Thursday, January 27, 2011

Muhasabah Diri Kita

Selamat Hari Jumaat




Siapakah orang yang sombong?

Orang yang diberi penghidupan tapi tidak mahu sujud pada yang menjadikan kehidupan itu, iaitu Allah Rabbul Aalamin, Tuhan sekalian alam. Maka bertasbihlah segala apa yang ada di bumi dan langit pada TuhanNya kecuali jin dan manusia yang sombong diri.



Siapakah orang telah mati hatinya?

Orang yang diberi petunjuk melalui ayat-ayat Quran, Hadis dan cerita-cerita kebaikan namun merasa tidak ada apa-apa kesan di dalam jiwa untuk bertaubat.



Siapakah orang dunggu kepala otaknya?

Orang yang tidak mahu lakukan ibadat tapi menyangka bahawa Tuhan tidak akan menyiksanya dengan kelalainya itu dan sering merasa tenang dengan kemaksiatannya.



Siapakah orang yang kuat?

Orang yang dapat menahan kemarahannya ketika ia di dalam kemarahan.



Siapakan orang yang lemah?

Orang yang melihat akan kemaksiatan di depan matanya tidak sedikit pun ada kebencian di dalam hatinya akan kemungkaran itu.



Siapakah orang yang bakhil?

Orang yang bakhil lagi kedekut adalah orang yang berat lidahnya untuk membaca selawat ke atas junjungan Rasullah s.a.w.



Siapakah orang yang buta?

Orang yang diberi nasihat dan pengajaran yang baik namun tidak diendahkannya.



Siapakah orang yang sibuk?

Orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s.



Siapakah orang yang tuli?

Orang yang diberi nasihat dan pengajaran yang baik namun tidak diendahannya.



Siapakah orang yang manis senyumannya?

Orang yang ditimpa musibah lalu dia kata ‘Inna lillahi wainna illaihi rajiuun.” Lalu sambil berkata, “Ya Rabbi (Wahai Tuhanku) aku redha dengan ketentuanMu ini,” , sambil mengukir senyuman



Siapakah orang yang menangis airmata mutiara?

Orang-orang yang sedang bersendiri lalu mengingat akan kebesaran Tuhan dan menyesal akan dosa-dosanya lalu mengalir airmatanya.



Siapakah orang yang kaya?

Orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.



Siapakah orang yang miskin?

Orang yang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpuk harta.



Siapakah orang yang pandai?

Orang yang bersiap-siap untuk hari kematianya kerana dunia ini berusia pendek sedangkan akhirat kekal abadi.



Siapakah orang yang bodoh?

Orang yang beriya-riya berusaha sekuat tenaga untuk dunianya sedangkan akhiratnya diabaikan.


Siapakah orang yang maju dalam hidupnya?


Orang yang sentiasa mempertingkat ilmu kebaikan.



Siapakah orang yang mundur hidupnya?

Orang yang tidak memperdulikan akan halal dan haramnya akan sesuatu perkara itu.



Siapakah orang yang gila itu?

Orang yang tidak sembahyang kerana hanya dua syarat saja yang memperolehkan akan seorang itu meninggalkan sembahyan, pertama sekiranya ia haid dan kedua ketika ia tidak siuman akalnya.



Siapakah orang yang selalu ditipu?

Orang muda yang menyangka bahawa kematian itu berlaku hanya pada orang tua.



Siapakah orang yang paling cantik?

Orang yang mempunyai akhlak yang baik



Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?

Orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan diperluaskan saujanay mata memandang.





Fewwww....lengguh menaip. Ni saya dapat ketika Kuliah Pagi Jumaat td. Supaya tak lupa sy tepek kt sini untuk diri sendiri dan sy seronok nak share dengan reader. Selamat beramal ;)
 
 
 

Wednesday, January 26, 2011

Ni baghu boto oghan kampong den ;p

NAIK BASIKA..SAWAH BONDANG..MASAK LOMAK CILI API..APO NAK DIKATO..KALU BOLIH NAK JADIK CIKGU SKOLAH KEK KUALO PILAH..HAHAHAHA




dan lagi...


Zaquan+Ayu | 30.01.2011 from mashelmy on Vimeo.

