Monday, March 25, 2013

Im still around....

Assalamualaikum...

Manusia berpegang kepada janji. Maaf jika Leen mungkir janji. Sebab sudah berjanji tidak mahu bercerita tentang jiwa kacau didalam blog ini. Cukuplah Leen bercerita dengan suami dan tidak perlu di share di dalam blog ini. Tetapi kadang-kadang terlepas juga di dalam instagram dan facebook.

Esok 27th genap 4 bulan selepas dugaan itu. 7 hari lagi suami dan saya bakal menjadi tetamu Allah. Terima kasih atas doa kalian kerana telah mendoakan kami tabah dengan ujian Allah ini. Ucapan terima kasih tidak cukup Leen rasa untuk membalasnya kepada kalian. Kerana doa kalian Alhamdulillah mustajab Leen rasa OK! InsyaAllah ketika menjadi tetamu Allah nanti Leen akan doakan kalian dimurahkan rezeki dan hidup dirahmati Allah.

Sayang semua.
*Empty Womb*