Tuesday, February 23, 2016

Resepi puri untuk bayi 6 bulan

Assalamualaikum

Fareeq dah masuk 6 bulan tengah excited nak bagi Fareeq makan. Macam-macam plan menu untuk Fareeq hahaha semoga istiqomah ye ibu.  Tapi bukan ibu je yang excited ayahnya pun excited jugekkk…

The excited ibu. Gedik siap beli bekas dan sudu. Tu sudu ke dua beli sudu yang pertama tu tak matching pulak dengan bekas :-) Beli kat Parkson mahal pulak bendaalah ni kt SOGO RM19 so uolls boleh beli di SOGO. 

Tapi kalau uolls nak barang baby murah beli kat Little Whiz sejak Fateeh lagi Leen suka membeli di sana. Murah+Selalu Disc+Boleh Redeem Point. I lioke!

Latest purchase. Kotak MINI stroller tu kotak sahaja hahaha.. packing Little Whiz ni selalu gempak2 derang guna recycle box. 


Tapi kiteorg tak bagi Fareeq solid food masa umur dia 6 bulan sebab masa tu pulak Fareeq kena cerit berit. Tak tahulah nak cakap cerit berit ke tidak sbb dia tak poo poo sekali banyak tapi sikit-sikit je. Dia pun aktif je dan menyusu macam biasa.

So delay seminggu tak bagi solid food.  1st solid food Fareeq is potato puree. Memang jarang orang buat kikiki sbb rasanya tawar hebeh. Leen buat sebab ada terbaca kentang boleh sembuhkan cirit birit. 

Ni resepi puri kentang:-
-Sebiji Kentang
-2oz ebm
-Air masak jika perlu


Caranya:-
Kupas kulit kentang. Potong dadu agar mudah empuk. Kukus selama 30minit atau sehingga betul2 empuk. Sejukkan dan blend. 


Taraaa puri kentang dah


Hihihi ekspresi muka Fareeq ada tu sampai lelap lelap mata dia makan

Makanlah kentang ni selama 4 hari berturut2 mengikut rules 4 hari baru tukar yang lain tu. Masa bekalkan ke Taska teacher cakap Fareeq tak bape nak laju sangat makan cuba bagi puri buah katanya (itulah dugaan ibu ni susah nak terangkan prinsip kita) Leen senyum je cakap yeke yeke kikiki. So beralih pula ke Puri Nasi. 

Puri Bubur Nasi

Setengah Pot Beras
Air


Cara-caranya 


Sukat beras letak dalam bekas yang senang nak basuh

Dah basuh beras toskan macam ni
Sangai beras dengan api yang pelahan. Kacau sentiasa. Sampai air kering. Beras tu pun nampak cantik je.
Blend halus. Guna blender kering tu.
Masukkan air dalam periuk bila air dah menggelegak tu masukkan beras. Kacau. Kacau sampai masak. Buat cair-cair

Setengah pot dapat banyak ni. Banyak kan. Semua ni masukkan dalam frozen. 2 Leen letak kt chiller je sebab esok nak bawa bekal untuk ke Taska

Ok ni bekas Fareeq makan sopan2 ye nak. Nanti mesti teacher tanya kenapa tak campur dengan sayur mcm brokoli ke labu ke... Aduhh sabar teacher :-)

Teacher cakap cara dia panaskan ialah dengan air panas. Leen nak suruh campurkan dengan EBM mcm susahkan depa pulak so takpalah bagilah ikut depa senang. Depa kata sulam dengan air suam. Asalkan Fareeq nak makan syukur Alhamdulillah. Tak boleh nak terlalu perfect kalau anta anak kat Taska ni. Bayar memang bayar tapi bukan anak kita seorang je depa jaga.

Tapi memang hari-hari teacher akan cakap soh campur ayam lah sayur lah buah lah aduhhhh... Yang penting dia cakap Fareeq bising time makan kalau lambat suap dia marah. Teacher akan bagi Fareeq makan dulu baru baby lain. Aduhhh sebak hati ibu dengar sbb tak dapat merasai sgt moment bagi Fareeq makan. Nak benti keja boleh????

Ok seterusnya puri buah and sayur pulak. 

