Wednesday, March 2, 2016

Barangan Keperluan di Taska

Assalamualaikum

Sambung lagi cerita Fareeq dan Taska :-)

Masa hari pertama nak hantar Fareeq ke Taska tu junuh jugak Leen tanya kawan2 apa nak kena bawa. Memang ada tanya teacher nak bawa apa tapi mcm biasa dia akan jwb "bawalah baju dia, pampers dia" kikiki ok tak membantu.

Malam tu Leen tanya lagi kawan "air panas nak kena bawak ke" jawapannya "TAK PAYAHLAH"

Hari pertama Leen bawa Tilam dan Bantal. Tengahari masa 1st day tu memang tak tenteram jiwa. Terus call Taska tanya Fareeq ok ke tidak. Teacher bagitahu Fareeq nangis2 nak tido. Yelah 6 bulan kalau nak tido ibu direct feeding. Ini tak dapat memang mengamuk lah Fareeq. Esoknya teacher cakap kalau nak bagi Fareeq tido selesa dan lama bawalah batal peluk dan puting. Balik dari keja lepas amik Fareeq terus ke IOI Mall beli bantal peluk.
Balik rumah terus try bantal peluk senyum2 dia try. Teacher cakap 1st day dan 2nd day tu pinjam kawan punya lama dia tido pakai bantal peluk

Tertido sudah. Apa2 jelah nak asalkan anak ibu ini baik kat school, teacher2 sayang anak ibu itu je doa ibu. Setiap pagi sebelum pergi school pesan ibu 1. jangan meragam 2. petang ibu ayah datang ambil. 

Hari ke-4 teacher minta pacifier pulak..... Ok layankan je asalkan anak ibu baik-baik. Teacher cakap Fareeq kadang2 nak kadang2 tak nak.

Minggu ke-3 teacher minta bantal yang leper dan lebar pulak. Sebab bantal kekabu tu berketul2 kot isi dia tak padat jadi pergerakkan kepala Fareeq terhad. So Leen bagi bantal IKEA. Bantal IKEA tu leen guna untuk nyusukan Fareeq masa dia baby dulu. Mcm ngam2 je badan dia yang haluih tu tido atas bantal tu. Bayangkanlah Fareeq buat tilam bantal tu. Memang haluih je Fareeq dulu. 

So kat rumah Leen guna bantal karipap. Bantal karipap tu ada 3 biji. Tukar2 pakai. Tapi bila dia dah membesar ni macam tak sesuai je bantal karipap tu dengan dia. Betul kata teacher pergerakkan Fareeq terbatas kalau pakai bantal kecik. Leen beli bantal baru 

Bantal ni. Clevamama memang best empuk2 gitewww... Tapi bantal ni sayanglah nak hantar Taska kannnnnn. Kalau kowang nak murah beli kt Little Whiz. Away cheap from Mothercare hehehe...

Macam tak bersarungkan .... tapi tulah sarung bantalnya. Memang nampak stylo hahaha...


Tilam pulak Leen bagi tilam kekabu. Banyak online jual tilam kekabu kan... Sejuk sikit tilam kekabu ni sbb Taska Fareeq takda katil. Tilam memang terus letak atas lantai siankan... Tilam n bantal ni bawa balik setiap hari Jumaat kok lah parents nak jemur ke basuh ke kan. Isnin bawa balik. Masa mula2 tu Leen bekalkan selimut jugak. Tapi sekarang musim panaskan tak yah lah pakai selimut.

Ini lah kelengkapan yang leen bawa ke Taska Fareeq. Diapers tu bekal dalam 5pcs macam tu. Masa Fareeq kena verak2 tu Leen bekalkan 7pcs. Tapi kalu bawa 5pcs biasanya tak abis. Teacher cakap kalu nak tinggalkan seplastik pun boleh.

Bag berzip tu bag baju kotor. Towel, baju kotor dan kain alas kotor semua teacher letak dalam tu. Bekas IKEA tutup ijau tu tempat letak penjagaan kulit Fareeq. So far cream allergic Fareeq memang Leen tak bekalkan. Takut teacher main sapu je nanti overdose pulak.

Bedak tu letak kt buntot je. Kat pipi memang teacher tak letak. Alhamdulillah setakat ni belum penah ambil fareeq dalam keadaan comot atau dalam keadaan muka penuh bedak. 


Towel memang tukar hari-hari dan kain biru tu buat alas tilam dia hari-hari juga tukar. Alhamdulillah teacher Fareeq follow je kaedah parents. Teacher belum pernah cakap tak boleh lagi kalau Leen suruh alas tempat tidur Fareeq tu. Leen cakap Fareeq ni allergic sikit yelah kalu dah 5 hari tilam tu kt dalam rumah Fareeq pulak jenis berpeluh-peluh maunnya tak miang nnt tu yang kena alas.

