Showing posts with label Islam the best way of life. Show all posts
Showing posts with label Islam the best way of life. Show all posts

Thursday, January 27, 2011

Muhasabah Diri Kita

Selamat Hari Jumaat




Siapakah orang yang sombong?

Orang yang diberi penghidupan tapi tidak mahu sujud pada yang menjadikan kehidupan itu, iaitu Allah Rabbul Aalamin, Tuhan sekalian alam. Maka bertasbihlah segala apa yang ada di bumi dan langit pada TuhanNya kecuali jin dan manusia yang sombong diri.



Siapakah orang telah mati hatinya?

Orang yang diberi petunjuk melalui ayat-ayat Quran, Hadis dan cerita-cerita kebaikan namun merasa tidak ada apa-apa kesan di dalam jiwa untuk bertaubat.



Siapakah orang dunggu kepala otaknya?

Orang yang tidak mahu lakukan ibadat tapi menyangka bahawa Tuhan tidak akan menyiksanya dengan kelalainya itu dan sering merasa tenang dengan kemaksiatannya.



Siapakah orang yang kuat?

Orang yang dapat menahan kemarahannya ketika ia di dalam kemarahan.



Siapakan orang yang lemah?

Orang yang melihat akan kemaksiatan di depan matanya tidak sedikit pun ada kebencian di dalam hatinya akan kemungkaran itu.



Siapakah orang yang bakhil?

Orang yang bakhil lagi kedekut adalah orang yang berat lidahnya untuk membaca selawat ke atas junjungan Rasullah s.a.w.



Siapakah orang yang buta?

Orang yang diberi nasihat dan pengajaran yang baik namun tidak diendahkannya.



Siapakah orang yang sibuk?

Orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s.



Siapakah orang yang tuli?

Orang yang diberi nasihat dan pengajaran yang baik namun tidak diendahannya.



Siapakah orang yang manis senyumannya?

Orang yang ditimpa musibah lalu dia kata ‘Inna lillahi wainna illaihi rajiuun.” Lalu sambil berkata, “Ya Rabbi (Wahai Tuhanku) aku redha dengan ketentuanMu ini,” , sambil mengukir senyuman



Siapakah orang yang menangis airmata mutiara?

Orang-orang yang sedang bersendiri lalu mengingat akan kebesaran Tuhan dan menyesal akan dosa-dosanya lalu mengalir airmatanya.



Siapakah orang yang kaya?

Orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.



Siapakah orang yang miskin?

Orang yang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpuk harta.



Siapakah orang yang pandai?

Orang yang bersiap-siap untuk hari kematianya kerana dunia ini berusia pendek sedangkan akhirat kekal abadi.



Siapakah orang yang bodoh?

Orang yang beriya-riya berusaha sekuat tenaga untuk dunianya sedangkan akhiratnya diabaikan.


Siapakah orang yang maju dalam hidupnya?


Orang yang sentiasa mempertingkat ilmu kebaikan.



Siapakah orang yang mundur hidupnya?

Orang yang tidak memperdulikan akan halal dan haramnya akan sesuatu perkara itu.



Siapakah orang yang gila itu?

Orang yang tidak sembahyang kerana hanya dua syarat saja yang memperolehkan akan seorang itu meninggalkan sembahyan, pertama sekiranya ia haid dan kedua ketika ia tidak siuman akalnya.



Siapakah orang yang selalu ditipu?

Orang muda yang menyangka bahawa kematian itu berlaku hanya pada orang tua.



Siapakah orang yang paling cantik?

Orang yang mempunyai akhlak yang baik



Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?

Orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan diperluaskan saujanay mata memandang.





Fewwww....lengguh menaip. Ni saya dapat ketika Kuliah Pagi Jumaat td. Supaya tak lupa sy tepek kt sini untuk diri sendiri dan sy seronok nak share dengan reader. Selamat beramal ;)
 
 
 

Wednesday, August 18, 2010

Berbuka di Masjid...apa pendapat korang?

