Sunday, March 22, 2009

Tahajud Cinta.

Ye! Betol Cik Kiss aku g tgk Sirah Junjungan jumaat mlm sabtu aritu. Time nk g tu memang kecoh. Aku tgh metting kt Wisma Putra patut metting abes kol 5..tp berlarutan sampai kol 6.30 ptg maner aku cuak..yang si Ainul lak dah tggu dpn office kol 5 lg..aku risau+kesian tgk Ainul dok tunggu aku. Dengan IQ yang aku ada aku mintak tlg Airi bagi handbag aku kt Ainul sbb aku g metting tu tak bawak pe2 mujur bwk HP. Dengan IQ aku yg cerdik ni juga aku bg direction kt Ainul how to get to Wisma Putra. Finally Ainul berjaya dtg ke Wisma.

Sampai jer kt umah aku ..terus kiteorg bersiap. Si Juwita dok kol2 and sms kteorg. Dia senang lah ckp sb keje kt KL. Kiteorg dari Putrajaya fuhh ng jem nyer lagi. Dah lah sesat. Agak sengal!! Salah jalan. Ntah macam maner leh ada kt KLCC wahal Istana Budaya kt Jln Tun Razak! Arghhhhh!!! Ainul dan aku bertambah panic. Tp aku taw Ainul lg panic aku buat2 cool..sambil mkn biskot outmeal aku ckp kt Ainul 'ermm Ainul cemaner nk g Menara Celcom tu ek..Istana Budaya kt area situ" huhuhu Ainul makin angin dgn aku. HP aku out of cdt,HP Ainul yg line Celcom tu plak out of bateri and Maxis no signal...tak taw naper...Juwita and Nora nyer HP tak dpt dihubungi. Maybe derang nyer line dah di block takala berada dlm teater..
Finally sampai jugak Istana Budaya. Tp ada lg dialog agak lahanss dari Ainul "weh! Leen ni bukan Istana Budaya lah..ni Balai Seni Lukis" huh!boleh tahan klakar gaks ko ni Ainul.

Sampai jer sana...teater dah bermula 30minit suda. huh!tak kisahlah...time tu Dato'Siti tgh menyanyi..Kelihatan Juwita terpukau dgn kecantikan Siti (Juwita big fan of Siti..dia ada semua Album Siti dari awal pembabitan Siti till now)..

About the teater..memang best. Membuat kan aku jd rindu dengan Nabi Muhammad s.a.w



Di antara… kebatuan cadas, padang pasir, panas matahari membakar kulit. Di tanah Mekah, bangunan kukuh Kaabah yang sejak awal dibangun untuk menyembah yang Maha Kuasa kini telah berubah dikelilingi berhala. Kejahiliahan membuat perilaku menjadi amat rendah dan nista. Budak dan hamba abdi menjadi binatang yang tak berharga, wanita hanya jadi pemuas nafsu belaka, anak perempuan dikuburkan hanya untuk ditertawa riakan oleh sang ayah yang tidak rela memiliki anak perempuan. Berhala-berhala disimpan, dijadikanpenyembahan kepada jalan kegelapan. Berhala menjadi sesembahan mereka bernama Lata Uzza.

Dalam pada kerosakan dan kejahiliahan kaum Quraisy. Seorang wanita dirundung kepedihan tatkala suami tercinta pulang ke alam baqa, padahal di perut dikandung janin yang amat dicinta. Ketika terlahir bayi yang amat molai rupawan, bayi inilah yang menjadi cahaya menerangi gelitanya kesesatan. Di saat bayi ini dilahir- kan, tangisannya menyebabkan dinding Istana Kisra retak dan beberapa menaranya runtuh. Api di kuil Parsi padam. Air di tasik sawah menjadi kering. Berhala-berhala di sekeliling Kaabah tumbang. Bayi yang kelak menjadi perkasa, mengukuhkan empat tembok tinggi kisah. Bayi inilah yang terlahir menjadi pemadam api sesembahan kaum Majushi. Di tahun gajah, telah lahir bayi mulia Muhammad bin Abdullah.
Muhammad tampil menjadi cahaya bagi lingkungannya. Tidak hanya sebagai penyejuk tetapi juga sebagai penegak hilar-bilar keadilan. Beliau tegak bagai karang yang kukuh menghadapi kebatilan. Hiful fudul adalah cahaya yang mulai berkibar untuk menegakkan kebenaran dalam kegelapan kejahiliahan.
With Erma Fatimah the director

Di telapak tangannya Muhammad terdapat api yang menyala yang dapat menunjukkan jalan yang benar sedangkan di dalam darahnya mengalir akidah yang kuat yang sentiasa siap untuk menentang sesiapa yang membangkang, dan sesungguhnya sudah menjadi sunatullah, setiap perubahan selalu mendapat tentangan. Kaum Musyrikin Quraisy seakan tidak rela, Muhammad mencerai-beraikan keluarga mereka, Muhammad akan menggantikan sembahan mereka, Muhammad akan meruntuhkan peradaban mereka. Maka, bermulalah siksaan datang.
Cinta kepada Allah… Cinta kepada Rasul! Membuat ringan setiap derita. Ujian tidak terhenti. Kekejaman bermaharajalela. Kehilangan sanak saudara. Yang lebih menyedihkan ialah apabila Muhammad kehilangan bapa saudaranya Abu Talib yang meninggal di saat belum sempat memeluk agama Islam. Derita semakin terusai dan yang lebih memilukan apabila isteri tercinta pula, Siti Khadijah, penyejuk di kala batin resah, yang meneguhkan di kala goyah, yang rela menafkahkan harta, tenaga demi dakwah, dipanggil oleh Yang Maha Pencipta. Rasulullah Muhammad S.A.W betul-betul pilu kehilangan isteri, kekasih, penyejuk dan peneguh. Hampir seperempat abad mendampingi suka duka. Itulah tahun kedukaan bagi baginda.