Ayahnya excited beli sekali banyak macam ni. Patutnya beli sejenis je dulu. OK tak pe selebihnya masuk perut ibu 


Puri Sweet Potato (keledek ungu dan kuning)

4 keledek ungu tetiba ada terselit 1 kuning
Air masak

Cara-caranya :-

Kupas kulit 

Potong kecik-kecik bagi senang lembut. Letak dalam bekas plastik mcm ni senang nak stim.

Sementara tunggu giliran untuk di stimkan. Keledek kuning Leen asing2kan dengan purple. 

Buat 30 min dulu tengok cemana. Thanks wan bagi steamer ni. Jimat duit ibu, kalau tidak ibu dah kira-kira nak beli  autumnz baby food processor (kalau u gais nak beli Leen rasa kat Lazada murah).
Cucuk sikit dengan garfu agak2 dah lembik boleh angkat dan sejukkan. Dah sejuk boleh blend. 

Taraaaa siap dah. Masuk dalam cube kecik macam ni. Ni beli kat Little Whiz. 




Puri Labu 

2 potong Labu
Air Masak

Leen guna 2 potong je. Balance tu bagi officemate hehehe 

Buang kulit buang biji.

 Potong dadu mcm ni. Kukus dan blend. Tambah2lah air masak kalau blender tu memalu je nak bergerak.

Puri Pisang 

Pisang
Air

Guna 2 biji pisang. Buang kulit dan blend. Tak perlu kukus tau

Dah blend tu saya tapis lagi. Bagi betul2 halus.
Tadaaaa! Siap dah.


Cara simpan stock masuk je semua dalam frozen. Esok nak bekalkan ke Taska keluarkan letak kat tempat chiller.  

Kalau kat rumah ini cara Leen panaskan makanan anak.

Rendam dengan air panas. Susu EBM ibu mmg banyak itu je hahaha... Satu hari dapat 2-3 oz je pum. Sedihkan. Sedih tak? Nanti next entry cerita pasal susu badan vs susu tepung :-(














Monday, February 22, 2016

Muhammad Al-Fareeq

Assalamualaikum

Harini umur Al-Fareeq 6 bulan 16 hari baru ibu berkesempatan nak menulis memori bersalinkan Fareeq. Bukan apa dulu masa bersalinkan arwah Fateeh ibu tulis ni Fareeq mestilah tulis juga kannnnn.

Picture semalam. Nyenyak tidur. (picture pertama Fareeq di sunshineforher)


Alhamdulillah Fareeq membesar dengan sihat dan penuh kasih sayang. Ibu ayah bersyukur sangat-sangat dapat Fareeq. Lama kami tunggu kehadiran Fareeq tau. 

Edd Leen adalah pada 19 Ogos 2014 masa tu 38 minggu. Kali ni Doc tak tunggu sampai 40 minggu. Doc cakap masuk je 38 minggu kita czer. Tapi pada 4 Ogos (35 minggu 6 hari) waterbag leaking pulak. 3 Ogos tu hari Isnin Leen pergi kerja macam biasa tapi cramp di bahagian perut tu memang dah rasa tak selesa. Walaupun tak sarat sgt tapi rasa macam terseksa sgt berjalan. Ubat untuk hilang cramp tu Leen baring je Ok lah dia. Balik kerja teringin bebenor nak makan Spicy Butter Chicken Burger  kat Wondermilk tapi so sad dah abis so layan pasta je. Parking and terus tuju Wondermilk takdak dah nak window2 shopping husband ajak g H&M tengok barang baby pun Leen tak larat dah. Cukuplah satu set baju H&M Fareeq janji hado. Balik je melepet tido.

 Terjaga malam tu pukul 2 pagi rasa panas je air mengalir. Apakah! Bagitahu suami dia pun panic tapi Leen buat cool je sambung tido pagi esok kita pergilah jumpa Doc Hazim. Pagi tu msg bos bagitahu masuk lewat sikit. Husband teman pergi Hospital Putrajaya. Macam biasa buat CTG dalam 30 minit macam tu. Doc datang nurse explain. Terus check jalan. Gosh! Tak suka! Yeay Doc bagi balik. Tengah tunggu nurse pulangkan buku pink Doc yang check jalan tu suruh tunggu dia nak call Doc Hazim dulu sbb saya under FPP Doc Hazim. Ada dalam 10 minit kot tggu...Doc tu suruh masuk balik dia nak check apakah benar malam td tu waterbag. Ngeeee sakit lagi sekali. Dah check tu tggu result plak. And yes resultnya positive tu waterbag. Doc Hazim suruh masuk ward terus and esok bersalin!

