Showing posts with label 8:30 am - 5:30 pm. Show all posts
Showing posts with label 8:30 am - 5:30 pm. Show all posts

Thursday, September 6, 2012

Potluck Meja Bulat

Salam Jumaat. Semalam after short discussion my officemate plan utk potluck. Memandangkan derang terlebih rajis utk menganyam daun ketupat ptg smlm so main dish potluck kami ketupat.

Lepas tu yg lain bwklah apa yang patut. Thn ni Leen mmg xlarat nak buat open house so Leen pun contributelah skit utk potluck ni. Hari tu office husband pun buat potluck Leen buatkan bihun sup. Alhamdulillah abes licin..hehehe.

Leen bawa Mee Basah (stok daging) and Ayamas Ayam goreng.


Resepi Mee Basah.
500gram daging potong kecik2
Sebatang carrot
2 cekak sawi
Sepaket fish ball / fish cake / tahu
Sos tiram
Kicap kipas udang merah
Sos cili
Sos tomato
6 ulas bawang putih di tumbuk
Cili giling
Garam
2 paket mee kuning

Cara-caranya
1. Mlm td Leen rebus dulu daging tu. Rebus sampai empuk. Air daging agak2lah.

2. Tumis bwg putih dan cili giling agak2 nak garing tu masukkan air daging sedikit mcm sesenduk je. Kacau2 jgn bg hangit.

3. Masukkan carrot dan fish ball. Kacau. Masukkan garam secukup nye.

4. Agak2 carrot dah nak empuk masukkan sos tiram,sos cili,sos tomato dan kicap. Sos2 ni agak2 je kalu nak pedas letak byk.

5. Bila dah sebati semuanya baru masukkan air daging beserta daging. Kacau sampai mengelegak. Masukkan sawi.

6. Warna akan sedikit berubah. Sbb dah masuk air daging jd top up kicap n sos bg warna xpucat.

7. Minta tlg suami masukkan mee (oh ya mee tu masuk dlm tapis basuh dgn air lalu bg kapur ilang) minta tolong suami kacau semuanya.

8. Bila mee dah kembang bolehlah tutup api. Hidangkan.

Ada rendang daging, ayam masak sumo,serunding, kuah kacang, sambal bilis, kuah lodeh, burger malaysia, cheese kek, puding jagung dll.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Wednesday, March 2, 2011

Aku kena tipu daaaa....

Tadi masa kt office sedang aku menunggu kertas-kertas kerja aku siap di print sempat lagi aku melawat si sahabat aku yg duduk sebelah printer tu. Time tu dengan seronok dan penuh aksi nyer dia bercerita dengan sahabat lg sorang tu. Aku yg masih terpacak disitu sekali sekali sahabat yg sedang bercerita pandang2 aku menunjukkan dia nak cerita kat aku sekali. Makin lama aku makin rapat kt dia. Punyalah best cerita yg dia ceritakan tu.

Yelah kesah rumah tangga orang kan macam best je nak dengar (huhuhu). Dalam hati aku berkata "makkkk aiiii giler dasyat minah ni buat mcm tu kat husband dia" Dalam kisah sahabat aku ni isteri orang tu adalah seorang artis. Aku tanye sahabat aku tu artis tu sapa? Dia jawap "ntah sapa ntah saya lupa nama dia artis baru" aku pun berkatalah oooooooo.. Tp td dia cerita peristiwa tu dah dah 8thn berlalu..kalu dah 8thn tak kan lah artis baru kan..

Cerita dia mcm ni: Perempuan ni kena rogol ng lelaki ni. Lelaki ni jahat giler. Ppuan ni pulak baek giler. One day ayah lelaki meninggal dunia. Time kt kubur mak dia soh dia baca Yassin tp dia tak baca dia menanggis je..dia ckp kat mak dia tak boleh baca. Start dari pada hari tu lah dia berubah jd baik. Ppuan yg di rogol ni pulak jadi jahat. One day..lelaki ni terbaca majalah..tgk ppuan ni dah jd hartis. Lelaki ni pun soh lah mak dia amik ppuan ni jd duta produk kecantik mak. Hartis ppuan ni setuju. Dipendekkan cerita llaki dan ppuan ni berkahwen. But ppuan ni still tak tahu yg lelaki ni lah penah rogol dia. Sehinggalah anak derang dah berusia 6thn barulah segala2nya terurai. Apabila si anak rimas dgn jambang papanyer time papanyer kiss dia dan soh papanyer mencukur jambang santa clous nye tu (yelahlah kan selalu org kuat agamakan simpan jambang). Balik je isteri dia rekod album husband dia buat "tadaaaaa" isteri dia terus rasa tak sedap sbb baru nmpk parut di dagu suaminye itu. Dipendekkan cerita isteri dia dah kaji dah dah selidik dah sah lah itulah lelaki yg rogol dia dulu.

Isteri dia start buat perangai. Mcm2 dia buat. Mcm2lah susah aku nak cerita kt blog aku yg suci ni (hahahahaha gelak syaiton nirojim). Dipendekkan cerita lelaki ni masih sabar dengan sikap si isteri sangat bersabar. Isteri dia mcm mintak di divorcekan tp lelaki tu tak nak. Sbb lelaki tu tahu isteri dia buat perangai mcm ni just nak bagi lelaki tu bengang dan lelaki tu admit tu silap dia satu ketika dulu dats y dia mengahwini ppuan tu. One day ppuan ni pergi sekolah anak dia (bukan nak jumpa anak tp tunggu husband dia) dia ckp "esok aku tunggu ko kt mahkamah" lelaki ni baek je..dia siap arah kan anak dia "alisya salam mama" tetapi ppuan ni sentap tgn dia time anak dia kiss tgn dia. Lepas tu dia bla. Ank ni dah dalam kereta tp tak puas lepaskan rindu kt mamanyer terus keluar dari kereta dan berlari ke arah kereta mama..si mama jahanam ni dgn perasan marah me-rivess kereta nye dgn laju..BAMMMMMMM..terlanggar anaknye. Dia pun menangis time nilah husband dia tak leh tahan lagi dah. Dia cakap INI BUKAN ANAK KO. Dipendekkan cerita ppuan ni kena tangkap dengan bf dia atas tuduhan apa ntah lupa derang kena tangkap ketika nak p bercuti bersama bf dia ckp "jomlah g bercuti..ubati hati u yg sedih tu lepas ank u mati". Last2 ppuan ni minta maaf kt husband dia..dia cari husband dia kt kubur ank dia. Tetapi husband dia ckp "Aku divorcekan ko talak 3 aku tak penah ada isteri mcm ko..sejahat jahat org berubah jadi sebaik-baik orang tp ko sebaik-baik org berubah jd sejahat-jahat org" sambil pegang batu nisan anak dan berkata "maafkan papa"

Haaaaa trajis kan..mana lah aku tak melayan cerita sahabat aku nih. Last2 aku tanya..sapa org tu awak..artis mana eyhhhh ada anak nama alisya..Kawan awak ke? Iskkkk awk ni norleen saya tgk kat ASTRO PRIMA lah mlm td.

Arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh! Aku puaslah dok imagine giler lah ppuan ni buat mcm tu. Mcm dasyat sgt sat lagi cerita tv!





Sedikit preview cerita tu. Zamarul as husband. Ppuan jd isteri tu aku tak tahu nama dia apa.

Thursday, January 6, 2011

Easy to talk without thinking....

......but difficult to refrain the tongue.


Situasi A


Kejadian ini baru je saya dgr dan lihat td ketika di office. So cerita masih panas dan masih segar dalam ingatan saya.


Saya : Hye! Imran (bukan nama sebenar) dah masuk keje dah? Bby sihat? Zie (bukan nama sebenar) sihat?
Imran : Alhamdulillah ...sihat.. Dua2 sihat.
Saya : Zia berpantang kat mana? Tgk dlm fb kemain sakan dia berpantang..hihihi
Imran : Hehehe mesti....nak back to shape katenyer. Berpantang kt sini. Mak sy ng mak dia jaga.
Tetibeeeeeeee.... Dang! satu suara minah kipochi dtg dan dgn lantangnye dia bersuara
Minah : Haaaa Imran dgr cite Zie tak normal. Betul ke?
(time tu saya yg masih kt situ berdiri mengadap Imran dan pandang Imran ni macam terkejut..eh! sumthing wrong dgn anak dia ke?)
Imran : Ha ah...tulahhhh sian Zie dia kena c-zer. Sbb bby dah lemas


LAHHHHH ENTE........tak patut ckp mcm tu. Tak Normal is not the right words yang bagus utk situasi itu.Plzzzz lah uolls.Boleh fikir tak sejenak if situasi tu kt tempat uolls. Then org lain cakap u tak normal because of bersalin c-zer. Sakit hati tak. Beside this minah baru ada seorang anak. Kita tak tahu yg kite mungkin akan dikurniakan lagi cahaya mata kan...haaaa ntah apa pulak masalah kita kan. Astaga........
Saya ingat dia nak berhenti di situ rupenye tidak yeeee.


Minah : Berapa berat anak?
Imran : 2.85kg (dengan bangga ye .. yelah sapa tak bangga kan dpt anak kan)
Minah : ohhhhh 2.85kg je..ringan nye nampak perut Zie besar kemain (sambil gelak sinizzz)


Choi! Asal kan sihat dah lah. Berat berapa kilo it doesnt matter lah asalkan sihat. Itu dah cukup Alhamdulillah.


Minah : Sapa nama?
Imran : Muhammad R........M.......(dirahsiakan jugak)
Minah : Wah! Nama tak tahannnnn mcm hartis
Saya : Ok apa..asal ada makna RM tu ringgit mesia boleh renjis mempelai pun boleh hihihi...
Imran : Betul tu


Fyi, nama anak minah ni pun ala2 nama hartis. Tak tahulah mcm mana dia kategorikan nama anak dia kan. Tapi as long as bukan Aminah ke Siti Fatimah ke itu baru bukan nama hartis kann. Easy to judge the mistakes of others but difficult to recognize our own mistakes.


Situasi B



Minah A : Kesian ye tgk Didi (bukan nama sebenar) tu...bersalin c-zer. Dia bersalin 8bulan. Tak cukup bulan.
Minah B : Alah mesti salah kira tu. I dont think the bby boleh survive on 8mons. (level up up sikit..style ckp omputih mmg hebat .. i kagum yewww)
Minah A : Hishhh sebaiklah dah 1 setahun kawen baru dpt anak kalu bunting pelamin mesti malu kan..Mesti org nak kira sepuluh kali tarikh period ko.
Minah B : Tp kira ok lah kan she deliver a health bby.
Minah A : Mana tak sihat nyer.. Bby Mahal tuhhh.
Minah C : Kenapa pulak bby mahal?
Minah A : Hye tak tahu cerita ke? Bby tu tak natural. Bby suntik. Berapa ribu ntah dia bayar utk hamil.


Choiiiiiiiiiiiii sgt choi kan.. Fyi, MINAH A ini masih anak dara. Dara ke? hahahaha. Seperti saya ckp kan td..nasib kita, kita tak tahu lagi mcm manakan. If u tawen terus dpt anak tak pe Alhamdulillah. But u kawen pun belum dah nak cakap mcm tu. Tak takot ke?   Hayooooooooooo..sumpah tak faham. Suka hati dialah nak natural ke idak ke. Itulah cara dia berusaha utk dpt kan anak. Kalau org tu ckp "takpelah belum besedia nak ubat2 kampung or jmpe doc ni.. nak try natural dulu" dah lain pulak orang ckp "Dia tu tak berusaha langsung..."



