Sunday, March 22, 2009

Tahajud Cinta.

Ye! Betol Cik Kiss aku g tgk Sirah Junjungan jumaat mlm sabtu aritu. Time nk g tu memang kecoh. Aku tgh metting kt Wisma Putra patut metting abes kol 5..tp berlarutan sampai kol 6.30 ptg maner aku cuak..yang si Ainul lak dah tggu dpn office kol 5 lg..aku risau+kesian tgk Ainul dok tunggu aku. Dengan IQ yang aku ada aku mintak tlg Airi bagi handbag aku kt Ainul sbb aku g metting tu tak bawak pe2 mujur bwk HP. Dengan IQ aku yg cerdik ni juga aku bg direction kt Ainul how to get to Wisma Putra. Finally Ainul berjaya dtg ke Wisma.

Sampai jer kt umah aku ..terus kiteorg bersiap. Si Juwita dok kol2 and sms kteorg. Dia senang lah ckp sb keje kt KL. Kiteorg dari Putrajaya fuhh ng jem nyer lagi. Dah lah sesat. Agak sengal!! Salah jalan. Ntah macam maner leh ada kt KLCC wahal Istana Budaya kt Jln Tun Razak! Arghhhhh!!! Ainul dan aku bertambah panic. Tp aku taw Ainul lg panic aku buat2 cool..sambil mkn biskot outmeal aku ckp kt Ainul 'ermm Ainul cemaner nk g Menara Celcom tu ek..Istana Budaya kt area situ" huhuhu Ainul makin angin dgn aku. HP aku out of cdt,HP Ainul yg line Celcom tu plak out of bateri and Maxis no signal...tak taw naper...Juwita and Nora nyer HP tak dpt dihubungi. Maybe derang nyer line dah di block takala berada dlm teater..
Finally sampai jugak Istana Budaya. Tp ada lg dialog agak lahanss dari Ainul "weh! Leen ni bukan Istana Budaya lah..ni Balai Seni Lukis" huh!boleh tahan klakar gaks ko ni Ainul.

Sampai jer sana...teater dah bermula 30minit suda. huh!tak kisahlah...time tu Dato'Siti tgh menyanyi..Kelihatan Juwita terpukau dgn kecantikan Siti (Juwita big fan of Siti..dia ada semua Album Siti dari awal pembabitan Siti till now)..

About the teater..memang best. Membuat kan aku jd rindu dengan Nabi Muhammad s.a.w



Di antara… kebatuan cadas, padang pasir, panas matahari membakar kulit. Di tanah Mekah, bangunan kukuh Kaabah yang sejak awal dibangun untuk menyembah yang Maha Kuasa kini telah berubah dikelilingi berhala. Kejahiliahan membuat perilaku menjadi amat rendah dan nista. Budak dan hamba abdi menjadi binatang yang tak berharga, wanita hanya jadi pemuas nafsu belaka, anak perempuan dikuburkan hanya untuk ditertawa riakan oleh sang ayah yang tidak rela memiliki anak perempuan. Berhala-berhala disimpan, dijadikanpenyembahan kepada jalan kegelapan. Berhala menjadi sesembahan mereka bernama Lata Uzza.

Dalam pada kerosakan dan kejahiliahan kaum Quraisy. Seorang wanita dirundung kepedihan tatkala suami tercinta pulang ke alam baqa, padahal di perut dikandung janin yang amat dicinta. Ketika terlahir bayi yang amat molai rupawan, bayi inilah yang menjadi cahaya menerangi gelitanya kesesatan. Di saat bayi ini dilahir- kan, tangisannya menyebabkan dinding Istana Kisra retak dan beberapa menaranya runtuh. Api di kuil Parsi padam. Air di tasik sawah menjadi kering. Berhala-berhala di sekeliling Kaabah tumbang. Bayi yang kelak menjadi perkasa, mengukuhkan empat tembok tinggi kisah. Bayi inilah yang terlahir menjadi pemadam api sesembahan kaum Majushi. Di tahun gajah, telah lahir bayi mulia Muhammad bin Abdullah.
Muhammad tampil menjadi cahaya bagi lingkungannya. Tidak hanya sebagai penyejuk tetapi juga sebagai penegak hilar-bilar keadilan. Beliau tegak bagai karang yang kukuh menghadapi kebatilan. Hiful fudul adalah cahaya yang mulai berkibar untuk menegakkan kebenaran dalam kegelapan kejahiliahan.
With Erma Fatimah the director

