Showing posts with label Muhammad Al-Fateeh. Show all posts
Showing posts with label Muhammad Al-Fateeh. Show all posts

Friday, June 21, 2013

Heartache.. but i have to face it.
Everyday received news letter bout sale, new items yadda yadda bla bla but its ok boy! Ibu can handle it!


Terlanjur tu Leen nak tanya. Botol susu Fateeh, Leen dah basuh and steam. Sebaik baru steam dalam 9botol selebihnya elok lagi dalam kotak. Jadi nak tanya, berapa jangka hayat botol yang telah di steam tu?

Thursday, June 20, 2013

Mengapa Al-Fateeh?

Assalamualaikum,

Today Leen nak share kenapa kami memilih Fateeh sebagai nama anak kami.
Muhammad al-Fateeh iaitu daripada kata terbitan "al-fath" (الفاتح) seperti Surah al Fatihah beerti surah pembukaan atau "Pembuka yang besar".

Memandangkan Fateeh merupakan anak pertama kami, dan beliau merupakan pembuka segala rezeki baru buat kami jadi kami pilih Fateeh sebagai nama beliau.

Hihihi tu je nak cerita.
Sekian....

Perjalanan Anak Manusia

Assalamualaikum

Leen ingin berkongsi dgn mommies semua. Cerita Nuri Supian dari Mingguan Wanita keluaran Oktober 2012 berkenaan Perjalanan 'bidadari kecil' bernama Nuha. Semoga ia dapat mengubati hati Leen dan mommies2 semua. InsyaAllah


"Perjalanan anak manusia ada pelbagai ragam. Sewaktu Allah menghembuskan roh ke dalam jasad, ketika itu bermulalah destinasi, atau ia sekadar memberi pengalaman sementara kepada ibu si pemilik 'Rahim' untuk menikmati denyut jantung seorang anak manusia, hanya Dia yang mengetahui.


Bagaimanapun kesudahannya perjalanan anak manusia itu menuju destinasi, ia tetap mengikut perintah Yang Maha Esa. Jika dalam perjalanan itu dia dijemput pulang oleh Pemiliknya yang abadi, biarpun belum sempat sampai ke pintu Rahim, dia harus redha. Perjalanan sementara itu bukan perjalanan yang sia-sia... Dia tidak tewas dalam perjalanan, tetapi dia datang sekejap kerana mahu memberitahu si ibu pemilik rahim tempatnya bersemayam biarpun sementara, bahawa dia pulang ke sana kerana mahu menjadi 'bidadari syurga' menanti si ibu dan ayah di sana kelak.

Kedatangannya yang sekejap itu, bukan sebagai ujian tetapi sebuah anugerah besar yang menanti di sana. Jangan gusar.

Kedatangannya yang sekejap itu bukan untuk ditangisi tetapi untuk memberikan secebis senyuman bahawa dia sudah berdaftar menjadi milik kekal di sana...


 
"Ayah bonda yang berasa sedih kerana kehilanganku, kesatlah air mata itu kerana kehadiranku yang sekejap itu untuk memberimu khabar gembira, bukan khabar duka. Usah bimbang pada kehilangan sementaraku ini, kerana aku tetap wujud di hatimu sampai bila-bila. Aku yang sudah kau hadiah sebuah nama indah sebelum menghantarku kembali ke alam 'sana' amat berterima kasih kerana walaupun sekejap , aku sudah bernama di sini."

"Datangku tanpa nama tetapi kembaliku sempat diberikan tanda. Nuha, indahnya nama itu. Kubawa nama pemberian ayah bonda ke alam sana agar nanti mudah mencariku dengan nama itu, apabila kita berkumpul kelak di sana..."

Catatan kecil ini sengaja saya ukir sebagai penawar duka kepada sepasang ayah bonda yang baru kehilangan 'bidadari kecil' mereka, setelah sekian lama menanti kedatangan itu. Nuha memang dipinjamkan sementara kerana ketika dilahirkan, dia tidak sempat mengalunkan indah dan gemeresik suaranya di pendengaran ayah dan ibunya, kerana dalam pengembaraannya sebagai anak manusia, dia kembali menemui Pencipta-Nya. Namun 'bidadari' ini sempat memberi sebuah kebahagiaan kepada pasangan muda itu.