Ok bangga kejap....sbb tempat ni dokek dgn umah den ;p









Monday, January 24, 2011

Bachelorette 6

Sapa layann? Put ur hand up! Saya dengan Nuar layan Ok! Kadang2 siap Nuar yang ingat pukul berapa, hari apa. Oh! Seronok tgk rancangan. Sbb bukan nye nak tgk kehemseman jejak-jejak itewww atau keayuan ppuan iteww tp best tgk cara derang membuat pilihan hati. Chewahhh!
Actually dari weekend hari tu ternanti2 result sapa menang utk session kali ni. Apa lagi google lah kan. Dan hasilnya:-

Roberto pilihan Ali.

Ada cerita lawak yang saya nak cerita. Tak tipu Ok.Tgh saya google tetiba dpt mms  . Rupa2nye bukan saya ng Nuar je yg berkobar2 tgk cerita ni. Ada sorang ppuan mengandung bersama anak bujang dia pun berkobar2 dirumah mak kami tgh tgk rancangan ni. Mentang2lah balik keja awal (cikgu katernyerrrr) boleh lah tgk tv cepat2. Mms diterima berbunyi :

(setiap mms ni siap ada gambar ye dlm tv ayt penuh tak tahan...cikgu katenyer tu yang full sentences)

  • Ja, dipilih Roberto. Hari yg sepatutnye dia date ngan Chris, dia suruh Chris blik sehari sblm hari penetuan. Sian Chris. Dia dah tak sabar2 nak jumpa pompuan ni.

  •  Tgk dia masih kata Ali is segala2nyer (this is refer tu Chris)
  • Ali loves Roberto..hahaha . Yela Roberto tp peluang date dulu baru Chris. So Ali dah sakan la bercinta ng Roberto. Hari sepatutnya date dengan Chris dia takde selera.

  • Pada pg tu tukang jual cincin datang Roberto tgh pilih cincin ni.

  • Nasib baik Chris seorang yg gentleman

  • Roberto xtau dia tgl sorang je.

  • Ok .. Happy ending Roberto proposed. Mak pun dah balik..bye sis.
Mesti k.lip terperanjat ni ..sy blog kan mms dia hihihi..Gigih ye akak saya ni nak abadi moment tgk rancangan ni.

Aduhhhh ... mms2 ini membuat saya tak sabar tunggu malam ni. Kalu StarWorld tak buat pening dia mlm ni boleh lah tgk mlm ni.

Ali with Chris.L (hemsome kan..);p
Saya suka jugak tgk Chris ni. Sbb dia ni jenis family man. Mak dia baru meninggal. Jd ayah dia ng 2 org lagi adik lelaki dan adk ppuan dia sgt ambil berat pasal dia. Sbb adik2 dia dah kawen. Tinggal dia tak kawen lagi ;( ....

Below antara top 10 contender:-
Frank.
Dia top 3.
Ali memula memang dah sakan sayang kt dia tp dia pulak buat hal.
Walau dalam sekali pun cinta dia pada Ali tp tak sedalam cinta dia pada Nicole. 
Nicole ni kiranya gf dia kt kg lah..haaa gitew... masih ada cinta ye kt ex-gf.
Last2 dia tarik dia. Ali marah dan sedih gila2.

Justin.
Seorang lelaki yang tak guna.
Terpaksa di keluarkan sebab dah ada gf rupa2nya.
Gf dia call Ali sendiri bagi tahu hal sebenarnya.
Gf dia cakap dia yang belikan baju tuxedo mamat ni untuk interview dlm rancangan ni.
Dia tak tahu yg bf dia ni masuk rancangan mcm ni dia ingat reality show nyanyi2.

Chris.N
Ali rejected sbb tak da keserasian bersama.
Chris pun rasa macam tu sbb dia rasa dia org kg tak sesuai dgn Ali.

Kasey.
Oh poyo giler mamat ni.
Siap buat tatoo bagai untuk bukti kesetian dia pada Ali.
Tp Ali tak rasa dia ikhlas.
Ali jd takot. Sbb mamat ni mcm pura2je.


hehehehe actually aku suka Ty.
Masa Ali demam dia yg banyak bantu Ali.
Orang lain mcm sibuk je nak date ng Ali wahal Ali tu demam.



Ok. Mlm ni saya tgk final episode rancangan ni.




Thursday, January 13, 2011

Can take my eyes off you

Oooo harini i rasa selesa dan santai ..
tak ada orang kacau i pun hari ini

Erkkk... tolong i!
Tak boleh kua ni..

ermmm B apa kata kite beli mesin mcm ni letak kat umah
REJECTED by Ma'am Besar!