Kematian Abu Talib telah meruntuhkan benteng-benteng penghalang kemarahan orang-orang Quraish terhadap Muhammad. Kalau dulu Abu Talib adalah pembela Muhammmad tetapi sejak ketiadaan bapa saudaranya itu, orang-orang Quraisy makin bermaharajalela. Ke mana sahaja Muhammad pergi, pasti baginda akan direjam dengan batu bahkan ditaburkan pasir di atas kepala, dibaling dengan najis namun baginda menghadapi kekejaman musuh dengan perisai kesabaran dan istiqamah.

Kesakitan yang dilalui sama sekali tidak mampu menghentikan nafas perjuangan kaummuslimin sehingga kemajuan Islam semakin pesat. Baginda Muhammad berjaya memujuk tokoh-tokoh utama Quraish untuk masuk Islam lantaran golongan Quraish menjadi marah dan mengadakan pakatan untuk menyekat ekonomi kaum muslimin. Setelah 3 tahun kaum muslimin terpaksa berdepan dengan berbagai rintangan dari kaum Quraish dan selama itu juga mereka berlindung di Lembah Abu Talib, akhirnya Muhammad sudah tidak lagi sanggup melihat kesakitan dan kezaliman orang-orang Quraish terhadap kaum muslimin. Ramai yang menderita lalu Muhammad mengarahkan supaya kaum muslimin kembali ke rumah masing-masing untuk berdepan dengan orang Quraish manakala sahabat-sahabatnya diputuskan berhijrah ke Madinah untuk mencari penempatan baru.

Hijrah Rasulullah S.A.W ke Madinah merupakan langkah awal dari proses terbentuknya Darul Islam yang pertama di muka bumi saat itu. Rasulullah berjaya meletakkan asas-asas penting bagi negara ini iaitu pembi- naan masjid, mempersaudarakan sesama kaum Muslimin dan mengatur kehidupan sesama kaum Muslimin. Dalam masa yang cukup singkat, Baginda berjaya dengan cemerlang untuk membentuk Madinah menjadi Daulah Islamiyah yang bertamadun tinggi.

Bagi kaum Quraisy , tidak ada sebab yang lebih berkesan untuk membangkitkan pertempuran dan kemarahan orang Islam selain tumpahnya darah melalui peperangan. Bahkan Nabi pun terhujam di Bukit Uhud. Luka menganga. Hamzah singa Allah terhujam, dirobek, dikunyah jantungnya oleh Hendon. Tidak pernah rugi bagi seorang yang beriman, diberi nikmat dia bersyukur maka syukur menjadi kebaikan, Diberi ujian dia bersabar maka sabar menjadi kebaikan

Rasulullah dengan para sahabat masih meneruskan dakwah dengan berangkat masuk semula ke Mekah. Perjalanan untuk menunaikan kewajipan yang pasti penuh dengan pengorbanan tetapi tidak pernah ada kerugian bagi orang-orang yang mahu berkorban ke jalan yang diredhai Allah S.W.T. Akhirnya, baginda berjaya membawa Abu Sofyan mengakui “Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, Nabi Muhammad pesuruh Allah”.
heh..heh..
The End..... bju putih tu Dato'Siti,Hitam Erma Fatima.


Din,aku,Juwita,Nora,Along dan Ainul tukang amik gamba ni.
Rabecca Muslim..sangat bermutu lakonan dia!

Sangat cantik....

GreenyCoverAlbum.

CoverAlbum lg...

tata! nk balik dahhh...


6 comments:

  1. mcm menarik gak tgk teater ni kan.

    umm. dato ct tu, kalo pki tudung mcm tu kan elok, lg cantik dr pakai mcm sister tu. hummm...

    ReplyDelete
  2. norleen...hanya tinggal beberapa mggu je ni lagi nih..kad mana..kad mana..heee..tu pun nak kena remind ke..isk...heheh..
    weh, pegi kenduri zul aka kazen aku tak nnti?

    ReplyDelete
  3. memang best kiss..sbb sound effect dia sedap didengar. takdelah bingit tp sedap.

    ha ah dia pakai tudung elok2 lg cun ... tp dia memang superb!

    ReplyDelete
  4. Kad tak siap lagi ler nora..hihihi gerenti lah aku ajak ko...tunggu taw...jgn tak dtg pulak!

    zul nyer kenduri? nak g tapi clash ng adk sepupu aku nyer kenduri kt kg. huh!

    ReplyDelete
  5. loh..ruginye.. xdpt jumpe ko..windu ni..baru hengat nk cemolot dgn ko hihihi..

    ReplyDelete
  6. kekekeke...
    yang penting kita sampai kan nolen.
    klakar doe igt time tu haha

    ReplyDelete

Thanks babe for leave a comment