Wednesday, February 24, 2016

Fareeq dan susu

Assalamualaikum

Masa baru lahir Fareeq terus in room dengan Leen sebab di Wan 5A Hospital Putrajaya tiada nursery room. Petang tu nurse terus ajar breast feed anak. Alhamdulillah Fareeq pandai isap susu hehehe. Masa dalam pantang agak kelam kabut...Leen kalut itu ini. Yelah 1st time mother kannnnn. Leen tahu kawan-kawan pun meluat dengan soalan2 Leen. Nak buat macamana memang Leen tak tahukannn derang tu dah expert anak 2 3 orang so anggap soalan soalan Leen ni remeh.

Contoh soalan:

"aku pum susu tapi dapat 1oz je pehtu aku masuk dalam pt ais, dua tiga jam lepas tu aku pum lagi dapat 1oz, boleh ke aku campurkan susu tu td"

Ok takda sapa nak layan soalan ni

Sudahnya berbotol2 dalam frozen.

Dah lama lepas tu baru tahu cemana nak buat. Dapat 1oz letak kt chiller, 1oz lagi letak kt chiller cukup satu hari bila suhu dah sama campurkan then letak dalam frozen.

Banyak lagi soalan soalan misteri Leen tanya kawan2. Ada yang membantu ada yang tak. So bagi Leen lepas ni kita tanya je pada kawan2 yang seiring sejalan ng ko contoh kawan yang sama2 anak sulung,yang sama-sama tgh berpantang. Sbb yang dah expert derang akan anggap perkara tu remeh je kenapa nak susah-susah.

Masa tu Leen memang ada problem dengan susu badan. Susu xbyk. Anak mengamuk. Malam sama je dengan siang. Siang susu tak da malam susu tak da. Memang tak tido. Baca dalam internet semua cakap kena pum baru susu banyak. Persoalannya macam mana nak pum bila anak nak susu je. Bila dia tido time tulah kita nak buat mcm2 mandilah,makanlah dsb. Nak double pumping? Memang Fareeq tak kan tido bila dia tgk benda pelik sebelah dia.

Makanan tambahan Leen dah try macam2. Fareeq menangis tak sudah. Leen sampai bawa dia pergi berubat hehehe. Leen pun try homeopathy untuk tambah susu. Sampai satu tahap berat badan Fareeq sentiasa di zon kuning, poo poo Fareeq berwarna hijau bukan warna mustard lagi dah.

Masa tu umur Fareeq 100hari Leen buat keputusan untuk bagi Fareeq susu formula sebab Leen dah stress sangat risau macam2 fikir. Ayahnya dengan berat hati pergi belikan susu formula untuk anaknya. Ya Leen tahu ayah Fareeq nak yang terbaik buat Fareeq 200% ayahnya sokong breast feed. Tapi rezeki susu Fareeq sikit. 

Masa kat kedai, husband wassap tanya nak beli susu brand apa ni? Leen memang tak survey langsung pasal brand susu formula ni sbb mmg dah set nak breast feed. Masa tu terus terlintas Enfalac A+ hahaha mungkin sebab iklan susu ni selalu keluar tv. 

Fareeq memang no hal peralihan susu badan ke susu botol. Dua-dua dia balun. Masa awal-awal tu dia intro dengan susu badan lepas tu susu formula (3oz) lepas tu penutup susu badan dan terus tetido. Barulah nampak Fareeq tido dengan tenang dan nyenyak. Kalau tidak tu kejap2 bangun mengamuk. Sambil menyusu pun mengamuk. Kadang2 tertido sendiri bukan sebab kenyang susu tapi sebab penat menangis tak cukup susu. Siankan anak. 

Doctor pun ada cakap thyroid Leen ni akan ganggu sikit hormon-hormon kewanitaan Leen kikiki cemana eh nak explain?? Tapi gitewlah ala ala penyebab jugaklah kenapa Leen ni susah nak dapat baby. Macam tulah. 
Tempat bancuh susu Fareeq hehehe asalnya ni meja study ayah {read: tempat ayah main computer game} now the computer ibu dah letak kat bilik belakang. Susu Similac tu sementara waktu je minum sebab Fareeq tengah poo poo ni.

