Tuesday, May 29, 2012

Surah Ibu Mengandung

Assalamualaikum. Hari ini Leen nak share surah yang bagus untuk di amalkan oleh ibu mengandung.

  • 1 bulan = Surah Ar-Rahman (untuk pembentukan janin)
  • 2-3 bulan = Surah Luqman (untuk perkembangan otak)
  • 4-7 bulan = Surah Yusoff (untuk pembentukan sifat) 
  • 8-9 bulan = Surah Maryam (untuk memudahkan proses bersalin)

Jika ada pertambahan boleh share di ruangan komen huhuhu... sharing is caring.

 

Tuesday, May 22, 2012

2nd Check up - Klinik Kesihatan Putrajaya Presint 9

Assalamualaikum

Hari ini 22 Mei saya pergi check up di KK Precint 9. Pergi pukul 8.30am selesai pukul 12tghari. Lama skit hari ini sebab jumpa Doctor. Berat badan turun 0.4kg. Ermmm cemana ek? Selera makan kurang. Susu tak start minum lagi ni. HB ok maintain 13.2 haritu masa 1st check up pun 13.2.

Tapi hari ini kene buat blood test tyroid sbb Doctor tengok ade sedikit bengkak di leher. Haiyooo! 2 kali amik darah tadi. Masa jumpa Doctor tu saya tunjukkan gamba2 scan yang pernah saya ambil masa 7weeks,8weeks dan 13weeks. Gamba2 tu saya tampal dalam Diari Kehamilan tu. Doctor tu mcm exicited je belek buku tu. Siap tanya mana dapat, dia ingat hospital swasta yang bagi. Saya cakap tak lah husband saya belikan. Lepas tu Doctor lagi sowang dgn Nurse tu dok selak2 buku tu tanya memacam..kikiki.

Jadi saya ceritalah masalah saya size bby ni tak sekata dengan usia dan EDD saya jadi berubah-ubah. Doctor pun kajilah gamba2 scan saya tu. Ternyata masa 7weeks tu adalah size sebenar. Doctor cakap takda masalah kalau size 7hari lewat ataupun 7hari terdahulu. Itu normal. Ikut size badan ibu juga. So betullah my EDD will be on 23rd November 2012 Insyaallah... Lega. Yang penting bby sihat!

Kesian husband tadi dia teman. Tapi dia tak boleh masuk mana-mana pun bilik rawatan hehehe. Kalu kt swasta tu boleh lah sebab takda pesakit lain ini kerajaan satu bilik 2 orang hehehe. Layan....


Hehehe macam isek nak update pasal pregnancy je kan. Ok nnt saya masukkan n3 adik sepupu kawen pulak ye. Kalaulah update blog ini semudah update Instagram kan best! Follow me @khaleen83. Wah! Sempat.






Sunday, May 20, 2012

Trimester ke 2

Assalamualaikum. Alhamdulillah dah masuk 2nd Trimester. My pregnant belly sudah kelihatan dan org dah mula noticed yang saya pregnant hehehe.

Loya muntah Alhamdulillah makin surut dan xde. Di office pun dah ok takde lg dah officelag hahaha mcm jetlag plak. Kt rumah pun dah boleh masak baru start masak last week. Tu pun masak macaroni goreng je. Lauk pauk belum lg lah.

Org ckp Trimester ke 2 ni adalah saat paling indah...yeah sy akan enjoince sepuasnye hehehe sbb loya n mabuk dah ilang.

Tp kan pening kepala tu tetap ade. Punca pening kepala kerana pembesaran bayi dlm rahim menekan pembuluh darah besar sehingga menuebabkan tekanan darah menurun.

Malam pulak perut selalu kembung. Nak tido pun xselesa. Tp saya dah dpt solusinye yakni sy telah cuba tido pakai stokin huhuhu Alhamdulillah tido dgn lenanye smpai azan subuh.

Tapi kan saya risau je kalau nutrisi zat zat makanan saya tak mencapai tahap yg sepatutnya untuk kandungan. Ni selera mkn dah ada so saya nak mulakan minum susu anmum semula awal2 dulu xbleh nk bau susu langsung.

Semalam dpt ole ole dari Perth kawan bg bag nak tahu apa husband saya isi dlm tu? Hehehe agaknye dia pening tgk saya kulu kilir bawak memacam bag jd dia satukan je dlm satu bag.

Dalam tu ade ipad, buku pink, diari dan ubat ubatan.

Esok 2nd check up bleh bawak bag tu.

Monday, May 14, 2012

Alhamdulillah....akhirnya

Akhirnya kini pasti whoops! Terkeluar dah lagu Anita Sarawak hehehe....

Assalamualaikum
Leen ada berita gembira nak share dalam blog ni. Rasanya dah sampai masa nya untuk Leen share cerita ini huhuhu maybe ade yang dah tahu di FB or di Instagram huhuhu.

