Showing posts with label Tips. Show all posts
Showing posts with label Tips. Show all posts

Tuesday, April 12, 2016

Resepi Stok Sayur Untuk Baby

Assalamualaikum,

Hari ni Leen nak share resepi stok sayur untuk baby. Stok sayur ni senang je buat dia. Masuk je apa2 jenis sayur yang ada. Tapi kalau nak lagi power letak sayur yang kuat rasanya.

Leen buat stock sayuran untuk satu minggu tak perlu banyak kuantitinya. 
Saderi (untuk rasa yang jitu dan boleh hapuskan mucus kalau anak batuk)
Sawi
Halia (pun untuk hapuskan mucus)
Brokoli
Carrot 
Timun (balance ibu buat air detox -_-)
Kentang

  Lebur je semuanya dalam periuk
Jangan letak apa2 ok ingat jangan garam kan makanan anak hehehe
Bila dah mendidih dah keluar rasa sayur tu tos kan air rebusan letak dalam bekas yang bersesuaian saiz nya. kalau boleh elok besar mcm ni kalau letak dlm bekas ais krim tu mcm kecik sangat. Sayur tadi pulak jangan di buang. Kowang blend jadikan puri. Haaaa gitewww berganda2 sayuran anak makan. Tutup tau puri and air rebusan ni sebelum masukkan dalam freezer. Jangan dibiarkan terdedah.



 Ok belanja sikit picture Fareeq malam td pergi IOI ada SALE uolls. 
Fareeq was 8 month 5 days


xoxo
leen



Idea Makanan Baby Untuk 8 Bulan

Assalamualaikum

Fareeq dah 8 bulan jadi kena lebih usaha sikit buatkan dia makanan. Dekat Taska memang ada makanan tapi mcm tak best pulak nak bagi anak makanan Taska. Selagi tak terdesak ibu rela bangun pagi buatkan Fareeq makanan yang lazat dan berkhasiat.

Leen buat basic puree dulu sebelum di campurkan dengan bubur nasi. Puri sayur-sayuran ni Leen campur di dalam nasi (brown rice)+protein untuk Fareeq. Mmg nyum nyum and berkhasiat.

Apple 


Jagung Manis. Tapi disebabkan Fareeq batuk so buat je dulu simpan bila dah sihat baru bagi Fareeq. 




CARROTS
  • carrots with blueberries & ginger
  • carrots with potato & corn
  • carrots with onion and farro
  • carrots with turnips & rosemary
  • carrots with apples & parsnips
  • carrots with apricots, lentils & cumin

Zucchini


Kentang

+pelikkan cara leen amik gambar hihihi tu seni lah konon2+

Untuk minggu ni Leen buatkan puri buah-buahan Apple and Pir sahaja. Balik Taska just panaskan and feed Fareeq. Belum bagi lagi biskut sebab dia belum pandai duduk.



Pir.

Dibawah cara Leen menyediakan puri. 

Potong kiub-kiub mcm ni agar mudah lembut

Boleh sekali jalan hehehe senang

Zucchini dan Pototo sebab dedua sama keras.

Dah blend halus mulus masukkan dalam bekas. 
Nampak tak masalah mak mak sangat bekas tak cukup. 
So yang bekas kecik2 tu balance Leen bagi pada anak member.


Stock puri Fareeq sebelum pergi kerja just lebur je dalam bubur nasi. Bila dah keras puri yang dalam bekas ice cream tu boleh pindah ke dlm bag zip lock.  Stock mcm ni tahan dalam 2 minggu kalau hari2 masaklah. So far mmg Leen akan bekalkan Fareeq makanan.



Protein untuk Fareeq. Ayam, salmon dan ikan tengiri. Ikan salmon kuat bau dia kan. 


 Menu Fareeq Isnin 11 April 2016
Ikan tenggiri


Menu Fareeq untuk Selasa 12 April 2016
Stock Sayur, Puri Sayur campur, Zucchini dan Salmon. 
Brown rice dah siap hancur.