Situasi C


Fizi : Eh! Norleen ko makan apa eyh utk conceive aritu?
Saya : Aku? hehehe....nnt lah cerita (malu kot nak cerita sbb minah tu ada. Tak suka dia dengar nnt dia interpret lain) tp apa2 pun ko kene jumpa doc dulu. Untuk cekedut ada masalah ko or ur wife..
Fizi : Owhh...g jmpa doc tu nnt dululah aku tgh cuba cara ******** ni dulu. Satu satu lah kan.
Minah : Hey! En.Fizi kenapa tak nak? Tak bersedia nak ada anak ke? Pergi jelah. Pergi hospital yg Pn.Leen pergi tu.
Fizi : Bukan tak lah tp tunggulah cara ini berkesan ke tidak dulu.
Minah : Eleh plan lah tu.
(eeeee tak faham lah nape ko suka ckp perkataan plan tu)


Can you see???? Sgt laha kan... Cepat je dia interpret apa org nak cakap. Minah ini adalah merujuk Minah ini. Dulu saya kene..skarang rakan sejawat saya pulak kena. Termasuklah  di situasi A tu. Org yg sama. Sgtlah euwwwwwwwwwwwwwww. Actually byk lagi dia suka mengata org pasal hal anak2, mengandung dan bersalin. Tp satu situasi yg paling tak boleh bla sekali is :

Ada kakak ni umur baru 29thn baru lepas bersalin kan anak ke 3 dan masuk office dgn shape badan yg ummmmphhhh mcm nak ckp "eh u dah kawen ke belum". Sebelum akak ni sampai ke arah saya dan Minah ni.. Minah ni ckp "Eleh saje lah tu pakai mini kurung nak tunjuk badan dia tu...saya tak suka dia tu pn.leen.. dia sombong" Dalam hati ni berkata .. Ellow! Entah2 itu je baju yang dia ada dan dia muat pakai..yg ko jaki sangat apasal? Ntah2 itu je baju senang gosok atau tak payah gosok kannnnnnnn. Bila akak tu sampai je kt saya..dengan ramah tamah akak tu menegur diriku ini ye. "Pn.Leen ********** " ayt memuji yg tak sanggup korang dengar hihihi.... Seeeee Ok je dia. Tak de masalah sombong pun.

Saya rasa ini adalah n3 panjang tanpa gambar yg saya rasa patut di share untuk uolls agar tidak berperasangka buruk kt orang dan jgn bercakap sedap mulut. Kerana pasti ada hati yg terguris dan terluka. Easy to lukakan hati org but difficult to balut luka org tu balik.

Kannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn. 

Kesimpulan:
Easy to think bad of other
But Difficult to give them the benefit of the doubt............................

Till then tata

p/s uolls boleh kumen dan share cerita yg ala2 sama dgn saya :p









Wednesday, November 24, 2010

Al-Fatihah buat Arwah Aishah

Salam,

Hari Selasa (23hb Nov 2010) kawan sekerja saya pergi meeting di JPA (Jab. Perkhidmatan Awam). Balik dari meeting tu dia borak borak ng saya ckp tension lah, stress lah, hitu ini ..(blame keje lah apa lagi) saya pun dengar dgn tekun dan cuba selami perasaan opismate sy ni yg seusia dgn mak sy ni. Saya pun ckp 'akak jgn lah stress2 sgt nnt sakit pulak' Terus dia teringat satu cerita pemergian buat selama-lamanya seorang warga JPA.  Cerita opismate saya :

Haaa! Leen nak tahu tak betullah kite ni keje jgn stress2 sgt. Td kawan akak kt JPA tu cerita semalam Isnin (22hb Nov 2010) ada seorang warga JPA meninggal dunia selepas bercakap dgn boss. Hari Isnin tu arwah ambil cuti then her boss call dia untuk tanya pasal hal kerja. Letak je telefon dia risau+tak sedap hati dan terus layan FB. Dalam kol 6ptg mcm tu arwah nak pergi mandi.Ketika itu husband beliau sedang iron jubah konvo yg bakal berlangsung tak silap hari Rabu. 'Bedebuk!!' satu bunyi hempasan badan yang kuat. Bila husband dia dtg pergi tgk di bilik air arwah dah jatuh... dan ketika ambulance dtg arwah sudah menghembuskan nafaz nya yang terakhir.

Ya Allah! Kuasa Tuhan kan ... sekelip mata je nak ambil nyawa kita. Tak silap arwah baru berumur 35tahun. Dikurniakan 6org cahaya mata termasuk 3org kembar seiras yang comel2 dan sihat2... Baru minggu lepas saya senaraikan blog Arwah Kak Aishah dlm blog list sy. Sebab saya suka sgt tgk orang beranak kembar ini. Suka tgk anak2 kecil kembar..so sweet and cute. Then semalam sorang lagi opismate saya dtg borak ng sy cerita pasal pemergian warga JPA ini.

Klick Here to Kak Aishah Blog

Saya ckp lah 'eh mcm penah dgr lah cerita ni' rupa-rupanya orang yang sama.. Kawan sy yg sorang ni pula merupakan best fwen kepada best fwen arwah Kak Aishah. (wat the small world aite..) Dia cerita masa arwah dikebumikan anak arwah yg berumur 4thn tu duduk berpangku dengan best fwen kwn sy ni..sambil berkata 'mak dah mati' yelahkan budak2 kan apa dia tahu. Masa arwah terjatuh kt bilik air pun di bagitahu ayah dia 'mak main dlm air' sambil ketawa2.

Salam Takziah buat Arwah Kak Aishah sekeluarga.
Dan semoga tabah mengharungi kehidupan.


anak kembar 3 satu!! (wah mcm minta air milo ais kt mamak pulak)

Thursday, June 17, 2010

Kursus 15hari!!!

Date : 12 - 27 Mei 2010
Venue : IKWAS,Kluang Johor a.k.a INTAN Wilayah Selatan

Eeeeeeeeeeee boring taw kene p kursus. 1st time rasa tak best g kursus sbb dah kawen kot ni belum ada ank lagi. If dah ada sok mesti ulang alik ni tak pun bwk anak sekali g kursus.

My group! Study+group discussion everything together. Women wif white blaus tu lagi lah sengsara sbb time ni her bebey baru 3mth. Masih BF lg.. dah kene tinggalkan. Sian dia. Group sy majority from Putrajaya cuma 3 org je kot org Johor. Jadi bila masing2 berindu rinduan mcm tak mental sikit tu di maafkan sbb derang pun sama.

Tibalah hari presentation.
Memang cuak time ni.
Full blast kiteorg bagi pd juri full blast jugaklah juri bg pd kiteorg.

haaaa yg pakai tudung pink ni..garang beb. Gerun dgr soalan dari dia.