Baju siang 2 pasang je. Dulu 3 pasang. Tapi bila fikir balik Fareeq kalu tinggal dengan Leen pun Leen tukar kan 2 kali je (lepas mandi pagi dan pukul 1ptg) Sebab Fareeq sebelum pergi Taska dia mandi. Tak pernah lagi hantar Taska dalam keadaan dia tak mandi. Yelah bayangkanlah baby ramai mandi memang kena tunggu turn. Sian anak peluh2 badan melekit2 tak mandi. Lagipun kat rumah mandi air suam kalau kat Taska ni memang mandi air sejuk je.

Socks memang Leen bekalkan. Ntah lah tak tahu sampai bila nak bekalkan. Tapi memang sampai sekarang Fareeq pakai socks siang malam. Tunggu dia pandai jalan kot baru buka. Tapi teacher pakaikan je baby lain Leen tengok ada kecik lagi dari Fareeq tak pakai socks pun. 

Handkerchief pun Leen bekalkan. Memang teacher tu guna. Bila waktu balik tu teacher akan bg bag dan handkerchief. Puas hatilah teacher mengikut didikkan ibu kikiki Leen nak biasakan Fareeq tertib pakai handkerchief lap2 mulut dan hidung. 

Sejak Fareeq dah makan Leen bekalkan bip...teacher pakaikan jugak. Good job teacher. So idaklah payah nak basuh baju Fareeq dek kesan makanan.

Botol susu 2 biji je. Masa 1st day Leen bekalkan 5 biji. Teacher cakap tak perlu banyak nnt tertukar. Isk tak faham betul Leen kenapa pulak nak tertukar kan ada tulis nama. Leen kurangkn kepada 4. Still teacher ckp bnyak. Bukan apa botol2 tu leen dah sterilize kat rumah, so bila nak buat susu teacher just ambil botol baru. Tak perlu nak basuh botol yang dah guna tu. Tapi maybe kaedah taska tu tak bagi bawa balik botol yang tak basuh kot. So tak pelah bekalkan dua je. Setiap tu kena tulis nama ok. Pernah tak tulis nama kat penutup botol susu tu tertukar penutup tu dengan orang lain. Leen tengok aik mcm lain je ni. Fareeq tak da botol susu anti colic puting pun no 2. Fareeq masih no. 1. 

Esoknya bagi tahu teacher. Yelah silap Leen jugak tak tulis nama Fareeq kt puting tu. Sebenarnya tu puting botol 8oz. Leen tak bekalkan lagi botol susu yang 8oz. Risau lah kalau teacher terus bagi 8oz kat Fareeq. Biar bagi 5oz. Sikit-sikit tapi kerap.

EBM leen tu memang sedih je 2oz je kikiki campur dengan puri bila time makan. Sudu pun pernah tertukar uolls.

Tapi takpayah nak kecoh sgt lah kalau barang di taska ni tertukar ni. Kalau kita balik kampung sometime pun terbawa balik barang anak buah kita kannnn..... Baru seorg baby kita jaga ni teacher kena jaga ramai lagi baby. Sebelum balik teacher akan bagi tahu Fareeq verak berapa kali...See anak ko verak bpe kali pun dia ingat. Kalau berdua jaga Fareeq hari cuti kiteorg laki bini bila dah malam tu pun lupa eh anak verak dah ke haaa? dah ke belum haaa? tu pun boleh lupa. Memang salute arrrr teacher2 taska ni. 



Beg taska Fareeq. Mudah bawa bag pack mcm ni. Selesa nak dukung anak sambil bawa bag pack ni. Kalau pergi jalan2 pun kiteorg bawa bag ni. Letak thermos air panas sebelah air sejuk sebelah. Idaklah tumpah. Mainan tu memula tak pernah bawa. Ingatkan tak boleh bawa. Tapi semalam teacher kata boleh bawa nak bagi dia leka, sebab selama ni Fareeq main dengan handkerchief dia je ... sian dia. Tapi kat rumah pun kalau xde menda disekeliling ibu bagi handkerchief jugak. hehehehe....

Ok jom pergi Taska dengan senang hati. Tiba rajin ibu .. ibu pakaikan ayah and Fareeq sedondon. hari ini tema kita Blue black + kelabu . Dah dapat green lite boleh bawa mainan kemain Fareeq bawa wrist hand toys ;-)
















Pengasuh vs Taska

Assalamualaikum

Lepas cuti 6 bulan (3 bulan cuti bersalin + 3 bulan cuti tanpa gaji) agak pening kepala nak hantar Fareeq kat mana option yang ada :-


  • Rumah Pengasuh di Putrajaya
  • Taska
  • Rumah Pengasuh di Senawang
1st priority memang Leen nak hantar Fareeq di rumah pengasuh. Adalah 2-3 pengasuh yang Leen dah usha usha tapi mcm tak best pulak. Bila bincang2 dengan kawan2 derang pun cakap macam susah sikit hantar di rumah pengasuh ni. Antara masalah yang akan dihadapi bila hantar di rumah pengasuh :-

