Showing posts with label Buddies. Show all posts
Showing posts with label Buddies. Show all posts

Friday, May 2, 2014

CARI KAIN NAK BUAT BAJU RAYA

Assalamualaikum. Hari Jumaat 2 Mei 2014 datang office tapi macam suam-suam kuku je semangat nak buat kerja tu. Officemate pun ramai yang cuti. Biasalah bawa anak-anak jalan-jalan kannnn. Jadi kami pun plan pergi jalan TAR masa lunch time. Best ar sebab tak ramai sgt orang. 

Rata-rata peniaga di Jln TAR jual kain ada batu-batu dan corak parsley. Leen rasa trend 2014 kot. Ada satu kedai ni ambil upah jahit siap dalam masa 3 hari. Caranya pilih baju mana yang berkenan dan pilih saiz, lepas 3 hari boleh datang ambil. Harga daripada RM100-RM200. Bagi Leen berbaloi sebab Kain+Manik2+Upah Jahit. Manik2 pun jenis yang besar2 and trend terkini tu. 


Settle dah kain baju raya Leen. Tapi nak menempahnya pulak ni kat mana. Leen sebelum ni pernahlah hantar kat Koleksi Fathiah, Sungai Merab atau Koleksi Faza, Sungai Merab. Dua nama kedai yang sama hihihi tak faham Leen knape dua nama. Sepasang untuk kurung modern RM75, Kurung pesak gantung atau Kurung pahang RM55. Jahitan ok bila bagi baju contoh tp bila tak bagi baju contoh memang failed! Minggu lepas masa hantar baju mak Leen, Leen tanyalah boleh lagi tak ambil baju untuk tempahan raya .. mak cik tu cakap 2 Mei last dia ambil tempahan. Ngeeeee! 

Inilah partner shopping Leen hari ini :) Thanks babe!

Tuesday, June 12, 2012

Picnic at Putrajaya (depan Picc)

Assalamualaikum...eh hari ni macam rajin pulak nak update blog hihihi.

9 Jun (sabtu) my bff and I pergi berpicnic di Putrajaya. Mulamula plan nak buat di KLCC park tp sure cuti sekolah ni ramai org kan so we decide buat kt Putrajaya je.

Janji pukul 5ptg tp cam biasa ade yg smpai pukul 6ptg. Makanan memang mewahmewah. Ade lasagna, puding, spaghetti, air sedap dan ayam goreng. Leen bawak benda paling simple hehehe Leen bawa ice cream je tp ice cream special tau siap ade choc rice,badam hancur and banana hehehe.

Ainul and Shina bawa mak hihihi mak Leen nak joint jugak tp malas drive sbb jam jalan.

Friday, April 15, 2011

Al-fatihah.......

Buat Baby Raqeeb, 5bulan
Meninggal dunia akibat tersedak susu.
Lokasi: Rumah pengasuh Presint 9G, Putrajaya.
Waktu meninggal: 5.15pm, 14 April 2011

Penantian 2 tahun setelah bergelar suami isteri untuk dikurniakan zuriat. Doa mereka termakbul apabila dikurniakan zuriat yg comel,mesra,kuat senyum dan yang penting sihat..Baby Raqeeb. Sekarang segala-galanya telah hancur lebur dek kerana manusia yang tidak menitik beratkan penjagaan bayi.

Wahai ibu ibu bapak bapak diluar sana plz plz kalau susu kan anak tu plz lah pangku anak tu. Jgn beri sambil dia terbaring. Sebab kita tak keupayaan bby kita untuk menelan susu itu samada too fast or too slow. Jadi pangku lah bayi itu dan pegang botol susu agak2 budak 5bulan dah pandai pegang botol susu kah??? (emosi sedikit ayat ini)Jd gunakan akal untuk menjaga anak.

Semalam di dalam lift ketika pintu lift hampir tutup terdengar suara bdk ppuan jap TUNGGU!! tetiba terpacul seorang bdk ppuan berlari sambil membawa adik nya yg berusia 2bulan si kakak berusia 8thn...demmmm mana pergi akal mak bapak dia ni.. biakan budak berusia 8thn (saiz badan sederhana) bawak adik sambil berlari...terkulai2 kepala bdk tu..dengan beg sekolah si kakak yg berat 5kg tuh,botol air ditangan,plastik makanan lagi...Si kakak memang tak larat bawak siap mencangkung tunggu lift berlabuh di aras rumah mereka. Kesian..... org dlm lift semua terperanjat termasuk aku yg offer diri untuk dukung bayi 2bln tu. Hilang akal barang kali si ibu dan ayah ini. Buatnye si kakak lari lari pehtu jatuh..fikirlah apa jd kt si adik berusia 2bln tuh.. Kompom mak ayah dia marah si kakak kannnn.