Bagi anda yang lain, mungkin mengalami peristiwa yang sama, percayalah Allah telah memberikan kurnia-Nya kepada insan terpilih. Redha dan yakin bahawa kurniaan itu akan menjadi saham akhirat yang bakal memimpin tangan anda di Jannah apabila tiba masanya kelak. Air mata sedih anda hari ini, akan bertukar menjadi air mawar di sana kelak. Ingat bukan semua hamba-Nya terpilih seperti anda dan tabahlah menghadapi perpisahan sementara ini... Saya hanya mampu mendoakan agar anda tabah.


DARI TINTA

NURI SUPIAN"



Semoga Allah akan menggantikan kita dengan kurniaan yang lebih baik selepas ini. Amin Ya Robb

Wednesday, January 16, 2013

Tears in heaven

Assalamualaikum...
Another day DONE without you baby... The days still drag on and on without you, no matter how busy I keep myself. Alhamdulillah, my doa always with you sayang.

Baby I’m trying to remain calm and quiet tonight. Today was hard. What is going on? I thought things were supposed to be getting easier as time goes on. Time heals all wounds. Who is the dumb that made that up?

One sweet day we are back to Putrajaya and i'll admit, i'll acting like nothing happen. The happiness that i am supposed to feel. I am thankful...for as much as i can be. But feeling happy just does not exist.







Im here without you baby. Masih dirumah mak. Kotak barang si dia masih  menemni siang dan mlm kami. Harap ini adalah n3 terakhir untuk mengesahkan kesedihan di hati. Biarlah kenangan mengandungkan dan melahirkan kekal dalam ingatan sahaja. 

YaAllah sampaikan salam rinduku pada anak ku.
Kesayanganku Al-Fateeh.

Wednesday, January 9, 2013

Pengalaman Melahirkan Muhammad Al-Fateeh

Assalamualaikum.

Alhamdulillah tamat sudah 44 hari berpantang. Terima kasih kepada mak dan akak yang byk membantu ketika Leen menjalani proses berpantang. Hari ini kekuatan datang untuk menceritakan pengalaman Leen melahirkan anak sulung. Since ramai kwn-kwn tanya proses kelahiran Muhammad Al-Fateeh, tidak kurang juga ada yang menyalahkan faktor kelahiran secara normal penyebab kematian dan faktor doktor.

Astagfirulahalazim...siapakah kamu semua yang hendak melawan takdir Allah? Dan siapakah Doktor pula? adakah ilmunya seluas lautan ciptaan Allah? Tidak sama sekali ilmu manusia hanya sebesar jarum. Dan ada juga yg cakap "ank aku masuk juga dalam kaca separuh tu tp ok je". Kaca separuh tu mcm alat supply oksigen Leen rasa. Memang kalu kita dok fikirkan apa kata-kata -ve org boleh bawa mudarat. Tapi bagi Leen sbg manusia kita kena berfikiran rasional. Ada juga yg ckp sbb tak bersalin hospital kerajaan perkara ini terjadi. Ok cuba kalau Leen bersalin hospital kerajaan sure ada yang ckp sebaliknya kannn. " haaa tulah lain kali bersalinlah dgn specialist". Ok takpalah mulut orang memang susah nak control. Dengan secebis ketaqwaan dan sedikit keimanan yang Leen ada ini saya mendengar kata-kata ini dgn tabah dan redha.

This is beyond our control, takdir Allah tiada siapa boleh halang. Kami redha dengan takdir anak kami. Oh ye, ada yang cakap anak kami mungkin lemas sbb dah over due 5 hari, tp kalau lemas baby keluar x menangis dan air ketuban akan berwarna hijau. Tetapi Al-Fateeh keluar menangis dan air ketuban Leen berwarna jernih.

Tetapi sememangnya lebih ramai family dan kawan-kawan memberikan kata-kata semangat dan sentiasa mendoakan Leen dan suami bersabar atas ujian ini. Alhamdulillah Leen sangat bersyukur. Ramai yang sayangkan kami. Apabila perkara ini terjadi baru kami perasan ramai yang tertunggu kelahiran anak sulung kami ini. Kawan lama kawan baru hadir mengucapkan Takziah. Rumah Leen tak putus putus org datang ziarah. Syukur.