  • Background family pengasuh tu pun kita kena ambil tahu. Kalau dapat family background yang baik baik Alhamdulillah kalau sebaliknya contoh anak pengasuh jenis cakap kasar2 kang tak pasal2 anak kite pun cakap kasar2. 
  • Kalau suami / anak pengasuh merokok risau jugak kalau dia merokok dalam rumah. Dah dapat udara tak bersih.
  • Pengasuh ni kadang2 suka suka je nak cuti. Bukan suka-suka pun kadang2 kalau mereka ada emergency kena balik kampung ke apa ke dah kita pun kena EL. 
  • Hari tu masa cari pengasuh tu dapat dah tapi masalahnya makcik ni kena buat medical check up 2kali sebulan. Haruslah Leen halfday 2 kali sebulan....kikiki
  • Kalau hantar kat pengasuh ni buatnya dia nak tambah budak ke ada budak lain ke ish serabut kepala otak leen pikir.
  • Pengasuh ni duduk dirumahkan kalau duduk rumah tu macam2 benda dia nak buatkan. Alahhhh mcm kita jugaklah byk benda nak buat kalu dok rumah. Basuh kain lipat kain masak dll....buatnya dia lipat kain depan ank kita? Habuk kan... isk serabut leen pikirkan.
Tapi kebaikkan hantar pengasuh ni:-

  • Penyakit kurang berjangkit
  • Pengasuh fokus pada anak kita je
erkkkk apa lagi. Eh...don't misunderstood ok ini pendapat Leen. Pendapat kowang Leen tak tahulah macamana. Ini hanya pendapat Leen. Kowang bincanglah dengan pasangan masing2 kikiki.... Kok manapun kita sebagai ibu bapa nak yang terbayekkkkkk buat anak kita kannnnnn..

Hantar Taska dan masalahnya :
  • Teacher tak fokus pada anak kita
  • Penyakit mudah berjangkit sebab ramaikan baby
  • Overtime kalau lambat (6.15 dah start overtime RM5 ni rate taska Fareeq)
  • Botol susu tak boleh bawa banyak
  • Mudah tertukar barang
Kebaikkan hantar Taska ini menurut pandangan Leen pada Taska Fareeq

  • Teacher memang fokus jaga anak je tak buat kerja lain dah.
  • Kat Taska memang KKM dah pantau sekarang 1 teacher 3 baby je boleh jaga
  • Baby yang dah pandai merangkak di asingkan di bilik lain. So baby tu takdalah g cakar ke kacau baby yang masih terlentang je kikiki macam Fareeq.
  • Taska mengikut cuti am cuti sabtu ahad so takdelah parents tetiba EL. Melainkan Taska terpaksa di tutup jika ada kes kes kecemasan macam jerebu dan penyakit berjangkit yang serius so far tak salah Leen penyakit HFMD pun boleh Taska ditutup seminggu. 
  • Kalau anak kita di layan buruk oleh teacher ramai lg teacher lain atau parents lain yang nampak so boleh mengadu pada kita.
Oklah nanti Leen sambung bab Taska Fareeq ni ada lagi sebenarnya kikiki

Last choice hantar pengasuh kt kawasan rumah mak Leen. Mula-mula memang pikir mcm tu so at least mak Leen boleh usha usha pengasuh tu ok ke tidak dia jaga cucu dia kan tapi bila pikir2 balik isk costly sangat nak travel Putrajaya-Senawang.  

Untuk langkah keselamatan hehehe Leen crop picture orang lain. Time ni usha usha Taska sekitar Putrajaya. After usha usha 2 3 tempat ini the best yang Leen and husband rasa. Tengok Fareeq kemain suka teacher pegang dia. Ramai teacher kat sini .Site visit tu penting uolls. Sebelum hantar anak ke pengasuh atau taska tu tengok dulu macam mana derang handle baby lain.

Masa Leen hantar Fareeq di Taska tu hari 1st masuk kerja. Kawan-kawan semua tanya tak bagi tempoh percubaan ke dulu? Takut anak tak serasi. Memang Leen tak da nak cuba cuba..And Alhamdulillah Fareeq tak meragam tak nak kat orang ke atau orang asing ke. Dia mcm layan je. Lepas dah setuju suami isteri nak hantar Fareeq kat Taska dot ..dot.. dot.. terus husband bayar deposit RM1000 sekali dengan yuran untuk sebulan. Leen tak tahu kat tempat lain rate berapa kowang kena kaji and buat research arrr sikit. Mcm yang ni Taska ni mmg officemate ramai yang hantar anak kat sini jadi lebih senang hati Leen sebab feedback derang semua baik2 berlaka. Beside Taska ni ada bnyk cawangan di Putrajaya ni. Kiranya OK lah kot kan kalau banyak cawangan tu...