Showing posts with label Food. Show all posts
Showing posts with label Food. Show all posts

Thursday, September 6, 2012

Potluck Meja Bulat

Salam Jumaat. Semalam after short discussion my officemate plan utk potluck. Memandangkan derang terlebih rajis utk menganyam daun ketupat ptg smlm so main dish potluck kami ketupat.

Lepas tu yg lain bwklah apa yang patut. Thn ni Leen mmg xlarat nak buat open house so Leen pun contributelah skit utk potluck ni. Hari tu office husband pun buat potluck Leen buatkan bihun sup. Alhamdulillah abes licin..hehehe.

Leen bawa Mee Basah (stok daging) and Ayamas Ayam goreng.


Resepi Mee Basah.
500gram daging potong kecik2
Sebatang carrot
2 cekak sawi
Sepaket fish ball / fish cake / tahu
Sos tiram
Kicap kipas udang merah
Sos cili
Sos tomato
6 ulas bawang putih di tumbuk
Cili giling
Garam
2 paket mee kuning

Cara-caranya
1. Mlm td Leen rebus dulu daging tu. Rebus sampai empuk. Air daging agak2lah.

2. Tumis bwg putih dan cili giling agak2 nak garing tu masukkan air daging sedikit mcm sesenduk je. Kacau2 jgn bg hangit.

3. Masukkan carrot dan fish ball. Kacau. Masukkan garam secukup nye.

4. Agak2 carrot dah nak empuk masukkan sos tiram,sos cili,sos tomato dan kicap. Sos2 ni agak2 je kalu nak pedas letak byk.

5. Bila dah sebati semuanya baru masukkan air daging beserta daging. Kacau sampai mengelegak. Masukkan sawi.

6. Warna akan sedikit berubah. Sbb dah masuk air daging jd top up kicap n sos bg warna xpucat.

7. Minta tlg suami masukkan mee (oh ya mee tu masuk dlm tapis basuh dgn air lalu bg kapur ilang) minta tolong suami kacau semuanya.

8. Bila mee dah kembang bolehlah tutup api. Hidangkan.

Ada rendang daging, ayam masak sumo,serunding, kuah kacang, sambal bilis, kuah lodeh, burger malaysia, cheese kek, puding jagung dll.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Monday, November 28, 2011

Sukand's Food, Port Dickson

Hehehehe tajuk skima, jgn lupa kata kunci tu.
Sukand's Food ini terletak di pekan PD. Betul2 depan round da bout Pekan PD dan berhampiran Ice Room. Nama kata mcm kedai makan cina kan. Tp 100% melayu. Specialist dia nasi ayam. Segala jenis nasi ayam hado di sini.  


fil dan mil..layan nasi ayam dan bubur nasi ayam.



 Laksa baba nyonya pun hado.
 Nasi ayam black pepper

 Aku makan nasi ayam grill .
Tengah lapar ni..

Ok so sesapa ke PD boleh lah lunch di sini. Bersih dan nice place. Aku tak berani nak syor kan di kedai makan tepi2 pantai nun sbb ermmmm punca air diragui ekekekeek..

Saturday, November 12, 2011

Hj. Sharin Low Restauran, Sungai Merab Bangi.


Kong Po Chicken Rice


Kam Heong Chicken Rice

Salted Egg Kwai Tau MeOw

Nyummmmmehhh....... 


Muka depan kedai tersebut.

Sumpah sedap!
(tulis laju2 si suami merengek nak makan bihun plak)

Sunday, January 9, 2011

My Weekend

Weekend kali ini kami lepaking di rumah sahaja. Sabtu pagi tunggu org maintenance repair kerosak di rumah. Repair grill yg telah rosak akibat keja org jahat time raya haritu dan ada pokok yang makin hari makin besar dan membiak dgn suburnyer di balcony air-cond guest room.

Inilah pokok. Burung bawak barang kali. Org maintenance tu pun terperanjat tgk. Jarang belaku katenyer. Tp memang betul dari jauh dah nampak "Haaaa tu rumah saya nampak tak yang ada pokok besar tuh" Saya cerita kat budak office pun derang tak percaya. Pehtu gelak2...

