Wednesday, March 30, 2011

Shaolin Boy

Ini lencai sudah tarak rambut lorrr....
Atok dia sudah toreh rambut dia dek kerna dia mengalami gegatal rambut dan kalau dia boleh ckp mungkin dia akan ckp "i rimas dengan rambut i ni taw"

So this is my nu look.....
Ok ke?
Hurmmmm ok lah kannn....thank you atok kasi cut my hair ...


xoxo
miss you like crazee Syamyll Illan 


Monday, March 28, 2011

Masakan Hari Isnin

Salam.. Harini rajin sikit untuk memasak ;) 
Masak ikan yg dibekalkan oleh Mak cik Nuar semalam.

4jenis. Ikan sepat+ikan sembilang sambal, ayam goreng rempah,sayur campur dan ikan masin made in opah Nuar crib ekekeke. Actually aku nk bwk ke rumah Fira, derang tak balik kampung so tak merasa mkn ikan fresh ni..jd aku pun memasak memasak dan tapau ke rumah derang di Bangi.
Sian Sara mcm moody je sbb seseme dan batuk.. gambar senyum dia dlm hp Nuar ini time dia dah letih senyum kot.
Abes cte Gemilang kami balik....sian Saif isek kene blasah je...

Thursday, March 24, 2011

Menyesal beli Donut baik beli Bun



Ni leh jd sebab kene marah pagi2 apabila si isteri dok sibuk lipat lipat ke dalam donut. Ingat menyenangkan tp bertambah susah rasanye ni. RM7 ish!!

Thursday, March 17, 2011

Renjis Mempelai on Harmoni mag!!



Harmoni front cover by Mizz Nina
Keluaran 15 Mac 2011

CEKEDOTTTT YAWWWW!!!

Monday, March 14, 2011

Sickness Monday

Hari ni aku ng Nuar EL..yeps EL sgt tidak bagus tp nak buat mcm mana apabila kami bedua demam dan terkena food poisining..

Dah siap2 dah nak g keje tp bile dah amazing race ke toilet badan dah lemah terus tido sampai kol 1 after solat kami g cari makan dan refreshkan mata hehehe.. 



Our brunch at AP seksyen 9 Bangi.
Lele penyet, ayam penyet dan pucuk ubi masak lomak..nyummmeh!!!!
                                                        
Hiburan minggu ini.
Thumbs up to KRU!

Minum petang hot chocolate dan coffee...





Wednesday, March 2, 2011

Aku kena tipu daaaa....

Tadi masa kt office sedang aku menunggu kertas-kertas kerja aku siap di print sempat lagi aku melawat si sahabat aku yg duduk sebelah printer tu. Time tu dengan seronok dan penuh aksi nyer dia bercerita dengan sahabat lg sorang tu. Aku yg masih terpacak disitu sekali sekali sahabat yg sedang bercerita pandang2 aku menunjukkan dia nak cerita kat aku sekali. Makin lama aku makin rapat kt dia. Punyalah best cerita yg dia ceritakan tu.

Yelah kesah rumah tangga orang kan macam best je nak dengar (huhuhu). Dalam hati aku berkata "makkkk aiiii giler dasyat minah ni buat mcm tu kat husband dia" Dalam kisah sahabat aku ni isteri orang tu adalah seorang artis. Aku tanye sahabat aku tu artis tu sapa? Dia jawap "ntah sapa ntah saya lupa nama dia artis baru" aku pun berkatalah oooooooo.. Tp td dia cerita peristiwa tu dah dah 8thn berlalu..kalu dah 8thn tak kan lah artis baru kan..

Cerita dia mcm ni: Perempuan ni kena rogol ng lelaki ni. Lelaki ni jahat giler. Ppuan ni pulak baek giler. One day ayah lelaki meninggal dunia. Time kt kubur mak dia soh dia baca Yassin tp dia tak baca dia menanggis je..dia ckp kat mak dia tak boleh baca. Start dari pada hari tu lah dia berubah jd baik. Ppuan yg di rogol ni pulak jadi jahat. One day..lelaki ni terbaca majalah..tgk ppuan ni dah jd hartis. Lelaki ni pun soh lah mak dia amik ppuan ni jd duta produk kecantik mak. Hartis ppuan ni setuju. Dipendekkan cerita llaki dan ppuan ni berkahwen. But ppuan ni still tak tahu yg lelaki ni lah penah rogol dia. Sehinggalah anak derang dah berusia 6thn barulah segala2nya terurai. Apabila si anak rimas dgn jambang papanyer time papanyer kiss dia dan soh papanyer mencukur jambang santa clous nye tu (yelahlah kan selalu org kuat agamakan simpan jambang). Balik je isteri dia rekod album husband dia buat "tadaaaaa" isteri dia terus rasa tak sedap sbb baru nmpk parut di dagu suaminye itu. Dipendekkan cerita isteri dia dah kaji dah dah selidik dah sah lah itulah lelaki yg rogol dia dulu.

Isteri dia start buat perangai. Mcm2 dia buat. Mcm2lah susah aku nak cerita kt blog aku yg suci ni (hahahahaha gelak syaiton nirojim). Dipendekkan cerita lelaki ni masih sabar dengan sikap si isteri sangat bersabar. Isteri dia mcm mintak di divorcekan tp lelaki tu tak nak. Sbb lelaki tu tahu isteri dia buat perangai mcm ni just nak bagi lelaki tu bengang dan lelaki tu admit tu silap dia satu ketika dulu dats y dia mengahwini ppuan tu. One day ppuan ni pergi sekolah anak dia (bukan nak jumpa anak tp tunggu husband dia) dia ckp "esok aku tunggu ko kt mahkamah" lelaki ni baek je..dia siap arah kan anak dia "alisya salam mama" tetapi ppuan ni sentap tgn dia time anak dia kiss tgn dia. Lepas tu dia bla. Ank ni dah dalam kereta tp tak puas lepaskan rindu kt mamanyer terus keluar dari kereta dan berlari ke arah kereta mama..si mama jahanam ni dgn perasan marah me-rivess kereta nye dgn laju..BAMMMMMMM..terlanggar anaknye. Dia pun menangis time nilah husband dia tak leh tahan lagi dah. Dia cakap INI BUKAN ANAK KO. Dipendekkan cerita ppuan ni kena tangkap dengan bf dia atas tuduhan apa ntah lupa derang kena tangkap ketika nak p bercuti bersama bf dia ckp "jomlah g bercuti..ubati hati u yg sedih tu lepas ank u mati". Last2 ppuan ni minta maaf kt husband dia..dia cari husband dia kt kubur ank dia. Tetapi husband dia ckp "Aku divorcekan ko talak 3 aku tak penah ada isteri mcm ko..sejahat jahat org berubah jadi sebaik-baik orang tp ko sebaik-baik org berubah jd sejahat-jahat org" sambil pegang batu nisan anak dan berkata "maafkan papa"

Haaaaa trajis kan..mana lah aku tak melayan cerita sahabat aku nih. Last2 aku tanya..sapa org tu awak..artis mana eyhhhh ada anak nama alisya..Kawan awak ke? Iskkkk awk ni norleen saya tgk kat ASTRO PRIMA lah mlm td.

Arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh! Aku puaslah dok imagine giler lah ppuan ni buat mcm tu. Mcm dasyat sgt sat lagi cerita tv!





Sedikit preview cerita tu. Zamarul as husband. Ppuan jd isteri tu aku tak tahu nama dia apa.