Haaa yg ni tak osah ckp lah. Lagi lah gerun.
Kiteorg buat presentation 2 kali. 2 topic yang berbeza diberi.
Then keesokkan harinya which is last day EXAM!!!!
Study sampai pagi!! tp study dlm takot...petenghan minggu masa kiteorg kt sana ada org nepal meninggal depan bilik sy! Aaaaaaaaaa takot seram je time malam kt situ. Ishhh time ni pulak ada org meninggal. Ajal dia kan. Sian dia Baru je masuk Islam meninggal ketika repair atap dia tergelicik dan BANG! jatuh ke tanah tar.. Terus......................
Minta2lah lulus. Eeeee tak nak lagi dah berjauhan ng Nuar.
Lepas presentation...makan2 and buffday cele8 rahimah and famy.
till we meet again!
c ya!

Saturday, May 15, 2010

Sambutan Hari Pekerja!


Ye. Hanya dua sahaja gambarnye. Kejadian pada 7 Mei. Peringkat Kebangsaan. Buat kt MIECC,The Mines. Yang boringnye hanya kami tak dpt baju sponsor hahaha company lain semua dapat. Layan kan je..... Radhi OAG pun ada. Itu jelah kot.
Lupe dah nak tulis ape keh keh keh..
Tp yang penting saya kua tv ye..hihihi...

Monday, August 3, 2009

Perempuan Itu Sakit Jiwa Part II

Hariini jam 2.01pm huh! Tak sabar nk sambung story pasal PISJ tu...Pg td Qist siap call OK..semata nk tanyerkan kisah selanjutnyer dari sy. Memang mak mak semua panas hati dengar kisah ni. Usahkan kepochi2 kat office marah tp my silence reader pun call me tanyer pasal PISJ ni. GEramm!!! Huh!

.....sambung hari ni nyer cerita

Ok pagi masuk jer office selisih dgn Kak Mus kt tempat punch in.

saya: Kak pecite? Cemana Afiq
kak mus: Sian Afiq...sakit lg ponggong dia. Crack tulang dia. Ni akak dtg ng Abg Lan (bukan nama sebenar, suami kpd kak mus) Dia nk tgk sape yg berani jatuh kan maruah ank dia tu. Mula2 Afiq tak bagi. Menanggis2 Afiq tak bagi ayah dia anta dia ke sekolah pg td. Malam td bawak Afiq g check doc. Dah log report polis everything dah. Ni tinggal nak jmpe ppuan tu jer lg. Abg ckp kt Afiq 'ayah nk tengok sape raksasa tu yg brani buat ank ayah menangis tu jer'
(time tu kak mus dah mula begenang air mata, sy ni pulak jenis cepat nanggis terus menitik2 air mata)
saya: Owhhh...k kak tak pe akak urus kan dulu..nnt sy ckp kt boss akak masuk lewat sikit.

Jam 11....
Kak Mus dah balik office terus ke area kepochi2...tak sabar nk dgr kak mus bercerita. Tp sebelum tu kiteorg berjenaka kecil-kecilan dulu. 'Wah! Mus handbag ape ko bawak ni? tak penah tgk pun. Mengelip! Baju ni baju baru ni siap ada batu bata bagai' hahaha harusss lah kan bergaya sbb nk membuktikan kt ppuan Gilak tu yg mak afiq ni bukan calang calang org. Kak Mus tunggu lama OK ppuan tu kt Taska..namun tak sampai2..suami dia turut sabar tunggu nmpk sgt pengecut. 2 jam lebih baru sampai. Sampai2 jer ppuan tu terus kene bertubi2 ng suami kak mus

Kak Mus: oooooo ni dia org yg jatuh kan maruah ank saya tu
PISJ: YELAH! PESAL PULAK (dgn langkah penuh act dia masuk dlm taska)
Hbby k.Mus: Dah dah masuk bilik dulu jgn gadoh kt lua.
(masuk jer bilik pentadbiran ppuan tu terus duduk tanpa di suruh oleh PP berkenaan)
Hbby k.Mus: Badan je besar tp otak cetek.. Otak letak kt lutut!(abg lan memang ckp lepas tak de cover langsung..tp memang ppuan tu gemok pun)
PISJ: Ey! mulut tu jg sikit eh
Hbby k.mus: Aku ni nk katakan kaya tak lah tp masih mampu lah nk beli seluar sekolah anak aku. 2 helai aku beli seluar tok Afiq hari hari tukar. Bini aku pun takdelah pemalas tak basuh seluar anak aku.
PISJ: Elehhhhh.... sebenarnyer memang bini ko yg curi seluar ank aku kan
Kak Mus: Ey tolong sikit ehhhh belum gila lg aku nk curi seluar ank ko (dlm hati k.Mus:keta 2 biji laki aku boleh beli ni kan pulak seluar ank tak mampu beli) Dah taw dlm seluar tu nama AFIQ sape suruh pakai?? kalu gitu aku pun boleh cakap ko nak curi seluar anak aku
Hbby k.mus: Puan (ada hormat lg) puan ni ada maruah kan..haaa same lah anak sy pun ada maruah. Mana ank sy nak campakan maruah dia bila puan lucutkan seluar dia depan budak2 lain??? Cuba seluar puan kiteorg lucut kan ape perasaan puan??
PISJ: Alah! budak kecik bukan reti malu
Hbby k.mus: Wah! sedap mulut ckp mcm tu ... binatang pun ada maruah. (time ni kulit telinga pipi hbby k.mus dah merah2 sampaikan k.mus pun tak penah tgk laki dia baran macam tu sekali 1st time dia tgk laki dia ckp tengking2) Akak kiteorg dah buat report polis doctor pun dah keluarkan report pasal tulang Afiq. Kiteorg nk saman akak.
PISJ: Eh! nape pulak ....
(terus call hubby dia dlm keadaan menanggis teresak mcm bdk kecik)

perbualan dlm talipon ng laki dia lak

PISJ : abg keadaan dah kritikal ni ... derang nk saman sy..sy takot ape sy nk buat ni.. tolong arr bang...
(then dia pass kan HP dia kt Hbby k.Mus mungkin hubby dia nk bercakap ng Hbby k.Mus)
Hbby PISJ: Haaa Hello! (same OK laki bini tak de adap tak bg salam taw nk tengking jer tunjuk power)
Hbby PISJ: Haaa mcm ner?
Hbby K.Mus: Mcm mana per...saman tetap saman log polis tetap log polis ckp byk tak boleh lg dah!
Hbby PISJ: Aku tak caya lah dgn cita ni..Pembantu Taska tu wat cerita je tu. Check CCTV arrr dulu baru leh cerita. Jgn tuduh sebarangan
Hbby K.Mus: Okey boleh mcm tu ko dtg sini kite tgk CCTV Taska baru puas hati. Ko ingat aku takot
Hbby PISJ: Aku tak nk masuk campur ko setlekan sendiri ng bini aku.
(mcm ni punyer laki pun ada ker? Bini di landa masalah laki tak nk masuk campur ish ish ish!)