Check up 40weeks 2hari - 24 November 2012
Hari Sabtu. Kami ke KPJ Seremban utk check up dgn harapan dah ada bukaan yang banyak. Bila sampai sana Dr. Ishak check bukaan masih 1cm. Jantung baby , kedudukan baby semua OK. Leen request nak masuk wad nak induce malam tu. Tp bilik pulak takda dan Dr. Ishak advice better jangan weekend sebab cost nya akan triple..kalu under GL xpe. Tp dia cakap kalu dah sakit datang tau. Takpelah maybe Al-Fateeh seronok duduk dalam perut ibu ye. Hari hari kene belai, beborak, bermain sesama. Doc suruh datang Isnin mlm Selasa.

26 November 2012
Alhamdulillah lepas solat Asar Leen sempat baca Surah Maryam. Lepas Magrib baca Yassin. Lepas dinner dgn mak kami bersiap siap untuk ke hospital. Call family mertua di kampung untuk minta restu, ntah kenapa air mata ini murah sangat untuk gugur. Jadi cakap yang penting penting je lepas letak telefon minta maaf dengan mak pula, pun sama. Hujan renyai sepanjang perjalanan kami berdua bersembang-sembang sambil usap perut.

Pukul 11pm sampai KPJ. Nurse sambut dgn kerusi roda. Nurse bagitahu yang Dr.Ishak lama tunggu kami td tapi sekarang dia dah balik. Jadi nurse suruh masuk bilik dulu. Kami dapat bilik besar siap ada pantry, Nurse cakap bilik tu tgh nak modified jadi LR. Bayaran masih sama untuk standard room, Alhamdulillah rezeki jgn ditolak.

Selepas Nurse masukkan ubat buang air dan Leen pun dah membuang Leen dihantar ke LR. Nurse pasangkan CTG. Pukul 12mlm Dr.Ishak pun sampai.

27 November 2012
Dr.Ishak bagi briefing procedure yang akan dia buat kt Leen dan bagi tahu kaedah tahan sakit iaitu happy gas, pethidine dan epidural. Buat VE, still 1cm. Pecahkan air ketuban. Masukkan induce ikut tangan. Sebelum Doc balik dia pesan "masa tgh xsakit tgh sedar ni bacalah ayat Kursi ye dan selawat" ok baiklah Doc. "See you at 9am tomorrow. InshaAllah awak akan bersalin jam 11pg esok."

Tinggallah Leen and husband dalam LR yg dipasang lampu suram suram dgn harapan Leen boleh lelapkan mata. Tp tidak. Contraction pertama datang pukul 1am. Nurse keep monitor CTG dan proses menukar-nukar alas cadar berlaku apabila Leen dok menahan sakit sampai terjatuh jatuh lapik lapik kt katil tu. Nurse offer pethidine, Leen refuse sbb ubat tu tahan 6 jam je so Leen plan nak ambil siang nnt.

Pukul 4am contraction makin sakit Nurse offer pethidine terus Leen setuju. Ubat tu buat Leen mengantuk. Tapi bila contraction memang Leen tak boleh nak tidur. Tambahan pula, masa tu Nurse keluar masuk keluar masuk mcm ada sesuatu tak kena. Hati Leen jadi xsedap. Nurse bagitahu graft CTG xcantik. Nurse cabut semua wayar induce dan pethidine termasuklah happy gas nurse xbagi Leen sedut lagi.

Nurse bagitahu jantung Al-Fateeh lemah everytime contraction yang kuat. Leen tepuk tepuk perut kejutkan Al-Fateeh, nurse pun suruh Leen mengiring ke kiri bagi oksigen kat anak masa tu Leen tak fikirkan sakit dah Leen follow je arahan nurse. Nurse minta husband Leen bagi minum air selusuh, zam zam dan makan buah kurma. Nurse tgk atas meja ada akar fatimah, nurse suruh Leen minum tp takboleh sbb husband dah kelam kabut g rendam air tu dgn air sinki. Husband sapu air zamzam kt perut Leen kt muka. Masa tu ada 2 kali Leen dgr bip yg kuat dari mesin CTG tu, bip kuat menandakan jantung Al-Fateeh drop. Nurse call Dr.Ishak minta datang awal. Masa tu bukaan dah 10cm. Masa tu rasanya baru pukul 7am.

Pukul 8.30am segalanya berlaku dengan pantas. Leen mcm mamai lagi waktu tu katil tu bertukar menjadi pendek tempat kaki tempat tangan semua ade. Lampu terang. Nurse ramai2 masuk. Dr.Ishak dan wife datang, Leen pelik kenapa wife Dr.Ishak ada. Memang sebelum tu Leen ada sign borang pilih Dr. Wan (wife Dr.Ishak) sebagai Doc bayi Leen. Tapi kenapa dia datang awal sgt. Selalunya dia akan datang after baby dah masuk nursery room, ini baby belum keluar Doc kanak kanak dah ada.