K.ija pinjam arrr singgit..

Oh! Mummy my i have 3 ringgit?
Oh no dear. You cannot.

Mummy im big aready.
This is not my toy.

Tp best jugak. Sama belang2 dgn i.
(Symyll ni baru 9bln tp badam dia kussssssemangat..kalu dia panjant2,buat sesuatu yg akan merbahaya ke kena tarik nafas panjang untuk dukung dia)

Good Bye 2010.

KLIA
1.1.2011
Happy New Year!!








Ini adalah kes baru jumpe gambar ketika sambutan new year yg tak bape nak meriah end up with suspicious,speechless ;( may Allah Bless My Family and I. I love my family so much!

Sunday, January 9, 2011

My Weekend

Weekend kali ini kami lepaking di rumah sahaja. Sabtu pagi tunggu org maintenance repair kerosak di rumah. Repair grill yg telah rosak akibat keja org jahat time raya haritu dan ada pokok yang makin hari makin besar dan membiak dgn suburnyer di balcony air-cond guest room.

Inilah pokok. Burung bawak barang kali. Org maintenance tu pun terperanjat tgk. Jarang belaku katenyer. Tp memang betul dari jauh dah nampak "Haaaa tu rumah saya nampak tak yang ada pokok besar tuh" Saya cerita kat budak office pun derang tak percaya. Pehtu gelak2...

Settled  orang tu repair 2 benda tu.. Tunggu orang repair suis pulak. Dari kol 12 tunggu tak sampai2..Sementara tunggu masak2 dulu. Tak sampai jugak. Gertak dia ckp nak klua. Dia balas "tak pe puan klua je lain hari kita kawtem balik" Ewah! Buang masa je tunggu.

Nak klua pun tak dapat sbb hari dah petang kan. Jadi apa lagi menguruskan kain baju yg mengalahkan dok 10orang ni lah kan. Mlm tu lepas magrib pergi rumah jiran ada buat baca Yassin dan Doa Selamat semperna anak jiran ni kembali sembuh dari penyakit yg melibatkan paru2 ni . Sian dia baru 9bulan tp Alhamdulillah dan sembuh. Hidup berjiran sangat kan saya..hihihihi.. Potong2 bawang hidang2  masak2 ermmm dah siap dok borak dgn jiran2 lain. Dannnnnnn hurmmm part paling tak best. Cerita cerita misteri klua. Hayooooooooo... uolls ni suke taw. Abes je bacaan doa2 makan2 sedap2. Semua saya rasa makan hihihi. Then derang sambung lagi berceri Hayooooo..saya tgk Nuar dia dlm group lelaki2 lah kan ..then Nuar pandang saya dan senyum. Mesti dlm hati Nuar ckp "jgn lah isteri ko cerita kt isteri aku..dia tu dah lah penakot" Sbb jiran saya ni punya husband beriya2 bercerita kt Nuar. Nuar tak tahu saya dah tahu dulu. Demmmmm.. Tp buat slamber jelah. Yang penting kita kena amalkan cara hidup Islam.kan kan kan..

Jiran floor atas : Lawyer ke? (kelantan style)
Saya : Eh! Tak.
Jiran sama floor : PTD ke?
Saya : Eh! Tak....
Hahahaha tak tahan lawyer dia kata kita. Begitulah persoalan2 jiran yg jarang2 bertemukan. Kalu jumpe kt lift setakat tegur "p keje ke?" Ofcosss lah p keje tak kan nak g kenduri kawen plak kan. Mcm2 derang temuramah saya. Agaknye kalu tak berborak cengini sampai bila2 derang ingat saya Lawyer ke PTD ke Doctor ke kan hahaha...


Hari Ahad (tadi) setle je iron2 baju boring2 tak tahu nak wat pe Nuar ajak p Sunway Pyramid. Huhuhu nak g makan kt Garden Cafe. Ini kali ke-2 saya pergi makan kt sini. The decoration was awesome. Siap ada org piano. The Curve and One Utama dah lama ada kot Garden. Tp kat Sunway ni mcm baru je lagi. The concept is simple, beautiful garden, outdoor area and great ambiance. Nuar siap tanya "B nak bawak sapa dalam family kt sini" saya balas "ermmmm ntah" Jawapan dia "Mak" Mesti mak suka tgk concept  bunga2 kt sini. Mak mesti tgh baca kan. Suka tak mak? Nak ke mak dtg sini? hihihi... Mesti mak ckp "Halal ker" Huh...saya rasa ini owner dia Melayu. Sbb nyer b4 kami masuk tu ada chines lady ni macam marah tanye kenapa cafe ni bukak lewat sangat dah pukul 12tghari baru nak bukak. Org melayu kadang2 gitulah..bila dah maju sikit mcm malas2 jekan. Then pekerja dia majority melayu. 