Hari ke-7 puasa kiteorg buka pose di Masjid Besi atau nama rasminya Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya. Subhanallah..sangat cantik sangat tenang jiwa masuk Masjid ni time bulan puasa. Bukan bulan puasa pun tenang jiwa bila masuk tp bila bulan puasa bertambah tambah. Actually kiteorg nak tgk flow berbuka di Masjid macamaner. 1st time! Selalu kiteorg p Masjid lepas solat Magrib dirumah baru teraweh kt Masjid atau surau kt bawah umah ni aje.

Nuar kiranye nak temankan saya lah berbuka di Masjid..sbb esok eh dio kono berbuke kt otel ng CEO opis eh.. Bulan2 pose dia byk kot dpt invitation berbuke so saya tak mahulah alone dirumah untuk berbuka. Buat hati ini pilu je mengenang nasib (konon) sebenarnye saya takot tinggal umah sowang2 ahahaha! Tak kan nak berbuka kt luar lak kan..sowang2 lagi pelik. Baek berbuka kt Masjid org ramai dan ramai gak yg alone..

Yang kt seberang tu untuk lelaki. Mana2 lelaki yg dtg alone tu boleh berbuke di sebelah situ. Tp Nuar buke side ppuan sbb mana yg dtg berkeluarga boleh lah joint kt side wanita. Org slalu ingat org susah , org nak budget je berbuka di Masjid...tp bg saya tak! Sbb ramai je org yg bawak mangkuk tingkat dari rumah sedap2 lagi makanan derang. Sebenarnye derang nak buke ramai2 dan senang terus solat teraweh.

Sabar menanti waktu berbuka.. sambil usha2...
Belasah tudung itam.... hahaha..sonang.
Starter pack hehehe... Lepas makan kueh and kurma solat magrib peh tu baru makan heavy2. Lauk2 superb! Catering dia best.
Pehtu tadi puasa ke-8 (Rabu) saya berbuka sowang2 di Masjid. Nuar hantar dlm kol 7 gituw. Sonoknye. Buke ramai2.. yg datang dari Puchong pun ada. Jauh kan...huhuhu.. Lepas ni kalau Nuar kene bebuke puasa otel bolehlah saya dtg berbuke puasa sini. Tenang+simple! Td menu eh nasi ayam kooo..



Johnny's Restaurant - Tak Halal??

Terus view makanan dulu kan.. Sorry guys! Have too. Ye ye saya pun pose.


Td dapat email frm my sil. Tekezut kite wak! Johnny's ni tak Halal. Untuk pengesahan kita pun check lah Halal Malaysia..Betul ye Johnny's ni tidak pernah memohon halal dari Jakim/HDC. Ternyata sijil Halal yang dikeluarkan adalah dari badan islam yang tak diitiraf. Harap pengguna islam tidak terpedaya dengan loga halal tersebut.

Uolls boleh check on-line juga di Halal Malaysia kt ruang maklumat carian tu isi Johnny's. Selamat mencuba!

Actually saya dah beberapa kali mkn kt sini. Time makan tu mcm kembang2 tekak juga nak makan sebab plate dia yg plastik maroon tu mcm tak bersih je..dan crew dia bangla and myanmar kot. Pekerja melayu slalu jd manager.

Risau ek sekarang byk restaurant tak halal tp kire halal mcm mana tu? Aritu pergi green box pun sy geli nak makan buffet dia ..tgk cina-cina berkuku panjang yg menghidang mkanan.. cukuplah mkn snack ajor.

Monday, September 28, 2009

Takot

(actually post ni dah lama jd draft)

Penah sy sedang bersiap2 ke office my husband ask me about my outfitt. Mcm2 dia tanye...rasa nyer soalan itu tidak perlu di mention disini. Cukup sekadar soalan adalah bertemakan Aurat. hurmmm skarang dah jd isteri org jd kene jg mcm2.. itu ini. Mampukah sy nk jaga itu ini itu???? Takot dibuat nyer (chewah terus repeat title n3 mcm lgu pulak)

Banyak baca blog2 org yg membangkitkan issue2 Aurat ni...malas pulak nk copy paste satu persatu blog blogger itu :) tp yg paling jelas dan tidak kepada berceramah sgt (for me lebeh kpd pendapat indivitu yg berterusterang) ialah Kenapa Anda Mahukan Gadis Yang Seksi Sebagai Pasangan Anda? amat bagus penulisannya.

