Wednesday, March 2, 2016

Barangan Keperluan di Taska

Assalamualaikum

Sambung lagi cerita Fareeq dan Taska :-)

Masa hari pertama nak hantar Fareeq ke Taska tu junuh jugak Leen tanya kawan2 apa nak kena bawa. Memang ada tanya teacher nak bawa apa tapi mcm biasa dia akan jwb "bawalah baju dia, pampers dia" kikiki ok tak membantu.

Malam tu Leen tanya lagi kawan "air panas nak kena bawak ke" jawapannya "TAK PAYAHLAH"

Hari pertama Leen bawa Tilam dan Bantal. Tengahari masa 1st day tu memang tak tenteram jiwa. Terus call Taska tanya Fareeq ok ke tidak. Teacher bagitahu Fareeq nangis2 nak tido. Yelah 6 bulan kalau nak tido ibu direct feeding. Ini tak dapat memang mengamuk lah Fareeq. Esoknya teacher cakap kalau nak bagi Fareeq tido selesa dan lama bawalah batal peluk dan puting. Balik dari keja lepas amik Fareeq terus ke IOI Mall beli bantal peluk.
Balik rumah terus try bantal peluk senyum2 dia try. Teacher cakap 1st day dan 2nd day tu pinjam kawan punya lama dia tido pakai bantal peluk

Tertido sudah. Apa2 jelah nak asalkan anak ibu ini baik kat school, teacher2 sayang anak ibu itu je doa ibu. Setiap pagi sebelum pergi school pesan ibu 1. jangan meragam 2. petang ibu ayah datang ambil. 

Hari ke-4 teacher minta pacifier pulak..... Ok layankan je asalkan anak ibu baik-baik. Teacher cakap Fareeq kadang2 nak kadang2 tak nak.

Minggu ke-3 teacher minta bantal yang leper dan lebar pulak. Sebab bantal kekabu tu berketul2 kot isi dia tak padat jadi pergerakkan kepala Fareeq terhad. So Leen bagi bantal IKEA. Bantal IKEA tu leen guna untuk nyusukan Fareeq masa dia baby dulu. Mcm ngam2 je badan dia yang haluih tu tido atas bantal tu. Bayangkanlah Fareeq buat tilam bantal tu. Memang haluih je Fareeq dulu. 

So kat rumah Leen guna bantal karipap. Bantal karipap tu ada 3 biji. Tukar2 pakai. Tapi bila dia dah membesar ni macam tak sesuai je bantal karipap tu dengan dia. Betul kata teacher pergerakkan Fareeq terbatas kalau pakai bantal kecik. Leen beli bantal baru 

Bantal ni. Clevamama memang best empuk2 gitewww... Tapi bantal ni sayanglah nak hantar Taska kannnnnn. Kalau kowang nak murah beli kt Little Whiz. Away cheap from Mothercare hehehe...

Macam tak bersarungkan .... tapi tulah sarung bantalnya. Memang nampak stylo hahaha...


Tilam pulak Leen bagi tilam kekabu. Banyak online jual tilam kekabu kan... Sejuk sikit tilam kekabu ni sbb Taska Fareeq takda katil. Tilam memang terus letak atas lantai siankan... Tilam n bantal ni bawa balik setiap hari Jumaat kok lah parents nak jemur ke basuh ke kan. Isnin bawa balik. Masa mula2 tu Leen bekalkan selimut jugak. Tapi sekarang musim panaskan tak yah lah pakai selimut.

Ini lah kelengkapan yang leen bawa ke Taska Fareeq. Diapers tu bekal dalam 5pcs macam tu. Masa Fareeq kena verak2 tu Leen bekalkan 7pcs. Tapi kalu bawa 5pcs biasanya tak abis. Teacher cakap kalu nak tinggalkan seplastik pun boleh.

Bag berzip tu bag baju kotor. Towel, baju kotor dan kain alas kotor semua teacher letak dalam tu. Bekas IKEA tutup ijau tu tempat letak penjagaan kulit Fareeq. So far cream allergic Fareeq memang Leen tak bekalkan. Takut teacher main sapu je nanti overdose pulak.

Bedak tu letak kt buntot je. Kat pipi memang teacher tak letak. Alhamdulillah setakat ni belum penah ambil fareeq dalam keadaan comot atau dalam keadaan muka penuh bedak. 


Towel memang tukar hari-hari dan kain biru tu buat alas tilam dia hari-hari juga tukar. Alhamdulillah teacher Fareeq follow je kaedah parents. Teacher belum pernah cakap tak boleh lagi kalau Leen suruh alas tempat tidur Fareeq tu. Leen cakap Fareeq ni allergic sikit yelah kalu dah 5 hari tilam tu kt dalam rumah Fareeq pulak jenis berpeluh-peluh maunnya tak miang nnt tu yang kena alas.