PISJ: Tolong lah akak dik jgn lah besar2 cerita ni
K.Mus: Taw pun akak nk menangis kan... kalu benda tu jd akak anak akak mcm ner? Macam tu lah sy menangis malam td kenangkan Afiq taw tak. Family saya semua dtg berkumpul mlm td utk tenangkan kami laki bini. Ikotkan malam td jugak nk g umah akak. Sekarang sy nk akak melutut depan budak2 mintak maaf dan mintak maaf pd afiq sekali! Tak cukup ko lucutkan seluar anak aku ko mintak pulak gunting dan gunting seluar tu depan bdk2 kan. Cikgu pun satu hal dah taw ppuan ni dah dtg gila nyer yg g bagi gunting tu pesal???Kok ppuan gila ni g godok alat anak sy cemana? Ke dia tikam ker?
Cikgu: tak tak tak dia bukan pembunuh (dengan nada ketakot dan nada kebodohan yg tebal cikgu itu berkata)

HELLO! ORG TAK SEDAR DIRI ANYTHINGS CAN HAPPENT OK!!!! ELAKAN BENDA TAJAM BILA BERGADOH.. MEMANG TAK TGH CERITA HINDUSTAN CIKGU LAH NIH!

nota kaki: actually sy lupe2 sikit cerita ni sbb tak leh nk focus mendengar cerita kak mus ni tgh2 gosip tu kene lak g D'Lanai utk bayar duit hadiah. I kan Ajk Hadiah utk Dinner aritu hahaha.. Kesian Afiq..semoga Afiq cepat sembuh!!!

To QIST thank you tolong published aku nye n3 ni sebagai pengajaran to parents kt luar sana yg anta anak ke taska.

Some comment from Qist a.k.a NQR reader:

Zara said...
ish...giler ke apa mak si Naguib tu? meh pakat ramai-ramai jumpa dia!!!!!!! pompuan sakit jiwa tul...nnt aku belikan sedozen suar untuk anak dia..suar selai pun nak berkira...!!!!

N.Q.R said...
kecik ceta cikgu sekolah bodo bagi gunting kat mak naquib ni.. digunting2nya suar afiq ni...

karipapsayur said...
beso benor ke pangkat mak naquib tuh? soh mak afiq teruskan dengan report. jangan tergoda dengan pemaafan mak Naquib. pegi mampos betina mcm tuh. kalo dah mak menggila mcm tuh, nanti anak sama naik perangai mcm tuh. kita patut ajar sungguh2!ntah2 baru malam td kantoi laki dia (laki mak naquib) tido dengan ppuan lain x? itu yang dia hangen. nak gado dengan laki x bole. so bergaduh la dengan budak kecik. rs nak mencarut. saya berikan pundek satu kepada mak naquib yang xda hotak itu!pergh, haku mencarut...


xoxo
auntie leen
** ingat lg betapa Qist ng saya sakit hati dengan cikgu taska yg menconteng nama Qayum besar2 kt beg MAHAL spiderman Qayum. Yelah kok ye pun tak nk beg tu betukar tulis lah comey2 sikit tak pun minta parents belikan key chain then write down nama.. Keje nk mudah. Tu lah yg jd...sebaek dulu Qayum baju tak penah tertukar.. Cerdik Qayum asing kan baju busuk letak dlm plastik.

Perempuan Itu Sakit Jiwa

Office sy gempar sekejap td dek kerna Musalmah (bkn nama sebenar) menangis teresak di cubicle nyer. Kiteorg minah kepochi ni pun ape lagi dtg lah dkt..bertanyekan apa yg terjadi.
Rupa-rupanye dia baru panggilan dr Taska ank dia. Pembantu taska itu menceritakan apa yg belaku di Taska pagi td: (gosh!nape baru call pg td nyer cite waktu lunch ko call)

Pembantu Taska : Assalamualaikum, Puan ni mak Afiq eh?
Kak Mus: Wasalam. Iye sy mak dia nape eh?
Pembantu Taska: Puan ada dengar cite ape2 tak pasal Afiq pg td? Ada tak sape2 mengadu kt Puan?
Kak Mus: Ermmm tak de pulak. Ni sape ni?
Pembantu Taska: Sy tak leh bagi taw nama sy sape. Tp sy betul2 kesian ng Afiq pg td. Pagi td lepas jer akak bla antar Afiq, Mak kepada Naquib dtg serang Afiq. Masa tu semua org tgh duduk. Mak Naquib tanyer "Afiq mana AFIQ MANA??" Afiq angkat tangan dan berdiri yg lain semua pandang. Pekerja2 taska terdiam saya kt dapur time tu jd takleh masuk campur. Mak Naquib bertempek dan seret Afiq ke depan then dia soh Afiq bukak seluar. Seluar yg Afiq pakai tu seluar ank dia si Naquib. Afiq tak nak bukak. Afiq malu nk bukak depan bdk2 lain. Terus PEREMPUAN SAKIT JIWA TU SENTAP SELUAR YG DI PAKAI AFIQ TU!AFIQ TERJATUH DAN BERBUNYI TULANG PUNGGUNG AFIQ BERBUNYI PATAH TERUS TERKELUAR KENCING BUDAK TU.
Kak Mus: HAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA!!!! !#$%^&* (terus kata-kata tak sepatutnyer keluar tak di nafikanlah kalu sy pun wat begitu) Taska pun satu dah taw perempuan tu tengah marah halau jerlah.. ni yg bagi dia masuk pesal. Besar sangat ke pangkat perempuan tu??? Budak tu tak salah. Afiq tu memang lembik sy pun tak penah sentap2 dia. Sy mak dia sendiri tak penah sentap dia. Memang semalam time iron seluar sekolah Afiq sy tertanye2 nape seluar ni saiz M. Ni mesti cikgu tertuka ni. Pg td sy dah ckp ng Afiq tak payah pakai seluar sekolah pakai seluar jeans je dulu sampai sekolah nnt tukar. Tp yelah bdk kecik takot giler ng cikgu kan. Cikgu pulak tak guna otak wat keje. Lenkali time masuk baju kotor budak dlm beg tengok lah betul2 nama tu. Ape nama mak Naquib tu sy nk ajak jumpa. Tak da otak ke wat anak org mcm tu (wah!sy berjaya hafal dialog ini setelah di cerita balik oleh akak mus)
Pembantu Taska: Sy tak pasti lah kak bab tu...sbb sy pembantu jer kt sini tukang masak. Sy curi2 jer num phone akak ni. Sy sian tgk Afiq sekarang akak dtg lah sini. Tak cukup dgn tu...perempuan tu (mak Naquib) mintak gunting kt cikgu nk koyak kan seluar tu. Dia koyak kan seluar tu dengan gunting depan Afiq dan bdk2 yg lain. Budak2 yg lain ada yg menangis ada yg tutup muka ada yg terkencing ditempat duduk.
Kak Mus: EEEEEEEE gila bodoh ppuan nih... phobia lah budak2 ni nk g sekolah esok. Abis cikgu dia pun diam jelah eh...
Pembantu Taska: Yeps! senyap gitu jer... Naquib tu 6thn. Kelas berasingan ng Afiq.
Kak Mus: Ko tunggu akak nk g jumpa pihak pengurusan taska.