Parents plz jd lah parents yg tinggi IQ. Biarlah belajar setakat UPSR tp tang anak tu learn from expert lah.. Ok fine aku tak de anak lg..mungkin korang nak ckp "ckp pandailah!" Yeps! i admit Tp aku berjanji kt diri aku untuk jaga anak penuh tekun dan berhati2..dan byk membaca..byk belajar dr akak ng akak ipar aku.

Thursday, January 6, 2011

Easy to talk without thinking....

......but difficult to refrain the tongue.


Situasi A


Kejadian ini baru je saya dgr dan lihat td ketika di office. So cerita masih panas dan masih segar dalam ingatan saya.


Saya : Hye! Imran (bukan nama sebenar) dah masuk keje dah? Bby sihat? Zie (bukan nama sebenar) sihat?
Imran : Alhamdulillah ...sihat.. Dua2 sihat.
Saya : Zia berpantang kat mana? Tgk dlm fb kemain sakan dia berpantang..hihihi
Imran : Hehehe mesti....nak back to shape katenyer. Berpantang kt sini. Mak sy ng mak dia jaga.
Tetibeeeeeeee.... Dang! satu suara minah kipochi dtg dan dgn lantangnye dia bersuara
Minah : Haaaa Imran dgr cite Zie tak normal. Betul ke?
(time tu saya yg masih kt situ berdiri mengadap Imran dan pandang Imran ni macam terkejut..eh! sumthing wrong dgn anak dia ke?)
Imran : Ha ah...tulahhhh sian Zie dia kena c-zer. Sbb bby dah lemas


LAHHHHH ENTE........tak patut ckp mcm tu. Tak Normal is not the right words yang bagus utk situasi itu.Plzzzz lah uolls.Boleh fikir tak sejenak if situasi tu kt tempat uolls. Then org lain cakap u tak normal because of bersalin c-zer. Sakit hati tak. Beside this minah baru ada seorang anak. Kita tak tahu yg kite mungkin akan dikurniakan lagi cahaya mata kan...haaaa ntah apa pulak masalah kita kan. Astaga........
Saya ingat dia nak berhenti di situ rupenye tidak yeeee.


Minah : Berapa berat anak?
Imran : 2.85kg (dengan bangga ye .. yelah sapa tak bangga kan dpt anak kan)
Minah : ohhhhh 2.85kg je..ringan nye nampak perut Zie besar kemain (sambil gelak sinizzz)


Choi! Asal kan sihat dah lah. Berat berapa kilo it doesnt matter lah asalkan sihat. Itu dah cukup Alhamdulillah.


Minah : Sapa nama?
Imran : Muhammad R........M.......(dirahsiakan jugak)
Minah : Wah! Nama tak tahannnnn mcm hartis
Saya : Ok apa..asal ada makna RM tu ringgit mesia boleh renjis mempelai pun boleh hihihi...
Imran : Betul tu


Fyi, nama anak minah ni pun ala2 nama hartis. Tak tahulah mcm mana dia kategorikan nama anak dia kan. Tapi as long as bukan Aminah ke Siti Fatimah ke itu baru bukan nama hartis kann. Easy to judge the mistakes of others but difficult to recognize our own mistakes.


Situasi B



Minah A : Kesian ye tgk Didi (bukan nama sebenar) tu...bersalin c-zer. Dia bersalin 8bulan. Tak cukup bulan.
Minah B : Alah mesti salah kira tu. I dont think the bby boleh survive on 8mons. (level up up sikit..style ckp omputih mmg hebat .. i kagum yewww)
Minah A : Hishhh sebaiklah dah 1 setahun kawen baru dpt anak kalu bunting pelamin mesti malu kan..Mesti org nak kira sepuluh kali tarikh period ko.
Minah B : Tp kira ok lah kan she deliver a health bby.
Minah A : Mana tak sihat nyer.. Bby Mahal tuhhh.
Minah C : Kenapa pulak bby mahal?
Minah A : Hye tak tahu cerita ke? Bby tu tak natural. Bby suntik. Berapa ribu ntah dia bayar utk hamil.