Komentar yg bg pun agak panas dan bernas. Diantara yang panas:

Anonymous said...
tidak semestinya org yg bertudung tu jenis yg baik2.walaupun saya tak bertudung, lebih elok drpd yg bertudung (tidak semua, certain aja)

Anonymous said...
"tidak semestinya org yg bertudung tu jenis yg baik2.walaupun saya tak bertudung, lebih elok drpd yg bertudung" alasan std org x bertudung.

Anonymous said...
tidak semestinya org yg bertudung tu jenis yg baik2.walaupun saya tak bertudung, lebih elok drpd yg bertudung (tidak semua, certain aja)kpd 1st anonymous yg cakp cam kat atas sama2 kita renung ni... "wanita yg bertudung tak semestinya beriman tetapi wanita yg beriman semestinya bertudung"nampak x ayat ni 'kena' kat dua2 skali, bertudung & tak bertudung?

tiamat said...
"tidak semestinya org yg bertudung tu jenis yg baik2. walaupun saya tak bertudung, lebih elok drpd yg bertudung"bertudung tak semesti hati baik x bertudung tak semesti hati tak baik bertudung lebih baik dari tidak bertudung (dr segi pemakaian)(kwajipan)kalau bertudung dok buat maksiat, dia tanggung dosa maksiat..kalo tak bertudung tak buat maksiat, dia tanggung dosa dedah 'aurat.. macam mana boleh ngaku diri lebih baik dari yang bertudung? syurga neraka tuhan tentukan..

Sue Anna Joe said...
Posting yang baik tanpa terlalu berceramah. Nanti dah kahwin, semoga kamu & isteri bahagia di dunia dan akhirat. :)Pada yang beri komen "tidak semestinya org yg bertudung tu jenis yg baik2. walaupun saya tak bertudung, lebih elok drpd yg bertudung"" I suggest you read this article by Ustaz Zaharuddin, sangat bagus > Aurat : Apa Sudah Jadi ?. Aku pon masih banyak kelemahan, banyak membuka mata dan minda bila membaca artikel ni.Dan pada penulis, cuba baca entri ni Perempuan yang fikir pakai payudara

.....terus sy jd takot.....

Haritu time raya, salah seorang makcik sy ni agak pro bab make up. Terus sy sua kan muka sy utk di make up bg nmpk lain di hari raya. Then sy suruh dia cukur kening sy.

  • Mak Cik A : Nuar bg ke ija plug ni?
  • Saya: Hurmmm tak pasti pulak ..
  • Mak Cik B : (dia tgk jer kiteorg bermake-up) dulu masa awal2 kawen dulu pak cik nasihatkan mak cik 2 perkara je 'sudah2lah pakai seluar jeans dan cabut kening'

wahhh..dlm hati berkata kuat sungguh pesan seorang suami ni... risau dibuat nyer. Badan sy dah naik 3-4kg byk bju2 yg dah muat..muat tu muat tp agak ketat. Hari Sabtu dan Ahad lepas sy keluar jalan2 hari Sabtu sy pakai baju t-shirt dan dicover oleh cardigan Ya! saya taw fasion itu agak old school dan kebudak2kan sampai my husband ckp "mcm pakaian time student dulu kan" Jauh jgk perjalanan kami time tu... dari mall ke mall kami masuk takde satu pun mata2 jahat suami org,bf org,lelaki normal atau tidak normal pandang sy (bkn2 sy tak arap derang pandang sy pun) and pada hari Ahad pulak sy mengenakan long sleeve t-shirt yg agat ketat dan hurmm tak perlu diterangkan rupa fizikal nye ... time tu my husband dah dok membebel bila mata-mata jahat suami org yg mengendong anak tp mata pandang sy, bf org yg dok kepit gf baekk punye pandang sy "kan ayg dah ckp td jgn pakai bju ni" aku rasa bdosa dan besalah. My big mistake.