Alhamdulillah today 15 Mei 2012 genaplah usia kandungan Leen 12minggu5hari. After 3 years Leen and husband tunggu saat indah akhirnya di sahkan pregnant. Dan Leen amat tak sabar nak tulis dlm blog ni nak bagi anak anak Leen baca satu hari nnt. How happy i am to having you in my life.

Perasaan?
Pastilah bersyukur sangat gembira tak terkata. Ok meh Leen nak cerita kejadian buat UPT di rumah pada 26 Mac 2012 Isnin... Balik dari keje Leen gtaw husband dah delay 10 hari husband zass g Guardian beli UPT beli yg mahal dan yg murah tp lepas tu singgah makan dulu and masa tu tekak ni nak makan mee hailam je dgn juice apple suam. Kire makan menu tu hari hari pun takpe hehehe. Tp masa tu mmg dah rasa mualmual and badan rasa mcm demam sentiasa tp tak demam.

Masa tu perasaan delay 10 hari tu tak sehebat perasaan kami yg bru dpt good news pasal my husband dpt better offer di tmpt keje. Husband perasaan berbungabunga happy jee senyum je dia agaknya kalu minta apa pun dpt lah time tu. Sampai rumah husband soh buat UPT dimulakan dgn murah. Masa tu tergerak hati blame diri sendri apalah pandai sgt buat UPT petangpetang gini mesti susah benda tu nak read dah makan memacam. Lepas buat tu Leen biarkan je kt tepi tu sambung mandi Husband tgk dgn penuh teliti. Appear lah dua line. Husband ckp syukur dan keluarlah tears of happiness dia. Me? Masih blurr and ckp yeke ni. Husband cakap yelah tu betul pagi esok guna yg mahal pulak k.

Mlm tu happy sgtsgt pecaya atau tidak belakang cte yg penting kami happy! Di dalam doa si suami tiada lg doa dikurniakan zuriat diganti dengan berikanlah kesihatan kepada kandungan kami sekali lg tears of happiness keluar oleh si suami. Me speechless takmau wudhu batal me maintain hehehe.

Tp malam tu jugak bagi tahu family kami berdua huhuhu.

So second UPT on 27 Mac waktu pagi and my 1st vomit on 28 Mac.

Phobia?
Ye memang masa awal nak sampaikan 2months tu memacam yg Leen fikirkan. Sbb experience yg lalu terlalu menghantui. Maybe org lain yg tak penah rasa tak tahu kot tp bila perasaan tu dtg cepatcepat Leen berzikir.

Scan
My 1st scan nak mengesahkan yg me betul2 hamil pada 31 Mac di Loudress since Dr. Thani dah tahu history Leen so tak perlu nak cerita A to Z lg. Alhamdulillah fetus dlm kedudukan yang sempurna.

Pada 7 April sekali lagi Leen ke Loudress untuk tgk heart bit my lil one. Masa tu kandungan 7weeks2days. Doc tahu kami memang sgt nantikan saat manis tu time tu plak husband Leen sesat cari bilik Scan haiyoo Doc dah tanye mana dia? Dia kata dia nak masuk hehehe klakar pulak rasa time tu. Sebaik husband masuk je taraaa dup dup dup dup dgn laju sekali si dia punya degupan jantung dgn laju jugak lah air mata ini jatuh membasi bantal Klinik tu hehehe. Husband? Huh! memacam soalan dia tanya. Bacaan degupan tu ok ke tak posisi dia ok ke tak.

Pada 14 April sekali lagi jumpa Doc masa tu 8weeks2days. Sbb masa tu ade problem skit then Doc bg injection menambahkan lagi hormon mengandung.

Morning sickness.
A whole-day sickness actually. Vomit moody malas lesu xde selera makan sejuk sejuk badan mengantok dan sewaktunye.

Ubat
Doc bagi ubat forlic acid and duphaston. Sebagai tambahan Leen beli sendiri NeuroGainPB.

Buka buku pink!
Alhamdulillah Leen dah buka buku pink pada 23 April masa tu 9weeks4days. Di Klinik Kesihatan Presint 9 tp call dulu sebelum datang. Xde Doc pun yg check Leen cuma JM. Takpelah maybe procedure kt sini mcm tu kot. Leen diberi New Obimin.

Al Hidayah
Yeps wpun dah pregnant appointment di Pusat Rawatan Islam Al Hidayah kami kene pergi juga. Yelahkan takotlah kok lah kan kene putus ubat ke sbb kami xpenah try cari mcm ni. Kami dirawat oleh Ustaz Lokman huhuhu gelak je dia bila dah tahu sy pregnant. Dia ckp memang ade a few couple yg bru dtg sekali dah lekat maknenye serasi lah berubat di situ. Ustaz Lokman scan saya kali ni takdelah sy cuak like b4 lebih steady kali ini. Dia ckp Alhamdulillah gangguan dlm diri saya dah takda same goes wif my husband. And dia ckp kandungan saya baikbaik sahaja dan dia bg ayat utk kesihatan kandungan.

Ermmm lagi nak story pasal apa lg ek? Nanti Leen cerita lagi ye.