Thursday, December 8, 2011

Celebrity twins babies :)

Celine Dion...my heart will go on and on...

Angelina Jolie and Brad Pitt

Puff Daddy!

Julia's Babies! 

Alahaiiiiiii.....ermmmmm Abe Ricky i.... 
 Sarah Jessica Parker and Matthew Broderick 

and my kakak angkat terangkat JLO.


Kaedah IVF ...

Malaysia hartis pula  
My sweet lovely dovey Sazzy Falak 
Aleeya
dannnn kak ziana kite

Tetiba aku jumpa pasal dia ni.
Sapa ni Nadya Suleaman?? bukan double bukan triplet tp octuplets 

Anak dia memula melahirkan 6 bayi kembar  beberapa tahun lepas tu 8 bayi kembar.
14 uolllsssss anak dia.
Kaedah IVF...pheeeeeuuuu...
Nadya Suleman Octuplets..
Ok thanks to mr. google gambar ni semua aku cilok dr sana. Pasal Nadya uolls boleh google sendri baca kesah dia yang agak pelik tu. Apa apa pun aku nak tepek satu gambar ni...yg aku suka bangat!
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
SOOOOOOO SWEEETTTT i suke sgt depa berdua ni.

Ok bye!

Monday, November 28, 2011

Sukand's Food, Port Dickson

Hehehehe tajuk skima, jgn lupa kata kunci tu.
Sukand's Food ini terletak di pekan PD. Betul2 depan round da bout Pekan PD dan berhampiran Ice Room. Nama kata mcm kedai makan cina kan. Tp 100% melayu. Specialist dia nasi ayam. Segala jenis nasi ayam hado di sini.  


fil dan mil..layan nasi ayam dan bubur nasi ayam.



 Laksa baba nyonya pun hado.
 Nasi ayam black pepper

 Aku makan nasi ayam grill .
Tengah lapar ni..

Ok so sesapa ke PD boleh lah lunch di sini. Bersih dan nice place. Aku tak berani nak syor kan di kedai makan tepi2 pantai nun sbb ermmmm punca air diragui ekekekeek..

Saturday, November 12, 2011

Hj. Sharin Low Restauran, Sungai Merab Bangi.


Kong Po Chicken Rice


Kam Heong Chicken Rice

Salted Egg Kwai Tau MeOw

Nyummmmmehhh....... 


Muka depan kedai tersebut.

Sumpah sedap!
(tulis laju2 si suami merengek nak makan bihun plak)

Friday, April 15, 2011

Al-fatihah.......

Buat Baby Raqeeb, 5bulan
Meninggal dunia akibat tersedak susu.
Lokasi: Rumah pengasuh Presint 9G, Putrajaya.
Waktu meninggal: 5.15pm, 14 April 2011

Penantian 2 tahun setelah bergelar suami isteri untuk dikurniakan zuriat. Doa mereka termakbul apabila dikurniakan zuriat yg comel,mesra,kuat senyum dan yang penting sihat..Baby Raqeeb. Sekarang segala-galanya telah hancur lebur dek kerana manusia yang tidak menitik beratkan penjagaan bayi.

Wahai ibu ibu bapak bapak diluar sana plz plz kalau susu kan anak tu plz lah pangku anak tu. Jgn beri sambil dia terbaring. Sebab kita tak keupayaan bby kita untuk menelan susu itu samada too fast or too slow. Jadi pangku lah bayi itu dan pegang botol susu agak2 budak 5bulan dah pandai pegang botol susu kah??? (emosi sedikit ayat ini)Jd gunakan akal untuk menjaga anak.

Semalam di dalam lift ketika pintu lift hampir tutup terdengar suara bdk ppuan jap TUNGGU!! tetiba terpacul seorang bdk ppuan berlari sambil membawa adik nya yg berusia 2bulan si kakak berusia 8thn...demmmm mana pergi akal mak bapak dia ni.. biakan budak berusia 8thn (saiz badan sederhana) bawak adik sambil berlari...terkulai2 kepala bdk tu..dengan beg sekolah si kakak yg berat 5kg tuh,botol air ditangan,plastik makanan lagi...Si kakak memang tak larat bawak siap mencangkung tunggu lift berlabuh di aras rumah mereka. Kesian..... org dlm lift semua terperanjat termasuk aku yg offer diri untuk dukung bayi 2bln tu. Hilang akal barang kali si ibu dan ayah ini. Buatnye si kakak lari lari pehtu jatuh..fikirlah apa jd kt si adik berusia 2bln tuh.. Kompom mak ayah dia marah si kakak kannnn.