Baju siang 2 pasang je. Dulu 3 pasang. Tapi bila fikir balik Fareeq kalu tinggal dengan Leen pun Leen tukar kan 2 kali je (lepas mandi pagi dan pukul 1ptg) Sebab Fareeq sebelum pergi Taska dia mandi. Tak pernah lagi hantar Taska dalam keadaan dia tak mandi. Yelah bayangkanlah baby ramai mandi memang kena tunggu turn. Sian anak peluh2 badan melekit2 tak mandi. Lagipun kat rumah mandi air suam kalau kat Taska ni memang mandi air sejuk je.

Socks memang Leen bekalkan. Ntah lah tak tahu sampai bila nak bekalkan. Tapi memang sampai sekarang Fareeq pakai socks siang malam. Tunggu dia pandai jalan kot baru buka. Tapi teacher pakaikan je baby lain Leen tengok ada kecik lagi dari Fareeq tak pakai socks pun. 

Handkerchief pun Leen bekalkan. Memang teacher tu guna. Bila waktu balik tu teacher akan bg bag dan handkerchief. Puas hatilah teacher mengikut didikkan ibu kikiki Leen nak biasakan Fareeq tertib pakai handkerchief lap2 mulut dan hidung. 

Sejak Fareeq dah makan Leen bekalkan bip...teacher pakaikan jugak. Good job teacher. So idaklah payah nak basuh baju Fareeq dek kesan makanan.

Botol susu 2 biji je. Masa 1st day Leen bekalkan 5 biji. Teacher cakap tak perlu banyak nnt tertukar. Isk tak faham betul Leen kenapa pulak nak tertukar kan ada tulis nama. Leen kurangkn kepada 4. Still teacher ckp bnyak. Bukan apa botol2 tu leen dah sterilize kat rumah, so bila nak buat susu teacher just ambil botol baru. Tak perlu nak basuh botol yang dah guna tu. Tapi maybe kaedah taska tu tak bagi bawa balik botol yang tak basuh kot. So tak pelah bekalkan dua je. Setiap tu kena tulis nama ok. Pernah tak tulis nama kat penutup botol susu tu tertukar penutup tu dengan orang lain. Leen tengok aik mcm lain je ni. Fareeq tak da botol susu anti colic puting pun no 2. Fareeq masih no. 1. 

Esoknya bagi tahu teacher. Yelah silap Leen jugak tak tulis nama Fareeq kt puting tu. Sebenarnya tu puting botol 8oz. Leen tak bekalkan lagi botol susu yang 8oz. Risau lah kalau teacher terus bagi 8oz kat Fareeq. Biar bagi 5oz. Sikit-sikit tapi kerap.

EBM leen tu memang sedih je 2oz je kikiki campur dengan puri bila time makan. Sudu pun pernah tertukar uolls.

Tapi takpayah nak kecoh sgt lah kalau barang di taska ni tertukar ni. Kalau kita balik kampung sometime pun terbawa balik barang anak buah kita kannnn..... Baru seorg baby kita jaga ni teacher kena jaga ramai lagi baby. Sebelum balik teacher akan bagi tahu Fareeq verak berapa kali...See anak ko verak bpe kali pun dia ingat. Kalau berdua jaga Fareeq hari cuti kiteorg laki bini bila dah malam tu pun lupa eh anak verak dah ke haaa? dah ke belum haaa? tu pun boleh lupa. Memang salute arrrr teacher2 taska ni. 



Beg taska Fareeq. Mudah bawa bag pack mcm ni. Selesa nak dukung anak sambil bawa bag pack ni. Kalau pergi jalan2 pun kiteorg bawa bag ni. Letak thermos air panas sebelah air sejuk sebelah. Idaklah tumpah. Mainan tu memula tak pernah bawa. Ingatkan tak boleh bawa. Tapi semalam teacher kata boleh bawa nak bagi dia leka, sebab selama ni Fareeq main dengan handkerchief dia je ... sian dia. Tapi kat rumah pun kalau xde menda disekeliling ibu bagi handkerchief jugak. hehehehe....

Ok jom pergi Taska dengan senang hati. Tiba rajin ibu .. ibu pakaikan ayah and Fareeq sedondon. hari ini tema kita Blue black + kelabu . Dah dapat green lite boleh bawa mainan kemain Fareeq bawa wrist hand toys ;-)
















1 comment:

  1. alolo comelnyer...sama mcm daiyan,even ddk rumah mil ttp ada checklist apa yg dibawa kan..pampers mmg 5 pcs,so klu byk x habis taulah opah tak tukar pampers...hehe....

    ReplyDelete

Thanks babe for leave a comment