1st time Fareeq isap susu guna botol, wan yang bagi. Tu EBM. Masa tu ada 2oz je. Sian Fareeq beriya dia minum tapi 2oz je dapat. Masa tu Fareeq mengamuk, risau wan tengok terus wan panaskan EBM yang masa tu memang ada 1 botol je stock. Lepas menyusu tu Fareeq terus tetido.

1st time Fareeq pergi rumah pakcik / mummy. Masa ni opah dan tokwan ada di rumah pakcik Fareeq menangis nak tido mereka cadangkan Fareeq tido dalam buai bagi lama dia tido dan nyenyak. Ibu dah setuju sgt dengan cadangan tok wan tu. Siap mummy offer buai kakak shereen. Haih! Ayah pulak tak approve. Ayah cakap susah nanti nak angkat turun naik kita duduk rumah apartment. Ye memang bila dipikirkan semula memang payah. 

Fareeq ketika 84 hari
Kadang-kadang pukul 2pagi 3pagi 4pagi Fareeq tak nak tido. Ayah teman borak. 

Ibu pum ketika Fareeq tido. 

Begitulah so called "breastfeed journey" Al-Fareeq hehehe...ibu lain siap buat blog pasal bf journey. Fareeq nan hado. Eh tapi ibu Fareeq still bawa pum ke office ok. Ada tak da belakang cite yang penting pum. Now Fareeq bf time nak tido je. Yang EBM ibu campurkan dalam puri Fareeq. 


Tuesday, February 23, 2016

Resepi puri untuk bayi 6 bulan

Assalamualaikum

Fareeq dah masuk 6 bulan tengah excited nak bagi Fareeq makan. Macam-macam plan menu untuk Fareeq hahaha semoga istiqomah ye ibu.  Tapi bukan ibu je yang excited ayahnya pun excited jugekkk…

The excited ibu. Gedik siap beli bekas dan sudu. Tu sudu ke dua beli sudu yang pertama tu tak matching pulak dengan bekas :-) Beli kat Parkson mahal pulak bendaalah ni kt SOGO RM19 so uolls boleh beli di SOGO. 

Tapi kalau uolls nak barang baby murah beli kat Little Whiz sejak Fateeh lagi Leen suka membeli di sana. Murah+Selalu Disc+Boleh Redeem Point. I lioke!

Latest purchase. Kotak MINI stroller tu kotak sahaja hahaha.. packing Little Whiz ni selalu gempak2 derang guna recycle box. 


Tapi kiteorg tak bagi Fareeq solid food masa umur dia 6 bulan sebab masa tu pulak Fareeq kena cerit berit. Tak tahulah nak cakap cerit berit ke tidak sbb dia tak poo poo sekali banyak tapi sikit-sikit je. Dia pun aktif je dan menyusu macam biasa.

So delay seminggu tak bagi solid food.  1st solid food Fareeq is potato puree. Memang jarang orang buat kikiki sbb rasanya tawar hebeh. Leen buat sebab ada terbaca kentang boleh sembuhkan cirit birit. 

Ni resepi puri kentang:-
-Sebiji Kentang
-2oz ebm
-Air masak jika perlu


Caranya:-
Kupas kulit kentang. Potong dadu agar mudah empuk. Kukus selama 30minit atau sehingga betul2 empuk. Sejukkan dan blend. 


Taraaa puri kentang dah


Hihihi ekspresi muka Fareeq ada tu sampai lelap lelap mata dia makan

Makanlah kentang ni selama 4 hari berturut2 mengikut rules 4 hari baru tukar yang lain tu. Masa bekalkan ke Taska teacher cakap Fareeq tak bape nak laju sangat makan cuba bagi puri buah katanya (itulah dugaan ibu ni susah nak terangkan prinsip kita) Leen senyum je cakap yeke yeke kikiki. So beralih pula ke Puri Nasi. 