Bermula sesi push... Phobia dgr perkataan "lagi lagi lagi lagi lagi sikit lagi lagi" ada bidan sorang tu renjis renjis muka Leen dgn air akar fatimah tu bg Leen sedar. Leen rasa dah abes teran dah tu.

Husband kejap duduk kt kepala Leen kejap kat depan. Lepas tu ada ketika kaki Leen ni bergerak. Bidan ckp kaki jgn gerak. Leen sempat jwp "tolonglah pegangkan kaki saya" dalam keadaan lemah boleh lg Leen bckp tu. Husband cakap "sikit lg b sikit lagi"

Pap! Terus Al-Fateeh ada atas dada Leen dengar dia menangis husband sedih Leen pulak gelak sambil cakap "Subahanallah anak ibu" tu je words yg Leen ingat. Kejap je tak sampai seminit. Tak dan nak amik amik gamba Dr. Wan terus amik letak kt baby cot sebelah Leen.

Masa tgh Dr.Ishak jahit , Leen tgk je Al-Fateeh ada tong oksigen sampai Leen bingung kenapa tong tu dipasang kt anak Leen. Leen fikir mungkin macam tu. Mungkin itu normal. Lepas tu terus dia bawa anak Leen ke nursery room. Husband pun Leen dah xnmpk. Tinggallah Leen dan Doc dan nurse nurse untuk bersih-bersihkan Leen.

Keluar je dari LR ramai family Leen tunggu. Memang meriah semua seronok Leen tgk. Husband masuk bawak gamba anak. Perfect! Leen tgk hati senang. Mak suruh Leen rest dulu. Husband plak pergi uruskan uri Al-Fateeh. Leen xberapa nak lena sgt sbb xsabar nak tgk anak. Asal ada org masuk Bilik Leen jenguk ingat anak. Tghari Husband ckp "anak dah berak kencing semua tp ade problem sikit dengan jantung dia. Tp xda apa-apalah jgn risau".

Mak Leen cerita balik masa pergi ke kaunter nursery tu mak tanya nurse kt situ bila cucu makcik boleh keluar. Mak cakap nurse2 pun mata merah nak nangis. Nurse minta mak Leen doa byk2. Mak Leen bagitahu Leen suruh bdoa.

Pukul 4pm Dr.Wan panggil Leen dan Husband. Kami diberi briefing pasal keadaan Al-Fateeh. Masa Leen dengar berita tu Leen memang berserah 100% kepada Allah untuk selamatkan nyawa anak Leen. Dr. Wan bagitahu yang Al-Fateeh punya jantung tak boleh pum dgn kuat. Pumping jantungnya lemah. Bila masukkan ubat dan supply oksigen juga lemah. Al-Fateeh xdapat bekalkan oksigen keseluruh badan dia. Masa tengahari tu jantung Al-Fateeh terhenti. Leen tanya selalu ke kes macam ini, dan possibility untuk selamat. Doc kata biasa kes macam ni possibility kita serah pada Allah. Dari situ Leen dah dapat agak kami bakal mendapat berita buruk. Tgn Doc pun Leen tgk masih putih kesan air ketuban yang menyalut badan anak kami. Memang doc berusaha untuk selamatkan nyawa anak kami. Semua pakar dah buat treatment,scan,x-tray,ujian darah,tgk otak semua baik semua kondisi OK. Jantung pun ok takda jantung belubang. Masa tgh Dr.Wan bagi briefing Leen dgr bunyi bip yg kuat. Dr.Wan minta diri dulu dia ckp "ibu be strong ye, ibu kene kuat jgn nangis, ok saya minta diri dulu sbb tak boleh tinggalkan anak ibu lama2".

Leen dan Husband xtahu nak cakap apa dah. Kami keluar dari bilik tu terus terduduk. Leen memang tak kesah sakit time tu. Family bagi kata-kata semangat walaupun mereka tak tahu perkara sebenar. I love my family so much. Mereka saling whatsApp gamba Al-Fateeh. Kakak Leen send gamba Al-Fateeh dekat kwn kwn Leen right after delivery... Semua cakap rupa Leen. Husband juga pagi tu dah post di FB pasal kelahiran.