Choiiiiiiiiiiiii sgt choi kan.. Fyi, MINAH A ini masih anak dara. Dara ke? hahahaha. Seperti saya ckp kan td..nasib kita, kita tak tahu lagi mcm manakan. If u tawen terus dpt anak tak pe Alhamdulillah. But u kawen pun belum dah nak cakap mcm tu. Tak takot ke?   Hayooooooooooo..sumpah tak faham. Suka hati dialah nak natural ke idak ke. Itulah cara dia berusaha utk dpt kan anak. Kalau org tu ckp "takpelah belum besedia nak ubat2 kampung or jmpe doc ni.. nak try natural dulu" dah lain pulak orang ckp "Dia tu tak berusaha langsung..."



Situasi C


Fizi : Eh! Norleen ko makan apa eyh utk conceive aritu?
Saya : Aku? hehehe....nnt lah cerita (malu kot nak cerita sbb minah tu ada. Tak suka dia dengar nnt dia interpret lain) tp apa2 pun ko kene jumpa doc dulu. Untuk cekedut ada masalah ko or ur wife..
Fizi : Owhh...g jmpa doc tu nnt dululah aku tgh cuba cara ******** ni dulu. Satu satu lah kan.
Minah : Hey! En.Fizi kenapa tak nak? Tak bersedia nak ada anak ke? Pergi jelah. Pergi hospital yg Pn.Leen pergi tu.
Fizi : Bukan tak lah tp tunggulah cara ini berkesan ke tidak dulu.
Minah : Eleh plan lah tu.
(eeeee tak faham lah nape ko suka ckp perkataan plan tu)


Can you see???? Sgt laha kan... Cepat je dia interpret apa org nak cakap. Minah ini adalah merujuk Minah ini. Dulu saya kene..skarang rakan sejawat saya pulak kena. Termasuklah  di situasi A tu. Org yg sama. Sgtlah euwwwwwwwwwwwwwww. Actually byk lagi dia suka mengata org pasal hal anak2, mengandung dan bersalin. Tp satu situasi yg paling tak boleh bla sekali is :

Ada kakak ni umur baru 29thn baru lepas bersalin kan anak ke 3 dan masuk office dgn shape badan yg ummmmphhhh mcm nak ckp "eh u dah kawen ke belum". Sebelum akak ni sampai ke arah saya dan Minah ni.. Minah ni ckp "Eleh saje lah tu pakai mini kurung nak tunjuk badan dia tu...saya tak suka dia tu pn.leen.. dia sombong" Dalam hati ni berkata .. Ellow! Entah2 itu je baju yang dia ada dan dia muat pakai..yg ko jaki sangat apasal? Ntah2 itu je baju senang gosok atau tak payah gosok kannnnnnnn. Bila akak tu sampai je kt saya..dengan ramah tamah akak tu menegur diriku ini ye. "Pn.Leen ********** " ayt memuji yg tak sanggup korang dengar hihihi.... Seeeee Ok je dia. Tak de masalah sombong pun.

Saya rasa ini adalah n3 panjang tanpa gambar yg saya rasa patut di share untuk uolls agar tidak berperasangka buruk kt orang dan jgn bercakap sedap mulut. Kerana pasti ada hati yg terguris dan terluka. Easy to lukakan hati org but difficult to balut luka org tu balik.

Kannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn. 

Kesimpulan:
Easy to think bad of other
But Difficult to give them the benefit of the doubt............................

Till then tata

p/s uolls boleh kumen dan share cerita yg ala2 sama dgn saya :p









Saturday, July 17, 2010

My 27th Birthday

Oh finally dapat juga update blog pasal my birthday last week. 10th July 2010. Genaplah 27thn umur saya.
Disambut secara aman dan tenang. Tanpa sebarang suprise party atau terlupa party atau 'oooo tak wish pun birthday aku' hahaha campak jauh2 perasaan kanak2 tu ye.
Bangun pagi Sabtu terus call mak untuk ucapkan terima kasih kerana melahirkan saya. Dulu kecik2 dah puas mak wish kitakan laaa ni dah besar panjang kita pula yg kene return back. Susah payah mak besar kita sampai 27tahun.
Nuar keja half day aritu..tapi dia janji nak balik awal dan soh sy dress up b4 dia balik senang nnt dia balik terus g KL. Sy pun bersiaplah memula Nuar ckp nak g diner tp memandangkan family husband nak dtg mlm tu so cancel..kite g brunch sj lah. Sy follow jer mana2 pun boleh.


Yayyy! Sampai sudah! Kami ke KL Tower untuk branch di KL Revolving Restaurant. I swear b4 i get in perasaan sgt lah cuak+risau+takot bukan pe sy ni ada problem sikit bila naik tempat tinggi telingga cepat jd pekak dan sakit yakmat. So far sakit paling sakit penah sy alami ketika naik turun flight dari tmpt tinggi ke rendah..gila sakit telinga ni. Air mata menitik tak henti2 sapa yg dok sebelah sy time tu mesti rasa serba salah ekekeke :)
Wajah happy! Nuar yang soh buat muka mcm ni.. walaupun telinga dah hampir pekak tp Alhamdulillah telinga tak sakit kepala tak pening. Kali terakhir naik KL Tower sekolah menengah kot... lupa dah.

Nyummylicious!
Serius ketika membalas text text ucapan berbaur 'oit bila nak timbang ank' ishhh! sabaq arrr..

Hehehehe finally lalu KLCC..cepat2 snap nnt terlepas pulak.
Memula sy tak dengar sgt apa org ni ckp rupa2nya dia wish sy happy birthday. Nuar dah request siap siap nyanyikan lagu happy birthday utk sy. Oh! my husband... u r so sweet!

Thanks husband for all this!


Tgk tangan kiteorg berselang2 hehehe self timing katenyer..jd kene cepat cepat posing. hehehe..

Lepas tu kami ke PV. Untuk memilih hadiah. hihihi...best best best.. Sbb Nuar tak kan de nak beli hadiah sy sendiri.. mesti sy yg pilih dia ckp 'lg pueh ati' ekekeke...

1st hadiah.


2nd.. Insyallah yang...

3rd! Suka suka.. suzanne somers!


So far ini yg last ekekeke... Gile happy esoknye g opis terus pakai.

At PV... Birthday Women Enjoy!!
Thanks yang!!

***************************************************************
mmmmmkayy.... kat office lak.
Sudahlah pastilah derang celeb8 ng my twins ni.
Me and airy. Sama tarikh.sama tahun.
10 July 1983 sy lahir lepas sahur dia lahir lepas berbuka. 3 hari b4 raya kiteorg lahir.

Thanks uolls!

The new cake from SR.
Saya dah confius nak bagi2kan kek ni..kakak burberry tu dah tak sabaq dah tu.

US!!

Monday, March 22, 2010

Ainul Wedding + Unexpected Mandi Kolam

Date : 6 March
Venue : Taman Rasa Sayang, Senawang.
Selewat jam 10 dah gerak dr Putrajaya. Perempuan2 itu dok called2 'ko kt ne?' 'nak aku ambil ko ke' ishhh memang tak dan lah tgk Ainul nikah. Ish... Sampai2 je derang tgh posing2 dgn Puan Ainul yang masih mengenakan baju nikah nyer...so sweet baju nikah Ainul.. simple but nice. And wedding dress... dia tak sewa eh.. dia tempah. Memang cantik. Warna Pink.. sgt padan dgn Ainul. Derang cerita time dah selamat di ijab kabul tu Hazali (Ainul Husband) nanges..yg si Ainul tak de perasaan. Hati terminator barang kali si Ainul ilah ni..


Ambil berkat laga perut suria.
Suria dah 5bln.. weeee!
Bonding time!
Munirah and her doter..and Shina.


With Pengatin.....

Balik dari kenduri rumah ainul masuk bilik kebal di rumah mak.. fuhhh lega kene air-cond. Bilik tu memang best sbb lapang dan Emill akan bebas bermain kesana kemari di dalam bilik tu...sambil borak2 mak ingat kan kiteorg.. 'dah wish hafiz lum?' Alamak hafiz birthday today. Terus k.lip buat video call.. dan kami pun bernyanyi lah lgu all time fav tu kan...Kiteorg baru je plan nak buat suprise kt dia nak pergi rumah dia kt Klang tp dia dah ada di Tiara Beach, PD.
So ape lagi ... pergi beli kek...zassss ke PD. Nak kejarkan sebelum pukul 7pm..t pool tutup.

Dengan kuatnye emill pegang bola merah tu... tak bg sape2 main.




Saya selamatkan suami saya.
Anda bila lg?

Sunset.. my husband yg tangkap ini foto. kudos!
Okey potong kek!
Haziq dah lapar sgt dah..
maleh nak layan org ambil gambar... dia bawak
lari pinggan dia tak bagi sape2 share ng dia.







