Friday, May 2, 2014

CARI KAIN NAK BUAT BAJU RAYA

Assalamualaikum. Hari Jumaat 2 Mei 2014 datang office tapi macam suam-suam kuku je semangat nak buat kerja tu. Officemate pun ramai yang cuti. Biasalah bawa anak-anak jalan-jalan kannnn. Jadi kami pun plan pergi jalan TAR masa lunch time. Best ar sebab tak ramai sgt orang. 

Rata-rata peniaga di Jln TAR jual kain ada batu-batu dan corak parsley. Leen rasa trend 2014 kot. Ada satu kedai ni ambil upah jahit siap dalam masa 3 hari. Caranya pilih baju mana yang berkenan dan pilih saiz, lepas 3 hari boleh datang ambil. Harga daripada RM100-RM200. Bagi Leen berbaloi sebab Kain+Manik2+Upah Jahit. Manik2 pun jenis yang besar2 and trend terkini tu. 


Settle dah kain baju raya Leen. Tapi nak menempahnya pulak ni kat mana. Leen sebelum ni pernahlah hantar kat Koleksi Fathiah, Sungai Merab atau Koleksi Faza, Sungai Merab. Dua nama kedai yang sama hihihi tak faham Leen knape dua nama. Sepasang untuk kurung modern RM75, Kurung pesak gantung atau Kurung pahang RM55. Jahitan ok bila bagi baju contoh tp bila tak bagi baju contoh memang failed! Minggu lepas masa hantar baju mak Leen, Leen tanyalah boleh lagi tak ambil baju untuk tempahan raya .. mak cik tu cakap 2 Mei last dia ambil tempahan. Ngeeeee! 

Inilah partner shopping Leen hari ini :) Thanks babe!

1 comment:

  1. ewah ewah, luncheon Jumaat sempat ke jalan TAR *tepuk tangan
    err, salam kenal cik Leen ;)

    ReplyDelete

Thanks babe for leave a comment