Menu Fareeq Rabu 13 April 2016
Bubur sayur-sayuran sahaja 
Nak bagi elok cantik kulit tu. 
Yang besar tu stock sayur yang chocolate tu puri sayur
Putih tu kentang hijau tu Zucchini
Oren tu pulak carrot

 Ini untuk menu Fareeq Khamis 14 April 2016
Eh idak lah makan butter ni semata babe hehehe
Ni nak bagi tau kalau menumis makanan baby selain guna Olive Oil .. boleh guna ulsalted butter. Ye ingat tau UNSALTED. 

Hari tu buat Salmon tak tumis baunya agak hanyir bila dah siap so hari ni leen tumis dengan bawang putih. Bawang putih tu 3 ulas potong. 

Dah agak agak salmon tu mesra dengan bawang putih masukkan air, api bagi besar skit lah sebab jam dah pukul 7.45 kannnnn hehehe 
Masukkan beras perang dah siap blend 5 sudu makan (dewasa)
Kacau kacau
Masukkan segala puri kesukaan.
Tutup periuk tu kejap bagi effect cepat masak...lari pergi hall jap iron baju hehehe.
Dah siap tu blend bagi halus. Dapat banyak pulak bubur hari ni. So esok tak yah masak. 





Cara leen bekalkan makanan Fareeq ke Taska
Letak dalam plas agar keep hot giteww
Bag tu beli kt Konomiya Alamanda kedai yang mcm Daiso tu tapi kecik skit harga barang semuanya RM5.30

xoxo
Ibu

Sunday, April 10, 2016

Rawatan Batuk Untuk Baby

Assalamualaikum

Fareeq dah 3 minggu batuk. Dah 3 kali jmpa Doctor kali yg ketiga tu jumpa pakar kanak-kanak. Tapi still batuk xsembuh. Masa mula2 tu adalah try buat yg garlic+olive oil then sapu di dada n belakang Fareeq tu. Tapi naik pulak bintik2 merah. Kulit dia ni sensitive skit. Aritu try guna minyak Anugerah yg Bebe tu naik bintik2 ngeri pulak tgk nya. Terus stop xpakai minyak tu.

Hari ni sabtu ahad memang nekad xnak keluar mana2 nak bg rawatan sepenuhnya pada Fareeq. Gitewww mcm Doctor dah. Nak bg rawatan ruam panas dia jugak. Adoi musim panas ni mcm2 penyakit ada kan.

Dimulakan dengan mandi lemon. Lemon tu sebijik je hiris2 dan tabur dlm bath tub baby.

Masukkan sekali permainan dia biar dia tak fokus pada lemon tu. Kalau dia nmpk abis dia ramas masuk mulut terus. Sambil mandi tu Leen bagi Fareeq bau lemon tu. 

Lepas mandi wapkan dengan bawang putih. Just bawang putih and air panas mendidih.
Bedunglah sikit anak tu takut tangan dia mencapai air panas tu. Sebab dah terjadi pada officemate Leen anak dia terkena air panas masa buat proses wap ni. Sian masa tu anak dia baru berumur sebulan, tak pasal2 masuk hospital asalnya hanya batuk. Leen tak tutup dengan kain sbb ayah Fareeq tak kasi hahaha takut nau nau dia anak dia lemas. Ikut Leen selamber jelah. So kiteorg just tutup kipas lepastu kepung asap tu terus ke hidung n mulut Fareeq. 

Lunch Leen sediakan puri nasi berlauk seperti di atas. 
Bahan-bahan:

Beras perang 
Ikan tengiri
Halia
Garlic
Brokoli
Saderi
Kurma

Leen refer picture di bawah:-

Jadi masa buat puri tu Leen tak tumis garlic and halia tu. Leen didihkan air dalam periuk then terus leburkan semua. Kalau tak leen nak tumis guna unsalted butter. 

Banyakkan dapat dia. Brown Rice yang dah siap blend tu Leen letak 5 sudu besar makan je. So Isnin takperlu masak bubur lagi. Just panaskan ....

Yeah masa untuk bermain sambil makan. Fareeq ni suapan ke 10 dia mulalah restless, dah garu2 kepala....Ibu kena banyak sabar-_-

Itulah usaha yang Leen dah buat. Uolls ada cara lain tak nak ubati batuk untuk baby ni. Oh ye selain tu Leen sapu Baby Herbal Cream, Tropika tu di dada, belakang, tapak kaki dan di hidung. 