Settled  orang tu repair 2 benda tu.. Tunggu orang repair suis pulak. Dari kol 12 tunggu tak sampai2..Sementara tunggu masak2 dulu. Tak sampai jugak. Gertak dia ckp nak klua. Dia balas "tak pe puan klua je lain hari kita kawtem balik" Ewah! Buang masa je tunggu.

Nak klua pun tak dapat sbb hari dah petang kan. Jadi apa lagi menguruskan kain baju yg mengalahkan dok 10orang ni lah kan. Mlm tu lepas magrib pergi rumah jiran ada buat baca Yassin dan Doa Selamat semperna anak jiran ni kembali sembuh dari penyakit yg melibatkan paru2 ni . Sian dia baru 9bulan tp Alhamdulillah dan sembuh. Hidup berjiran sangat kan saya..hihihihi.. Potong2 bawang hidang2  masak2 ermmm dah siap dok borak dgn jiran2 lain. Dannnnnnn hurmmm part paling tak best. Cerita cerita misteri klua. Hayooooooooo... uolls ni suke taw. Abes je bacaan doa2 makan2 sedap2. Semua saya rasa makan hihihi. Then derang sambung lagi berceri Hayooooo..saya tgk Nuar dia dlm group lelaki2 lah kan ..then Nuar pandang saya dan senyum. Mesti dlm hati Nuar ckp "jgn lah isteri ko cerita kt isteri aku..dia tu dah lah penakot" Sbb jiran saya ni punya husband beriya2 bercerita kt Nuar. Nuar tak tahu saya dah tahu dulu. Demmmmm.. Tp buat slamber jelah. Yang penting kita kena amalkan cara hidup Islam.kan kan kan..

Jiran floor atas : Lawyer ke? (kelantan style)
Saya : Eh! Tak.
Jiran sama floor : PTD ke?
Saya : Eh! Tak....
Hahahaha tak tahan lawyer dia kata kita. Begitulah persoalan2 jiran yg jarang2 bertemukan. Kalu jumpe kt lift setakat tegur "p keje ke?" Ofcosss lah p keje tak kan nak g kenduri kawen plak kan. Mcm2 derang temuramah saya. Agaknye kalu tak berborak cengini sampai bila2 derang ingat saya Lawyer ke PTD ke Doctor ke kan hahaha...


Hari Ahad (tadi) setle je iron2 baju boring2 tak tahu nak wat pe Nuar ajak p Sunway Pyramid. Huhuhu nak g makan kt Garden Cafe. Ini kali ke-2 saya pergi makan kt sini. The decoration was awesome. Siap ada org piano. The Curve and One Utama dah lama ada kot Garden. Tp kat Sunway ni mcm baru je lagi. The concept is simple, beautiful garden, outdoor area and great ambiance. Nuar siap tanya "B nak bawak sapa dalam family kt sini" saya balas "ermmmm ntah" Jawapan dia "Mak" Mesti mak suka tgk concept  bunga2 kt sini. Mak mesti tgh baca kan. Suka tak mak? Nak ke mak dtg sini? hihihi... Mesti mak ckp "Halal ker" Huh...saya rasa ini owner dia Melayu. Sbb nyer b4 kami masuk tu ada chines lady ni macam marah tanye kenapa cafe ni bukak lewat sangat dah pukul 12tghari baru nak bukak. Org melayu kadang2 gitulah..bila dah maju sikit mcm malas2 jekan. Then pekerja dia majority melayu. 

Grilled Baramudi pilihan Nuar.
1st time kot dgr nama ikan mcm ni.
Yang putih mcm island tu mashed potato yg sgt creamy and juicy.




Spaghetti Carbanara pilihan saya..masa ni 1st time datang ni.
Yang serpih2 maroon2 sgt sedap.

Tadi ini pulak pilihan kami.
Chicken Teriyaki pilihan Nuar
Bawah sekali tu ada mashed potato ..Wushhhh memang sedaplah bila dimakan dgn chicken.
Fries side order Ok...perut ni lapar manjang.
Hahaha Ayam Paprik dan Nasi. Nuar ckp kat fudkot presint 9 pun hado.
hahahaha lapar nasik lah pulak...


So peps! Uolls must go this place. Td saya siap request kat Nuar nnt birthday buat kat sini. Then ajak bff saya tp jgn sampai sy tahu konon2 surprise lah..Bolehhh gitew... Nuar ckp "u hope my dear u hope" Ok fine! Day dreammmmmm!