Haaa esok bersalin? Kat situ jugak Leen nangis tp cover2lah. Nangis nyuruk belakang husband. Kelihatan husband pura-pura cool walhal Leen tahu dia pun belum bersedia. Me? Lagilah belum sedia. Call mak bagitahu sambil cakap sambil nangis. Ntah tak tahu kenapa nangis. Yelah risau kot masa tu baru nak masuk 36 minggu, berat anak pulak tak sampai 2.5kg, paru-paru anak dah matang ke belum...haih serabut sangat fikir. 

Nurse pun suruh husband daftar ward bayar deposit RM1000, sementara tunggu husband daftar wad Leen masuk balik bilik saringan tu dicucuk ubat untuk matangkan paru-paru anak. Nurse tu cakap sakit suntikkan tu. Yeps pedih2 rasanya, tunggu sejam macam tu bagi ubat jalan. Dah suntik tu terus masuk wad 5A. 

Selfie lah sedassss kebosanan kaannnnnn

Husband dah bayar2 semua jinguk Leen jap kat wad tanya nak apa2 ke lunch ke apa ke bag baby ke dah brief itu ini husband pergi kerja petang tu dia datang lepas abis kerja. Lepas magrib dia datang teman tido pulak. Seronoklah FPP ni suami boleh teman bermalam. Malam tu mmg lenalah tido sebab tak sakit tak apa tetiba kena berehat mmg pulunlah tido. 


 Masa kat hospital makan je perut lapar manjang.


5 Ogos 2014 - Doc Hamidah datang check pagi tu. Dia cakap Doc Hazim busy so dia yang check. Cantik Doc Hamidah dressing mcm orang nak pergi kenduri kawen hihihi. Lupa dah apa dia cakap tengahari nurse bawa pergi dewan bersalin. No no no belum nak bersalin lagi tapi Doc Hazim nak check. Dah check2 Doc Hazim suntik lagi matangkan paru-paru baby. Doc Hazim cakap kita bagi 24 jam lah bagi ubat tu berkerja dulu untuk matangkan paru-paru baby. 

Petang tu mak datang lega nampak muka mak. Sian mak mesti risau. Mak risau kenapa itu kenapa ini.... hihihi relax mak, Jeng-jeng 6 Ogos 2014 tiba.

6 Ogos 2014 bersamaan 21 Syawal (Khamis) pagi tu hujan di Putrajaya. dup dap dup dap. Leen punya operation petang pukul 4 so start puasa just masuk air. Pukul 4 Leen di tolak ke dewan pembedahan. Husband, mak, abang ada sekali masa tu boleh dengar pakar bius tu brief. Leen masa tu perasaan macam2 rasa teruja takut semua adalah. Last2 masa briefing tu azan Asar masa tu Leen tawakal leen buang semua rasa tu tadi Leen kosongkan fikiran. Mak orang yang paling risau Leen nampak walaupun husband turut risau tapi masih boleh cover tp mak mmg tak boleh cover :-) 

Masuk je dewan tu mmg sejuk. Sejuk tahap gigil tak tahu kenapa. Leen diselimutkan tebal2. Suntik epidural dah suntik pakar bius tu buat ujian bius dah jalan ke belum then dia bagi tahu nnt masa operation berjalan awak akan rasa perut di godok2 sikit itu normal ok. Ok baiklah. Doc Hazim pun datang dia tanya apakabaarrrr? Sbelum tu nurse2 situ cakap kalau Doc Hazim yang operate selalunya 2 min je.. memang sekejap je dia buat. Ok baiklah. Walaupun dah di hadang pandangan Leen dengan meja ke apa ntah tapi sebenarnya boleh tengok daripada lampu atas tu kikiki...Memula Leen tak tahu tau tu apa tu..eh mcm perut aku je eh eh eh... Haaa sanggup ke tengok tak sanggupkan so toleh jelah kiri kanan. Doc bius tu tadi ada je atas kepala ni. Sambil borak2 tanya puan ok puan ok tak... Toleh kiri boleh nampak rumah iolls hihihi (rumah dekat dengan hospital). Tetiba kedengaran bunyi tangisan yang kuat. Ya Allah anak aku ke tu. Ya Allah syukur. syukur syukur syukur atas kurniaan ini Ya Allah. Menderu-deru tangisan aku jua. 