Kejadian diatas berlaku di Taska office kami. Setiap kompleks di Putrajaya ni kan ada Taska dan Taski sendiri. Afiq berumur 4 tahun. Budak tu memang jenis pendiam dan mendengar kata pendek kata dia tak buas lah. Sy memang suka ng Afiq. Kalu lepak umah kak mus dia paling pemalu diantara adkbradik yg lain. Bayangkanlah Afiq ni ank tunggal lelaki mempunyai 2 elder sister and 1 younger sister manalah Kak Mus tak naik angin sebab dia taw perwatakan lembut anak dia tu. Risau dia takot Afiq tak nak ke sekolah esok.... dah lah bibik baru balik indon.. sian k.mus sape lah nk jg Afiq nnt.

Ni td kak Mus soh cikgu call perempuan sakit jiwa tu ajak jumpa. Taw pe dia jwp?? 'SY TAK NAK JUMPA HATI SY TGH HATI PANAS NIH'

bOss kiteorg soh buat report polis boleh claim sbg penderaan kanak2 kalu esok tak ramai bdk dtg sekolah maka sesuatu tindakan tatatertib akan dijalan kan atas perempuan gilak berkenaan.





xoxo
auntie leen


"setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu ( tak kira masih hidup @ telah tiada )"......... nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu...

Thursday, June 18, 2009

Penemuan Barang Purba

Bg yg bukan keje kerajaan inilah dia buku service
Segala 'flow' kita sepanjang perkhidmatan dgn kerajaan
akan di tulis dlm ini buku.
Yg kaler merah ini buku zaman2 dolu..
Dolu nyer ckp omputih "GOVERMENT SERVICE BOOK"
zaman mak ayh kite stat keje goment
Tp sekarang dah tuka kaler ijau.
Sekarang dipanggil "BUKU PERKHIDMATAN KERAJAAN"

Teka ini ape?
Best guna benda ni
Tp sedikit tenaga diperlukan=)

adjustable drill punch.

Sekian utk kali ini daaaaa.....

Tuesday, April 21, 2009

Exam weh!!!

Hai!
Td aku exam.
Hahaha aku hentam jer...
Aku budget aku lulus dengan jaya nya akakaka sbb aku berjuang seolah
Pemain2 shaolin scocer bermain bola di padang bola yg ketandusan rumput
Mlm smlm layan doe tgk cite tu...Aku suke cite tu!
Td abes exam terus balik umah.
Aku layan Merah Putih besh aku suke cite tu!
Esok hari ke-2 aku exam!
Esok nyer exam buku rujukan aku versi lama .. Lantaklah!
Malas nk pikir.. Kalu kandas MARI KITE REPEAT BERAMAI2 OKTOBER NIH!

K lah aku nk g tido...esok nk berjuang lagi ni...


***awek merah si june tu gewdiks giler tak penah aku jmpe org mcm tu..tetapi mcm best lak panggil bf BABY. Aku nk try panggil tunang aku BABY lah..(gilo apo)hahaha

Monday, December 1, 2008

Kursus Pengenalan






Yesssss! I did it!!!! Zillion thanks to mak yang banyak doakan kejayaan adik.
Date : 2 - 7 Nov 2008
Venue : INTIM a.k.a INTAN TIMUR Terengganu

Hallo! All readers (wah!macam ramai jer yg bace blog ini) kejadian ini berlaku sebulan lalu...
tp akibat mcm2 benda yang perlu di uruskan jd tak berkesempatan lah sy nk publishkan entri yang ini.Jd, hari ini sy publishkan. 2 Nov ialah pada hari Ahad dimana pada hari Sabtu 1 Nov itu sy melansungkan majlis pertunangan sy. Selesai shj majlis itu sy terus bergegas ke tmpt amik gamba utk di jadikan gamba BERUKURAN PASPORT ahhhh bosan sgt! napa lah kene berukuran paspot...pesalah letak picture tgh masak ke,kt genting ke,kt dlm keta ke...hehehe.
Keesokkan harinya pagi 2 Nov itu sy terlewat bangun. Sbb terlalu penat..zasssss cabut ke Putrajaya sbb bas nk ke Terengganu berport di JPA,Putrajaya. hihihihi seperti biasa, sy peserta terakhir naik bas......dlm bas tido jer....
Sepanjang Kursus sy jd tak selesa sbb KENING KU TELAH DITOREH...mesti org ingat aku beautision hahaha. Sirius ni 1st time dicukur kening. mak andam lah ni...tak tanyer dulu..terus dia menoreh kening chin chan sy nih!
Peserta Kursus majority org dah vateran..pendek kata derang dah 25-30 thn service wif gov.
Yang muda remaja mcm sy boleh dibilang.
Jd keadaan kursus tidak lah segempak Kursus Pengenalan Setiausaha sy dulu...dimana rata2 pesertanya org muda. Tp sy suka keadaan mcm ni, sbb sy bleh timba pengalaman ng derang. Sbb kalu berkawan ng org seusia kita jer...pengalaman idup n berkerja derang lebih kuang kita gaks. Baek kita berkawan ng org lebih tua dari kita...derang ni lg sempoi.

So lets go thru wif sum snapers!




Diantara kekacang yang banyak membantu sepanjang proses pendengaran dan pentidoran berlaku
Jadual yang padat membuatkan rata2 peserta tensi0n dan tak sukup-sukup tido
Yang free hair tu nama dia Monako tak silap..dia nyer buku programme memang sentiasa ada di riba..sbb tak sabar2 dia nk potong session yang dah abes. Tp dia bagus! sbb dia tak penah tido. Hehehe tak macam sy..1st hour wajib tido 2st last hour baru cerdas!

Lima sekawan! Kami memang kaki tido...Ketua kami akak yang baju biru tu..tak dan kelas nk stat dia dah berdengkor.


Capture time 5am..tengah tggu roomate bersiap..biasalah barang antik jd pergerakan beliau agak slow.heh.

Makan time yang kiteorg tunggu! Ni Izza..teman sekursus yang paling rapat time ni.

Kak Mahfuza...seringkali tertido dan berdengkor time lecture.

Yeah! Steady kak Ani. Jawa pun jawa lah!
Anggota Kumpulan 8 b4 show.

After show! hahaha group sy menang PERSEMBAHAN TERBAIK..time show Izza dan sy mengila so mana tak menang nyer.

Muka - muka yang puas hati dengan tempat baru posting.

Termasuk yang ini. Sgt seronok dpt balik ke negeri masing2!

Kecuali yang ini. Sedang sibok ber-sms dgn wife dan boss2 yang boleh membantu membuat surat sokongan untuk pertukaran posting wukakaka! nway semoga berjaya bro!

Dan yang ini pula hurmmmm "malas nk pk lah...tak kisahlah mana2 pun"

Yeah!!! Bertolak pulang ke Putrajaya!!! Gud bye Terengganu!LATIHAN UNTUK PEMBANGUNAN! Disebalik tembok itu ialah MONICA BAY..tp kami tak berkesempatan nk bermandi manda disitu.



Thursday, October 23, 2008

Jamuan Hari Raya 2008

Td ada jamuan Hari Raya bg DEPARTMENT OF MULTILATERAL AFFAIRS (DMA)..mula2 aku ingat jamuan tu formal so mcm agaks bersopan santun lah kami warga2 secretary ni...sat lg PARTY STARTED!!! Choas!! Stat mereka2 termasuk VIP tergelak berdekah dekah sampai lupa nak beli pampers ank di rumah eh tak tak aku tipu jer. In the middle party ada lah terselit sekejap peristiwa pemberian hadiah semperna pemergian aku di DMA ini. Tak nervous langsung sbb Dato' siap berborak2 ng aku...aku dah siap kan speech dah dlm paleotak ni..tp tak yah speech just borak2...huahuahuaa slamat...

Good Bye DMA!! Wish all the best for all of u!!

Sesi bergambar beramai-ramai selepas Jamuan sgt lawak time ni...susah jgk nk mengaturkan kedudukan mereka ini.

Gambarajah diatas semasa Amb.Dato'Mohammad Kamal Yan my TKSU II bg hadiah perpisahan dari DMA. Wah! sgt best isi dlm kotak tuuu...Ya! Ianya boleh dipakai..dpt 2 helai. best best!
Yang baju berwarna biru itu pula my immediate boss. En.Zakhir..steady en.zack!

The PA'ess

Leen,K.su,Atie,K.Ina,Sri and K.ina

Ada beberapa org tiada dlm gambar sbb ntah mana tah!






Wednesday, October 8, 2008

Alhamduli'llah

Syukur Alhamduli'llah!
Tuhan mendengar doa aku sepanjang bulan puasa aritu.
Since raya dah lama tak usik BloG SUN SHINE FOR HER ni sbb bzi gler
Entri aku sebelum ni kan aku ckp aku malas giler dan tak de mood nk keje sbb raya dah dekat
Haaaaa amik balik keje melambak tugas-tugas,surat-surat yg perlu di uruskan!
Tetapi hari ini aku mencuri sedikit masa pagi untuk post sumthing dlm blog SUN SHINE FOR HER ni

and it goes like dis:

Tahniah ! Anda telah berjaya dan surat tawaran akan dikeluarkan oleh Kementerian/Jabatan berkenaan.Kementerian/Jabatan : JABATAN PERKHIDMATAN AWAM, BHG. PERKHIDMATAN, ARAS 6, BLOK C2, PUSAT PENTADB. KERAJAAN PERSEKUTUAN 62510 PUTRAJAYA.


Aku mula2 dah give up sbb semua kawan2 aku dah dpt result since 29 Sept aku tnggu tp tak keluar2 lg result. Pg td waktu Malaysia 7.45am aku dpt sms dr akak ipar aku "Adik, nana tgk kt SPA dah klua result EO..mcm mana adik..harap2 adik berjaya.." terus aku on PC dan check SPA portal. Wuuhuuuuuuuuuuuuuuuu!!! Sonok giler! Selain aku yg gembira mesti mak aku turut gembira. Dan jua ahli keluarga aku yg lain. Dan jua bf aku sbb dia ckp "kalu lah b dpt jd EO ni bukan lg dah rezeki kite nk kawen malahan rezeki selepas perkahwinan" Ya memang! Aku dan dia selalu risau pasal kehidupan selepas majlis perkahwinan. Pasal majlis perkahwinan buat kenduri doa selamat suda.

So tema aku hari ni adalah SUN SHINE FOR HER!!!