430pm Dr.Wan bagi Leen tgk Al-Fateeh. Runtuh hati ni tgk anak yang dikandung 40minggu berwayar wayar dan sedang bertarung nyawa. Leen usap dada dia. Leen cium dia, kaki ni mcm nak tercabut husband pegang je Leen. Leen ckp "Fateeh anak ibu jgn tinggalkan ibu" tak mampu nak cakap banyak banyak. Tiba tiba mesin tu berbunyi lagi Dr. Wan suruh kami keluar.

Leen masuk dalam bilik ditemani Family, husband ke Surau lebih kurang jam 5pm. Dr.Wan dan Dr.Ishak datang ke arah Leen. Bagi tahu yang anak kami tidak dapat diselamatkan. Leen mendengar dgn tabah dan tenang. Ahli keluarga Leen yang menangis dulu. Leen ckp anggaplah ni mimpi. Dr.Wan n Dr.Ishak memberi penjelasan...tp otak Leen ke lain sampailah husband Leen datang Leen nangis sekuat hati and said "Allah tak sayang b!" Husband keep on hug me sekuat hati dia. Dr.Wan bagitahu Al-Fateeh tidak boleh adapt dengan tekanan udara di luar, tapi tekanan dalam rahim dia ok. Sebelum keluar Dr.Wan hug Leen kuat kuat. Ini Leen copy paste daripada http://mamanurin.blogspot.com.

Persistent Pulmonary Hypertension of the Newborn (PPHN)

Persistent pulmonary hypertension of the newborn (PPNH), also known as persistent fetal circulation, occurs when the circulatory system of a newborn does not adapt properly to support breathing outside of the womb. When a baby is born, its first breath of air should cause the blood pressure in the lungs to fall and increase blood flow to the lungs, where carbon dioxide and oxygen are exchanged. As part of this process, a baby's ductus arteriosis should constrict and permanently close - usually on the first day of life. In babies with PPHN, the ductus arteriosis does not close, or does not close properly, and lung pressure remains high. This causes blood to be directed away from the lungs. In turn, the newborn's blood is not properly oxygenated and many of the baby's organs can be affected including, most importantly, the brain. Low blood flow to the brain can cause cerebral palsy.

PPHN is most common in post-term or full-term babies who have experienced a difficult birth and have experienced asphyxia (lack of oxygen), ischemia (lack of blood flow), or other fetal distress (e.g., fetal heart rate decelerations). It occurs in approximately 1 in 700 births.

Lepas tu family tenangkan Leen. Bila dah cool down baru nurse panggil tgk Al-Fateeh. Masa tu hanya jasad sahaja yg tinggal. Sementara menunggu Al-Fateeh sampai Leen tenangkan husband Leen cakap "takpe ayang ade b, b ade ayang" air mata jatuh berjujuran tanpa bunyi kami menangis. Ya Allah masa dapat dukung tu seronok sgt. Mcm tido je dia masa tu. Kami bertiga je dalam bilik tu. Lama juga dalam bilik tu.

Memang iras Leen. Baru-baru ni tetiba husband tanya Leen "b sabun apa yg nurse pakai kan Fateeh tu masa kte nak balik tu?, bau dia wangi sgt" Leen ckp xtahu sbb idung Leen tersumbat. Nurse dtg rumah tanya darah nifas bau apa pun Leen ckp xda bau. Mungkin Allah saja bagi Leen hidung tersumbat ketika itu agar Leen xterkenang.

After long procedure and Leen minta balik Dr.Ishak pun bagi Leen balik sambil pesan "ur tears byk tau, take care." Ermmmm ngerisss! Tp kalau org tanya sakit tak bersalin? Serius Leen lupa. Memang ajaib. Puas Leen recall sakit bersalin ng sakit kena jahit tp dapat. Allah xnak bg rasa serik lagi untuk bersalin..barangkali.

Al-Fateeh di bawa pulang pukul 6pm. Leen keluar hospital pukul 7pm. Dalam kereta kami berdua senyap. Hujan renyai. Sampai rumah orang ramai berkumpul depan rumah. Leen ingat Leen akan Ok tp turun je kereta Leen tumbang tak tahulah bape orang dukung Leen. Yelah memang bukan itu plan kita kan disambut dgn muka sedih yang kita harapkan di sambut dgn senyuman dan di tahnik kan. Tp kita hanya merancang Allah menentukan. Leen duduk tepi Al-Fateeh xbrani nak usik sbb Leen masih belum bersih. Ramai yang big hug Leen. Ramai datang ternyata semua terkesan dengan pemergian Al-Fateeh.

Masa cium kali terakhir before dikafan kan pun Leen tumbang. Wajah Al-Fateeh sangat tenag berseri seri, bibir merah, putih sgt. Macam tidur je. Masa disembahyangkan ramai juga orang. Hujan turun dgn lebatnya tp selepas selesai solat jenazah hujan berenti. Lepas tu husband Leen yang dukung Al-Fateeh, nak bawak ke kurbur. Leen pergi ke arah beliau sekali lagi Leen tumbang sedar sedar dah ada dalam bilik. Malam tu mmmmmm 3 malam tu memang tak tenang. 3 malam buat tahlil arwah..ramai yang hadir.

Ujian itu hadir dalam keadaan yang tidak pernah terduga oleh kita. Tiba-tiba sahaja terjadi sehingga kita tertanya-tanya apakah hikmah di sebalik ujian yang datang? Sukar untuk difikirkan. Namun, disebalik ujian itu, barulah kita faham, ada perkara yang ingin disampaikanNYA. Bersangka baiklah pada Allah. Allah yang bagi kita ujian jadi berbaiklah dengan Allah untuk dapatkan pertolongan. Sesuatu yang hilang diganti dengan lebih baik. Ya. Muhammad Al-Fateeh is the best for us, tapi Allah lebih sayangkan beliau, mesti Allah akan gantikan dengan yang lebih terbaik.

Mungkin kalau Al-Fateeh terus hidup akan mengalami masalah jantung dan mungkin Leen x sabar dengan ujian yang macam tu. Atau mungkin Leen akan sentiasa menangis tgk keadaan Al-Fateeh menderita sakit jantung. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Ada juga yang cakap kenapa tak czer. Ok mcm yang cakap tu Doctor pula. Bagi Leen Doctor lebih tahu condition Leen and baby time tu. Hikmah disebalik kejadian Leen x czer, kalau Leen czer peluang nak mengandung lagi kena tunggu 2 tahun. Ini diantara hikmah dugaan yang Leen nampak, tapi sebenarnya lagi banyak yang tak tercapai dek akal Leen untuk fikirkan.













Thursday, December 27, 2012

Apabila Ujian Allah Datang Menyapa...

Assalamualaikum...
Ujian Allah hadir dalam pelbagai bentuk. Dan ujian ini tidak mengenal usia.

Seperti Leen sendiri kematian ayah ketika Leen masih 3 bulan di dalam kandungan ibu. Ayah pergi meninggalkan kami akibat terlibat dalam kemalangan jalan raya. Walaupun tidak pernah bersua,bercakap mahupun merasai kasih sayangnya, namun Leen bersyukur kerana sekurang-kurangnya Leen tidak pernah punya dosa dengan ayah. Semestinya kecekalan dan ketabahn ini Leen dapat daripada ibu sejak dalam rahim beliau lagi. Oleh itu, ujian sehebat ini Allah berikan kepada Leen. Kerana Allah tidak akan menguji kita kecuali sesuai dengan kesanggupan diri.

Suami Leen pula kematian ibu tercinta selepas 9 jam melahirkan suami Leen. Ye. Ujian kami sama cuma Leen kehilangan ayah, suami kehilangan ibu. Semoga arwah mak mertua Leen tergolong dalam wanita mati syahid. Kami dijodohkan untuk saling melengkapi. Alhamdulillah atas kurniaan perancangan secantik ini Ya Allah. Kebetulan pula, waktu pemergian Al-Fateeh sama dengan waktu kelahiran ayahnya, manakala waktu pemergian Al-Fateeh sama dengan waktu pemergian arwah opahnya.

Betapa cekalnya ibu dan bapa mertua Leen membesarkan anak-anak tanpa seorang suami dan isteri. Semoga ujian yang diberikan kepada mereka berdua dikurniakan pahala berlipat kali ganda.

Jika diikutkan ini merupakan kali kedua Leen kehilangan sesuatu yang Leen idamkan. Kali pertama di usia kandungkan 2bulan, pada Oktober 2010. Tapi semua ini dah tertulis olehNya. Tidak sesaat pun Allah itu akan melenggahkan prihal cabut nyawa ini. Kun fa ya kun.

Selagi nyawa masih dikandung badan, selagi diri belum dijemput pulang maka selagi itulah kita akan terus diuji. Sebenarnya hari ini, Leen tergerak utk menulis apabila Leen berasa terlalu sakit hati dengan Nurse di Klinik Kesihatan tadi. Ye. Hari ini 27 Disember 2012 genaplah sebulan pemergian Al-Fateeh, jadi Leen kene pergi KK untuk pemeriksaan post natal. Nurse mempertikaikan itu ini....wow! Hebat. Mmg hebat. Manusia xlari dari suka tunjuk kehebatan. Last-last before keluar dengan sebak, idung dah merah2 Leen ckp "takpe sister(sbb dia pkai baju biru) saya redha dgn takdir ini".

Now Leen buat pertama kali tengok video Al-Fateeh yang sempat dirakam oleh husband, sebelum ini ade tgk tp tgk mcm tu je tak dgr clear suara dia. Ni Leen tgk dan pasang earphone Ya Allah suara anak ibu............. Ok dah sudah jgn menangis. Video dua minit ini cukup membuatkan ibu dekat dengan adik. Aduhhhhhhh...

Tak sabar nak habis nifas ni. Nak bacakan Yassin buat Al-Fateeh, nak mengaji agar jiwa ini tenang dan bahagia.

Ok cukup. Lapangkan dada dan terimalah qada dan qadar ini. Pasti bahagia







Thursday, December 13, 2012

Rindu

Assalamualaikum. Ye! Ternyata ibu masih merindui kamu. Sebelum tido ayah dan ibu mesti berborak pasal perkara ini.

Alhamdulillah sedikit sebanyak berborak pasal dugaan Allah ini dgn suami dpt meringankan beban yg ditanggung. Setiap hari ada sahaja cerita baru yang Leen sharekan dgn suami. Cerita baru adalah cerita mereka mereka yang kehilangan anak kecil.

Semalam jiran dtg rumah cerita kan al kesah yang beliau dah 5 kali keguguran 2 kali kehilangan anak sewaktu berusia 1 hari dan 9 hari. Alhamdulillah anak yg ke 8 membesar dlm kandungan dgn sihat dan kini berusia 1tahun. Lagi hebat dugaan beliau suami isteri kan.

Yeps! Sometime kita akan ckp "life is unfair" tp itu bermakna kite protes Allah. Astagfirullah. Sebaliknya kita kena bersyukur dugaan Allah itu bermakna Tuhan itu sayangkan kte tak mahu kita lupa padaNya.

Im here without you baby. 16 hari permergian Al-Fateeh barang barang Al-Fateeh masih belum berusik masih diletakkan merata tp jauh daripada pandangan mata Leen. Masa Leen di hospital makcik Leen dah sorok siap siap barang Al-Fateeh. Leen masih berpantang di rumah mak Leen, dan husband pula masih belum ada kekuatan nak balik rumah kami, sebab terlalu byk kenangan mengandungkan Al-Fateeh di sana.

Thursday, December 6, 2012

Muhammad Al-Fateeh bin Khairul Anwar

Dilahirkan pada 27 November 2012 dengan berat 3 kilo, panjang 52 cm secara normal di KPJ, Seremban pada pukul 9am.

Tetapi umur anak ibu tak panjang. Pada jam 5pm hari yang sama anak sulung kesayangan ibu dan ayah menghembuskan nafas terakhir akibat masalah jantung.

Berat betul musibah yang ibu tanggung ini. Betul-betul berat. Ujian Allah kali ini benar-benar membuatkan ibu dan ayah terduduk dan berasa sgt sgt kecil dibumi Allah ini.

Hari hari menanggisi pemergian Al-Fateeh tetapi itu tidak akan mengembalikan apa apa. Itu kenyataannya. Kadang kadang syaiton nirojim menghasut utk kekubur Al-Fateeh utk bertemu dgn anak ibu yang suci ini. Tetapi ibu kene berfikiran waras, ibu masih ada suami, keluarga dan kawan utk meneruskan kehidupan. Ibu berdoa agar mendapat pahala di atas musibah ini dan dikurniakan sesuatu yang lebih baik daripada Allah.

Ya Allah! Rindunya aku pada anakku. Tapi ibu yakin Al-Fateeh dalam suasana yang sangat gembira di sana. Dijaga oleh Allah. Dijaga oleh bidadari Syurga.

Betapa bahagianya jiwa apabila kita redha dengan kadaq dan qadar.....



Salam.