Parents plz jd lah parents yg tinggi IQ. Biarlah belajar setakat UPSR tp tang anak tu learn from expert lah.. Ok fine aku tak de anak lg..mungkin korang nak ckp "ckp pandailah!" Yeps! i admit Tp aku berjanji kt diri aku untuk jaga anak penuh tekun dan berhati2..dan byk membaca..byk belajar dr akak ng akak ipar aku.

Miss Donut



Ingat tak n3 pasal Donut ini huhuhu...
Ok now dah tak menyesal lg after tgk youtube nu hehehe....



Korea product patutlah cute cute aje...

Tuesday, April 5, 2011

Selamat Tinggal- dina feat zizan



Sedih videyo ni tp bila tang zizan tu rasa nak gelak je....
(owhhh so sweet dpt voice bbm dr Nuar bru ni...ingat dia ckp i lebiu sat lg dia ejek zizan BOLOS SAJA DIRI ITU)....

Cameron (again and again)

Ini merupakan kali ke 5 aku ke CH. Adakah aku nak jd tourist guard di sini kpd my fmily? Kali ini aku pergi bawak my fil pulak. Kecuali my biras Yong. Dia ada kelas. So she cant make it. Letih nak cerita sbb aktivitinyer sama je setiap kali pergi .. tiada aktiviti di kolam renang ataupun di taman tema hanya beli sayur-sayuran dan pearl corn di akhiri dengan pening kepala apabila boot kereta penuh tak muat letak barang hahaha :)


Me, Fira (my biras), Sara and Shila(my sil)

Abg Zul (my bil) ckp gamba ni mcm kt Nepal :)
Sara yang malam tu moody sedikit apabila tak mahu tidur kerana nak tunggu jam 12mlm tgk opah and tok wan potong kek birthday ..
Wah! Camelia kemain suka dpt mkn kek


Ok time to play..apabila perut kenyang dia buat hal dengan bermain2 kek itu..

Balik dari CH aku tido semalam dirumah mak mer. Byklah masa terluang aku dgn Camelia. Aku noticed yg Camelia suka berkawan dengan aku. Tak tahu apasal. Mungkin dlm 3 3 orang ni aku paling lembut dan ikot je kemahuan dia kot hehehe... pada suatu petang yg sunyi apabila semua org bermain2 dengan Sara .. Camelia dtg pada ku dan melontar kan beberapa soalan yang tak bisa aku jwp.. Aku heran budak umur 5thn boleh berfikir mcm org dewasa. Tp yg paling lawak adalah :-

Ya : Aunty sotty (sweety) rasa Abg Aiman tu jatuh cinta ke hanya kawan je dgn ya?
Aku : (tahan gelak) ermmmm kawan je kot
Ya : Ok kalau kawan kenapa dia bg Ya sorang je cincin?
Aku : Sbb dia malu nak bagi bdk lain... Emsem ke abg aiman tu?
Ya : Emsemmm 
Aku : Mcm sapa?? 
Ya : Ermmmm mcm Galang.
Aku : Mama Abg Aiman tu keja apa?
Ya : Dia tak panggil Mama dia panggil Ibu.. Ibu dia keja kt Hosp.
Aku : Doctor kot..nnt boleh lah Ya repair gigi Ya kt ibu abg Aiman
Ya : (Gelak besar) Aunty sotty ni..

Haih! budak zaman sekarang... pandai sungguh... pengaruh tv semua ni.
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
(",)
love dis picture


Really enjoy my holiday but still CH remain me of someone that i can forget forever and ever.
Miss you wan. Every single step i take at CH remain me to her. Rindu arwah wan sgt sgt!







Wednesday, March 30, 2011

Shaolin Boy

Ini lencai sudah tarak rambut lorrr....
Atok dia sudah toreh rambut dia dek kerna dia mengalami gegatal rambut dan kalau dia boleh ckp mungkin dia akan ckp "i rimas dengan rambut i ni taw"

So this is my nu look.....
Ok ke?
Hurmmmm ok lah kannn....thank you atok kasi cut my hair ...


xoxo
miss you like crazee Syamyll Illan 


Monday, March 28, 2011

Masakan Hari Isnin

Salam.. Harini rajin sikit untuk memasak ;) 
Masak ikan yg dibekalkan oleh Mak cik Nuar semalam.