Grilled Baramudi pilihan Nuar.
1st time kot dgr nama ikan mcm ni.
Yang putih mcm island tu mashed potato yg sgt creamy and juicy.




Spaghetti Carbanara pilihan saya..masa ni 1st time datang ni.
Yang serpih2 maroon2 sgt sedap.

Tadi ini pulak pilihan kami.
Chicken Teriyaki pilihan Nuar
Bawah sekali tu ada mashed potato ..Wushhhh memang sedaplah bila dimakan dgn chicken.
Fries side order Ok...perut ni lapar manjang.
Hahaha Ayam Paprik dan Nasi. Nuar ckp kat fudkot presint 9 pun hado.
hahahaha lapar nasik lah pulak...


So peps! Uolls must go this place. Td saya siap request kat Nuar nnt birthday buat kat sini. Then ajak bff saya tp jgn sampai sy tahu konon2 surprise lah..Bolehhh gitew... Nuar ckp "u hope my dear u hope" Ok fine! Day dreammmmmm!








Thursday, January 6, 2011

Easy to talk without thinking....

......but difficult to refrain the tongue.


Situasi A


Kejadian ini baru je saya dgr dan lihat td ketika di office. So cerita masih panas dan masih segar dalam ingatan saya.


Saya : Hye! Imran (bukan nama sebenar) dah masuk keje dah? Bby sihat? Zie (bukan nama sebenar) sihat?
Imran : Alhamdulillah ...sihat.. Dua2 sihat.
Saya : Zia berpantang kat mana? Tgk dlm fb kemain sakan dia berpantang..hihihi
Imran : Hehehe mesti....nak back to shape katenyer. Berpantang kt sini. Mak sy ng mak dia jaga.
Tetibeeeeeeee.... Dang! satu suara minah kipochi dtg dan dgn lantangnye dia bersuara
Minah : Haaaa Imran dgr cite Zie tak normal. Betul ke?
(time tu saya yg masih kt situ berdiri mengadap Imran dan pandang Imran ni macam terkejut..eh! sumthing wrong dgn anak dia ke?)
Imran : Ha ah...tulahhhh sian Zie dia kena c-zer. Sbb bby dah lemas


LAHHHHH ENTE........tak patut ckp mcm tu. Tak Normal is not the right words yang bagus utk situasi itu.Plzzzz lah uolls.Boleh fikir tak sejenak if situasi tu kt tempat uolls. Then org lain cakap u tak normal because of bersalin c-zer. Sakit hati tak. Beside this minah baru ada seorang anak. Kita tak tahu yg kite mungkin akan dikurniakan lagi cahaya mata kan...haaaa ntah apa pulak masalah kita kan. Astaga........
Saya ingat dia nak berhenti di situ rupenye tidak yeeee.


Minah : Berapa berat anak?
Imran : 2.85kg (dengan bangga ye .. yelah sapa tak bangga kan dpt anak kan)
Minah : ohhhhh 2.85kg je..ringan nye nampak perut Zie besar kemain (sambil gelak sinizzz)


Choi! Asal kan sihat dah lah. Berat berapa kilo it doesnt matter lah asalkan sihat. Itu dah cukup Alhamdulillah.


Minah : Sapa nama?
Imran : Muhammad R........M.......(dirahsiakan jugak)
Minah : Wah! Nama tak tahannnnn mcm hartis
Saya : Ok apa..asal ada makna RM tu ringgit mesia boleh renjis mempelai pun boleh hihihi...
Imran : Betul tu


Fyi, nama anak minah ni pun ala2 nama hartis. Tak tahulah mcm mana dia kategorikan nama anak dia kan. Tapi as long as bukan Aminah ke Siti Fatimah ke itu baru bukan nama hartis kann. Easy to judge the mistakes of others but difficult to recognize our own mistakes.


