Thursday, January 27, 2011

Muhasabah Diri Kita

Selamat Hari Jumaat




Siapakah orang yang sombong?

Orang yang diberi penghidupan tapi tidak mahu sujud pada yang menjadikan kehidupan itu, iaitu Allah Rabbul Aalamin, Tuhan sekalian alam. Maka bertasbihlah segala apa yang ada di bumi dan langit pada TuhanNya kecuali jin dan manusia yang sombong diri.



Siapakah orang telah mati hatinya?

Orang yang diberi petunjuk melalui ayat-ayat Quran, Hadis dan cerita-cerita kebaikan namun merasa tidak ada apa-apa kesan di dalam jiwa untuk bertaubat.



Siapakah orang dunggu kepala otaknya?

Orang yang tidak mahu lakukan ibadat tapi menyangka bahawa Tuhan tidak akan menyiksanya dengan kelalainya itu dan sering merasa tenang dengan kemaksiatannya.



Siapakah orang yang kuat?

Orang yang dapat menahan kemarahannya ketika ia di dalam kemarahan.



Siapakan orang yang lemah?

Orang yang melihat akan kemaksiatan di depan matanya tidak sedikit pun ada kebencian di dalam hatinya akan kemungkaran itu.



Siapakah orang yang bakhil?

Orang yang bakhil lagi kedekut adalah orang yang berat lidahnya untuk membaca selawat ke atas junjungan Rasullah s.a.w.



Siapakah orang yang buta?

Orang yang diberi nasihat dan pengajaran yang baik namun tidak diendahkannya.



Siapakah orang yang sibuk?

Orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s.



Siapakah orang yang tuli?

Orang yang diberi nasihat dan pengajaran yang baik namun tidak diendahannya.



Siapakah orang yang manis senyumannya?

Orang yang ditimpa musibah lalu dia kata ‘Inna lillahi wainna illaihi rajiuun.” Lalu sambil berkata, “Ya Rabbi (Wahai Tuhanku) aku redha dengan ketentuanMu ini,” , sambil mengukir senyuman



Siapakah orang yang menangis airmata mutiara?

Orang-orang yang sedang bersendiri lalu mengingat akan kebesaran Tuhan dan menyesal akan dosa-dosanya lalu mengalir airmatanya.



Siapakah orang yang kaya?

Orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.



Siapakah orang yang miskin?

Orang yang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpuk harta.



Siapakah orang yang pandai?

Orang yang bersiap-siap untuk hari kematianya kerana dunia ini berusia pendek sedangkan akhirat kekal abadi.



Siapakah orang yang bodoh?

Orang yang beriya-riya berusaha sekuat tenaga untuk dunianya sedangkan akhiratnya diabaikan.


Siapakah orang yang maju dalam hidupnya?


Orang yang sentiasa mempertingkat ilmu kebaikan.



Siapakah orang yang mundur hidupnya?

Orang yang tidak memperdulikan akan halal dan haramnya akan sesuatu perkara itu.



Siapakah orang yang gila itu?

Orang yang tidak sembahyang kerana hanya dua syarat saja yang memperolehkan akan seorang itu meninggalkan sembahyan, pertama sekiranya ia haid dan kedua ketika ia tidak siuman akalnya.



Siapakah orang yang selalu ditipu?

Orang muda yang menyangka bahawa kematian itu berlaku hanya pada orang tua.



Siapakah orang yang paling cantik?

Orang yang mempunyai akhlak yang baik



Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?

Orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan diperluaskan saujanay mata memandang.





Fewwww....lengguh menaip. Ni saya dapat ketika Kuliah Pagi Jumaat td. Supaya tak lupa sy tepek kt sini untuk diri sendiri dan sy seronok nak share dengan reader. Selamat beramal ;)
 
 
 

3 comments:

  1. hye akak,

    sy dah lame follow blog akak.
    n now,boleh tak sy nak credit entry ni?

    ReplyDelete
  2. Hye Yuyu,
    Owh yeke..hihihi bestnyer ada follower. Ok dear..no problem.. hihihi jgn lupa pomot blog akak jugak taw (hahaha sempat.....)

    ReplyDelete
  3. hehe..orait kak..wait for the entry ok.i'll inform you later.=)

    ReplyDelete

Thanks babe for leave a comment