Tapikan ... ermmm ni pendapat peribadilah ye. Orang kata kan tak boleh bagi baby bawah 1 tahun madu panas kan. Tapi nak bandingkan madu dengan ubat klinik mana uolls rasa lagi power lagi ok? Kalau google natural remedies omputeh depa bagi je anak depa madu. Leen rasa boleh je bagi tapi jangan bagi madu semata campurlah air sikit. 






xoxo
Leen


Wednesday, March 2, 2016

Barangan Keperluan di Taska

Assalamualaikum

Sambung lagi cerita Fareeq dan Taska :-)

Masa hari pertama nak hantar Fareeq ke Taska tu junuh jugak Leen tanya kawan2 apa nak kena bawa. Memang ada tanya teacher nak bawa apa tapi mcm biasa dia akan jwb "bawalah baju dia, pampers dia" kikiki ok tak membantu.

Malam tu Leen tanya lagi kawan "air panas nak kena bawak ke" jawapannya "TAK PAYAHLAH"

Hari pertama Leen bawa Tilam dan Bantal. Tengahari masa 1st day tu memang tak tenteram jiwa. Terus call Taska tanya Fareeq ok ke tidak. Teacher bagitahu Fareeq nangis2 nak tido. Yelah 6 bulan kalau nak tido ibu direct feeding. Ini tak dapat memang mengamuk lah Fareeq. Esoknya teacher cakap kalau nak bagi Fareeq tido selesa dan lama bawalah batal peluk dan puting. Balik dari keja lepas amik Fareeq terus ke IOI Mall beli bantal peluk.
Balik rumah terus try bantal peluk senyum2 dia try. Teacher cakap 1st day dan 2nd day tu pinjam kawan punya lama dia tido pakai bantal peluk

Tertido sudah. Apa2 jelah nak asalkan anak ibu ini baik kat school, teacher2 sayang anak ibu itu je doa ibu. Setiap pagi sebelum pergi school pesan ibu 1. jangan meragam 2. petang ibu ayah datang ambil. 

Hari ke-4 teacher minta pacifier pulak..... Ok layankan je asalkan anak ibu baik-baik. Teacher cakap Fareeq kadang2 nak kadang2 tak nak.

Minggu ke-3 teacher minta bantal yang leper dan lebar pulak. Sebab bantal kekabu tu berketul2 kot isi dia tak padat jadi pergerakkan kepala Fareeq terhad. So Leen bagi bantal IKEA. Bantal IKEA tu leen guna untuk nyusukan Fareeq masa dia baby dulu. Mcm ngam2 je badan dia yang haluih tu tido atas bantal tu. Bayangkanlah Fareeq buat tilam bantal tu. Memang haluih je Fareeq dulu. 

So kat rumah Leen guna bantal karipap. Bantal karipap tu ada 3 biji. Tukar2 pakai. Tapi bila dia dah membesar ni macam tak sesuai je bantal karipap tu dengan dia. Betul kata teacher pergerakkan Fareeq terbatas kalau pakai bantal kecik. Leen beli bantal baru 

Bantal ni. Clevamama memang best empuk2 gitewww... Tapi bantal ni sayanglah nak hantar Taska kannnnnn. Kalau kowang nak murah beli kt Little Whiz. Away cheap from Mothercare hehehe...

Macam tak bersarungkan .... tapi tulah sarung bantalnya. Memang nampak stylo hahaha...


Tilam pulak Leen bagi tilam kekabu. Banyak online jual tilam kekabu kan... Sejuk sikit tilam kekabu ni sbb Taska Fareeq takda katil. Tilam memang terus letak atas lantai siankan... Tilam n bantal ni bawa balik setiap hari Jumaat kok lah parents nak jemur ke basuh ke kan. Isnin bawa balik. Masa mula2 tu Leen bekalkan selimut jugak. Tapi sekarang musim panaskan tak yah lah pakai selimut.

Ini lah kelengkapan yang leen bawa ke Taska Fareeq. Diapers tu bekal dalam 5pcs macam tu. Masa Fareeq kena verak2 tu Leen bekalkan 7pcs. Tapi kalu bawa 5pcs biasanya tak abis. Teacher cakap kalu nak tinggalkan seplastik pun boleh.

Bag berzip tu bag baju kotor. Towel, baju kotor dan kain alas kotor semua teacher letak dalam tu. Bekas IKEA tutup ijau tu tempat letak penjagaan kulit Fareeq. So far cream allergic Fareeq memang Leen tak bekalkan. Takut teacher main sapu je nanti overdose pulak.

Bedak tu letak kt buntot je. Kat pipi memang teacher tak letak. Alhamdulillah setakat ni belum penah ambil fareeq dalam keadaan comot atau dalam keadaan muka penuh bedak. 


Towel memang tukar hari-hari dan kain biru tu buat alas tilam dia hari-hari juga tukar. Alhamdulillah teacher Fareeq follow je kaedah parents. Teacher belum pernah cakap tak boleh lagi kalau Leen suruh alas tempat tidur Fareeq tu. Leen cakap Fareeq ni allergic sikit yelah kalu dah 5 hari tilam tu kt dalam rumah Fareeq pulak jenis berpeluh-peluh maunnya tak miang nnt tu yang kena alas.

Baju siang 2 pasang je. Dulu 3 pasang. Tapi bila fikir balik Fareeq kalu tinggal dengan Leen pun Leen tukar kan 2 kali je (lepas mandi pagi dan pukul 1ptg) Sebab Fareeq sebelum pergi Taska dia mandi. Tak pernah lagi hantar Taska dalam keadaan dia tak mandi. Yelah bayangkanlah baby ramai mandi memang kena tunggu turn. Sian anak peluh2 badan melekit2 tak mandi. Lagipun kat rumah mandi air suam kalau kat Taska ni memang mandi air sejuk je.

Socks memang Leen bekalkan. Ntah lah tak tahu sampai bila nak bekalkan. Tapi memang sampai sekarang Fareeq pakai socks siang malam. Tunggu dia pandai jalan kot baru buka. Tapi teacher pakaikan je baby lain Leen tengok ada kecik lagi dari Fareeq tak pakai socks pun. 

Handkerchief pun Leen bekalkan. Memang teacher tu guna. Bila waktu balik tu teacher akan bg bag dan handkerchief. Puas hatilah teacher mengikut didikkan ibu kikiki Leen nak biasakan Fareeq tertib pakai handkerchief lap2 mulut dan hidung. 

Sejak Fareeq dah makan Leen bekalkan bip...teacher pakaikan jugak. Good job teacher. So idaklah payah nak basuh baju Fareeq dek kesan makanan.

Botol susu 2 biji je. Masa 1st day Leen bekalkan 5 biji. Teacher cakap tak perlu banyak nnt tertukar. Isk tak faham betul Leen kenapa pulak nak tertukar kan ada tulis nama. Leen kurangkn kepada 4. Still teacher ckp bnyak. Bukan apa botol2 tu leen dah sterilize kat rumah, so bila nak buat susu teacher just ambil botol baru. Tak perlu nak basuh botol yang dah guna tu. Tapi maybe kaedah taska tu tak bagi bawa balik botol yang tak basuh kot. So tak pelah bekalkan dua je. Setiap tu kena tulis nama ok. Pernah tak tulis nama kat penutup botol susu tu tertukar penutup tu dengan orang lain. Leen tengok aik mcm lain je ni. Fareeq tak da botol susu anti colic puting pun no 2. Fareeq masih no. 1. 

Esoknya bagi tahu teacher. Yelah silap Leen jugak tak tulis nama Fareeq kt puting tu. Sebenarnya tu puting botol 8oz. Leen tak bekalkan lagi botol susu yang 8oz. Risau lah kalau teacher terus bagi 8oz kat Fareeq. Biar bagi 5oz. Sikit-sikit tapi kerap.

EBM leen tu memang sedih je 2oz je kikiki campur dengan puri bila time makan. Sudu pun pernah tertukar uolls.

