT. So reader cepat cepat pergi, sbb semalam Leen tgk botol susu TT di Expo tupun xleh bit harga TT di LW.

Selamat berpuasa simanis sekelian.

Tuesday, August 7, 2012

Jaguh Kampung- Resepi Kuih Lapis, Pajeri Nenas dan Gulai Udang Cendawan

Assalamualaikum...weekend baru ni Leen balik kampung husband. Adik ipar bawak pengukukus Tupperware yg Leen order... Teruja sgt nak pakai. Husband request kuih lapis. Ngeee sebab kan husband dah request kenalah buatkan. Risau gak takut xjadi nnt buat malu je ng mak mertua kannnnn kikiki.

Pada hari yang sama mak mertua punya menu pajeri nanas. Hurmmmm leen xleh mkn nenas. So cecepat Leen offer diri nak buay gulai lemak udang cendawan.

Alhamdulillah kedua dua masakkan Leen ni menjadi. Dengan jaya nya. Abg ipar yg selalunye makan xbertambah tp bila pekena gulai udang cendawan Leen bertambah nasi siap dia dulu tambah selalunye husband Leen.. Kikikiki.

Pajeri Nenas
Kelapa sebijik dijadikan kerisik (Awas! jangan smpai hangit nnt pahit)
Nenas sebijik dipotong 3 segi hiris
Halia sebesar ibu jari dihiris
Bawang putih 2 biji dihiris
Bawang merah 2 biji dihiris
Udang kering sedikit
Rempah kari Babas sepeket
Santan

Cara
1. Gaulkan kerisik dengan rempah kari
2. Panaskan minyak, tumis bawang putih,merah,halia.
3. Dah naik bau masukkan gaulan rempah babas dan kerisik. Kacau.
4. Agak2 dah naik minyak, masukkan santan kacau kacau pelahan
5. Masukkan nenas.. kacau kacau sampai kering. tutup api. Sedia untuk di ngap!

Masak Lemak Cili Padi Udang bersama Cendawan
Udang (fresh)
Santan letak sikit sama paras atau kurang daripada udang
Cili padi 15 biji kalu nak pedas letak byk pun takpe ditumbuk
Bawang merah 2 ulas ditumbuk   Bawang putih 2 ulas ditumbuk

Daun kunyit 2 helai disimpul
Cendawan ikut suka

Cara
1. Tumis bahan yang ditumbuk
2. Naik minyak masukkan udang
3. Udang akan kelihatan kemerahan
4. Masukkan santan
5. Pasti cuak sebab santan mcm tak cukup dan tak pekat. Jap! Jgn cuak sebab udang mengeluarkan air..hehehe. Air udang tu manis bertambah sedap.
6. Masukkan cendawan dan daun kunyit.
7. Kacau hingga santan sebati dengan udang dan undang kelihatan kemerahan. Jgn terlalu lama dan api dapur jgn besar sgt nnt udang lembik. Tutup api sedia untuk di ngap!

Friday, August 3, 2012

Berbuka di Tupai-Tupai Shah Alam

Assalamualaikum...Ahad lepas berbuka puasa dgn kwnKwn Birats huhuhu. Last minute plan.

Pilih Tupai-Tupai sbb nak adil hehehe di Putrajaya,Bangi and Seremban dah penah buat. Jadi bagi peluang kpd Suria plak jd tuan rumah majlis berbuka puasa tahun ini..huhuhu.

Dalam pukul 630pm kami sampai. Penuhkan meja dgn makanan dan standby untuk berbuka. Lepas berbuka segment yg dinantikan huhuhu gossip. Bukan mengumpat tp lebih kpd membangkitkan isuisu semasa heheh..

Layan gamba jelah.

Thursday, August 2, 2012

Juadah Berbuka dan Bersahur

Assalamualaikum. Selamat berpuasa semua. Hihihi belum terlewat lagi nak wishkan. Pejam celik pejam celik dah 14 Ramadhan. Alhamdulillah semalam genap usia kandungan Leen 6 months .Indah! Ramadhan kali ini ada sedikit kelainan apabila berbadan dua ni.

Macamana puasa kesayangan semua? Berjalan lancar? Alhamdulillah Leen masih belum tewas hehehe baby pun bergerak aktif wpun ibunya puasa. Cuma Leen kesiankan baby bila perut Leen berbunyi memang bunyi-bunyian tu tak pernah Leen dengar b4 this..hehehe. Bila berbunyi Leen gosok-gosok perut. Yelahkan baby kt dlm tu mesti dengar bunyi krook nyiook krikk tu lg kuatkan sian baby.

Sehingga hari ini Leen and husband belum ade lagi beli juadah berbuka di PARAM lagi. Samada Leen masak di rumah, berbuka di Masjid atau berbuka di luar (baru sekali berbuka di Alamanda).

Kalau berbuka di Masjid. Masjid Sultan Mizan Putrajaya menjadi pilihan kami. Aman + Luas + Selesa. Why i love break fasting at Masjid? Sebab makanan yang disajikan sedap and portion sajian adalah sederhana. Sementara menunggu waktu berbuka ada bacaan tahlil kemudian berbuka dengan seulas tamar dan 2 jenis kueh. Selesai berbuka solat Maghrib secara berjemaah dah selesai Maghrib makan. Selalunya 4 jenis lauk. Selesai makan Solat Isyak dan Teraweh. Klakar bila Leen buat perbezaan kalu berbuka di rumah then pergi solat teraweh, bila Leen rukuk' tu Leen paling tinggi kiranya rukuk' Leen tak tunduk habis. Sekerat je. Kenapa? Sebab perut makin membesar ditambah pula makan yang tak beragak2 time berbuka di rumah. Kalu kt Masjid tu makanan amik sedikit je bila time rukuk' bleh  rukuk' dengan selesanya.


Menu sahur selalunya Leen makan nasi+kurma+air susu 1 glass+air putih 1 glass. Bila dah tak lalu hari-hari makan nasi Leen try beli Mychef Ready Meal. Leen try yang Chef Florance "Kari Ayam ala baba nyonya". Nyummmmehlicious! Roti paratha pun ready made. Memang layan. Garing pehtu cicah ng kuah kari. Cara penyedian pun mudah. 5 minit kari siap dipanaskan. Roti paratha 5 minit siap goreng. Tadi pun Leen sahur menu ni hehehe Leen makan 2 keping roti paratha. Selesai disudahi dengan makan obimin+acid forlic.

Menu berbuka Leen wajib 2 jenis je lauk. Kalu kt rumah mak dan mil je ikut saiz meja hehehe. Yelah balik keje sampai rumah dah pukul 6ptg. Sebaik husband ringan tulang nak tolong di dapur. Ni ayam masak kicap+sayur campur. Sayur dan udang tu pun kakak ipar dah siap2 potong. Bawang pun dah siap2 potong masa balik ujung minggu tu kakak ipar bagi...ahhh byk senang dan jimat masa. Air sirap tu mak buatkan. Mak rebus pati sirap dengan gula dan daun pandan. Senang lagi 5minit nak berbuka bancuh takpayah letak gula lg. Banyak senang Ramadhan kali ini..hehehe.

Atas tu gamba Roti John. Leen ni big fan roti john. Tp Leen jemur ahhh roti john kt PARAM tu. Nipis sgtlah roti john kt PARAM tu isi tak rasa. So Leen google and cari resepi roti john. Very the easy. Rasanya pun nyummmmeh. Masa ni Leen masak nasi ayam. MIL buatkan perap ayam rempah. MIL beli ayam seekor lepastu perap ayam rempah letak dalam bekas kecik-kecik so bila nak goreng keluarkan je drpd freezer ahhh mudahnye hidup. Senang nak masak, tahan seminggu. Ahhhh banyak senang puasa kali ni family memahami keadaan ini yang keletihan dan tidak selicah dulu di dapur hahaha. 

Selasa haritu my 5th check up. HB ok 12 nurse cakap perut Leen besar huh! saba jelah. Lepas tu amik 1st dos injection utk kancing gigi. Lenguh tgn dibuatnya. Alhamdulillah semuanya ok.

Sagu Mata Ikan - Desert

Assalamualaikum. Leen dah buat lama dah Sagu Mata Ikan ni tp baru berkesempatan untuk n3 kan dalam blog yang sunyi sepi ni hihihi. Sgt mudah buat Sagu Mata Ikan ni. Leen buat ni masa tu beberapa hari nak puasa. Leen mengidamkan desert je so far termasuklah Sagu Mata Ikan ni. Huhuhu cream caramel je tak dapat lg. Jelly kelapa termasuk dlm senarai jenuhhh husband cari tak jumpa last last balik kampung jumpa kt param. Ahhh lega. Pop Corn Garret juga tersenarai. Gigih husband pergi beli kt KLCC bila dapat mkn pop corn Garret rasa seronok sgt wpun manis tetap nak makan.

Bahan-bahan
4 cawan / 1 packet sagu mata ikan (dibilas kaedah runing water letak dlm tapis)
1 kotak santan (kotak kecik) - boleh gantikan susu cair
1 packet gula perang
6 helai daun pandan
Sedikit Garam

Didihkan 5 cawan air. Masukkan sagu mata ikan dan 2 helai daun pandan. Tunggu putih-putih hilang tak hilang agak2 dah melekat antara satu sama lain tutup api. Masuk dalam bekas yang sesuai or letak dalam gelas kecik-kecik. Sejukkan bawah kipas then masuk dalam peti ais.

Santan tu masukkan dlm periuk letak garam sikit letak 2 helai daun pandan. Tambah air sikit kalu santan pekat sgt. Didihkan. Dah agak2 panas tutup api.

Didihkan sedikit air dalam periuk. Masukkan gula merah dan 2 helai daun pandan. Tutup api.

Taraaaaa siap!

Senangkan. Letak ice cube kalu nak sejuk. Mcm makan cendol. Leen bawa pergi office licin sebaik dah mkn semangkuk masa kt rumah. Officemate cakap jarang dapat makan Sagu Mata Ikan ni memang derang syok sgt menikmati desert mudah ni. Bak kata sowang akak ni "tompang rezeki ibu mengandung mengidam dapat makan Sagu Mata Ikan" hehehe.