Thursday, June 17, 2010

Kursus 15hari!!!

Date : 12 - 27 Mei 2010
Venue : IKWAS,Kluang Johor a.k.a INTAN Wilayah Selatan

Eeeeeeeeeeee boring taw kene p kursus. 1st time rasa tak best g kursus sbb dah kawen kot ni belum ada ank lagi. If dah ada sok mesti ulang alik ni tak pun bwk anak sekali g kursus.

My group! Study+group discussion everything together. Women wif white blaus tu lagi lah sengsara sbb time ni her bebey baru 3mth. Masih BF lg.. dah kene tinggalkan. Sian dia. Group sy majority from Putrajaya cuma 3 org je kot org Johor. Jadi bila masing2 berindu rinduan mcm tak mental sikit tu di maafkan sbb derang pun sama.

Tibalah hari presentation.
Memang cuak time ni.
Full blast kiteorg bagi pd juri full blast jugaklah juri bg pd kiteorg.

haaaa yg pakai tudung pink ni..garang beb. Gerun dgr soalan dari dia.



Haaa yg ni tak osah ckp lah. Lagi lah gerun.
Kiteorg buat presentation 2 kali. 2 topic yang berbeza diberi.
Then keesokkan harinya which is last day EXAM!!!!
Study sampai pagi!! tp study dlm takot...petenghan minggu masa kiteorg kt sana ada org nepal meninggal depan bilik sy! Aaaaaaaaaa takot seram je time malam kt situ. Ishhh time ni pulak ada org meninggal. Ajal dia kan. Sian dia Baru je masuk Islam meninggal ketika repair atap dia tergelicik dan BANG! jatuh ke tanah tar.. Terus......................
Minta2lah lulus. Eeeee tak nak lagi dah berjauhan ng Nuar.
Lepas presentation...makan2 and buffday cele8 rahimah and famy.
till we meet again!
c ya!

Family Day Office Husband

Date :8 -9 Mei 2010
Venue : Port Dickson

A week b4 g Kursus 15hari tu sy follow nuar g Family Day office dia di PD. Sampai2 je terus ada game petang tu... Gamba tak dan ambil sebab kami terus join the game.

View from our room. Santik kan.

Anak rizal..org kampung den.
keh keh keh den yg over...Nuar mana?? Hik hik hik mestilah dia yg amik gamba.
Best2 dapat 2 jam Ikea ni.. Satu letak kt Office
Kumpulan kami!

dats my men.
Love you!
Muachhhh!

Brothers

Brothers and Sisters!

xoxo
Leen

Saturday, May 22, 2010

Selamat Hari Emak.

Actually dah lama nak wish.. tp bagi saya hari-hari saya ingat mak saya.

Emak........takda noktahnya. Begitu touching nak cerita pasal Mak. Diatas adalah mak mak saya. Mereka ini semua pernah dan masih memikul tanggungjawab seorang yang bergelar ayah. Setelah keempat2 mereka tinggal oleh suami apabila pulang kepada penciptanya. Namun ke-empat2 mereka tidak pernah kenal erti berputus asa demi membesarkan anak2 mereka.

Terutamanya sekali Mak saya. Bayangkanlah ketika berusia 26tahun suami tercinta telah meninggalkan beliau dengan sejuta kenangan. Terlalu perit dan terlalu berat bagi saya. Takala itu beliau bergelar '3month prenant lady' dan ibu kepada 2 orang ank berusia 4thn dan 3thn yang masih tak kenal erti susah dan senang ... org yang diharapkan untuk membeli susu,makan,pakai ank2 telah tiada...maaf terlalu sedih untuk dikenangkan semula.. i think i must stop now. Just nak wish Happy mothers day! Semoga mak hidup dalam keadaan tenang dan damai sentiasa disamping ank,menantu,cucu,adikbradik,sahabat handai yg sentiasa gembira disisi mak dan sokongan sepenuhnya. Thank you for everything.

Happy Mothers Day jua buat:
Busu mama to Hafiz and Haziq also to me.
Kak Lip mama to Emill Irzaz
Kak Long bonda to Khadeeja Irzan
Kak Nor mama to Syamill Illan
oh ya! to my mil also mak @ mamak @ mama (kurang pasti sebutan adk2 iparku) kepada son and doter beliau.

cheers!

Saturday, May 15, 2010

Sambutan Hari Pekerja!