Sunday, December 13, 2009

Tribute to Suria

Tajuk tak nk kalah..
Today Suria 26th Birthday.. huhuhu sorry beb aku ingat birthday ko 12/12 sape ek 12/12 tick ko ke 12/12?? Pg pg lagi td dia dah send to uols birats mengabarkan gud NEWS!!

She 1month pregnant now! Congrats Suria!! After 3 years waiting for 2nd bby. She really hope kali ni dpt bebey gurl. Ariff pun dah 5thn jd sedang elok sgt lah ade adik lg kan. Bestkan! Birthday + Detect 2nd bby. Haaa tak ke seronok tu. Dah lah raya aritu berkereta baru. Vios kaler putih uols. Memang rezeki ko lah Suria. Sibuk betul arip ng kereta mama dia tu...arip yang lawak.


Fyi, Suria ni pengedar tegar Victoria Secret. Jadi uols boleh lah cari Suria kalu nk beli Victoria Secret..huhuhu tolong promote ;p Yang belakang tu Ariff. Lihat baju kami hampir sama kan. Hurmmm tak rancang pun. Suria ni jugak pakar buat muffin and cake. Suka masak dan pandai masak. Memang Shakor syg lebih lah. Wah! Shakor tak payah beli hadiah lg dah tok Suria thn ni huhuhu dah dpt hadiah lg tak ternilai kan Suria. Congrats to both of you cyg! Take care!!!

xoxo
leen

Monday, August 24, 2009

Congrats Tiq!

Td lihat lihat ape terbaru kt my facebook terus ternampak Album Baby Tareeq...Arghhhh mcm tak caye jer Tiqah dah ada anak dah jd Mommy! Tiqah my best fwen mase kt ITM dulu..hik3 org slalu confius antara kiteorg berdua. Rupe tak de lah sama sgt tp mungkin sbb sama sama c*me* kot hik3. Ni picture dia bersama anak dia. Tiq besh nyer dah ade bebey!!!



Ni plak time dia dtg kawen kiteorg dulu. Masa dia dtg hampir tak pasan sbb dia begitu comel. Puas pikir ni sape ni eh..kwn yg mana 1 ni ek...badan dia naik betul time preggy aritu. Yang bju kotak2 tu Faezz... pun kawan baik jugak. Saiz kiteorg bertiga sama jer..kurus dan kecik dan rendah hik3...
UiTM dihatiku Teratai 4ever! (hahaha teratai)

Birat's Buffday!




...masih belum selesai......
hihihi story ni agak lama.. tp tak pe update jugeks lah...
date: 8 Ogos 2009
venue : McD Senawang (yeah! senawangrians!)
acara : saje jmpe sbb dah lama tak berkumpul2

1 pertemuan ringkas di atur oleh Ainul Ilah (Ilah adalah gelaran sbb alamat email dia ainul.ilah@uitm.edu bla bla hahaha dia keje kt UiTM cwgan Kuala Pilah jd singkatan jd lah ilah). Kami mula2 kurang pasti ape motif sebenar pertemuan itu di atur.. sehingga lah semua org berkumpul dan dia pun cakap "aku nk bertunang peh raya ni" OMG ! yeah!!! aku sukak! aku ingat aku jer gatal nk kawen dlm usia 26 ni... tp Ainul pun kira akhiri zaman bujang pd usia muda. huhuhu aku sukak! dlm geng birats, Suria paling awal kawen tak silap time tu kiteorg still buat practical diploma..heh! Yelah anak Suria yg 1st (and only one) tu dah berumur 5thn. Muhammad Ariff Budiman nama ank Suria tp kiteorg panggil Arip. 2nd kawen Shina last year bulan tak ingat tp awal thn. Nama anak Muhammad Farrel Rayyan (nama tak nk kalah OK) 4mth.

Then tgh syok borak2 Suria bwk kek! terkezut kiteorg! owh rupe2nyer kek utk aku ng ainul.. bulan 7 n 8 babies. Jd apalagi syok arrr kiteorg tiup2 lilin!




Sian parel terpenyek! Ainul punyelah xcited nk fuhh fuhh candle sampei lupe kehadiran payel.


My hubby lak tak dan nk tukar baju keje terus bergegas balik ke Seremban hik3 thanks dear sbb sudi teman..(tp i dah teman u g keje td kan hik3 best best ikot nuar g keje dpt makan sedap) Haaaaa! Kantoi. Sekali lg my hubby over xcited... Wahal lilin tu jauh dr dia.


tak pe mungkin dia cuba tolong kiteorg tuk tiup.


dan sekali lg jelas melihat kan ainul kaki buli terpenyek parel.


