Wednesday, August 27, 2008

Kelebihan Teraweh



Kelebihan Solat Sunat Terawih Mengikut Malam


Bersiap nk g teraweh~skema tak?mcm makcik2kan? hik3 tudung pin dpn tu hihihi

1.Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.


2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.


3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga Para malaikat di bawah 'Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.


4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.


5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.


6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.


7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.


8. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.


9. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.


10. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.


11. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.


12. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduabelas Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.


13. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigabelas Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.


14. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempatbelas Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.


15. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelimabelas Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.


16. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenambelas Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.


17. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuhbelas Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.


18. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapanbelas Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).


19. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilanbelas Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.


20. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.


21. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh satu Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.


22. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh dua Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.


23. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tiga Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.


24. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh empat Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.


25. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lima Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.


26. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh enam Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.


27. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tujuh Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.


28. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lapan Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.


29. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh sembilan Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.


30. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigapuluh Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar




Wednesday, August 13, 2008

My dream come true~Abah~

1st time in my life, someone addressed him self “abah” to me.I'm lost for words to describe about my felling dat time!He's my bf dad..THANK YOU so much uncle! Even my bf speechless hearing dat huhuhu.

Mula2 tu tak perasan jugak tp tetibe terperasan 'eh pak cik ni sebut lg'..hik3..Rasa mcm tak percaya!Dah 25thn tinggal di muka bumi Allah ni..namun belum penah lg panggil seseorg itu abah, ayah,daddy, papa, walid, baba etc. Sometime im wondering why me must face all those things?? Sometime im so sad looking my friends celeb8 their happiness & joyful & successful and everything wif they abah..but me?


Time ni lah kejadian "my dream come true" tu terjadi..(Aug 13) Time convo Amy (adk my bf). Mula2 tu i tak g..tp my bf call byk kali soh pergi. So i terpaksalah half day pergi jugaks lah..sbb dia kata tak manislah kalu i tak joint event tu memandangkan UKM,Bangi ng Putrajaya tak jauh maner pun.
Lama jugaks lah hang out dgn PIL wanna be i ni hahaha.. Then tiba lah masa Amy nk bergambar di studio (utk mengekal detik istimewa dia) sampai jer kedai gamba tu i buat tak tau jer sambil main2 ng Camelia (my bf niece) sat lg Abah dia panggil soh masuk skali. OMG!! takan i nak masuk dlm family potret dia kan sbb lum ada ikatan sah pun lg. Abah dia,mak dia,kakak ipar dia,abg dia,adik dia dah pujuk2 i siap tarik tangan i. My bf terkedu dan tak berkata apa2. Then time setting kedudukan i dgn bf berbisik2 "matilah kalu family b tau" "abis nk wat cemaner" then amy dgr "kire jd lah ni kak leen" huh! Gamba ni tak de soft copy so pic ni di MMS oleh Amy diambil melalui frame..tajuk MMS dia "kira jd lah ye k.leen" ... huhuhuhu end story of FAMILY POTRET.


Pic was took a nite b4 Amy convo (Aug 12) My PIL wanna be bermalam di Hotel Equatorial,Bangi. So mlm tu my bf brings me meet PIL..kire nyer untuk bersuai kenal dgn penuh mesra lg lah. Camelia show ur teeth!


Ayah meninggal dunia semasa sy 3 bulan dlm kandungan mak.Mak lah yg mengantikan tmpt ayah selepas itu. Kagum sgt ng mak sbb berjaya membesarkan 3 org anak nya dan Alhamdulillah kami adik bradik berjaya dan semua nya masuk University. Tulah hadiah kami pada MAK! Dan skarang kami 3 bradik dah besar panjang dan mampu menjaga mak dan Insyallah kami akan membalas jasa mak sedaya yg boleh!!!

Only Allah know why. Itulah kata yg sy pegang sampai sekarang.


L to R : Me, Mak, Angah (my sister hubby), Kak Lip (my elder sister), Abg Gie (my elder brother),Kak Long (my brother wiffy)




This song I dd8 to all Abah out there.

Satu... kasih yg abadi
Tiada tandingi dia yang satu
Dua... sayang berpanjangan
Membawa ke syurga kasihnya ibu
Tiga... lapar dan dahaga
Rela berpayahan setianya ayah
Empat... mudah kau ketemu
Berhati selalu beza antara
Kasih dan kekasih( korus )
Ibu kuingat dahulu
Menyisir rambut ku kemas selalu
Ayah menghantar ke sekolah
Bergunalah ilmu bila dewasa
Sayang dengar lagu ini
Untuk kau sandarkan buat pedoman
Jangan manis terus ditelan
Pahit terus dibuang... itu bidalan
Harus kau renungkan
Hidup ini sementara