Jd setelah sy kaji dan fahami bila mendedah kan aurat kite akan terjurus membuat kejahatan dan berdosa. Jd idealogi dan prinsip dont judge a book by it cover tu ternyata salah. Tp sy tak berani nk berhujah lebih2 sbb sy sendiri masih jahil bab Aurat dan Agama ni masih byk yg perlu dipelajari dan diterokai. Alhamdulillah dpt husband yg mcm nuar. Semoga para2 isteri dpt membebaskan diri dari wat kesalahan.

Jap jap tak abes lg cerita ni... (and it never ending aite?) ... sy nk quote kan kata2 penulis Cursing Malay ni yg ke-4 4. Jangan berangan nak memperjuangkan hak wanita untuk kelihatan cantik ketika keluar,hak wanita untuk merasakan diri mereka seksi,hak wanita untuk bergaya di mata masyarakat.Kau isteri aku,aku yang tanggung dosa kau.

Ade lg nk add:-

Mun said...

hehe,marah sungguh org yg xpakai tudung.well dgn bertudung itu melambangkan dignity.kalau dah mengaku islam kenala ikut apa yg telah digariskan oleh islam. Islam tak menyusahkan umat dia. pakai tudung xpanas, sbb Allah bg aircond special punya nnt. sila cuba :)okies suka post ni :)simple n keep rocking all days

Blood Seeker said...
Tot, ko cube la tgk Gadis Melayu. Ramai gile org yg berfikiran cam anonymous pertama di atas....Analogi camni tot, ustazah aku pernah bagitau. Kalau ko beli gula2 atau apa2 barang kat supermarket, ko mesti ambik yang dibungkus rapi, kemas, dan ala-ala kiut gitu. Ko tak beli gula2 yg xde dalam bungkusan, terdedah, takpun pembungkus dia tak cukup nak tutup sume, kan???Bila dalam bersih, luar pun bersih. Kita ekspresikan iman kita kepada tuhan mengikut pakaian luaran kita. Nabi kita pun mane pakai selekeh....miskin2 pun kemas apa. Itu kan yang dituntut.Tapi ni aku nak cakap, kebarangkalian nak dapat awek yg perangai dia sosial, dan ntahpapa jauh lebih tinggi di kalangan freehair berbanding yang menutup aurat..........Sekian dari aku (ex badar skolah)

Monday, April 27, 2009

Inai oh Inai

Memandang tinggal 3 hari lagi aku nak bernikah jd seperti biasa my family dah busy wat preparation salah satu statement yg pada KERTAS KAHWIN IJA (ija nama panggilan oleh family) adalah bab INAI. Aku dengan penuh semangat mencari dlm internet ukiran2 menarik untuk dilukis di tgn dan kaki ku ini. Tetapi tgh aku surf pasal Inai Berukir di Google yg keluar adalah forum2 agama .. berkenaan " INAI BERUKIR DI TANGAN DILAKNAT ALLAH" aku yg terkedu membaca forum itu terus cancel nk wat inai berukir. Terus mak cik aku carikan pokok inai. Inai pokok byk khasiatnyer.

Dari Abu Hurairah r.a Nabi s.a.w bersabda : “Allah mengutuk wanita yang mempergunakan (memberikan) rambutnya untuk (menyambung) rambut wanita lain, wanita yang menyambung rambutnya dengan wanita lain, wanita yang membuat gambar di kulitnya (tubuh) dengan tusukan dan wanita yang meminta kulitnya dibuat gambar dengan tusukan (alat pengukir)”..(Hadis bil. 1685 : Sahih Bukhari) Jelas Dato’ Abu Hasan Din Al-Hafiz : “ inai berukir ala tatu tak boleh! Ia dilaknat Allah. Inai berukir bentuk awan larat atau bentuk gambar itu dalam kategori tatu, kalau nak pakai inai, pakailah betul-betul hujung jari”.

Ini salah satu pic yg aku printout utk dijadikan contoh.

Marilah kita membuat pengislahan dalam diri kita agar kita tidak tergolong dalam hamba-hamba Allah yang melanggar syariatNya..

Wallahua’alam.