Wednesday, September 24, 2008

M A L A S

KENAPE AKU JD TERLALU PEMALAS DI TEMPAT KERJA DI AKHIR-AKHIR INI?
HARI HARI DI PEJABAT DI PENUHI DENGAN UPDATE BLOG DAN MEMBACA BLOG ORG DAN BERCAKAP DENGAN BF MEMBINCANGKAN PERANCANGAN-PERANCANGAN SEMASA RAYA DAN SELEPAS RAYA SEGALA BUDGET SEGALA KEPERLUAN!
KENAPA BENDA NI BERLAKU?
TP MAK AKU CAKAP KADANG KALA PERKARA MALAS MEMBUAT KERJA DI OFFICE
INI PASTI AKAN BERLAKU..
YA! MEMANG BETUL
MEMANG AKU MALAS
AKU TAK SENANG + TAK SEDAP HATI + TAK LEGA SELAGI RESULT INTERVIEW AKU TAK DAPAT..
MAAF KAN SAYA EN.ZAKHIR, PUAN ZALWANI, PUAN FAZIANA DAN CIK NEEVIA!
LEPAS RAYA SAYA BAYAR BALIK SEMUA KERJA-KERJA TERTANGGUH SAYA EH...
truly,madly,deeply
leen yg pemalas lately ni...muaxxxxxx

Monday, September 22, 2008

Hati ini dup dap dup dap

Lagi 5 hari jer result interview kua.
Fuhh..cuak yakmat (relaxx leen...60hari leh tunggu ni kan plak 5hari)
Aku terpaksa menenangkan diri sendiri...(arrgghhhh tetibe STRESS menyerang!!!)
Jawapan yg akan terpapar di monitor PC aku ni cuma "Anda berjaya" or "Anda gagal"
Dats y aku tak maw amik cuti raya 29hb ni sbb nk tgk sendiri result interview aku.

Hari ini dpt kad jemputan kawen dari NORA & ZAM! Kad berwarna kulit org melayu..dlm hati menyanyikan lagu org kawen sambil membelik2 lokasi rumah pegantin ppuan 'Alhamdulillah bertermu jodoh nya berkat kesabaran akhirnya terlaksana' wahhhh terel aku menyanyi ngaaaaa.....

Td..untuk menghilang resah aku ni..aku berYM. Ni salah seorang chaters setia aku:

[14:21] farah83022: aku tgh menaip ni lyn ko
[14:21] farah83022: hihihi
[14:21] farah83022: aku tk buat pape ar
[14:21] farah83022: melopong jer..
[14:21] farah83022: nganga je muluttttt
[14:22] farah83022: woi dah jumpe majalah yg aku masuk tuh...hihihi
[14:29] Leen: hahahaha
[14:29] Leen: ko ni
[14:29] Leen: ko tgh chat ng sapa lg
[14:29] Leen: ahhh maner jumpe
[14:29] Leen: ko tak ckp tajuk nyer ape
[14:29] Leen: aku ni pun jenis malas nk masuk kedai buku

Jangan araplah aku nk p kedai buku tanpa sebab .. sebab aku memang tak suka membaca dan mudah bosan. (Perkara {malas mbaca inilah} membuatkan mak aku kecewa ng aku..sbb beliau rajin membelikan aku surat khabar,buku cerita,majalah pendidikan tp aku tak buat apa2 pun dgn bahan bacaan tu)

Td..aku keluar nk g toilet..jumpe sorang kawan kt balkoni bangunan. Dia rungsing rupa2 nya tu yg dia berdiri disitu. {kalu aku yg berdiri situ mesti org ingt aku mengulat}..Lantas dia g tau aku "i tak tau lah apa yg i cari dlm idup ini,my hubby dah keje n bleh support the whole fmly..my kids grow up dgn duit dia..so y should i work??" aku terdiam..dan balik tempat sambil berfikir ape yg cuba kwn aku tu sampai kan...

Sunday, September 14, 2008

Choir

I love to singing I love to karaoke and I love music!!
Even though, I dun haf gud voice harharhar I x peduli..i tetap suka ape yg I suka.
So I pun involve lah dlm Koir Wisma Putra. Guru vocal singing group kami Puan Siti Hajar (Guru vocal for AF) dats make me m0re exited bout choir.


Cuba teka mana satu cik Leen?


ASEAN DAY! Bajusss masih tak seragam sbb baru di tubuhkan...


Saat yang di nantikan lepas jer latihan or show mesti Group Choir dpt makan best2 and diberi special treatment huhuhu...

Wednesday, September 10, 2008

Pagi Tanpa Alarm =P

Penah tak anda rasa 'macam malas' sgt nk follow rutin harian, yang sepatut anda should/must do it..then the effect if anda tak follow rutin tu anda mungkin tak pergi keja,terlewat,the whole day punyer plan akn musnah ext...bla bla bla..
Perkara tu pernah terjadi kepada seorang gadis ni. Semalam gadis ni rasa malas sgt untuk berbuat apa2. Selalu nya setiap mlm b4 tido dia akn set alarm untuk bagun pagi or bersahur..tp mlm tu lain sikit lepas jer balik dari teraweh dia terus rasa nk tido..tanpa set alarm..dia set kt kepalahotak dia 'aku pasti akn terjaga 5am'.. Tepat jam 5am dia pun terjaga dan bersahur. Menu sahur dia pg tu corn flaks and dutch lady chocolate lepas bersahur dia solat subuh. Kebiasaanye dia akn bersahur then tido balik kol 630am baru bgun bersiap and solat subuh. Tp di sebabkan si gadis ni malas nk bagun kol 630am dia solat siap2 dulu. Pukul 6am dia sambung tido tanpa set alarm dia set di kepalahotak sje..
Tiba-tiba....jeng jeng...argghhhhhhhhhhhhh! Hari dah terang! Dah pukul bape ni?!!! Maka menjerit sorang2 lah si gadis ni td..845am!!! Dia begong+blurr tak tau ape harus dia lakukan. Lantas terus mengambil handphone yg diletak di bwh bantal dan terus menekan num boss nya 'En.Z sy masuk lewat sikit arini. Nak g klinik,kurang sihatlah' .. agaks keterlaluan gadis ni kan..girls and boys dun try dis at home. Alang2 dah lewat tu...dia meneruskan perjuangan dia balik..sekali lg dia tak set alarm. Mimpi dah mcm2 mimpi dia mimpi...zasssss dia terjaga dan skarang jam 10am plak. Kali ni terus dia bingkas bagun dan bersiap2 ke office.

Sampai office sharp pukul 11am..dengan membuat muka ketat tak da sapa yg brani tegur. Then salah sorang kawanyer dtg dan bg tau 'td en.z tanyer aku,ape sakit - - - - tu? sian i tgk dia tu' harharhar.....

Moral of the story : Set alarm b4 sleep. Jangan nak ngengada malas dtg keje. (Tp if rasa nk menjadi kan tema pada hari tu 'hari bermalas-malasan' takpa..tp jgn selalu k. 6 bulan sekali ok lah.