Ye. Hanya dua sahaja gambarnye. Kejadian pada 7 Mei. Peringkat Kebangsaan. Buat kt MIECC,The Mines. Yang boringnye hanya kami tak dpt baju sponsor hahaha company lain semua dapat. Layan kan je..... Radhi OAG pun ada. Itu jelah kot.
Lupe dah nak tulis ape keh keh keh..
Tp yang penting saya kua tv ye..hihihi...

Thursday, April 15, 2010

Puteh Busana Muslimah

Lately ni my husband and I dok ulang alik ke Damansara Perdana. Tgk budak kecik tu lah apa lg... tp kali ni matlamat sy nk cuba masuk ke Puteh Boutique. This boutique near by my kazen appartment. Slalu lalu je depan tu tp kali ni try nak masuk. Fuhhh memang terpaku k dgn ke halusan, kecantikan, memang fabulous lah Mr. Rizalman ni.. Those picture i took from here.

My sister dah tetapkan tema untuk Raya 2010 ni iaitu Jubah or Dress.. Adakah nak beli disini?? Hilang akal barangkali jika sy membeli belah disini. Daaaaa!


This one very class kan. Vogue gitu dipakai pagi raya. If ciplak design boleh tak? hihihi
But then ini ada sedikit info harga..yang sempat saya usha di Puteh Boutique ni :-
Harga baju diatas lebih kurang 2k++ (ada bran??), telekung+bag = RM1k memang glomour k, tudung RM500 jer and material kain sungguh selesa dipakai..tak belengas lah nnt.

Alamat:
Blok A Neo Damansara
No 1 Jln. PJU 8/1
Bandar Damansara Perdana
If uolls dari IKEA tu boleh jalan kaki ke sini..pehtu uolls penat dan haus kan boleh singgah minum air bandung ais kt JM Beriyani sebelah je ng Boutique ni. Mahal tu memang mahal tp berbaloi lah dengan sentuhan daddy Umar ni. Its so fabulous!

Tuesday, March 23, 2010

Kenduri Doa Selamat

Khamis malam Jumaat -18 mac- satu majlis doa selamat telah berlangsung di rumah saya. Kesah dia gini.. My kakak sepupu nama manja K.no is 8mth++ prenancy due on 5 April. Jadi nak buat kenduri doa selamat sikit untuk dan bebey agar semua nya selamat. Memula nak buat kt umah dia..tp mcm tak sesuai pulak. K.no dok kt Metropolitan Square,D'sara Perdana..huh! memang foreigner jelah penghuninya org surau pun ada tak da :) tu yang buat kat umah sy tu.

Lagi pun senang family from Seremban leh datang terus after work.. tak perlu nk redah jem segala bagai. Dekat pun dekat sbb buat hari kerja kan jd mlm tu juga ada yang dah balik.

Hadirin semua sekali dalam 40org arrr.. Lauk pauk order saja..... Takde sape nak masak :p
Lepas tetamu balik kiteorg buat ala2 baby shower gitu.

Cuba teka sapa buat kek ni?
Hahahaha saya lah.
Comot kan... mcm tak reti pakai gam.

K.no and husband.
Abdul Rahman Bin Abdullah nama nya.. saudara baru. Masih lg dlm proses mempelajari solat, doa2 harian... mlm tu semuaorg pakai songkok. Dia pun nak beli songkok dia ckp untuk lebih rasa Islam..dia nak cari kt jln tar katenyer... pehtu pakteh kena kan dia "ekau kono tau saiz kepalo ko tu" Rahman yg blur memang tak faham ape pakteh ckp...k.no terpaksa xplain in english... then dia jwp 'oic.....ok let me try urs' pakteh pun bagi...ermmmm pak teh ckp "ko kne pakai saiz duo puloh duo" dia balas 'ooooo duo puloh duo' lawak giler dia ckp loghat.

Deeja tak tido mlm tu..Deeja balik pukul 1am tak silap still tak tido
Sesi tunjuk kemahiran menangkap!