Tapi takpayah nak kecoh sgt lah kalau barang di taska ni tertukar ni. Kalau kita balik kampung sometime pun terbawa balik barang anak buah kita kannnn..... Baru seorg baby kita jaga ni teacher kena jaga ramai lagi baby. Sebelum balik teacher akan bagi tahu Fareeq verak berapa kali...See anak ko verak bpe kali pun dia ingat. Kalau berdua jaga Fareeq hari cuti kiteorg laki bini bila dah malam tu pun lupa eh anak verak dah ke haaa? dah ke belum haaa? tu pun boleh lupa. Memang salute arrrr teacher2 taska ni. 



Beg taska Fareeq. Mudah bawa bag pack mcm ni. Selesa nak dukung anak sambil bawa bag pack ni. Kalau pergi jalan2 pun kiteorg bawa bag ni. Letak thermos air panas sebelah air sejuk sebelah. Idaklah tumpah. Mainan tu memula tak pernah bawa. Ingatkan tak boleh bawa. Tapi semalam teacher kata boleh bawa nak bagi dia leka, sebab selama ni Fareeq main dengan handkerchief dia je ... sian dia. Tapi kat rumah pun kalau xde menda disekeliling ibu bagi handkerchief jugak. hehehehe....

Ok jom pergi Taska dengan senang hati. Tiba rajin ibu .. ibu pakaikan ayah and Fareeq sedondon. hari ini tema kita Blue black + kelabu . Dah dapat green lite boleh bawa mainan kemain Fareeq bawa wrist hand toys ;-)
















Thursday, May 1, 2014

TIPS SAMBUT ULANGTAHUN PERKAHWINAN

Assalamualaikum

1 Mei 2014 ulangtahun perkahwinan Leen. Alhamdulillah 5 Tahun dah mendirikan rumah tangga. Suka duka semua rasa.

Ok ni saja-saja nak share tips sambut ulangtahun perkahwinan. Hurmm tips ke? Tips lah kot. 1 Mei 2014 kan memang public holiday jadi setiap tahun kami suami isteri memang tak perlu nak ambil cuti hihihi.

Makanan Istimewa

Nama pun hari istimewakan jadi daripada pagi - malam tu semua kena special. Huhuhu over. Untuk breakfast Leen buat macam biasa. Cuma ada sedikit touch up kat hidangan tu kikiki.

Breakfast for two. Oil free kaedahnya. Ye tulah deco i hihihi... guna cili sos tulis 5th tu. Pehtu fresh flowers tu. Ok nanti Leen cerita bunga tu beli kt mana.

Untuk lunch Leen masak sup ayam kegemaran Nuar dan terung masak sambal. Simple je. 

Taraaa sebelah malam Leen tak masak. Beli je kat Secret Recipe. Table setting camgitu jelah. Sesado yang ado. Candle light dinner tapi masa tengah makan i rasa panas berpeluh2 hihihi so i blow the candle :)

Desert. 


Decoration

Leen deco ikut dan je. Kurang kreatif disitu. 

Temanya putih+merah.

 K+L = Khairul + Leen + X please X soalan algebra 
Gitew alas lilin tu. 

Kuang kuang heart shape i sengget. Nuar siap betulkan. Tu guna potpourri je. Takda rose petals. Nama pun budget2 kan. Ni kat coffee table. Gigih cari alas meja putih. Sebab nak kasi nampak effect  I LEBIU tu.

Dekat bilik ala ala je. 

Seadanya mcm ni. Auwwww gamba kawen...slim lg masa ni.

Helium Balon

Leen beli dekat Glowing Party House, Kajang. Belon helium siap pam RM3.80 sebijik. Macam-macam warna ada. Belon ni tahan 8 jam. Boleh beli petang lah kot kalau nak guna malam. 

Kedai melayu. Memang best mcm2 jenis belon helium ada. Kalu jenis foil mcm gambar no.4 tu boleh topup balik gas dia kalau dah kemik. Tp bolon jenis biasa tak boleh. Ni alamat kedai tu : 17G JALAN REKO SENTRAL 1, REKO KAJANG. Sederet dengan Econsave.

Fresh Flowers

Bunga tu Leen beli kt Pasar Presint 8. Harga lebih murah berbanding kedai2 florist yang berekon hehehe. Setangkai RM2 je. Siap bagi free 2 tangkai. 


K bai! cik abg i malu nak begamba.




Got to go ada keje nak buat. Macam nak cerita lagi tapi nantilah sambung.