Puri Bubur Nasi

Setengah Pot Beras
Air


Cara-caranya 


Sukat beras letak dalam bekas yang senang nak basuh

Dah basuh beras toskan macam ni
Sangai beras dengan api yang pelahan. Kacau sentiasa. Sampai air kering. Beras tu pun nampak cantik je.
Blend halus. Guna blender kering tu.
Masukkan air dalam periuk bila air dah menggelegak tu masukkan beras. Kacau. Kacau sampai masak. Buat cair-cair

Setengah pot dapat banyak ni. Banyak kan. Semua ni masukkan dalam frozen. 2 Leen letak kt chiller je sebab esok nak bawa bekal untuk ke Taska

Ok ni bekas Fareeq makan sopan2 ye nak. Nanti mesti teacher tanya kenapa tak campur dengan sayur mcm brokoli ke labu ke... Aduhh sabar teacher :-)

Teacher cakap cara dia panaskan ialah dengan air panas. Leen nak suruh campurkan dengan EBM mcm susahkan depa pulak so takpalah bagilah ikut depa senang. Depa kata sulam dengan air suam. Asalkan Fareeq nak makan syukur Alhamdulillah. Tak boleh nak terlalu perfect kalau anta anak kat Taska ni. Bayar memang bayar tapi bukan anak kita seorang je depa jaga.

Tapi memang hari-hari teacher akan cakap soh campur ayam lah sayur lah buah lah aduhhhh... Yang penting dia cakap Fareeq bising time makan kalau lambat suap dia marah. Teacher akan bagi Fareeq makan dulu baru baby lain. Aduhhh sebak hati ibu dengar sbb tak dapat merasai sgt moment bagi Fareeq makan. Nak benti keja boleh????

Ok seterusnya puri buah and sayur pulak. 

Ayahnya excited beli sekali banyak macam ni. Patutnya beli sejenis je dulu. OK tak pe selebihnya masuk perut ibu 


Puri Sweet Potato (keledek ungu dan kuning)

4 keledek ungu tetiba ada terselit 1 kuning
Air masak

Cara-caranya :-

Kupas kulit 

Potong kecik-kecik bagi senang lembut. Letak dalam bekas plastik mcm ni senang nak stim.

Sementara tunggu giliran untuk di stimkan. Keledek kuning Leen asing2kan dengan purple. 

Buat 30 min dulu tengok cemana. Thanks wan bagi steamer ni. Jimat duit ibu, kalau tidak ibu dah kira-kira nak beli  autumnz baby food processor (kalau u gais nak beli Leen rasa kat Lazada murah).
Cucuk sikit dengan garfu agak2 dah lembik boleh angkat dan sejukkan. Dah sejuk boleh blend. 

Taraaaa siap dah. Masuk dalam cube kecik macam ni. Ni beli kat Little Whiz. 




Puri Labu 

2 potong Labu
Air Masak

Leen guna 2 potong je. Balance tu bagi officemate hehehe 

Buang kulit buang biji.

 Potong dadu mcm ni. Kukus dan blend. Tambah2lah air masak kalau blender tu memalu je nak bergerak.

Puri Pisang 

Pisang
Air

Guna 2 biji pisang. Buang kulit dan blend. Tak perlu kukus tau

Dah blend tu saya tapis lagi. Bagi betul2 halus.
Tadaaaa! Siap dah.


Cara simpan stock masuk je semua dalam frozen. Esok nak bekalkan ke Taska keluarkan letak kat tempat chiller.  

Kalau kat rumah ini cara Leen panaskan makanan anak.

Rendam dengan air panas. Susu EBM ibu mmg banyak itu je hahaha... Satu hari dapat 2-3 oz je pum. Sedihkan. Sedih tak? Nanti next entry cerita pasal susu badan vs susu tepung :-(














Monday, February 22, 2016

Muhammad Al-Fareeq

Assalamualaikum

Harini umur Al-Fareeq 6 bulan 16 hari baru ibu berkesempatan nak menulis memori bersalinkan Fareeq. Bukan apa dulu masa bersalinkan arwah Fateeh ibu tulis ni Fareeq mestilah tulis juga kannnnn.

Picture semalam. Nyenyak tidur. (picture pertama Fareeq di sunshineforher)


Alhamdulillah Fareeq membesar dengan sihat dan penuh kasih sayang. Ibu ayah bersyukur sangat-sangat dapat Fareeq. Lama kami tunggu kehadiran Fareeq tau. 

Edd Leen adalah pada 19 Ogos 2014 masa tu 38 minggu. Kali ni Doc tak tunggu sampai 40 minggu. Doc cakap masuk je 38 minggu kita czer. Tapi pada 4 Ogos (35 minggu 6 hari) waterbag leaking pulak. 3 Ogos tu hari Isnin Leen pergi kerja macam biasa tapi cramp di bahagian perut tu memang dah rasa tak selesa. Walaupun tak sarat sgt tapi rasa macam terseksa sgt berjalan. Ubat untuk hilang cramp tu Leen baring je Ok lah dia. Balik kerja teringin bebenor nak makan Spicy Butter Chicken Burger  kat Wondermilk tapi so sad dah abis so layan pasta je. Parking and terus tuju Wondermilk takdak dah nak window2 shopping husband ajak g H&M tengok barang baby pun Leen tak larat dah. Cukuplah satu set baju H&M Fareeq janji hado. Balik je melepet tido.

 Terjaga malam tu pukul 2 pagi rasa panas je air mengalir. Apakah! Bagitahu suami dia pun panic tapi Leen buat cool je sambung tido pagi esok kita pergilah jumpa Doc Hazim. Pagi tu msg bos bagitahu masuk lewat sikit. Husband teman pergi Hospital Putrajaya. Macam biasa buat CTG dalam 30 minit macam tu. Doc datang nurse explain. Terus check jalan. Gosh! Tak suka! Yeay Doc bagi balik. Tengah tunggu nurse pulangkan buku pink Doc yang check jalan tu suruh tunggu dia nak call Doc Hazim dulu sbb saya under FPP Doc Hazim. Ada dalam 10 minit kot tggu...Doc tu suruh masuk balik dia nak check apakah benar malam td tu waterbag. Ngeeee sakit lagi sekali. Dah check tu tggu result plak. And yes resultnya positive tu waterbag. Doc Hazim suruh masuk ward terus and esok bersalin!

Haaa esok bersalin? Kat situ jugak Leen nangis tp cover2lah. Nangis nyuruk belakang husband. Kelihatan husband pura-pura cool walhal Leen tahu dia pun belum bersedia. Me? Lagilah belum sedia. Call mak bagitahu sambil cakap sambil nangis. Ntah tak tahu kenapa nangis. Yelah risau kot masa tu baru nak masuk 36 minggu, berat anak pulak tak sampai 2.5kg, paru-paru anak dah matang ke belum...haih serabut sangat fikir. 

Nurse pun suruh husband daftar ward bayar deposit RM1000, sementara tunggu husband daftar wad Leen masuk balik bilik saringan tu dicucuk ubat untuk matangkan paru-paru anak. Nurse tu cakap sakit suntikkan tu. Yeps pedih2 rasanya, tunggu sejam macam tu bagi ubat jalan. Dah suntik tu terus masuk wad 5A. 

Selfie lah sedassss kebosanan kaannnnnn

Husband dah bayar2 semua jinguk Leen jap kat wad tanya nak apa2 ke lunch ke apa ke bag baby ke dah brief itu ini husband pergi kerja petang tu dia datang lepas abis kerja. Lepas magrib dia datang teman tido pulak. Seronoklah FPP ni suami boleh teman bermalam. Malam tu mmg lenalah tido sebab tak sakit tak apa tetiba kena berehat mmg pulunlah tido. 


 Masa kat hospital makan je perut lapar manjang.


5 Ogos 2014 - Doc Hamidah datang check pagi tu. Dia cakap Doc Hazim busy so dia yang check. Cantik Doc Hamidah dressing mcm orang nak pergi kenduri kawen hihihi. Lupa dah apa dia cakap tengahari nurse bawa pergi dewan bersalin. No no no belum nak bersalin lagi tapi Doc Hazim nak check. Dah check2 Doc Hazim suntik lagi matangkan paru-paru baby. Doc Hazim cakap kita bagi 24 jam lah bagi ubat tu berkerja dulu untuk matangkan paru-paru baby. 

Petang tu mak datang lega nampak muka mak. Sian mak mesti risau. Mak risau kenapa itu kenapa ini.... hihihi relax mak, Jeng-jeng 6 Ogos 2014 tiba.

6 Ogos 2014 bersamaan 21 Syawal (Khamis) pagi tu hujan di Putrajaya. dup dap dup dap. Leen punya operation petang pukul 4 so start puasa just masuk air. Pukul 4 Leen di tolak ke dewan pembedahan. Husband, mak, abang ada sekali masa tu boleh dengar pakar bius tu brief. Leen masa tu perasaan macam2 rasa teruja takut semua adalah. Last2 masa briefing tu azan Asar masa tu Leen tawakal leen buang semua rasa tu tadi Leen kosongkan fikiran. Mak orang yang paling risau Leen nampak walaupun husband turut risau tapi masih boleh cover tp mak mmg tak boleh cover :-) 

Masuk je dewan tu mmg sejuk. Sejuk tahap gigil tak tahu kenapa. Leen diselimutkan tebal2. Suntik epidural dah suntik pakar bius tu buat ujian bius dah jalan ke belum then dia bagi tahu nnt masa operation berjalan awak akan rasa perut di godok2 sikit itu normal ok. Ok baiklah. Doc Hazim pun datang dia tanya apakabaarrrr? Sbelum tu nurse2 situ cakap kalau Doc Hazim yang operate selalunya 2 min je.. memang sekejap je dia buat. Ok baiklah. Walaupun dah di hadang pandangan Leen dengan meja ke apa ntah tapi sebenarnya boleh tengok daripada lampu atas tu kikiki...Memula Leen tak tahu tau tu apa tu..eh mcm perut aku je eh eh eh... Haaa sanggup ke tengok tak sanggupkan so toleh jelah kiri kanan. Doc bius tu tadi ada je atas kepala ni. Sambil borak2 tanya puan ok puan ok tak... Toleh kiri boleh nampak rumah iolls hihihi (rumah dekat dengan hospital). Tetiba kedengaran bunyi tangisan yang kuat. Ya Allah anak aku ke tu. Ya Allah syukur. syukur syukur syukur atas kurniaan ini Ya Allah. Menderu-deru tangisan aku jua. 

Nampak Fareeq di bawa keluar untuk dibersihkan. Pakar bius kat atas kepala tu cakap Tahniah. Doc Hazim yang tengah sedap borak2 tu tinjau sikit cakap "ui ui Tahniah lah ye bby boy" mmg sempoi Doc Hazim ni. Beberapa minit mcm tak sampai 5 minit kot Muhammad Al-Fareeq dibawa datang ke ibunya ini. Skin to Skin kata nurse tu. Fareeq elok diamnya. Sejuk gebu je pipinya. Nangis tak sudah ibunya. Nurse2 pun turut nangis agaknya tahu kesah silam Leen. Ada nurse tu bagitahu mak yang dia sebak tengok Leen. Hihihi malu iolls jgn gitewwww sis!

Dah skin to skin dah jahit. Leen di tolak ke bilik warmer. Untuk panaskan badan. Mcm tak caya dah bersalinkan anak hihihi.
Masa ni ibu tak keluar lagi dari dewan bedah. Fareeq nurse dah tolak ke wad. Family semua ikut naik wad. Oooo dah ada Fareeq lupa i kannn ok fine! 

Muhammad Al-Fareeq bermaksud general yang terpuji



Tudiaaaa sempoi ibu Fareeq di hari ke-2 dah duduk bersila, sambil makan pau. 

One happy family. 
Wahai zuriat membesarlah dengan sihat dan sempurna di mata ibu ayah.. dan moga- moga pengorbanan melahirka dan membesarkan mu.. mendapat syafaat ibu di akhirat kelak.. aaminn 

Tips: Kalau dah boleh budget anak keluar kecik tu cepat2lah beli baju petite baby. Leen tak muat mcm tu sian tgk anak baju gedebosh. Sebab memang tak sempat nak pergi beli. Kiteorg jangka Fareeq 3 kilo lebih sebab Fateeh dulu 3 kilo (40 minggu 5 hari) tapi nak buat cemana Fareeq nak tengok dunia awal hehehe...

Sekian cerita pengalaman bersalinkan Muhammad Al-Fareeq 




Thursday, February 18, 2016

Pengalaman Bersalin di FPP Putrajaya

Assalamualaikum, ok ok kita skip byk cerita. Cerita pasal US tak habis lagi. Zasss cerita pasal 

bersalin hehehe. Leen sahaja nak share pasal bersalin di FPP (Full Paying Patient di Hospital 

Putrajaya).  Bukan tujuan nak riak atau berbangga-bangga ye. Hanya nak kongsi maklumat.


Ramai yang tanya Leen kenapa nak bersalin di FPP sedangkan sah sah kena bersalin secara  Elective Cesarean. Yeps! Doktor yang sambut Al-Fateeh memang dah cadangkan kena c-zer if ada rezeki mengadung lagi.  Leen detect pregnant masa tu bulan 12 tahun 2014. Alhamdulillah.. and yang paling sweet my first date of last period is on 27 Nov 2014  Tarikh ni genap Al-Fateeh 2 tahun.
Detect je pregnant Leen terus bagi tahu husband nak bersalin di FPP Putarajaya dan nak pilih Doktor Hazim. Sebab :-
  • Nak gunakan kepakaran Doktor Hazim as HOD di Hospital Putrajaya
  • Dah tahu sejarah pasal Al-Fateeh
  • Dia pun ckp kalau rezeki mengandung nanti bolehlah bersalin di FPP Putrajaya
  • Boleh pilih doctor seperti di hospital swasta tapi facilities tip top sebab hospital kerajaan. 

Leen phobia masa kes Al-Fateeh dulu. So apa-apa hal terjadi semua dah ada kat hospital besar contoh blood bank, pump oxygen dan lain-lain perkakasan yang terkini dan lebih canggih.
So senang tak perlu nak cerita A to Z sangat sejarah silam dekat doktor. Kalau tak pilih Doktor dapat yang doktor yang check up lain yang sambut lain arghhh stress kena cerita cerita banyak kali.  Jump to conclusions Doktor Hazim cadangkan c-zer. Sebab c-zer :  
   
  • Taknak leen trauma
  • Mengelakkan perkara tidak diingini
  • Water bag   leaking awal
OK sambung cerita pasal FPP. FPP maksudnya Full Paying Patient. Kiranya semuanya berbayarlah 

kat sini. Wad untuk FPP ni ada di Tingkat 5 Hospital Putrajaya.  Proses nak mendaftar/booking 

untuk FPP :-


  • Tahu je pregnant kalau boleh tunggu kandungan betul2 stabil dalam 12 weeks mcm dah boleh call FPP dah. Call je Hospital Putrajaya sambung kepada FPP. Cakap kt operator tu nak book FPP. Nanti nurse tu soh pilih nak Doctor mana. 
  • Nanti Nurse tu bagi appointment date. Macam Leen dia bagi appointment masa kandungan dah masuk 6 bulan macam tu. 
  • Datang pada tarikh appointment tu.  Dah sampai di Hospital Putrajaya tu pergi kat kaunter Pendaftaran. Bayar terus. Bayar tak silap dalam RM150 ke RM60 lupa lah. Dah bayar timbang berat di tempat saringan kat tengah2 tu. Lepas tu letak buku pink kat kaunter ONG tapi untuk kepastian tanya dulu Nurse kat kaunter tu. Check mcm biasa. Nanti sebelum tarikh EDD tu ada 3-4 kali lagi jumpa Doc. 
Bila tiba nak bersalin nanti bayar RM1500 dulu sebelum di masukkan ke ward. Nanti nak discharge

nnt barulah bayar penuh. Macam Leen aritu kena RM4500. 


Ok blanje lah picture tunggu check up di FPP



Ok nanti kita sambung cerita pengalaman Leen bersalin pulak ye.
-