4jenis. Ikan sepat+ikan sembilang sambal, ayam goreng rempah,sayur campur dan ikan masin made in opah Nuar crib ekekeke. Actually aku nk bwk ke rumah Fira, derang tak balik kampung so tak merasa mkn ikan fresh ni..jd aku pun memasak memasak dan tapau ke rumah derang di Bangi.
Sian Sara mcm moody je sbb seseme dan batuk.. gambar senyum dia dlm hp Nuar ini time dia dah letih senyum kot.
Abes cte Gemilang kami balik....sian Saif isek kene blasah je...

Thursday, March 24, 2011

Menyesal beli Donut baik beli Bun



Ni leh jd sebab kene marah pagi2 apabila si isteri dok sibuk lipat lipat ke dalam donut. Ingat menyenangkan tp bertambah susah rasanye ni. RM7 ish!!

Thursday, March 17, 2011

Renjis Mempelai on Harmoni mag!!



Harmoni front cover by Mizz Nina
Keluaran 15 Mac 2011

CEKEDOTTTT YAWWWW!!!

Monday, March 14, 2011

Sickness Monday

Hari ni aku ng Nuar EL..yeps EL sgt tidak bagus tp nak buat mcm mana apabila kami bedua demam dan terkena food poisining..

Dah siap2 dah nak g keje tp bile dah amazing race ke toilet badan dah lemah terus tido sampai kol 1 after solat kami g cari makan dan refreshkan mata hehehe.. 



Our brunch at AP seksyen 9 Bangi.
Lele penyet, ayam penyet dan pucuk ubi masak lomak..nyummmeh!!!!
                                                        
Hiburan minggu ini.
Thumbs up to KRU!

Minum petang hot chocolate dan coffee...





Wednesday, March 2, 2011

Aku kena tipu daaaa....

Tadi masa kt office sedang aku menunggu kertas-kertas kerja aku siap di print sempat lagi aku melawat si sahabat aku yg duduk sebelah printer tu. Time tu dengan seronok dan penuh aksi nyer dia bercerita dengan sahabat lg sorang tu. Aku yg masih terpacak disitu sekali sekali sahabat yg sedang bercerita pandang2 aku menunjukkan dia nak cerita kat aku sekali. Makin lama aku makin rapat kt dia. Punyalah best cerita yg dia ceritakan tu.

Yelah kesah rumah tangga orang kan macam best je nak dengar (huhuhu). Dalam hati aku berkata "makkkk aiiii giler dasyat minah ni buat mcm tu kat husband dia" Dalam kisah sahabat aku ni isteri orang tu adalah seorang artis. Aku tanye sahabat aku tu artis tu sapa? Dia jawap "ntah sapa ntah saya lupa nama dia artis baru" aku pun berkatalah oooooooo.. Tp td dia cerita peristiwa tu dah dah 8thn berlalu..kalu dah 8thn tak kan lah artis baru kan..

Cerita dia mcm ni: Perempuan ni kena rogol ng lelaki ni. Lelaki ni jahat giler. Ppuan ni pulak baek giler. One day ayah lelaki meninggal dunia. Time kt kubur mak dia soh dia baca Yassin tp dia tak baca dia menanggis je..dia ckp kat mak dia tak boleh baca. Start dari pada hari tu lah dia berubah jd baik. Ppuan yg di rogol ni pulak jadi jahat. One day..lelaki ni terbaca majalah..tgk ppuan ni dah jd hartis. Lelaki ni pun soh lah mak dia amik ppuan ni jd duta produk kecantik mak. Hartis ppuan ni setuju. Dipendekkan cerita llaki dan ppuan ni berkahwen. But ppuan ni still tak tahu yg lelaki ni lah penah rogol dia. Sehinggalah anak derang dah berusia 6thn barulah segala2nya terurai. Apabila si anak rimas dgn jambang papanyer time papanyer kiss dia dan soh papanyer mencukur jambang santa clous nye tu (yelahlah kan selalu org kuat agamakan simpan jambang). Balik je isteri dia rekod album husband dia buat "tadaaaaa" isteri dia terus rasa tak sedap sbb baru nmpk parut di dagu suaminye itu. Dipendekkan cerita isteri dia dah kaji dah dah selidik dah sah lah itulah lelaki yg rogol dia dulu.

