Showing posts with label Raya. Show all posts
Showing posts with label Raya. Show all posts

Tuesday, September 2, 2014

RAYA 2014

Assalamualaikum. Aci tak kalau sekarang aku baru nak cerita pasal raya hehehe. Aci lah ye. Ini merupakan raya ke 6 bersama as husband and wife. Perasaan hurmmm biasa je.  Jap betul ke yang ke 6 haa.

2009 - Tema kelam kabut Nuar pakai baju gray (recyle baju Nikah je) aku pakai hijau tudung gray. Sbb masa tu al-maklumlah 1st time packing baju nak balik beraya rumah mertua kannnnnn so mcm kelam kabut ke laut skit lah langsung tertinggal baju raya aku warna gray tu.

2010 - Seminggu sebelum nak raya pergi SACC Mall, Shah Alam nak cari baju raya. Berbuka dengan air je then sambung cari baju raya. Dapatlah dua pasang baju raya yang sedondon dengan Nuar. Mak aku call bg tahu wan masuk Hospital Kuala Pilah tapi di tolak ke Hospital Seremban sebab critical. Aku ng Nuar terus je balik Seremban kami sampai dulu sebelum ambulance bawak wan tu sampai ke Hospital Seremban. Raya ke 5 arwah wan pergi mengadap penciptanya. Seminggu lepas tu kehidupan bermula seperti biasa pulang ke Seremban, saudara mara tegur badan aku ada perubahan. Aku tak rasa apa apa cuma masa tunggu arwah wan di Hospital waktu tengahari aku mengantuk gila nak bukak mata tak boleh. Wan ketuk kepala aku ajak borak. Masa tu Wan dah cakap mengarot2 akibat pendarahan di kepala. Rupa-rupanya aku pregnant. Masa aku check tu dah 5 minggu. Alhamdulillah. Tp dua bulan lepas tu aku miscarriage.

2011 - Raya kt rumah nuar. Kaedahnya gilir-gilir Alhamdulillah tak pernah gaduh bab balik mana dulu. Kalu kite praktikan kaedah gilir-gilir ni. Mcm biasaje raya tahun kali ni.

2012 - Raya kt rumah wan aku pula. Best dan sangat bererti. Aku pregnant kan Fateeh time ni. Baju raya aku vogue the vass...arghhhhh mak suke mak suke.

2013 - Raya kt rumah nuar. Mcm biasa mood terkenang mood rindu mood mengapa harus.

2014 - raya kt rumah wan aku pula. Mood tenang dan slamber.

Seloka Aidilfitri.
Hari Raya Pertama secara tradisinya kami sekeluarga memang tak boleh kemana-mana sebab menunggu anak-anak dan cucu-cucu dan cicit cicit wan balik sini. Walaupun wan dah xda tapi aku tetap dapat rasakan wan happy tgk kami yang masih beraya di rumah wan. 

Raya kedua bergerak balik ke rumah Nuar. Dalam perjalanan singgah rumah kak lip. Rumah kayu yang comel. Kemudian terus balik kampung Nuar. Pukul 1 pagi baru sampai. Penat oooooo!

Raya ke-3 tema biru. Raya ke-4 dah kerja. Yahooo. Memang tak suka cuti raya lelama pun. Dah ada anak nnt memang aku pulun cuti raya lelama. 

Tudung raya tahun ini beli daripada Arelene.com wide shawl yang sangat senang di bentuk dan selesa. 

xoxo 
Leen 



Tuesday, September 4, 2012

Selamat Hari Raya

Assalamualaikum...18 Syawal 1433H suda baru nak ucap Selamat Hari Raya. Huhuhu a bit busy pada akhir2 Ramadhan haritu. Hari Raya lagilah busy kan. Gamba raya pun tak bape nak meriah nan hado pun dlm camera.

Alhamdulillah...Raya kali ini sgt tenang hihihi kerana takde lagi soalansoalan yang bisa memberi kepanasan dihati. Ini merupakan kali ke-4 beraya bersama suami, keluarga dan keluarga mertua. Sungguh indah. Syukur.

Chronology beraya 2009 di rumah mertua sepatutnya baju raya Leen kaler kelabu sama mcm husband tp ntah mcm mana kelamkabut skit packing (almaklumlah 1st time packing baju husband) kain baju kurung kelabu tertinggal. 2010 muka sedikit mencuka senyum kurang kerana masa ini Wan (nenek) tengah sakit tenat Raya ke 5 thn 2010 Wan kembali kepada penciptanya. 2011 beraya di rumah mertua. 

Raya tahun ini. Ini gambar masa kenduri doa selamat ritu. Gambar raya takde tahun ini...hihihi. Nanti Leen update pasal kenduri doa selamat ok. Insyallah kalu berkesempatan. Tahun ni Leen tempah 4 pasang baju maxi dress. Takde baju kurung.

Till then.. tata!