Monday, December 27, 2010

Hot From Oven!!

Actually tak de lah hot bebenor sbb nyer kejadian on 15 December 2010.

We have a new member in our family – a baby Girl!
Siap amik cuti mak ngah aunty sweety taw punyelah beriya nak tengok kelahiran
Puteri Sulong anak Suhaimi (adik nuar) and Safira ni..
So kiranya my pil dah ade 2 cucu ppuan ;)

Mlm sebelum Fira bersalin ni dia dah kene warded but then i tak g mlm tu..biasalah my husband ni RELAXXXX ... relax relax je org nyer.. so dia kata tak yah lah pergi ptg esok balik keje kite g lah.
Ish! Mane boleh tak pergi tengok kan.

Pg tu dlm kol 9 mcm tu i pun g lah HUKM sowang2..mak and ayah Fira dah ada kt waiting room tu takdelah room mcm kt luar OT tu lah.. Apalagi sementara menanti Fira ni berusaha gigih kami yg kat luar ni berborak sakan. Sumpah mak Fira ni klakar..tak henti saya gelak..cerita sedih pun saya nak gelak dgr. Cara penyampaian mak Fira sangat memberi impack utk ketawa. Makcik makcik bila lg boleh kita lepak bersama??kikikiki....

Dan paling lawak bila semua nye dah setle...bby pun dah kua, Fira pun dah selamat...dan kami semua kemas2 nak balik...tetibe "Suhaimi, adik kamu ni nak balik dengan sapa??" lahhhhhhh ente....makcik ni mati-matian ingat sy ni adik Suhaimi. Makcik saya KAKAK IPAR Suhaimi lahhhhh....

So here u  go ...

Nama: Sara Shauqina binti Suhaimi
Berat: 2.97kg
Tarikh: 15 disember 2010
Masa: 3.42ptg
normal beb..normal..
Congrats to Fira!! eh to Amy juge sbb dia pun strungle bagi sokongan pd Fira..
 
 
 
 
 
 
 
 

Thursday, December 2, 2010

SAKIT HATI!

Oh! Nampaknye tak boleh tinggalkan blog dgn hati PANAS! Nak jugak cerita mlm ni jugak.


Serius sakit hati..sangat-sangat. Tak tahu bagaimana nak mula kan.


OK mcm on 30-11-2010 supplier call ckp barang dah jalan. So saya ni pun dengan perasaan cemas menantilah barang2 itu di office. Saya bagi alamat office sbb order from my officemate. Pagi2 Rabu tu saya dah track barang saya tu secara online..OK rasa lega sangat sebab barang tu dah sampai KJG (kajang). Tgk eh pada pukul 5am barang tu dah ada di KJG. So apa lagi call lah KJG..then minah/minaci tu ckp "Barang dah keluar" Ok dari pg membawa ke tghari barang tak sampai lagi..call lagi..till petang barang tak sampai lagi!
Pukul 3ptg macam tu call lagi barang dah sampai lum..call office pun bdk office ckp tak sampai. Time tu saya berada di KL, time meeting sibuk saya sms bdk office. Dalam kol 6ptg still no news. Haih! Hati sudah panas. Malam tu call KJG tak angkat2...


So tadi pagi2 lagi saya call KJG lagi..tanye minaci /minah (hati lebih mengatakan dia seorang minaci) dengan nada riak dan angkuh dia menjawab telefon soh saya sabar.. Dan mungkin dia membuat cerita dogeng klasik..'akak semalam itu rider punya mak mertua meninggal jd dia tak dpt hantar barang ke Putrajaya' saya dengan nada slow relax dan tenang menjawab 'tp kenapa dkt intenet tracking ni tulis im not at office?? sapa punya keja? mana dia tahu i tak da kt office??" dia balas balik 'itu saya tak tahu lah akak"  OK tak pe saya tunggu lagi... td dia janji before 3pm rider sampai. dah kol 4pm tak jugak sampai. Saya call lagi...


NZ = Mana nyer..jgn sampai saya hafal awb num sy ni (hehehe)
KJG = Rider dah kua dah...dia dah otw hantar barang akak..smlm dia ckp office akak tutup time tu dah ptg.
NZ = Haaaaaaaa mula lah aku nak kua perkataan bukan2 ni... Hello! u taw tak i keje kt mana. Cuba baca alamat tu sikit. I bukan keje kt rumah kedai taw..Mana penah office i tak de org..lu cerita apa sekarang?? pengawal 24/7 kt office tu..pintu office tak penah tutup taw..
KJG = tu saya tak tahu lah akak..


tet... sms masuk : Leen ape cer? Barang i mana? 
Waduhhhhhhhhh! customer dah nak balik kampung daaaa..nak tawen. Hayooooooooooooooo!


Apa lagi..call buat KJG lagi..tanye jwp yg sama..Pukul 530pm mcm tu lucky me bump with rider from KJG ni.. kt lobby office time tu memang saya dok kt lobby office nak tunggu postman2 yg hantar surat hahaha...


NZ= dik barang i tak de ker?
Rider = oooo tak dok pulak kok (kelantan lah pulak)
NZ= aik macamana boleh tak da
Rider = mungkin parcel akak besar .. sy hantar hok kecik2 je..sy naik motor.
NZ = oooo...dat is not my problem.
Rider = akak bg awb no. akak and num phone akak nnt apa2 sy call.


Stupid!


Saya call KJG dah tak angkat phone.. Saya terus call ke HQ company courier service ni...Mengadu sikit2 complaint sikit2 mangamuk suam2 kuku... 


Till pukul 10pm td no news. My customer pun dah kecewa barang door gift tak dapat. Saya lagi kecewa..Malu semua ada lah.. Yg penting kerugian ... sebab semua barang tu saya dah bayar.


And thennnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn... pukul 1030pm td rider bdk kelantan  tu kol Say sorry..dia ckp dia tak tahu kes ni... dan saya pun apa lg..basuh bdk tu cukup2. Kesian gak tgk dia bukan salah dia..tp salah kawan dia yg hantar parcel guna lori sbb barang saya tu besar so kene naik lori..rider ni naik moto je. Dan saya ckp 'tak pe lah dik...ko hantar tahun depan jelah akak puas hati dan tak sakit hati tgk barang tu nnt...ni sapa nak bayar ganti rugi ni? Customer dah lari...duit pun tak dpt ni'


RM500 tuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu aaaaaaaaaaaa! Tension! duit pergi JALAN2 tuuu weiiiiii... 
Malu beb!
Repo jatuh!
Mesti customer tak trust kt saya lagi!


(sorry kalu jalan cerita fening2 sy mmg gini kalu dah marah tu jgn tunggang terbalik)




Here my tracking history from SKY NET website.


Tracking Details - 201535933421
Here are the tracking details via Airway Bill No
Airway Bill No:
201535933421
 Skynet BPT
Status:
Out for Delivery
Delivery Date:
Signature:
Tracking Progress:
DateTimeLocationActivity
02 Dec 1010:40 amCHERAS (KJG)Out for Delivery
01 Dec 1011:16 amCHERAS (KJG)Out for Delivery
01 Dec 107:18 amCHERAS (KJG)Arrived KJG
01 Dec 105:08 am(HUB)Linehaul to KJG
30 Nov 108:34 pmBATU PAHAT (BPT)Linehaul to HUB
30 Nov 108:30 pmBATU PAHAT (BPT)Scheduled for Departure
30 Nov 107:55 pmBATU PAHAT (BPT)Scheduled for Departure
Shipment Problem 1
Date:01 Dec 10 3:36 pm
Problem Code:PC005
Created By:KJG
Comments:
CONSIGNEE NOT AT HOME/OFFICE. DELIVERY WILL BE RE-ATTEMPTED
Delivery has been attempted, the consignee was not present / company closed. Delivery will be re-attempted




Tapi kelakar jugak tgk alamat office di tulis oleh supplier berbangsa cina tu.. Jabatan Perdara Menteri... ok wut ever.


Saturday, November 27, 2010

Sudah Ketentuan Illahi



25.11.2010 3pm at office.
Sakit perut teramat sangat.
Bleeding.
Nak pitam.
Call Nuar.
Nuar dtg.
P gynea.
Di sahkan miscarriage.
Twins..adik yg aritu.
Serius i dunno dat im preggy.

Thank you to my lovely husband who really taking care of me.
Kejap2 dia cakap 'sian b' kejap dia cakap 'saba eh b'
Thank you for your moral support.








Thank You Card...

Kannn dah cakap ini cerita lama2 godek2 hp jumpe gamba card ni...
Sabar jelah kakak sepupu sorang nih...
Sian kaki anak eyh..time ni Syamyll baru berusia 4mth kot hikhikhik...so cute tapak kaki kamu...
Thank You sebab kami jaga anak dia hari tu.. 


Welcome kazen... nnt hantar anak kamu lagi ye...





Wednesday, November 24, 2010

Al-Fatihah buat Arwah Aishah

Salam,

Hari Selasa (23hb Nov 2010) kawan sekerja saya pergi meeting di JPA (Jab. Perkhidmatan Awam). Balik dari meeting tu dia borak borak ng saya ckp tension lah, stress lah, hitu ini ..(blame keje lah apa lagi) saya pun dengar dgn tekun dan cuba selami perasaan opismate sy ni yg seusia dgn mak sy ni. Saya pun ckp 'akak jgn lah stress2 sgt nnt sakit pulak' Terus dia teringat satu cerita pemergian buat selama-lamanya seorang warga JPA.  Cerita opismate saya :

Haaa! Leen nak tahu tak betullah kite ni keje jgn stress2 sgt. Td kawan akak kt JPA tu cerita semalam Isnin (22hb Nov 2010) ada seorang warga JPA meninggal dunia selepas bercakap dgn boss. Hari Isnin tu arwah ambil cuti then her boss call dia untuk tanya pasal hal kerja. Letak je telefon dia risau+tak sedap hati dan terus layan FB. Dalam kol 6ptg mcm tu arwah nak pergi mandi.Ketika itu husband beliau sedang iron jubah konvo yg bakal berlangsung tak silap hari Rabu. 'Bedebuk!!' satu bunyi hempasan badan yang kuat. Bila husband dia dtg pergi tgk di bilik air arwah dah jatuh... dan ketika ambulance dtg arwah sudah menghembuskan nafaz nya yang terakhir.

Ya Allah! Kuasa Tuhan kan ... sekelip mata je nak ambil nyawa kita. Tak silap arwah baru berumur 35tahun. Dikurniakan 6org cahaya mata termasuk 3org kembar seiras yang comel2 dan sihat2... Baru minggu lepas saya senaraikan blog Arwah Kak Aishah dlm blog list sy. Sebab saya suka sgt tgk orang beranak kembar ini. Suka tgk anak2 kecil kembar..so sweet and cute. Then semalam sorang lagi opismate saya dtg borak ng sy cerita pasal pemergian warga JPA ini.

Klick Here to Kak Aishah Blog

Saya ckp lah 'eh mcm penah dgr lah cerita ni' rupa-rupanya orang yang sama.. Kawan sy yg sorang ni pula merupakan best fwen kepada best fwen arwah Kak Aishah. (wat the small world aite..) Dia cerita masa arwah dikebumikan anak arwah yg berumur 4thn tu duduk berpangku dengan best fwen kwn sy ni..sambil berkata 'mak dah mati' yelahkan budak2 kan apa dia tahu. Masa arwah terjatuh kt bilik air pun di bagitahu ayah dia 'mak main dlm air' sambil ketawa2.

Salam Takziah buat Arwah Kak Aishah sekeluarga.
Dan semoga tabah mengharungi kehidupan.


anak kembar 3 satu!! (wah mcm minta air milo ais kt mamak pulak)

Thursday, November 11, 2010

Sekalung Tahniah

Yeah! U always my num one kazen!
Afiq tlg g kedai bli ckedis, afiq tlg buka pintu, afiq tlg tutup air, afiq tlg kemas katil, ekekeke afiq memang boleh diharap.
Taniah buat Muhammad Afiq Daud!! Kalu Afiq lebih fokus mesti dpt 5A. Tp tak pelah 4A 1B pun dah cukup bersyukur k.ija rasa..sebab tarikh UPSR pun ko tak tahu kan...Hayoooo! Pehtu kemain aktive ko ye dlm aktiviti sekolah..kemahlah,bola lah. 

Wednesday, October 20, 2010

Stay The Same

Salam...
Banyak sangat kot kisah sedih saya 2 bulan ni...hurmmm lepas satu satu...Dugaan..terima dengan hati yang tabah. 

Tu belum masuk n3 nyayat hati lagi my husband kene tukar tempat keje..Dulu kua umah kol 8.15 laaa ni hamek kol 7 dah kua dah. Giler kejam boss dia..eyyyyy! Balik keje pulak saya kena tunggu kol 6.30 huh! Memang over time lah kan.

Ok nak maw sedih2 lg k. Nama pun sun shine for her kan so pasti ada sinar menanti kan.hurmmm..ni lagu suntik semangat. Saya ingat lagi masa form 5 dulu nyanyik lagu ni utk hari Bahasa Ing. Koir lagu ni memang happening!
This song got strong lyrics that make me love dis song! Here the lyrics!

Stay The Same by Joey Makan Tayar hehehe..

Don't you ever wish you were someone else,
You were meant to be the way you are exactly.
Don't you ever say you don't like the way you are.
When you learn to love yourself, you're better off by far.
And I hope you always stay the same,
cuz there's nothin' 'bout you I would change.


I think that you could be whatever you wanted to be
If you could realize, all the dreams you have inside.
Don't be afraid if you've got something to say,
Just open up your heart and let it show you the way.




Believe in yourself.
Reach down inside.
The love you find will set you free.
Believe in yourself, you will come alive.
Have faith in what you do.
You'll make it through.

Friday, October 8, 2010

Sudah Ketentuan Ilahi

8 Oktober 2010 + 2 Pagi

Bayi yang gugur...

Daun bin Hind berkata: Aku bermimpi seolah - olah hari kiamat telah tiba, semua manusia dikumpulkan untuk menghadapi hari perhitungan amal, pada waktu itu aku diperintahkan untuk mendekati perhitungan amalku, maka aku meletakkan amal kebaikanku pada timbangan yang sebelah dan amal keburukanku di sebelah lain, maka aku melihat amal keburukanku lebih berat daripada amal kebaikanku, sungguh pada waktu itu aku kebingungan. Dalam keadaan demikian, tiba - tiba diberikan kepadaku sesuatu (kain putih), lalu diletakkan pada timbangan amal kebaikanku, lalu menjadi beratlah timbangan amal kebaikanku. Kepadaku ditanyakan: Tahukah kamu apakah itu? Aku menjawab: Tidak. Maka diterangkan kepadaku, bahawa itu adalah anakmu yang gugur pada waktu dikandung oleh ibunya dahulu.


Muaz berkata, telah bersabda Rasullullah SAW yang maksudnya:
"Demi zat yang diriku di tanganNYA, sesungguhnya bayi yang gugur pasti akan menarik ibunya untuk memasuki syurga, jika ibu berharap pahala keranaNYA." (HR. Ibn Majah & Darimi)

Dari Ali bin Abi Talib ra sesungguhnya Rasullullah SAW bersabda yang maksudnya:
"Sesungguhnya bayi yang gugur itu akan menuntut Tuhan jika orang tuanya dimasukkan ke dalam neraka, maka dikatakan kepadanya: Wahai bayi yang gugur! Masuklah orang tuamu ke dalam syurga." (HR. Ibn Majah)

Dari Abu Hurairah, sesungguhnya Rasullullah SAW telah bersabda yang maksudnya:
"Bayi yang gugur yang telah mendahului - ku adalah lebih aku sukai daripada seorang ahli perang yang aku tinggalkan di belakangku." (HR. Ibn Majah)


xoxo lot of love and harmony 
IBU DAN AYAH ..












Thursday, September 30, 2010

Rindu bertandang lagi


 Oh! Sedihnye oh! K.lip sedih nye n3 Rindu k.lip ni. Berenang2 air mata sy taw.
Hurmmm...

- Betul arwah begitu sibuk ketika hari mantai tu bertanya lemang dah masak ke belum. Lemang nak buat bape batang.. kami hanya meng-iya kan sahaja. Dlm hati hanya Tuhan yang tahu. Sebelum balik ke Perak pada hari raya ke-2 arwah wan sempat tanya saya 'ko dah bagi lum nuar makan tapai?' 'erkkk...dah wan..dia ckp manih (manis) manih macam muko wan' 'ko ni heh! panggil dio' ayg wan panggil 'ye wan' 'nua ko dah makan tapai dah? manih tak?' 'erkkk manis!' Arwah begitu berpuas hati dengan jawapan kami. Sebenarnye sebelum arwah kene attack arwah sempat menyukat beras pulut untuk di buat tapai. Tp tak kesampaian. Sekarang beras yg telah disukat tu mak saya dan makcik2 yg lain akan usahakan cari orang yang pandai buat tapai. Mcm tapai wan! Walaupun saya tak suka makan tapai tp sy makan tapai wan sy buat sje...

Disini saya tepek kan gambar kenangan dengan arwah pada bulan April 2010. Ketika di rumah sepupu saya.Kenangan ini akan di abadikan for ever and ever. Buat anak2 mummy..Sorry guys tak sempat jumpa ng Moyang .. Tp mummy and daddy dah dapat 'petua' dari Moyang kamu. Moyang sangat sporting...best+kelakar.






 Lepaking with wan.... wan order milo paneh satooooo....
My love
and my only one! 
1930-2010....

Wednesday, September 29, 2010

Horlicks Halal

Fuhhhhh ... sebaek halal hehehe.
Lately ni sy berkepentingan untuk minum horlicks
Before this tak sibuk2 pun nak minum horlicks ni tp bila dah tet...! kenelah minum susu tu lebih2 sikit.
So kt cafe office hari2 sy kene minum horlicks satu mug besar sampai habis (hahaha sebelum ni sy tak penah abiskan air mesti sampai setengah..kwn2 pulak yg bengang kt sy ckp membazir je order air) lepas tu ade sorang kakak ni tanye sy..horlicks ni halal ker? Sy dgn nada teragak2 'eh halal kot..sbb aritu tgk ada logo halal' td balik dr cafe terus check kt Halal Malaysia.. Halal ye kakak!

Horlicks sedap arrr rasa malt and cepat kenyang.

Thursday, September 23, 2010

Eid Mubarak 2010

Assalamualaikum ...
Agak lama saya tak menulis ye. Actually n3 ni dah lama simpan kat draft .. sbb bila nak tulis je ada gangguan. Ok berbalik pada tajuk. Raya tahun ni tak semeriah tahun2 yang lepas. Sebab kami sekeluarga tidak tenang melihat keadaan org yg paling kami sayangi bertarung dengan kesakitan di syawal yg indah itu. Menu pagi syawal tu pun tak sehebat menu-menu kami sebelum ini. Pagi tu cuma ada mee hoon goreng dan nasi empit kuah kacang dan sedikit rendang. Yang lain2 seperti lemang, kuah lodeh, rendang ayam,daging dibawa dari rumah mak cik2 ku.. hurmmmm...

Ye. Wan (nenek,opah) terkena serangan stroke ketika selesai solat magrib pada 6 Septermber (4 hari sebelum raya)..masa tu saya berada di SACC Mall untuk menanti berbuka bersama busu (makcik sy) tetapi busu kena berbuka dgn customer nye di hotel. Jd kami berdua pun hanya mkn rendang dan ketupat di kaki lima PKNS dlm ujan renyai... Selesai berbuka kami pun jalan2 di SACC sambil menunggu panggilan telefon dari busu untuk continue berbuka pose. Jln2 beli2 baju raya juge. Tetibe mak saya call..'Adik wan masuk hospital' gitu je. Dengan pantas bayar2 dan naik keta. Nuar dengan aksi driftnye keluar dari kawasan jem Shah Alam tu...

Dlm keta tak henti-henti saya membaca Al-fatihah untuk wan. Walaupun pada ketika itu tu tak tahu apa punca sebenar wan masuk hospital. Nuar je yg menenangkan keadaan. Tak singgah Putrajaya pun untuk ambil baju ke hape ke... Sebaek Selasa (7 Sept) kami berdua dah start cuti raya. Kebetulan sampai senawang mak call 'Adik tak payah datang kuala pilah, wan dah dibawa ke Seremban' Means sy kene tggu kt hosp Seremban...Kt Senawang pulak jem yakmat! Perut time tu dah berbunyi2 yelah kan mkn ketupat setengah je.. kongsi lak tu.. Kami pun singgah di A&W Seremban..mkn mkn..air yg panas pun ku hirup lelaju.

Sebaek shj keluar dari A&W dihadapan trafficlight Sekolah KGV ambulance dari hosp kuala pilah betul2 di sebelah keta kami. Perasaan sebak dan mcm2 lagi kua..terus air mata mengalir dgn laju sambil berdoa Ya Allah selamatkan lah wan aku Ya Allah... Jam ketika tu dah pukul 12tghmlm. Kami follow ambulance..Betul! dlm ambulance ada wan. Kelihat di kawasan Kecemasan Hosp dah ada Mak Teh (kembar mak)...kebetulan Mak Teh baru abes shift keje petang (ye..beliau seorg staff nurse di hosp seremban). Kelihatan wan keluar dari ambulance sambil mengangkat tangan .. doctor suruh wan sentiasa mengerakkan sendi2nye. Air mata kian deras mengalir tgk keadaan wan. Selepas tu baru lah pakcik makcik sampai dari jauh dan dekat..Segalanya sekelip mata. dan barulah sy tahu cerita sebenar.

Selesai wan membuat scan di hosp seremban .. dengan menaiki ambulance wan dihantar semula ke hosp kuala pilah.. dan bermulalah kehidupan kami di hosp kuala pilah. Sepanjang menanti hari raya kami sekeluarga berkampung di hosp kuala pilah.

Hari mantai (satu hari nak raya) saya yg jaga wan dihospital pagi tu.. Wan dah boleh berborak.. lawak sgt time tu..wan isek buat lawak je.. berdekah-dekah saya ketawa. Doc bagitahu wan dah boleh kua hospital. Saya pun call semua makcik2 saya... Derang kurang setuju dengan doc..kalau boleh nak wan full recover baru bawa pulang. Sedang kan wan masa tu masih bergantung dgn oksigen dan drip. Doc ckp wan dah OK..

Waktu berbuka tu...rumah wan penuh. Ank cucu cicit dari utara,pantai timur semua balik. Meriah seketika rumah wan..rumah kesayangan kami. Aku ingat lg wan marah aku sebab ckp umah wan 'apo lak umah wan lak.. umah kito.. umah ekau moo' (moo tu semua lah)....

Dan esoknya hari raya....... lihatlah wajah plastik kami:-


 kami make up wan..Busu, Mak, Kesayangan Kami, Makteh dan Maklanghaziq fav = tart nanas mak Abg FmilyAnak cucu cicit minang!
.....dan raya ke-2 dengan kaki yg berat aku meninggalkan wan utk balik beraya ke Perak. Nuar pun rasa serba salah tp nak wat macam ne .. kami balik.. all the way sy tido je..agar cepat masa berlalu. Sampai di R&R sg.perak... saja2 call sepupu tanya kabar wan.. Masyallah...wan masuk hosp balik.

Esok nya pagi2 lg sy dah bangun kejutkan Nuar dan terus balik ke Kuala Pilah balik..perjalan gerak kol 8pg kol 5ptg baru sampai...fuhhhh... Raya ke-3 wan masih boleh bercakap.

Raya ke-4 petang tu wan dah nazak....
Raya ke-5 before waktu Asar wan menghebuskan nafaz nye yang terakhir. ...tak mampu lg dah sy nak cerita.

Al-Fatihah buat wan................
wan adik rindu wan.....................................................!

Wednesday, August 18, 2010

STAR WORLD ..really make my day!

Balik keje penat-penat sure korang need rest kan.
"Me time" kata nyer...
So apalagi pabila malam lay back kt sofa fuhh heaven!
Jari jemari ku yg mulus suci ni mula lah mengapai remote astro ..
Tetapi kekadang jari jemari gebus yg berbau tembakau tu sudah terdahulu capai remote panjang lonjong tu.
Haih! sebaik tak berebut channel sbb beliau lah yg kenal kan saya dengan STAR WORLD (711).
Kalau tak dulu balik balik MTV tak pun E! hehehe suka sgt tgk video clips eh.
Two and a half men. Budak gemukss yg sengal2 ubi. Two men Allan and Charlie lakonan Charlie Sheen and half men reffer to budak gemukss with red t-shirt.
Accidentally on Purpose. Oh! Sakit hati tgk kawan bf dia tuh. Tajuk dia jd mcm tu sbb Billie ter-preggy kan anak zack. Alah Billie ni yg cerita Dharma & Greg dulu.
GLEE! Semua org tahu kan cerita ni. Dlm cerita ni saya suka time derang menyanyi. Minggu lepas derang nyanyi lagu Beyonce-single ladies..sgt kelakar ok sbb lelaki nari mcm beyonce outfit rugbi.
Cougar Town!! Seorang balu yg ada anak lelaki dan kawan yg suka enjoy dan jiran yg suka bergosip. Jejaka idaman dlm cite ni: hehehe yg dok atas kurusi putih tu. Jiran dia duda.
Ok! Nuar siap ada ring tone lagi lagu How I Met Your Mother. Kenapa tajuk dia mcm ni?? Sbb dia menceritakan balik how Ted (dok tengah2) berkenalan dengan isteri dia. So kirenye Ted ni cerita kt ank2 dia mcm mana perjalanan idup dia lah bersama kawan2 dia Barney,Robin,Marshall and Lily!

Last..ermmm Parenthood. Cerita yang penuh dengan pengisian dan kekeluargaan. Lelaki idaman dalam cerita ni??ermmm Abg sulung derang kot. Hik hik hik...

So uolls mlm2 tu boleh lah layan 711..lite entertainment. Lagipun cerita2 mcm ni tak perlu lah korang nak tahu 'ehh smlm dia dah tahu lum sapa suami dia?' haaa tak de sambung2 ok.. 1episode 1 episode.. Bukan mcm cerita indon,korea or desperate housewives.

Barbie Shop in China

Huhuhu lepas sahur sgt mengantuk tp tahan mata tak maw tido..nnt lesu badan kt opis. Surf2 tenet.. tengah rungsing nak beli apa hadiah untuk ank2 buahku yg 4 org tu. Camelia, Emill, Khadeeja and Syamyll. Huh! Fening! Nak beli baju rayes..mak bapak derang dah beli. Saiz plak kene tepat dan betul. Nak nak lagi bulan pose ni ada yg over weight ada yg lose weight hahaha...

Smlm dah plan ng nuar apa kata beli mainan aja ekeke.. so lepas sahur sy pun surf2 lah mainan budak..alih2 jumpa ini..

Mak datok!!! kedai barbie kt China 5 tingkat. Mesti Camelia suka kalau g sini. Dia panggil Barbie tu kakak ..haih! tak faham. Jadi silalah layan picture dibawah ini ye. Time kasih abg google!

Tangga

Hamekkk 5 tingkat..escalator nyer pinkish! Aaaaa i like!





Besh! Besh! terus nyanyi im the barbie girl in the barbie world!!

Berbuka di Masjid...apa pendapat korang?

Hari ke-7 puasa kiteorg buka pose di Masjid Besi atau nama rasminya Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya. Subhanallah..sangat cantik sangat tenang jiwa masuk Masjid ni time bulan puasa. Bukan bulan puasa pun tenang jiwa bila masuk tp bila bulan puasa bertambah tambah. Actually kiteorg nak tgk flow berbuka di Masjid macamaner. 1st time! Selalu kiteorg p Masjid lepas solat Magrib dirumah baru teraweh kt Masjid atau surau kt bawah umah ni aje.

Nuar kiranye nak temankan saya lah berbuka di Masjid..sbb esok eh dio kono berbuke kt otel ng CEO opis eh.. Bulan2 pose dia byk kot dpt invitation berbuke so saya tak mahulah alone dirumah untuk berbuka. Buat hati ini pilu je mengenang nasib (konon) sebenarnye saya takot tinggal umah sowang2 ahahaha! Tak kan nak berbuka kt luar lak kan..sowang2 lagi pelik. Baek berbuka kt Masjid org ramai dan ramai gak yg alone..

Yang kt seberang tu untuk lelaki. Mana2 lelaki yg dtg alone tu boleh berbuke di sebelah situ. Tp Nuar buke side ppuan sbb mana yg dtg berkeluarga boleh lah joint kt side wanita. Org slalu ingat org susah , org nak budget je berbuka di Masjid...tp bg saya tak! Sbb ramai je org yg bawak mangkuk tingkat dari rumah sedap2 lagi makanan derang. Sebenarnye derang nak buke ramai2 dan senang terus solat teraweh.

Sabar menanti waktu berbuka.. sambil usha2...
Belasah tudung itam.... hahaha..sonang.
Starter pack hehehe... Lepas makan kueh and kurma solat magrib peh tu baru makan heavy2. Lauk2 superb! Catering dia best.
Pehtu tadi puasa ke-8 (Rabu) saya berbuka sowang2 di Masjid. Nuar hantar dlm kol 7 gituw. Sonoknye. Buke ramai2.. yg datang dari Puchong pun ada. Jauh kan...huhuhu.. Lepas ni kalau Nuar kene bebuke puasa otel bolehlah saya dtg berbuke puasa sini. Tenang+simple! Td menu eh nasi ayam kooo..



Johnny's Restaurant - Tak Halal??

Terus view makanan dulu kan.. Sorry guys! Have too. Ye ye saya pun pose.


Td dapat email frm my sil. Tekezut kite wak! Johnny's ni tak Halal. Untuk pengesahan kita pun check lah Halal Malaysia..Betul ye Johnny's ni tidak pernah memohon halal dari Jakim/HDC. Ternyata sijil Halal yang dikeluarkan adalah dari badan islam yang tak diitiraf. Harap pengguna islam tidak terpedaya dengan loga halal tersebut.

Uolls boleh check on-line juga di Halal Malaysia kt ruang maklumat carian tu isi Johnny's. Selamat mencuba!

Actually saya dah beberapa kali mkn kt sini. Time makan tu mcm kembang2 tekak juga nak makan sebab plate dia yg plastik maroon tu mcm tak bersih je..dan crew dia bangla and myanmar kot. Pekerja melayu slalu jd manager.

Risau ek sekarang byk restaurant tak halal tp kire halal mcm mana tu? Aritu pergi green box pun sy geli nak makan buffet dia ..tgk cina-cina berkuku panjang yg menghidang mkanan.. cukuplah mkn snack ajor.

Thursday, July 29, 2010

Masalah Bancuh Air !

YA! Saya mengalami masalah besar bab buat air ni. Masa zaman bercinta dulu banyak kali saya tanye ex-bf (kini suamiku) sy, dia minum air apa maksud saya air apa yg dia minum untuk minum pg, petang atau malam.. dia cakap kopi. Haaa naya! Dlm family saya tak da yg minum kopi..nescafe adalah. Pehtu dia ckp nescafe tu kopi lah hahaha. Owhhh! Tp tak kesahlah dia minum nescafe ke hapa ke yg pasti saya masih belum pandai bancuh air ketika itu. Air untuk family pun sy fail bancuh inikan pulak untuk bakal mertua kan. Sy tahu buat air teh-o je tu pun kdg2 kelat yakmat!

Bila dah kawen saya beli 3 in 1 pelbagai jenis, milo,nescafe,teh,ais lemon tea dll.. Ya! saya tak pandai bancuh air milo jugak hahaha..

Tp bila dah tiap2 pagi dan malam cik abg request air panas lama2 sy terfikir kopak lah mcm ni.. hari ke hari sy improve buat air teh o' tp sy gunakan teh uncang.
Tiap2 malam buatkan air teh o' buat nuar..sukatan sy tak lari 4 sudu gula + 1 uncang teh = pujian dari nuar hahaha.. one day adik ipar sy dtg umah.. sy pun buatkan air teh o' masa dia minum dia tanye 'teh apa ni?' 'lipton..nape? payit eyh? kelat ker? tak sedap eyh' dia balas 'eh! taklah sedap..bape sudu gula?' yeah!!!!! sukaaaaaaaaaaa! 2nd pujian! Start dari tu sy confident buat teh o' utk org.. hinngalah sy buat air dlm 2 jug besar untuk family day husband di Cameron tahun lepas. Sampaikan akak opis dia nak belajar dari saya..hahaha poyo je sy kan.


Ok bab teh o' problem slove tp bab kopi belum lagi.. Salah satu hadiah yg saya dpt masa kawen adalah coffee maker dari Atie my bestie..(ko mcm tahu2 jekan nuar minum kopi)..Husband happy sgt dpt hadiah tu. Jd dia pun ajar lah sy how to use benda tu.. dan sukatan gula bagai2..hahaha result is kadang2 sedap kadang2 too sweet kadang2 tawar. Sy frust lah jugak..

Sehinggalah one sweet day...
Kami ke Sunway Pyramid untuk membeli barang dapur. Di lokasi penjualan Nescafe, ada promoter tgh promot keluaran baru Nescafé iaitu Nescafé Gold..Nuar try rasa dlm 3 small cup. Budak tu soh sy try..beli sekali lah kan..Nuar pulak menyokong budak tu soh beli. Sy ckp terus terang kt budak tu..sy tak reti buat air bersusu ni... dia balas balik 3 in 1 pun ada kak..sekali lg Nuar nak beli 3 in 1.. sy ckp mahal lah dik.. 'Ok kalu akak nak murah akak beli lah satu botol sy begitu tahu rahsia membacuh nya sekali ye' haaa kami pun kusyuk lah mendengar.


Untuk bancuhan 1 mug (cth mug:red mug Nescafé):-
1 tea spoon Nescafé Gold
2 tea spoon Nestle Creamer
1 tea spoon sugar

...and will get 1 perfect mug of coffee!
Selamat mencuba. Tak tipu memang superb! Tp uolls jgn kerap minum ye..mcm saya..sy selang2..hehehe kadang2 milo kadang2 tea o'. FIY milo sy masih 3 in 1..hahaha!

Saturday, July 17, 2010

My 27th Birthday

Oh finally dapat juga update blog pasal my birthday last week. 10th July 2010. Genaplah 27thn umur saya.
Disambut secara aman dan tenang. Tanpa sebarang suprise party atau terlupa party atau 'oooo tak wish pun birthday aku' hahaha campak jauh2 perasaan kanak2 tu ye.
Bangun pagi Sabtu terus call mak untuk ucapkan terima kasih kerana melahirkan saya. Dulu kecik2 dah puas mak wish kitakan laaa ni dah besar panjang kita pula yg kene return back. Susah payah mak besar kita sampai 27tahun.
Nuar keja half day aritu..tapi dia janji nak balik awal dan soh sy dress up b4 dia balik senang nnt dia balik terus g KL. Sy pun bersiaplah memula Nuar ckp nak g diner tp memandangkan family husband nak dtg mlm tu so cancel..kite g brunch sj lah. Sy follow jer mana2 pun boleh.


Yayyy! Sampai sudah! Kami ke KL Tower untuk branch di KL Revolving Restaurant. I swear b4 i get in perasaan sgt lah cuak+risau+takot bukan pe sy ni ada problem sikit bila naik tempat tinggi telingga cepat jd pekak dan sakit yakmat. So far sakit paling sakit penah sy alami ketika naik turun flight dari tmpt tinggi ke rendah..gila sakit telinga ni. Air mata menitik tak henti2 sapa yg dok sebelah sy time tu mesti rasa serba salah ekekeke :)
Wajah happy! Nuar yang soh buat muka mcm ni.. walaupun telinga dah hampir pekak tp Alhamdulillah telinga tak sakit kepala tak pening. Kali terakhir naik KL Tower sekolah menengah kot... lupa dah.

Nyummylicious!
Serius ketika membalas text text ucapan berbaur 'oit bila nak timbang ank' ishhh! sabaq arrr..

Hehehehe finally lalu KLCC..cepat2 snap nnt terlepas pulak.
Memula sy tak dengar sgt apa org ni ckp rupa2nya dia wish sy happy birthday. Nuar dah request siap siap nyanyikan lagu happy birthday utk sy. Oh! my husband... u r so sweet!

Thanks husband for all this!


Tgk tangan kiteorg berselang2 hehehe self timing katenyer..jd kene cepat cepat posing. hehehe..

Lepas tu kami ke PV. Untuk memilih hadiah. hihihi...best best best.. Sbb Nuar tak kan de nak beli hadiah sy sendiri.. mesti sy yg pilih dia ckp 'lg pueh ati' ekekeke...

1st hadiah.


2nd.. Insyallah yang...

3rd! Suka suka.. suzanne somers!


So far ini yg last ekekeke... Gile happy esoknye g opis terus pakai.

At PV... Birthday Women Enjoy!!
Thanks yang!!

***************************************************************
mmmmmkayy.... kat office lak.
Sudahlah pastilah derang celeb8 ng my twins ni.
Me and airy. Sama tarikh.sama tahun.
10 July 1983 sy lahir lepas sahur dia lahir lepas berbuka. 3 hari b4 raya kiteorg lahir.

Thanks uolls!

The new cake from SR.
Saya dah confius nak bagi2kan kek ni..kakak burberry tu dah tak sabaq dah tu.

US!!