Situasi B



Minah A : Kesian ye tgk Didi (bukan nama sebenar) tu...bersalin c-zer. Dia bersalin 8bulan. Tak cukup bulan.
Minah B : Alah mesti salah kira tu. I dont think the bby boleh survive on 8mons. (level up up sikit..style ckp omputih mmg hebat .. i kagum yewww)
Minah A : Hishhh sebaiklah dah 1 setahun kawen baru dpt anak kalu bunting pelamin mesti malu kan..Mesti org nak kira sepuluh kali tarikh period ko.
Minah B : Tp kira ok lah kan she deliver a health bby.
Minah A : Mana tak sihat nyer.. Bby Mahal tuhhh.
Minah C : Kenapa pulak bby mahal?
Minah A : Hye tak tahu cerita ke? Bby tu tak natural. Bby suntik. Berapa ribu ntah dia bayar utk hamil.


Choiiiiiiiiiiiii sgt choi kan.. Fyi, MINAH A ini masih anak dara. Dara ke? hahahaha. Seperti saya ckp kan td..nasib kita, kita tak tahu lagi mcm manakan. If u tawen terus dpt anak tak pe Alhamdulillah. But u kawen pun belum dah nak cakap mcm tu. Tak takot ke?   Hayooooooooooo..sumpah tak faham. Suka hati dialah nak natural ke idak ke. Itulah cara dia berusaha utk dpt kan anak. Kalau org tu ckp "takpelah belum besedia nak ubat2 kampung or jmpe doc ni.. nak try natural dulu" dah lain pulak orang ckp "Dia tu tak berusaha langsung..."



Situasi C


Fizi : Eh! Norleen ko makan apa eyh utk conceive aritu?
Saya : Aku? hehehe....nnt lah cerita (malu kot nak cerita sbb minah tu ada. Tak suka dia dengar nnt dia interpret lain) tp apa2 pun ko kene jumpa doc dulu. Untuk cekedut ada masalah ko or ur wife..
Fizi : Owhh...g jmpa doc tu nnt dululah aku tgh cuba cara ******** ni dulu. Satu satu lah kan.
Minah : Hey! En.Fizi kenapa tak nak? Tak bersedia nak ada anak ke? Pergi jelah. Pergi hospital yg Pn.Leen pergi tu.
Fizi : Bukan tak lah tp tunggulah cara ini berkesan ke tidak dulu.
Minah : Eleh plan lah tu.
(eeeee tak faham lah nape ko suka ckp perkataan plan tu)


Can you see???? Sgt laha kan... Cepat je dia interpret apa org nak cakap. Minah ini adalah merujuk Minah ini. Dulu saya kene..skarang rakan sejawat saya pulak kena. Termasuklah  di situasi A tu. Org yg sama. Sgtlah euwwwwwwwwwwwwwww. Actually byk lagi dia suka mengata org pasal hal anak2, mengandung dan bersalin. Tp satu situasi yg paling tak boleh bla sekali is :

Ada kakak ni umur baru 29thn baru lepas bersalin kan anak ke 3 dan masuk office dgn shape badan yg ummmmphhhh mcm nak ckp "eh u dah kawen ke belum". Sebelum akak ni sampai ke arah saya dan Minah ni.. Minah ni ckp "Eleh saje lah tu pakai mini kurung nak tunjuk badan dia tu...saya tak suka dia tu pn.leen.. dia sombong" Dalam hati ni berkata .. Ellow! Entah2 itu je baju yang dia ada dan dia muat pakai..yg ko jaki sangat apasal? Ntah2 itu je baju senang gosok atau tak payah gosok kannnnnnnn. Bila akak tu sampai je kt saya..dengan ramah tamah akak tu menegur diriku ini ye. "Pn.Leen ********** " ayt memuji yg tak sanggup korang dengar hihihi.... Seeeee Ok je dia. Tak de masalah sombong pun.

Saya rasa ini adalah n3 panjang tanpa gambar yg saya rasa patut di share untuk uolls agar tidak berperasangka buruk kt orang dan jgn bercakap sedap mulut. Kerana pasti ada hati yg terguris dan terluka. Easy to lukakan hati org but difficult to balut luka org tu balik.

Kannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn. 

Kesimpulan:
Easy to think bad of other
But Difficult to give them the benefit of the doubt............................

Till then tata

p/s uolls boleh kumen dan share cerita yg ala2 sama dgn saya :p