Thursday, September 18, 2008

Aktiviti Sepanjang Bulan Ramadhan

Bulan puasa kali ni mcm thn dulu2 jgk..cuma kali ni rasa sikit hectic and chaotic!
Terlalu byk sgt benda nk buat dlm 1 hari heh!
Memasak for berbuke Mcm org lain jugak balik keje terkejar2 nk masak for berbuka.One of my favorite dish during berbuka puasa, (besides roti john and murtabak or mentabak?? Lupalah spell mentabak hik) is Cream Mushroom Spaghetti. Sebenarnya, recipe ni I cipta sendiri.
Recipe ni tercipta time tu lg 30minit nk berbuka puasa. Kt office lg aku dah plan nk masak spaghetti. Im not really good in cooking but I love to cook heh..(bak kata En.AM: suka masak jer pun tak guna kalu tak sedap)heh! Sampai jer rumah ptg tu dengan perasaan berkobar2 aku memulakan memasak. Tiba2 time nk buka botol Prego ketat sgt2 aku hamper give up!!! Fine!! aku buka pula tin cendawan… tau ape jd?? Hahaha ianya adalah cream mushroom!! Arghhhhh tidak! Cemaner nk masak ni!Dah lah tak reti nk buka botol Prego tu. After read the instructions kt tin cream mushroom tu aku pun faham maknanya hihihi. Dia ckp tak payah masak just panaskan. So terciptalah Cream Mushroom Spaghetti wink**wink**=p
Ni fav juadah berbuka pose aku pd thn ni. Thn depan tak tahu plak apa...

Solat teraweh Lepas jer berbuker..kemas cepat2,mandi n turun g surau. Idup bujang senang sikit tak byk masa terbuang nk tunggu itulah inilah..berbuka pun kejap jer..berbuke sambil tgk Naruto hihihi. Solat teraweh kt surau bwh umah tu lama jugak kadang2 kol 1030pm baru selesai sbb ceramah ustaz panjang and sambung tahlil arwah lg. Syok gaks g teraweh sorang2 ni..bergaul ng makcik2 ng nenek2. Kadang2 kalu terasa liat nk g teraweh tu aku pikir kan balik pasal nenek2 yg sembayang duduk or duduk atas kerusi..punyelah derang berusaha nk solat,kite yg sihat sasa ni malas solat. Malu arrr.
Skema sikit lah..bersiap nk g teraweh
Ada gaks g taraweh di rumah aku di Seremban. Dulu Masjid tu sempoi jer..kipas jer and kecik jer last pergi masa ada KiaMulai sekolah menengah. Jarang g Masjid tu sbb agaks jauh dari rumah aku.. Byk perubahan dah Masjid tu siap sudah maju sudah ada air-cond all glasses heh!.

Buat Biskot Raya Tahun ni tak byk amik order biskot raya sbb kakitangan kurang. Dayah dah sambung blajar,K.lip plak sarat mengandung,Mak makin malas hihihi dan Eira (ank jiran) makin malu nk dtg rumah dah remaja konon nyer. So only me yg sanggup wat biskot raya kali ni order pun amik dr regular customer jer tokot customer merajuk. Alhamdulillah masyuk gaks oder tahun ni..luckily akak ipar aku ada tolong wat biskot raya. Mcm tahun2 lepas my bf siap bukak boot kt pasar malam tolong jual kan biskot raya aku tp tahun ni aku lak tak larat nk wat biskot raya. Duit biskot ni lepas lah nk bayar upah jahit baju raya aku n fmily..or else benefit dia kiteorg sekeluarga tak payah order/beli biskot kt kedai yg kadang2 rasa hampehhhh heh..my bf pun slalu dpt biskot free dari aku..demand tinggi plak tu nk kuey yg mahal2 and tak sebotol nk 2-3 botol.
Pembikinan Choc Chips Pembikinan Bahulu