Isteri dia start buat perangai. Mcm2 dia buat. Mcm2lah susah aku nak cerita kt blog aku yg suci ni (hahahahaha gelak syaiton nirojim). Dipendekkan cerita lelaki ni masih sabar dengan sikap si isteri sangat bersabar. Isteri dia mcm mintak di divorcekan tp lelaki tu tak nak. Sbb lelaki tu tahu isteri dia buat perangai mcm ni just nak bagi lelaki tu bengang dan lelaki tu admit tu silap dia satu ketika dulu dats y dia mengahwini ppuan tu. One day ppuan ni pergi sekolah anak dia (bukan nak jumpa anak tp tunggu husband dia) dia ckp "esok aku tunggu ko kt mahkamah" lelaki ni baek je..dia siap arah kan anak dia "alisya salam mama" tetapi ppuan ni sentap tgn dia time anak dia kiss tgn dia. Lepas tu dia bla. Ank ni dah dalam kereta tp tak puas lepaskan rindu kt mamanyer terus keluar dari kereta dan berlari ke arah kereta mama..si mama jahanam ni dgn perasan marah me-rivess kereta nye dgn laju..BAMMMMMMM..terlanggar anaknye. Dia pun menangis time nilah husband dia tak leh tahan lagi dah. Dia cakap INI BUKAN ANAK KO. Dipendekkan cerita ppuan ni kena tangkap dengan bf dia atas tuduhan apa ntah lupa derang kena tangkap ketika nak p bercuti bersama bf dia ckp "jomlah g bercuti..ubati hati u yg sedih tu lepas ank u mati". Last2 ppuan ni minta maaf kt husband dia..dia cari husband dia kt kubur ank dia. Tetapi husband dia ckp "Aku divorcekan ko talak 3 aku tak penah ada isteri mcm ko..sejahat jahat org berubah jadi sebaik-baik orang tp ko sebaik-baik org berubah jd sejahat-jahat org" sambil pegang batu nisan anak dan berkata "maafkan papa"

Haaaaa trajis kan..mana lah aku tak melayan cerita sahabat aku nih. Last2 aku tanya..sapa org tu awak..artis mana eyhhhh ada anak nama alisya..Kawan awak ke? Iskkkk awk ni norleen saya tgk kat ASTRO PRIMA lah mlm td.

Arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh! Aku puaslah dok imagine giler lah ppuan ni buat mcm tu. Mcm dasyat sgt sat lagi cerita tv!





Sedikit preview cerita tu. Zamarul as husband. Ppuan jd isteri tu aku tak tahu nama dia apa.

Saturday, February 26, 2011

Macam mana nak maju?

cHeh tajuk mcm ahli politik je. Aku tgh tggu mekanik repair air cond keta. So aku rasa aku kena bekampong kt kedai makan kesukaan kami agak lama mahu mkn masa lagi sejam sehingga kami boleh order 1 slice kek percuma 1 black kopi.


Dlm pada tu mata aku ni jamu oleh satu adengan hug kiss hug kiss yg menjengkilkan. Serius weh geli aku tgk. Aku yakin sgt derang ni tak kawen lg. Budak sgt lg yelah kalau org dah kawen kat umah pun bolehkan nak tunjuk kasih sayang. 

)Ang paling aku xboleh bla tu bdk ppuan tu tgh keja. Dia keja kt kedai dobi tu kalau ade org dtg dia paggil kawan dia soh tgk apa customer nak. Yang dtg kebykan makcik makcik anta kapet anta bju memahal memang ramailah org kt dobi tu. Tp imej kedai dobi tu da tjejas ng org mcm dia..makcik2 tu pandang2 tajam je kt bdk 2eko tu.

Aku rasa nk ngadu  je kt owner dia pasal kelakuan tak bemoral pkerja dia. Time bdk lelaki tu nak bla sakan bepeluk makcik2 pakcik2 tu geleng pale tgk.


Ni lagi satu kes. Nuar nak anta keta pehtu Nuar tnyelah dulu boleh buat ke tidak dia jwb lah boleh. Pehtu mekanik tu tnye Nuar balik "keta apa bang?" Nuar balas keta wira. Tahu apa dia balas "ish tak bebaloi" tulah dia kalau org kita niaga benda kecik2 tak nak tp ko tp kalau org cina hatta nak tka plat keta pun dia buat. Lagi pun ko bkn kemahiran tggi sgt pun kalau kt bengkel cina 2 xsampailah 5jam aku kt cni. Tekial2 nak pasang tp ckp besar.