Dan Haziq yang berlengas songkok ntah mana, bju melayu dah salin... soh pakai seluar tido tak nak.. nak jugak pakai seluar jalan.
Semoga doa selamat ini dpt selamatkan ibu dan anak yang bakal bersalin dan diberanakan:)

Beli Barang Bayi ~nu born!!~

Weeeeeeee!!! Kami nak dpt anak buah lagi.. Makin bertambah lah cicit wan. Hari Jumaat minggu lepas saya ambil cuti.. (sbb khamis mlm jumaat tu ada kenduri doa selamat di rumah saya n3 pasal kenduri tu di delay lg) Lepas setle kan kemas rumah ng Dayah. Kami bergerak ke Bangi. Officemate ckp Manjaku Bangi 2ting..kira one stop center lah. Jd pergi je situ..dari barang bebey ke barangan wanita bersalin semua ade. Dengan Sale! nye lg...wah syiok betul. Baju bebey nu born ni memang sepesen je kan. Warna putih + bertali no button itulah piawaian yang ditetapkan oleh Makteh (dayah punye mak). No no no bukan Dayah yang nak dpt bebey k... tp kakak Dayah ni. Dayah baru je nak konvo 29hb ni (,") sorry Dayah tak dpt join...mak keje nok.
Dayah berangan nak beli cradle tu.. tp it a boy!
Aaaaaaaa bile kiteorg dah balik baru perasaan ada a few stuff
yang tak sesuai langsung dgn baby boy. Dengan ropol2 nyer, bunga2 bagai.. and purple+pink
Luv it!
Huhuhu tp bak kata makteh "pakai kan jo...mlm2 buleh pakai org tak nampak"

Sekali lg Dayah sedaya upaya nak bagi benda tu bergerak

Mcm kempen 'tgk label dulu sebelum beli'


So cute this one. Hope to have it! huhuhu tp bila ya???

ting ting ting! Bayar time!
Total RM600++ tp berbaloi baloi arrr
Semua dpt dibeli dalam masa yg sengkat.
We all on rush to HUKM nak hantar prenant lady tu check-up
Nilah dia mom to be.
Amik gambar ng k.no b4 perut nyer kempes.
Balik dari HUKM tu dia mkn+mandi+tido+urut2 oleh wan kt rumah sy dulu
Jadi mlm tu b4 balik kampung sungkai hantar lah pregnant lady ni
kerumah dia balik di Damansara.
Zassss balik kampung. Pukul 130am sampai.. terus tido! Penat nye......






Monday, March 22, 2010

Ainul Wedding + Unexpected Mandi Kolam

Date : 6 March
Venue : Taman Rasa Sayang, Senawang.
Selewat jam 10 dah gerak dr Putrajaya. Perempuan2 itu dok called2 'ko kt ne?' 'nak aku ambil ko ke' ishhh memang tak dan lah tgk Ainul nikah. Ish... Sampai2 je derang tgh posing2 dgn Puan Ainul yang masih mengenakan baju nikah nyer...so sweet baju nikah Ainul.. simple but nice. And wedding dress... dia tak sewa eh.. dia tempah. Memang cantik. Warna Pink.. sgt padan dgn Ainul. Derang cerita time dah selamat di ijab kabul tu Hazali (Ainul Husband) nanges..yg si Ainul tak de perasaan. Hati terminator barang kali si Ainul ilah ni..


Ambil berkat laga perut suria.
Suria dah 5bln.. weeee!
Bonding time!
Munirah and her doter..and Shina.


With Pengatin.....

Balik dari kenduri rumah ainul masuk bilik kebal di rumah mak.. fuhhh lega kene air-cond. Bilik tu memang best sbb lapang dan Emill akan bebas bermain kesana kemari di dalam bilik tu...sambil borak2 mak ingat kan kiteorg.. 'dah wish hafiz lum?' Alamak hafiz birthday today. Terus k.lip buat video call.. dan kami pun bernyanyi lah lgu all time fav tu kan...Kiteorg baru je plan nak buat suprise kt dia nak pergi rumah dia kt Klang tp dia dah ada di Tiara Beach, PD.
So ape lagi ... pergi beli kek...zassss ke PD. Nak kejarkan sebelum pukul 7pm..t pool tutup.

Dengan kuatnye emill pegang bola merah tu... tak bg sape2 main.




Saya selamatkan suami saya.
Anda bila lg?

Sunset.. my husband yg tangkap ini foto. kudos!
Okey potong kek!
Haziq dah lapar sgt dah..
maleh nak layan org ambil gambar... dia bawak
lari pinggan dia tak bagi sape2 share ng dia.







Perkahwinan Amy & Fira....