*


*


*


*


*


*


*
Akibat byk sgt buat tempahan kuey raya aku terpaksa g kerja tanpa kasut bertumit tinggi!!
Birthday Bash Ramai pulak yg birthday bulan September ni. Ingatkan my bf birthday celebration dah tamat rupa2 nyer ada lg..wat kt umah my auntie plak. Birthday celebration adik2 sepupu aku yg wat kt umah aku (sebagaimana entry yg sebelum nye)...amat puas mkn kek bulan ni=p
Shopping Hari Raya Waoh! Dpt bonus dan keinginan untuk membeli tu tinggi sungguh! Prappppp! Pokai! Kene budget elok2 sbb lepas jer raya jeng jeng jeng 'ayuh kite bab kedua dan seturusnya' 1 Nov!!!
Baju Raya Kalu dah umur mcm ni takde lg lah nk berbaju raya skirt,gaun,t-shirt and jeans. Ingat lg mase berumur 8thn, mlm raya menangis mcm org gila sbb mak lupa beli stokin raya. Stokin jer tu..kedai semua dah tutup time tu..ntah mcm ner pakcik aku berjaya membolos kan dirinya untuk membeli stokin lantas stokin aku berwarna biru pekat! Semua org gelakkan stokin aku tu sbb bila sarung kt kaki mcm kaki ank india yg tak cukup zat heh!.. Tahun ni baju raya aku 6 psg..(actually more than dat) tak leh g tau bape jumlah sebenar takot bf tau t dia bising heh!..Bukan baju raya sgt pun but more too baju g kerja and baju nk g kenduri kawen kawan. Lepas raya ni ramai kawan2 yg nk mengakhiri zaman bujang so kenelah prepare baju.
Menghadiri Jemputan Berbuka Puasa Fuhhh! Tahun ni byk kali gaks berbuka kt luar. Samada atas undangan or memang teringin nk berbuka kt luar. Ada satu mlm tu lepas berbuka kt luar dgn my bf .. aku dpt sms dr kazen aku 'Ija jum g mkn mlm kt Bangi' 'ni bukan mkn mlm lg dah ni moreh ni' 'tak kisah lah mcm ner pun' Kiteorg pun g lah cari dia kt area Bandar Baru Bangi tu akibat bateri HP sudah kong jd proses pencarian amat sukar finally sebelum HP menghembuskan nafas terakhir dpt lah sms 'Ija maner ko ni? Aku kt Yankies Hut cepatlah dtg aku dah lapar ni' Adoiyaiii budak ni td kata nk mkn steam bot...hurmmm mkn lg ng dia sampai kol 1am kiteorg lepaking.
Time ni dah kol 1am..aku ng nuar still berbaju office..sepupu aku ng bf dia attire mcm nk g Cameron harharhar!!
G Surau kt Office Sepanjang bulan Ramadhan mcm2 activiti agama berlangsung di Surau office. Solat berjemaah hampir setiap hari, Bacaan Yassin,Solat Tasbih dan Ceramah agama. Setiap kali ada aktiviti ni mesti dpt makanan cth mcm Kurma dlm box cantik,roti jala,kuih muih,pulut kuning and rendang daging. Menarik gaks perisian ceramah agama kt office aku ni. Tp kdg2 tu terlelap gaks.

Menghias Office
Agaks lucu tahun ni HOC kiteorg baek sgt nk hias office. Mula2 dia mintak kiteorg derma sorang sikit ..tp agak nyer tak de respond,akhirnya dia sponsor. Yelah sape yg nk bg lampu lip lap,kad raya dll then letak kt office. Nway thanks to Mista Selva yg baek hati. Jd all the kulicutif kt DMA ni pun berganding bahu selama 2 hari wat dekorasi kt 2 pintu masuk utama division ni.
p/s: ada lg story and pic tp nnt2 lah aku upload.. nk sambung keja jap

Wednesday, August 27, 2008

Kelebihan Teraweh



Kelebihan Solat Sunat Terawih Mengikut Malam


Bersiap nk g teraweh~skema tak?mcm makcik2kan? hik3 tudung pin dpn tu hihihi

1.Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.


2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.


3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga Para malaikat di bawah 'Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.


4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.


5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.


6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.


7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.


8. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.


9. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.


10. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.


11. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.


12. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduabelas Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.


13. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigabelas Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.


14. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempatbelas Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.


15. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelimabelas Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.


16. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenambelas Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.


17. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuhbelas Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.


18. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapanbelas Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).


19. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilanbelas Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.


20. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.


21. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh satu Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.


22. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh dua Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.


23. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tiga Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.


24. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh empat Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.


25. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lima Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.


26. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh enam Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.


27. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tujuh Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.


28. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lapan Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.


29. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh sembilan Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.


30. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigapuluh Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar