Thursday, June 21, 2012

3rd Check up di KK Presint 9

Assalamualaikum..
20hb Jun time for #3rd check up. Alhamdulillah masih ditemani husband hihihi...tp tunggu dia masuk office dulu buat keje lebih kurang baru dapat pergi Klinik. Pukul 11am sampai sana orang dah tak ramai.

Hari ini just amik darah n urine test je lepas tu jumpa misi. HB turun skit. Bulan lepas 13.2 tp kali ni 13. Saya cakap kat misi yang dua hari lepas saya punya hidung ade keluar darah. Jd mungkin effect yang itu HB saya turun.

Berat badan pula naik 1kg. OK lah kot ek? Sebab hari tu memang ade 2 kali wek wek yang sungguh trajis.

Lepas tu dengar degupan jantung baby guna alat mcm walkman tu. Misi tu tanya uri saya kt mana? Kikikiki mana saya tahu. Sebab belum scan. Oh! Misi tu ingat saya dah scan. So dia soh mai lagi 2weeks untuk detail scan.

Tp esok Sabtu, husband dah janji nak bwk p detail scan Klinik di Seremban. Kabarnye Klinik tu bagussss... Minta2lah baby berikerjasama show gender dia besok hehehe. Tak sabau! Tp Leen tak kisah pun boy or girl asalkan sihat. Tp firasat seorang ibu mengatakan ianya girl hihihi.. gitewwww...bleh plak main firasat.

Oh ye! Hari isnin hari tu 18hb Jun tu Leen pergi ke Al-Hidayah untuk 3rd temujanji. MasyaAllah! Lama sgt tunggu sampai sana pukul 9am pukul 630pm baru dapat jmpa Ustaz Lokman. Grrrrrrrrrr kalu boleh nak jmpe Ustaz Asraf Muslim tp takde rezeki. Sbb kabarnya Ustaz Asraf Muslim lebih detail storynye mcm Ustaz Lokman apa yang Leen tanya dia jawap InsyaAllah-angguk2 kepala-senyum. Gitewwww. Masa tengah sesi berubat ng Ustaz Lokman, Ustaz Asraf Muslim tengah ubatkan pesakit mcm sedang berlawat dgn jin barangkali. Seram juga masa tu. Tp husband Leen relax je tengok aksi tu. Lepas tu masa kami nak beredar dari meja dia tu dia minta kad appointment Leen haaaaa hamik besau dia tulis LAH (LOKMAN ABDUL HAMID) sah sah bulan depan punya temujanji dengan dia jugak. Tak rezeki nak ng Asraf Muslim.


Tuesday, June 12, 2012

Al-Hidayah Medic (Rawatan untuk Kesuburan)

Assalamualaikum. Memula nak cakap minta maaf dekat reader blog ini yang ada email pada Leen yang bertanyakan Surah yang perlu di amalkan oleh pasangan untuk nak zuriat. Leen simpan slip tu dalam Al-Quran Leen baca tu asal nak update blog cerita pasal Surah time jugaklah air sembahyang dah batal :) Lagi pun Leen takut juga nak bagi sbb manalah tahu setiap orang penyakit lain-lain maka Surah yang perlu di amalkan juga mungkin berbeza.

Ini sedikit info yang Leen rasa penting untuk di share Leen cilok daripada webside Al-Hidayah Medic juga.

Adakah Al Hidayah mempunyai cawangan di tempat lain?


Kami mempunyai cawangan lain di Melaka, Terengganu, Kelantan, Pulau Pinang, Sarawak, Sabah, Singapura dan Petaling Jaya. Untuk alamat dan nombor untuk dihubungi bagi mendapatkan tarikh temujanji, boleh melayari http://www.alhidayah-medic.com/.

No 8-1 "The Eight Setiawangsa", Jalan Setiawangsa 13, Taman Setiawangsa

Kuala Lumpur Wilayah Persekutuan 54200 Malaysia


03 4256 5666 (Operator): Isnin-Jumaat 9:00pg - 6:30ptg
019 243 0659 (SMS Sahaja): Isnin-Jumaat 9:00pg - 6:30ptg


Jadi, hari ini Leen nak share sesuatu yang Leen cilok daripada webside Al-Hidayah Medic ni (tempat Leen berubat tu). Sbb tadi saja-saja nak tengok pakage umrah drpd Al-Hidayah ni hehehe. Lepas tu terjumpalah segmen ni ewahhh segmen .. ruangan kot. Ruangan ni Leen rasa baru lagi ni kt webside Al-Hidayah ni.

Nama ruangan ni Hidayah Babies . Antara perisian ruangan Hidayah Babies ni :-

Hidayah Babies


Sejak Penubuhan Pusat Rawatan Islam Al Hidayah, telah ramai pasangan suami isteri yang mempunyai masalah sukar memperolehi zuriat datang untuk mendapatkan rawatan.

Kebanyakan pasangan suami isteri tersebut sukar mendapatkan zuriat kerana ada masalah seperti berikut:

  • Polycystic Ovarian Syndrome (PCOS)
  • Endometriosis
  • Saluran Tiub Fallopian tersumbat
  • Ketidakseimbangan hormon
  • Jumlah sperma sedikit atau bermasalah.
Terdapat juga masalah gangguan makhluk halus dan sihir pemisah yang bertujuan menghalang si isteri daripada mengandung. Antara tanda-tandanya adalah suami isteri akan:

  •  Timbul perasaan takut, berasa dingin dan tiada nafsu semasa bersama.
  • Berasa sakit semasa atau selepas bersama
  • Selalu bertengkar sesama sendiri

Alhamdulillah, dengan izin Allah, ramai pesakit kami telah berjaya mendapatkan zuriat selepas menerima rawatan di pusat rawatan Islam Al Hidayah. Maka, melalui lebaran ini Al Hidayah ingin berkongsi kisah kejayaan dan gambar bayi pesakit kami agar dapat memberi inspirasi dan motivasi buat mereka yang masih berusaha untuk mendapatkan cahaya mata setelah sekian lama mencuba. Insha'Allah


Yang bestnye ada ruangan testimonial daripada pesakit juga. Huhuhu me next Insyallah. Siap ada nama dan usia perkahwinan. Ramai dapat bby gurl lah, huhuhu adakah? Adakah anak Leen juga perempuan? hihihi. So TTC boleh tengok ruangan Hidayah Babies ini. Insyallah pasti ada jalan.

My bump


Picture on 8th jun 2012

Picture on 26th mei 2012

Picnic at Putrajaya (depan Picc)

Assalamualaikum...eh hari ni macam rajin pulak nak update blog hihihi.

9 Jun (sabtu) my bff and I pergi berpicnic di Putrajaya. Mulamula plan nak buat di KLCC park tp sure cuti sekolah ni ramai org kan so we decide buat kt Putrajaya je.

Janji pukul 5ptg tp cam biasa ade yg smpai pukul 6ptg. Makanan memang mewahmewah. Ade lasagna, puding, spaghetti, air sedap dan ayam goreng. Leen bawak benda paling simple hehehe Leen bawa ice cream je tp ice cream special tau siap ade choc rice,badam hancur and banana hehehe.

Ainul and Shina bawa mak hihihi mak Leen nak joint jugak tp malas drive sbb jam jalan.

Jimat Cermat

Assalamualaikum...Yeps sekarang dalam langkah berjimat cermat dlm segala aspek (chewahhhhh!). Td Leen usha usha maternity jeans. Ermmm harga mahal lah. Tak mampu. Takkan nak pakai slua beli kt expo barangan Thai ni sampai lunyai ekekeke. Leen tak beli dah slua kain nipis tu kt expo barangan Thai...memang selesa. Tp gaks begaya skit pakai Jeans kan ekekeke...

Td google punya google Leen jumpa ini :-

Belly Belt namanye hehehe RM79.
Hehehe agak2 kalu beli ni selesa tak pakai ek?
Now kalau pakai baju kurung cenggini kain tu Leen buat. Pehtu lock kan zip. Hari tu kakak office dah tegur soh pakai baju maxi dress. Leen jwp Leen segan hahaha.