Di telapak tangannya Muhammad terdapat api yang menyala yang dapat menunjukkan jalan yang benar sedangkan di dalam darahnya mengalir akidah yang kuat yang sentiasa siap untuk menentang sesiapa yang membangkang, dan sesungguhnya sudah menjadi sunatullah, setiap perubahan selalu mendapat tentangan. Kaum Musyrikin Quraisy seakan tidak rela, Muhammad mencerai-beraikan keluarga mereka, Muhammad akan menggantikan sembahan mereka, Muhammad akan meruntuhkan peradaban mereka. Maka, bermulalah siksaan datang.
Cinta kepada Allah… Cinta kepada Rasul! Membuat ringan setiap derita. Ujian tidak terhenti. Kekejaman bermaharajalela. Kehilangan sanak saudara. Yang lebih menyedihkan ialah apabila Muhammad kehilangan bapa saudaranya Abu Talib yang meninggal di saat belum sempat memeluk agama Islam. Derita semakin terusai dan yang lebih memilukan apabila isteri tercinta pula, Siti Khadijah, penyejuk di kala batin resah, yang meneguhkan di kala goyah, yang rela menafkahkan harta, tenaga demi dakwah, dipanggil oleh Yang Maha Pencipta. Rasulullah Muhammad S.A.W betul-betul pilu kehilangan isteri, kekasih, penyejuk dan peneguh. Hampir seperempat abad mendampingi suka duka. Itulah tahun kedukaan bagi baginda.

Kematian Abu Talib telah meruntuhkan benteng-benteng penghalang kemarahan orang-orang Quraish terhadap Muhammad. Kalau dulu Abu Talib adalah pembela Muhammmad tetapi sejak ketiadaan bapa saudaranya itu, orang-orang Quraisy makin bermaharajalela. Ke mana sahaja Muhammad pergi, pasti baginda akan direjam dengan batu bahkan ditaburkan pasir di atas kepala, dibaling dengan najis namun baginda menghadapi kekejaman musuh dengan perisai kesabaran dan istiqamah.

Kesakitan yang dilalui sama sekali tidak mampu menghentikan nafas perjuangan kaummuslimin sehingga kemajuan Islam semakin pesat. Baginda Muhammad berjaya memujuk tokoh-tokoh utama Quraish untuk masuk Islam lantaran golongan Quraish menjadi marah dan mengadakan pakatan untuk menyekat ekonomi kaum muslimin. Setelah 3 tahun kaum muslimin terpaksa berdepan dengan berbagai rintangan dari kaum Quraish dan selama itu juga mereka berlindung di Lembah Abu Talib, akhirnya Muhammad sudah tidak lagi sanggup melihat kesakitan dan kezaliman orang-orang Quraish terhadap kaum muslimin. Ramai yang menderita lalu Muhammad mengarahkan supaya kaum muslimin kembali ke rumah masing-masing untuk berdepan dengan orang Quraish manakala sahabat-sahabatnya diputuskan berhijrah ke Madinah untuk mencari penempatan baru.

Hijrah Rasulullah S.A.W ke Madinah merupakan langkah awal dari proses terbentuknya Darul Islam yang pertama di muka bumi saat itu. Rasulullah berjaya meletakkan asas-asas penting bagi negara ini iaitu pembi- naan masjid, mempersaudarakan sesama kaum Muslimin dan mengatur kehidupan sesama kaum Muslimin. Dalam masa yang cukup singkat, Baginda berjaya dengan cemerlang untuk membentuk Madinah menjadi Daulah Islamiyah yang bertamadun tinggi.

Bagi kaum Quraisy , tidak ada sebab yang lebih berkesan untuk membangkitkan pertempuran dan kemarahan orang Islam selain tumpahnya darah melalui peperangan. Bahkan Nabi pun terhujam di Bukit Uhud. Luka menganga. Hamzah singa Allah terhujam, dirobek, dikunyah jantungnya oleh Hendon. Tidak pernah rugi bagi seorang yang beriman, diberi nikmat dia bersyukur maka syukur menjadi kebaikan, Diberi ujian dia bersabar maka sabar menjadi kebaikan

Rasulullah dengan para sahabat masih meneruskan dakwah dengan berangkat masuk semula ke Mekah. Perjalanan untuk menunaikan kewajipan yang pasti penuh dengan pengorbanan tetapi tidak pernah ada kerugian bagi orang-orang yang mahu berkorban ke jalan yang diredhai Allah S.W.T. Akhirnya, baginda berjaya membawa Abu Sofyan mengakui “Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, Nabi Muhammad pesuruh Allah”.
heh..heh..
The End..... bju putih tu Dato'Siti,Hitam Erma Fatima.


Din,aku,Juwita,Nora,Along dan Ainul tukang amik gamba ni.
Rabecca Muslim..sangat bermutu lakonan dia!

Sangat cantik....

GreenyCoverAlbum.

CoverAlbum lg...

tata! nk balik dahhh...


Wednesday, March 18, 2009

Teater anyone??

Yabedabeduuuuu! Mlm esok nk g tgk teater.
My 1st xprience tgk teater ni.
Cuba korang teka teater ni tajuk dia ape heh..heh..

Tuesday, March 17, 2009

Yummy!



Rakan2 ini juga boleh dijadi hadiah perkahwinan saya! Hahahaha! Bestnyer kalu hari2 dpt mkn waffle..kaya+strawberry or coklat+butter garing2 ey kak..kikikiki..

Thursday, March 12, 2009

Lengkap Semula

Mlm td balik dr Alamanda setelah penat mencari sesuatu yg boleh memuaskan hati kedua org tua kami (org tua kami??ganjal arrr sebut perkataan tu but it sound oldies) ibu bapa lah senang ckp...Nak taw aper? Bracelet. barang untuk batal air semayang nnt. Frankly speaking i dun like jewelry. Tak reti mcm ner nk mengayakan nyer..bg aku semua nyer sama jer lg pun mcm rimas jer nak pakai2 gelang lah cincin lah rantai lah aku lebih suka pakai jam tangan jer kt tangan ni. Dah 3 kali aku dan NK g kedai mas tok beli cincin merisik,cincin tunang ng bracelet nikah huhuhu tp aku just dok diam n dgr jer perbincangan NK ng tokei kedai hahaha aku tak faham hape pun harga emas lah,upah buat lah,ikat nk kuat lah dan lain2 hal yg berkaitan. Bagus NK! Ni yg wat aku syg NK lebih nih! dan dia pun bertuah dpt aku yg tak reti menilai emas dan tak suka emas ini huhuhu!!

OK sambung cite balik..mlm td aku main2 dengan lgu2 yg ada dlm HP NK and then aku dengar satu lgu.. Best yakmat. Korang dengar lah sampai abes. Chorus lgu ni melody mcm lgu anakku Sazali..(the lyric is provided huhuhu) Enjoy!



Akan kubina sebuah jambatan emas
demi menghubungkan aku denganNya
akan ku reka mesin merentas masa
supaya dapat bersamaNya setiap masa dan ketika

Akan ku rakamkan semua saat indah
bersamanya ke dalam sebuah pita video
akan ku lakarkan sebuah lukisan
untuk menggambarkan keagunganNya

Diri ini lengkap kembali
bila bersama denganNya
denganNya rasa cukup gembira
tak mungkin ada selainNya

Akan ku ciptakan sebuah kapal angkasa
untuk ku pergi ke sana bersama-samaNya
akan ku bina istana semegah Taj Mahal
sebagai tanda kasih sayangku
yang kekal abadi



xoxo
Butterfingers where have u been??
Miss this band alot!!!Muach!!

Wednesday, March 11, 2009

Mlm yg memerlukan santun yg maxima.

Mereka Berkawan Baik

Pasangan yg banyak baju sedondonmereka juga slalu mengikut karenah adik2nye untuk melaha..psst pssst abg aizam jom karok mlm ni..kikiki

Dilla and K.Fitt (k.fitt tidak lepaskan peluang bergambar dgn penyambut tetamu)


Pasangan yang kami cuba untuk jodohkan ... hurmmm Airi tummy tu awas skit.


Yeah! We are roxx people!! Abg Wadi yg best!! Nnt kt Paris jgn lupe belikan handbag tok kiteorg!

Pesal muka aku mcm tu??Cube teka??Sebab Airi tak reti gune HP k.fitt huahahaha! Menyebabkan aku berang..

Pesal aku mendongak??Cube teka??Sbb aku dah lenguh bediri...

Airi touladani lah abg aizam tu..pakai songkok kaler itam..bukan kaler unggu..


Jelytawan go bed......


the story behide those pictures is:-
Majlis Resepsi ank Ketua Pengarah kami di Puspanitapuri, Presint 10..pada 6 Mac aritu.
Pelamin and decoration dewan sangatttttttttt cantik dunno lah sape wedding planner dia..
Tapi memang superb arrrr grand sgt.

Tuesday, March 10, 2009

Bakal Adik Ipar ku bertunang..

Dah bersarang dah draft ni aku simpan tp tak post2 gaks...


Kejadian ni pd 14 Feb 2009 (sabtu). Aku ikot KN (si tunang) g balik kg dia untuk meraikan majlis pertunangan adik dia. Mmmmkay mula2 tu tak nak g taw..sbb mcm segan giler..mcm ntah mcm perasaan yg tak menentulah kot hihihi tp memandangkan Amy and Fira (pasangan yg ditunangankan) it self called me and invite me..jd mcm tak manis lah kalu aku tak g..time aku bertunang aritu Fira dtg..

ini bukti nyer (nk jugak tu masuk kan gambar sendiri). Seawal jam 6am NK and me depart from Putrajaya..sampai sana around 745am..sampai2 jer terus minum and tukar outfitt utk ke kenduri. Dlm kereta nk ke Ipoh (umh fira) aku tertido kikiki...NK cakap "ntah ape2 ada ke tido dlm keta layan lah makcik2 tu borak" huh! maner lah aku taw nk borak pasal ape....dari aku termanggu2 baek aku tido lg pun memang ngantok sgt sbb mlm 14th feb aku g berkarok ng member2 sbb NK tak jd balik kampung mlm tu..wat penat jer aku bersiap..penat katenyer tak larat nk drive dan penyakit rabun mlm eh tak tak tu aku yg tambah..hihihi.

Sampai umh Fira kiteorg terus mkn and take potos (tradisi ank gadis sekarang memang suka amik gambo kikikiki) tp ..tp waduhhhhh NK cakap aku dah darkness (huh!terus moral down) tp memang betul pun aku nmpk gelap dlm picture2 tu... dats y lah picture2 ni di upload kan dlm saiz yg kecik..lets take a look..

Amy and Fira Loving Couple

(aku penah cakap kt NK...amy ng fira tu romantik jer tak mcm kita...tahu ape NK jawab?Haihh!! Kitekan pasangan roxx..Ella dan Tam ~bluwekkkkk dia pasan dia tam spider sejak kwn2 aku ckp dia ada iras Tam~)

Teka mana Cik Mellisa?

k.leen yang comel, tunang yg disygi, sye yg sweet dan a. nuar yang baik hati...(jika anda rasa geli dengan statement ini sila jgn salah kan sy..ni caption dari Fira sendiri..hihihi thanks Fira atas gelaran comel itu)

k till we meet again dengan post2 bergambar.
xoxo
in memory mydearolympus camera.

Tuesday, February 17, 2009

HJzzzzzz


my wish list goes on....

mmmmkay...if i list down wut i want and wut i need, i dont think i haf enuf space huhuhu..but the most i wanted to haf is..jeng jeng jeng
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v


this girl try to motivate her self..(wink**wink**)

The New Honda Jazz! Yeps! dis is wat i want!! Soronok sgt baru2 ni dpt pandu uji aritu. Siap berangan2 ng si tunang. Tetapi i do prefer HJ yg lama berbanding HJ 2008 ni..sebab saiz nyer nmpk lg cute. Insyaallah dengan berkat usaha pasti dpt..aminnnn...

Thursday, February 12, 2009

Sigh...

I know, it's been more than 2 weeks since I last updated my blog. No No No ia bukan disebabkan oleh internet conection tp masalah jadual harian yg begitu tidak terurus sejak 2minggu ini.
Kehidupan seperti org normad. Sgt meletihkan.

Hari ni, hari Jumaat so lunch time panjang boleh lah update sikit. Td baru lepas buat Jamuan for January Babies..huh! Jadi setiap org kene buat 1 menu. And my menu is Sayur Campur! K.Fit invite g umah dia mlm td sbb nk masak kt umah dia beramai. Jd K.Ina,Dilla and me berpindahrandah lah ke rumah K.Fit. Lebih kurang jam 10mlm kteorg g Pasar Borong Selangor. It 24hours market. Best membeli ikan sayur kt situ.. Time nk balik baru K.fit ingat yg mlm tu (mlm td) Birthday Suami dia dan hadiah doth..doth...doth...tertinggal kt office. Kami dah kaget ADAKAH NAK G OFFICE JAM 11MLM MCM NI K.FIT???? dengan sepantas kilat K.Fit menjawab HARUSLAH!! Lepas amik hadiah terus balik dan terus masak menu masing2. 4 Menu semuanya..sambal sotong,masak asam pedas,sambal belacan dan sayur campur...Jam 2pg baru tidor. Then kol 5pg td dah bangun. Hahahaha yang best nyer sy diberi keistimewaan.."tak pe bia leen tido dulu...dia penat..kt office byk keje.."huaahahaha.

Letih nyer weh!!!! Dok pikir door gift nk kawen ni!!! Si tunang pulak manjang keje jer weekend! Arghhhhhh geram! Nak kawen ke tidak nih!!!

IM INTO (currently):
Lagu Matahariku
Man nyer MP3 tu jer ulang hari2
Lagu Tanpa.. Syok arrr lgu tu...(konon2 tema percintaan arrr tu) cheehhhh!
Situasi -bunkface- dlm keta si tunang n me kalu lgu ni kua kt corong radio mesti kiteorg nyanyi kuat2..sbb both of us sedang tension!!!


xoxo
leen

Thursday, January 29, 2009

We Are Moving!!!

Finally dpt quarters! Happy sgt..sebab dah tak payah pikir2 lepas kawen nk dok mana aite?

Si tunang telah setled all the bills..thanks mista ayang :)

so lets GO FURNITURE-HUNTING!

Yes, we're moving soon. I can't hardly wait! :)

Sunday, January 18, 2009

♥♥ Darah Manis ♥♥

Sebelum ini sy tak penah caya pada darah manis.Org tua cakap darah manis kerap terjadi kepada org yg berstatus tunang org atau hampir-hampir nk kawen. Yang lain punya version of darah manis sy tak taw.Mak mak kita dan nenek nenek kita slalu ckp 'jgn kua malam ko tu darah manis'. Sy ingat lg semasa kakak sy dlm tempoh pertunangan dia nk g Terengganu utk membeli brg2 tembaga for majlis kawen dia arrr ntah ape ntah dia balik sy tak ariff bab tembaga nih..and then mak sy tak bagi dan perkara ini pun di sokong oleh tunang nya semasa itu yg kini hubby akak sy. Time tu lg beberapa hari shj lg majlis kawen derang. Begitu kuat penangan darah manis ni kan.
Tp bg sy mengarot jerlah..

Tetapi setelah sy berstatus tunang org baru sy sedar tetang kewujudan Darah Manis yg kini megalir deras di seluruh pelusuk tubuh sy ini. Beberapa perkara yg tak penah sy alami sebelum ini kini terjadi pada sy:-

.sebelum ni kalu masuk bilik file yg segala serangga ada al-maklumlah file 50thn lalu pun ada dlm simpanan terpenah mendatangkan masalah pd sy, tp kini lepas je kua bilik file tu mesti 1 badan jd gatal2, selsema dan batuk.

.sebelum ni kalu setakat suhu kt office ni penguin pun boleh tinggal tarak hal nyerlah..tp kini balik je keje demam.

.sebelum ni kalu lunch pukul 6ptg atau 8mlm (kiranya diner merangkap lunch) takde menimbulkan komplikasi sakit perut atau masuk angin atau gastrik pun tp kini...lunch kene on time,breakfast,diner semua kene on time. Kalu terlewat sikit terus sakit perut. Minggu lepas Cik Melisa (bukan nama sebenar) dikejarkan ke klinik akibat angin berlebihan dan injection di bahagian tersebut dikenakan huahahaha! Sakit mak oi!

.sebelum ni boleh jer angkat berat tv 21" pun boleh angkat sorang. Tp kini tak boleh lg sebab Cik Melisa (bukan nama sebenar) telah di kejarkan ke klinik akibat otot rusuk nyer tersasar. Dia telah mengalami radang otot/saraf..impact dari angkat barang2 berat tersebut. Cuak giler time dpt tahu kene otot bengkak tu..haaa tulah rajin sgt alih2 brg kan dah dpt sakit!

.sebelum ni tak de pulak bawak kete anjin isek mati tetapi semalam takala bersiar2 dengan Ainul enjin kereta ku isek mati. Ini sekaligus meletakan sy juara penerima hon,flash,maki hamun org paling byk!huahaha!

.....dan banyak lg perkara Darah Manis ini berlaku takala ini pada sy. Bila org tanya 'jenis darah aper? sy nk jawab DM lah...

Thursday, January 15, 2009

Wishin', and hopin', and thinkin', and prayin'



Wishin', and hopin', and thinkin', and prayin',
Planning and dreamin' each night of his charms.
That won't get you into his arms

So if your're looking for love you can share
All you gotta to is hold him, and kiss him, and love him,
And show him that you care.

Show him that you care, just for him.
Do the things that he likes to do.
Wear your hair just for him, 'cause,
You won't get him, thinkin' and a prayin',
Wishin' and hopin'.

'Cause wishin', and hopin', and thinkin', and prayin',
Planning and dreamin' his kisses will start.
That won't get you into his heart!

So if you're thinking how great true love is
All you gotta to is hold him, and kiss him, and squeeze him, and love him.
Yeah, just do it!
And after you do, you will be his.

You gotta show him that you care just for him.
Do the things that he likes to do.
Wear your hair just for him, 'cause,
You won't get him, thinkin' and a prayin',
Wishin' and a hopin'.

'Cause wishin', and hopin', and thinkin', and prayin',
Planning and dreamin' his kisses will start.
That won't get you into his heart!

So if you're thinking how great true love is!

All you gotta to is hold him, and kiss him, and squeeze him, and love him.
Yeah, just do it!
And after you do, you will be his.

You will be his.

You will be his!


Adakah Post ini melambangkan aku gatal nk kawen wahahahaha!

Hadapi Dengan Senyuman

Banyak perkara yang difikirkan sejak kebelakang ini. Buat aku rasa tertekan. Tapi aku kene lalui semua itu dengan hati yang tenang. Kena pandai memilih mana baek mana buruk mana murah mana mahal ahahaha!

Baru-baru ini aku dpt sms dari my-ex-man dah 3 thn berlalu baru skarang nk minta maaf. Sekarang baru aku rasa lega sikit sebab dia dah minta maaf and taw dia dah byk buat silap in our relationship. Selain dari topic minta maaf dia juga turut minta izin untuk menjual jam tangan Guess (takde duit lah tu nk gadai jam hehehe) yang penah 1 masa dulu disarung kat tgn kiri aku ni. 10 thn aku pakai jam tu. Tp...last day aku jumpe dia aku pulang kan balik jam tu kt dia. 5 sms shj aku balas dan dia membalas 6 sms. Alhamdulillah dia dah takde simpan apa2 perasaan dendam,dengki,syg,nk balik etc kt aku bila taw aku ni tunang org dia pun dah ada life dia sendiri. Setiap sms dia aku foward kt tunang aku jujur dan ikhlas kan aku. Love story aku dengan dia banyak diketahui oleh My Dear Tasya (mama wanna be). My Dear Tasya and me mempunyai citarasa yg sama time tu and now kedua-dua kami tidak memilih our 1st love huahahaha.. Ok ok dah cukup lah cita pasal dia.

Hari ni dah 16hb Januari 2009 ... kami berdua masih lagi tak cari Andaman yg murah dan cantik cantik dan cantik huahaha! Mlm td lepas kerja kami ke Presint 8 singgah Puteri's . Sebab aritu g Pamerang Pengantin kt Mid Valley dan Butik Puteri's ni one of my fav andaman, pelamin dia pun cantik. TETAPI! memang cepat kaya lah butik nih. Untuk nk lebih jer.. mana tak nya 1 pelamin yg aku rasa kt lua baru 1k tetapi kt tempat dia 4k. Waduh! Mahal sungguh. Khemah pulak stat on RM800++ (kt Seremban baru RM180 huahahaha) dan khemah yg aku minat RM1200 aku dah bersungguh dah nk amik sat lg si tunang tanye kepada tokey kedai "for RM1200 berapa bijik khemah kiteorg boleh dapat?" dengan lantang tokey kedai menjawap "RM1200 untuk 1 bijik khemah" HAH!!!! Baik aku kawen kt PICC kalu mcm tuh! Tp si tunang dan aku tak wat gayat lah kami just angguk kepala dan berkata "yelah kan sekarang brg mahal mana pergi pun sama". So kiteorg decide nak g round area Seremban utk side aku dan Ipoh utk side si tunang mencari the best andaman in town and cheaper!

Sekarang ni aku dan si tunang sedang sibuk membuat hantaran dan door gift bukan untuk kami tp untuk org. Alhamdulillah rezeki nak kawen kot ramai jugak org buat tempah ng D'Renjis. Tiap-tiap malam aku berjaga malam sbb target kiteorg nk setlekan b4 febuary ni. Sian si tunang turut buat kt umah sewa dia. Bunyi macam auwwww!kan tapi tulah dia reality idup..wat ape je keje asal kan halal untuk menambah pendapatan. Esok dah kawen boleh kite wat sesama kan lg cepat siap dah tinggal serumah senang sikit. Ni skarang sorang putrajaya sorang shah alam agak penat arrr nk transfer2 barang.

Hujung bulan ni Insyaallah rumah aku boleh diduduki..eh silap bukan rumah aku hehehe rumah quarters.. Adumak! duit lagi! Deposit rumah+deposit api+deposit air = RM700. Huh! Nak cuci rumah tu lg. Owh no! Tp kakak sepupu aku dah bagi idea dah dia ckp byr jer tukang cuci kt hospital tmpt dia keje tu..wah! gud idea! bagus2 mudah keje aku. Akak sepupu aku akan uruskan kerja pencucian rumah baru. How bout lori? Aku akan suruh si tunang carikan lori dok angkat barang2 aku.

Hurmmmm byk lg perkara kena buat nih! Some body save me!!!!


-sambil aku menulis entry ni aku melayan my crazee miezee boy . Kira boleh lah jugak mengubati kecuakan,beban di kepala ini huahahaha-

Monday, January 12, 2009

Plz dun stop.

Td mcm biasa bgun seawal jam 6am. Sejak dah tukar waktu peringkat II ni kene bangun pagi2 :)
Tetibe sampai kt satu junction jem teramat sgt. Jam menunjukan 7.30am OMG!
Jem kaw kaw sampei tak bergerak.
Apa dah jd ni....
Rupe2 ada xcident... alahai bukan teruk sgt pun .. memang tak teruk lah dan takde kemalangan jiwa yang blaku.
Tapi nape jem berkilo-kilo meter????
Sbb masyarakat M'sia ni over perihatin.. Plz dun stop ur car or slow down ur car semata nk tgk ape yg blaku. Menyusahkan org lain taw.


Pesanan ikhlas dari,
Leen da' Lagend.

Thursday, January 8, 2009

Cerita Saya

Pd bulan ini, sy sgt sibuk menguruskan pelbagai hal. Sehinggakan kesihatan sy pun tolak tepi dulu..no time to check up. Sabar eh badan nnt biler kakak free kakak g klinik eh. Tp baru2 ni g amik injection hehehe sakit dan klakar.

Bulan ni sy kene setlekan hantaran dan door gift. Hantaran En.Suhaimi dan door gift Cik Ed. En.Suhaimi akan bertunang pd 14 Feb dan Cik Ed akan kawen pd 8 March...so kene setlekan bulan ni jugak. Sbb stat bulan FEBUARY 2009 D'RENJIS tak amik order lagi dah....

Semalam lunch wif my biras (kakak ipar kpd si tunang) wanna be..berdua jer ng dia g lunch kt Alamanda kebetulan dia ada keje kt Putrajaya. Perbualan berkisarkan budget majlis perkahwinan dan kehidupan selepas perkahwinan. Huh! takot gaks sy dengar cerita dia... Just imaging, Make artist+bilik tido+pelamin+kereta berhiasa for 1 side RM4k bg sy tak berbaloi dan biras wanna be ni nak bawak sy ke butik pengantin berkenaan tp logik lah RM4k tu sbb bju dari Rizalman . Kiteorg jugak membincangkan pasal photographer,tempat honeymoon, gift dan isu-isu how to tackel husband.

Bab tackel husband paling best..sbb perangai husband dia dgn tunang sy hampir sama. Rupa pun sama..cuma si tunang agak berlemak hahahaha. Tak dinafikan lelaki ini mempunyai sifat ego tp disebalik ego dia tu ada satu sifat yg org lain tak tau cuma pasangan je yg tau.

Biras wanna be ini juga turut membicarakan prihal honeymoon...dia ckp if dun hv budget pergi lah tmpat yg murah2 dulu..Langkawi pun ok..pergi ke Tasik Dayang Bunting sure balik terus bunting hehehe. Dia tanya saya dah stat ke belum buat mandi susu,lulur,body massage dan perkara yg sewaktu. Jawapan sy adalah "NOT YET" .. only facial treatment dah buat, bab body belum lg. Dia ckp kene buat dari skarang kt KL kan byk. Biras wanna be sy ni memang taste tinggi. Tp sy tak follow cara dia kerana dia berduit dan sy sebalik nya............ Hadiah hari jadi untuk husband dia pun percutian ke Bali .. Seronok kan...

Hurmmmm penat nyer sy skarang.. balik je keje mengadap ribbon dan gift2 yg quantitinya 1k kene buat. Tp sy taw tu lah punca rezeki sampingan sy. Dan si tunang pulak sedang sibuk menguruskan business sampingan untuk menambah duit nk kawen.

Semoga Tuhan memudahkan perjalanan kami berdua.

Sunday, January 4, 2009

Happy New Year!

Wow. Another year has gone by so quickly. 2008 has been a wonderful year for me. A year filled with important milestones.It's the year I:

  • my sister get married
  • my sister get preggy
  • Berat badan meningkat 45kg ..sy sgt suka dan teruja! dulu 39kg!
  • dilantik dlm perkhidmatan sebagai EO **tu yg paling best :)
  • turned 25 (I've always felt "real" adulthood begins at 25, not 21 ;p)
  • and.....menjadi tunang org

Good bye 2008 and Hallo 2009!

Monday, December 1, 2008

Kursus Pengenalan






Yesssss! I did it!!!! Zillion thanks to mak yang banyak doakan kejayaan adik.
Date : 2 - 7 Nov 2008
Venue : INTIM a.k.a INTAN TIMUR Terengganu

Hallo! All readers (wah!macam ramai jer yg bace blog ini) kejadian ini berlaku sebulan lalu...
tp akibat mcm2 benda yang perlu di uruskan jd tak berkesempatan lah sy nk publishkan entri yang ini.Jd, hari ini sy publishkan. 2 Nov ialah pada hari Ahad dimana pada hari Sabtu 1 Nov itu sy melansungkan majlis pertunangan sy. Selesai shj majlis itu sy terus bergegas ke tmpt amik gamba utk di jadikan gamba BERUKURAN PASPORT ahhhh bosan sgt! napa lah kene berukuran paspot...pesalah letak picture tgh masak ke,kt genting ke,kt dlm keta ke...hehehe.
Keesokkan harinya pagi 2 Nov itu sy terlewat bangun. Sbb terlalu penat..zasssss cabut ke Putrajaya sbb bas nk ke Terengganu berport di JPA,Putrajaya. hihihihi seperti biasa, sy peserta terakhir naik bas......dlm bas tido jer....
Sepanjang Kursus sy jd tak selesa sbb KENING KU TELAH DITOREH...mesti org ingat aku beautision hahaha. Sirius ni 1st time dicukur kening. mak andam lah ni...tak tanyer dulu..terus dia menoreh kening chin chan sy nih!
Peserta Kursus majority org dah vateran..pendek kata derang dah 25-30 thn service wif gov.
Yang muda remaja mcm sy boleh dibilang.
Jd keadaan kursus tidak lah segempak Kursus Pengenalan Setiausaha sy dulu...dimana rata2 pesertanya org muda. Tp sy suka keadaan mcm ni, sbb sy bleh timba pengalaman ng derang. Sbb kalu berkawan ng org seusia kita jer...pengalaman idup n berkerja derang lebih kuang kita gaks. Baek kita berkawan ng org lebih tua dari kita...derang ni lg sempoi.

So lets go thru wif sum snapers!




Diantara kekacang yang banyak membantu sepanjang proses pendengaran dan pentidoran berlaku
Jadual yang padat membuatkan rata2 peserta tensi0n dan tak sukup-sukup tido
Yang free hair tu nama dia Monako tak silap..dia nyer buku programme memang sentiasa ada di riba..sbb tak sabar2 dia nk potong session yang dah abes. Tp dia bagus! sbb dia tak penah tido. Hehehe tak macam sy..1st hour wajib tido 2st last hour baru cerdas!

Lima sekawan! Kami memang kaki tido...Ketua kami akak yang baju biru tu..tak dan kelas nk stat dia dah berdengkor.


Capture time 5am..tengah tggu roomate bersiap..biasalah barang antik jd pergerakan beliau agak slow.heh.

Makan time yang kiteorg tunggu! Ni Izza..teman sekursus yang paling rapat time ni.

Kak Mahfuza...seringkali tertido dan berdengkor time lecture.

Yeah! Steady kak Ani. Jawa pun jawa lah!
Anggota Kumpulan 8 b4 show.

After show! hahaha group sy menang PERSEMBAHAN TERBAIK..time show Izza dan sy mengila so mana tak menang nyer.

Muka - muka yang puas hati dengan tempat baru posting.

Termasuk yang ini. Sgt seronok dpt balik ke negeri masing2!

Kecuali yang ini. Sedang sibok ber-sms dgn wife dan boss2 yang boleh membantu membuat surat sokongan untuk pertukaran posting wukakaka! nway semoga berjaya bro!

Dan yang ini pula hurmmmm "malas nk pk lah...tak kisahlah mana2 pun"

Yeah!!! Bertolak pulang ke Putrajaya!!! Gud bye Terengganu!LATIHAN UNTUK PEMBANGUNAN! Disebalik tembok itu ialah MONICA BAY..tp kami tak berkesempatan nk bermandi manda disitu.