Okeyyyyy... finally keluar juga n3 ini dari draft hehehe...tgh semangat nak berbloging ni. Tgk kwn2 blogger yg lain makin hebat. Rasa belum terlewat sgt lg kot.. baru bulan 3, kejadian bulan 2.

Pernikahan di Masjid erkkk lupe name masjid tu. Maka bergelarlah Puan Safira pada tarikh 12 Februari 2010-Jumaat. Keadaan pilu+sedih+gembira dapat dirasai kepada para hadirin yang terdiri dari ahli keluarga terdekat dan sahabat handai. As for me and husband memang ambil cuti hari tu jd kami bergerak dr Putrajaya pagi tu.. takdelah pagi2 subuh tp dlm pukul 10pg ingat nak balik mlm tu tp byk benda perlu diuruskan keluar dari office pun dah pukul 9mlm jd memang tak larat arrrr...

Memula dah plan nak baju kaler oren corak butterfly baru ambil dari tylor baju tu sat lg selepas dipakai...waaa ketat... tak boleh push nnt koyak. Mane tak muatnye dek oi. Baju tu ditempah bulan 7 thn lepas..memang ketat lah kan.

Kecewa dgn perkara itu terus ke Jualan Gaji (hahaha kebetulan Khamis tu gaji) utk cari jubah.. terus jubah.. haaaaaa alang2 dah kan. 1st time pakai jubah.. mula2 rasa pelik bdk pendek pakai jubah tp bile test..tgk kt cermin ermmm erkk not bad arr.
Akhirnya....sempurna.
Besttt oooo Fira dapat serba berdiri.
Yunk! nak jugak boleh...ngeh ngeh ngeh....
Confrim husband tak nak belikan sbb dia tahu wife dia ni suka sepah2 barang kemas..
Mungkin faktor sy tak suka pakai.
Persis : oh no komen.. see u at court! (sambil bawak lari air pujaan sirap)
Ngeh..gambar kami wajib ade!


Ok kami nak balik dah... dlm hati Shila:
Yes! Pehni tak yah iron baju Amy lagi...:)


Keesokkan harinya..Sabtu-13 Februari kami ke Dewan erkkk...lupe jugak nama nyer..tp di Ipoh lah. Sy belum familiar dgn Bandar Ipoh ni lagi.. yg pernah pergi Jusco..Jusco .. Jusco. Sampai terawal dalam pukul 12tghari..then pengantin nak berarak start kul 1ptg. Memang cair make-up. Haus! Mahu air! Tapi utk elakkan rasa lama menunggu sy dok berborak2 ng makcik zuraida.. my husband aunts.
urs truly,yong,shila dan adk yong forgot her name.

Wif makcik zuraida dan anak bongsunye.

Finally dpt masuk dewan.. lega. Food sedap+lazat.
oh! Shila time ni sedang berbunga2 dihati takala melihat si dia di atas pelamin..
mengipas abg nyer.
Siapakah dia? hahaha pengapit Amy. Peh tu pengapit Amy ni berborak pulak dgn abah.. hurmmm lg lah Shila suka.
Mendapat restu katenyer....
Restu Ayah Bonda.
(haaa nampak tak pengapit tu)
Abah and Mak dah berkenan dah sbb dia ckp budak tu soft spoken.


Selang seminggu kenduri di rumah kami pula. 20 Februari -Sabtu. Kite kan cuti panjang CNY aritu.. memang sy abeskan dikampung lah kan. since nikah Jumaat till Selasa.. Rabu and Khamis keja then Jumaat cuti balik. Penat ooooo... Uruskan kerja kawen ni memang meletihkan.
my mil, sil (shila) and me pakai baju sedondon gituw.. tapi sayang nyer tak da gambar bertiga kami. Yong dia tak pakai baju sama sbb taylor dia salah buat....Official photog time ni takde desas desus mengatakan beliau diserang demam denggi.. jd ape lagi en.suamilah yg bertindak sebagai photog time tu..memang tak terkejar beb.. nak top up air lagi nak top up lauk lg amik gamba lg..
...dan my family also datang.
Thanks for comming!
Deeja tak sabar2 nak berdiri atas meja mcm abg Emill ye...
Sabar ye...
Haaaa gitu... ambil gambar kenangan di pelamin yang simple ni kan...
Yang penting gubahan bunga itu ye...bernilai ting ting ting...Rm300.
Semoga Amy & Fira Bahagia Selalu dan Sentiasa Dibukakan Pintu Rezeki.