Birthday gurl.


See! the cake.. BIRAT rule!

Me and Shina and Farrel

Untuk amik berkat usik2 sikit parel. tak besh sungguh tak dpt kiss parel ntah cemane boleh seseme lak time tu.

Shina dah kurus. Pandai betul dia berdiet.

Family photo. Tgk arip tu time time nilah dia tak nak amik gamba. Ank suria ni memang suka cari pasal ng kiteorg. Jgn terkejut OK dia panggil nama je takde makne panggil auntie.Dialog kelakar arip ng ainul adalah : arip ' ko tgk tu nol mummy aku belikan kek tok korang' ainul 'alah mummy aku boleh belikan kek tok korang'


xoxo
go birat!




Tuesday, April 14, 2009

Bachelor Party For Me??!!


Waaaaa! Best!

Sabtu aritu balik Seremban (Hidup Seremban!! Proud to be Seremban people!!!) ...

Ahli kelab gewdiks dah tak sabar2 nk berkarok. Mula2 kiteorg plan nk buat Bachelor Party for me + Bby Shower for shina pada 18 Mei which is next week..but it really close to Shina deliver our new sweety pie after Ariff (son of Suria) takot meletop plak nnt time karok.



Aku ditugaskan mengambil Juwita di rumah Fariza dan malangnyer aku tak taw maner rumah Fariza..sedang aku terjeguk2 mana rumah Fariza...DANG!!! satu hentaman yg agaks slow telah berlaku...perlanggaran kereta dan tiang talipon. Aduhhh! Ape sudah jadi! Juwita pun dtg dari arah bertentangan rupe2 nyer rumah Fariza belakang lg agagaga...Sebaek Anas ada..dan dia tolong take off keta aku dari kancah besi2 konrit yg telah aku langgar dan kereta ada sedikit remuk ahahaha! 'Juwita ko jerlah drive keta aku nih..lg pun lesen aku dah mati' 'Lahhh yeke...OK2 aku drive...patutlah pun ko berlanggar..DM (darah manis) rupenyer"



Dan kiteorg berdua pun kutip lah satu per satu laharians "Juwita be extra carefull k...u r bout caring preggy mama (37month) and sorang DM"




Hello! We are The Pussycatdoll!
Awas! kami ni Juara Karok KPJJ (kuala pilah jempol jelebu)OK! hahahaa

Yeah!! Ape lg Juwita! Opening lgu Matahariku~Agnes! Diantara lgu pilihan:
Singkong dan Keju dan Balqis! Syahadah!!! hahaha

Perempuan itu dengan tenaga yang banyak menyanyikan lagu Ella (gosh lupe tajuk dia Kesal tak silap aku)

Left: Suria,Juwita,Ainul and Leen

Teknik digunakan: Self timer.Left: Ainul,Juwita, Suria & Shina hugging moment, me and Ita
Sayang Shina sangat2!! arghhh sedihnyer tinggalkan zaman bujang!

Menuju ke destinasi yeah! Yeah! Puncak cinta tertinggi Yeah!Yeah! Kerna cinta itu termanis bagi ku ~Destinasi by CT Nurhaliza...i would like to dd8 dis song to Shina,Juwita,Ainul,Suria and Ita.

Shina mama wanna be (2,3 hari lg branak lah tu) Suria mama to Ariff and me huhuhu wiffy wanna be!! Dulu g sekolah g kantin makan ayam goreng erkkk selekeh giler...
TIME PAST SO DAMN FAST!

3 jam jugak lah kiteorg berkarok dari kol 3ptg-7ptg... semua lepas gian...lepas ni ntah biler lah...As for Ainul,Juwita and Ita...huhuhu masih boleh..anytime ek... OK tak pe aku akan pastikan lepas kawen aku boleh lg bg 10% commitment dlm acara melaha mcm ni ng korang.
Tp Juwita kalu dpt tiket free concert AF extra lg sorang taw..tok hubby aku jugak hehehe....
Ok yang bawah ni last year...April'08 tak silap b4 Shina kawen..Bachelor Party for Shina..Suria cant make it..due to technical problem hehehe....
Ainul wif Gween shirt..hihihi aku suka baju ko Nol!

Hihihihihi wajah Shina tak kala berstatus anak dara agagaga!