Nampak Fareeq di bawa keluar untuk dibersihkan. Pakar bius kat atas kepala tu cakap Tahniah. Doc Hazim yang tengah sedap borak2 tu tinjau sikit cakap "ui ui Tahniah lah ye bby boy" mmg sempoi Doc Hazim ni. Beberapa minit mcm tak sampai 5 minit kot Muhammad Al-Fareeq dibawa datang ke ibunya ini. Skin to Skin kata nurse tu. Fareeq elok diamnya. Sejuk gebu je pipinya. Nangis tak sudah ibunya. Nurse2 pun turut nangis agaknya tahu kesah silam Leen. Ada nurse tu bagitahu mak yang dia sebak tengok Leen. Hihihi malu iolls jgn gitewwww sis!

Dah skin to skin dah jahit. Leen di tolak ke bilik warmer. Untuk panaskan badan. Mcm tak caya dah bersalinkan anak hihihi.
Masa ni ibu tak keluar lagi dari dewan bedah. Fareeq nurse dah tolak ke wad. Family semua ikut naik wad. Oooo dah ada Fareeq lupa i kannn ok fine! 

Muhammad Al-Fareeq bermaksud general yang terpuji



Tudiaaaa sempoi ibu Fareeq di hari ke-2 dah duduk bersila, sambil makan pau. 

One happy family. 
Wahai zuriat membesarlah dengan sihat dan sempurna di mata ibu ayah.. dan moga- moga pengorbanan melahirka dan membesarkan mu.. mendapat syafaat ibu di akhirat kelak.. aaminn 

Tips: Kalau dah boleh budget anak keluar kecik tu cepat2lah beli baju petite baby. Leen tak muat mcm tu sian tgk anak baju gedebosh. Sebab memang tak sempat nak pergi beli. Kiteorg jangka Fareeq 3 kilo lebih sebab Fateeh dulu 3 kilo (40 minggu 5 hari) tapi nak buat cemana Fareeq nak tengok dunia awal hehehe...

Sekian cerita pengalaman bersalinkan Muhammad Al-Fareeq 




Thursday, February 18, 2016

Pengalaman Bersalin di FPP Putrajaya

Assalamualaikum, ok ok kita skip byk cerita. Cerita pasal US tak habis lagi. Zasss cerita pasal 

bersalin hehehe. Leen sahaja nak share pasal bersalin di FPP (Full Paying Patient di Hospital 

Putrajaya).  Bukan tujuan nak riak atau berbangga-bangga ye. Hanya nak kongsi maklumat.


Ramai yang tanya Leen kenapa nak bersalin di FPP sedangkan sah sah kena bersalin secara  Elective Cesarean. Yeps! Doktor yang sambut Al-Fateeh memang dah cadangkan kena c-zer if ada rezeki mengadung lagi.  Leen detect pregnant masa tu bulan 12 tahun 2014. Alhamdulillah.. and yang paling sweet my first date of last period is on 27 Nov 2014  Tarikh ni genap Al-Fateeh 2 tahun.
Detect je pregnant Leen terus bagi tahu husband nak bersalin di FPP Putarajaya dan nak pilih Doktor Hazim. Sebab :-
  • Nak gunakan kepakaran Doktor Hazim as HOD di Hospital Putrajaya
  • Dah tahu sejarah pasal Al-Fateeh
  • Dia pun ckp kalau rezeki mengandung nanti bolehlah bersalin di FPP Putrajaya
  • Boleh pilih doctor seperti di hospital swasta tapi facilities tip top sebab hospital kerajaan. 

Leen phobia masa kes Al-Fateeh dulu. So apa-apa hal terjadi semua dah ada kat hospital besar contoh blood bank, pump oxygen dan lain-lain perkakasan yang terkini dan lebih canggih.
So senang tak perlu nak cerita A to Z sangat sejarah silam dekat doktor. Kalau tak pilih Doktor dapat yang doktor yang check up lain yang sambut lain arghhh stress kena cerita cerita banyak kali.  Jump to conclusions Doktor Hazim cadangkan c-zer. Sebab c-zer :  
   
  • Taknak leen trauma
  • Mengelakkan perkara tidak diingini
  • Water bag   leaking awal
OK sambung cerita pasal FPP. FPP maksudnya Full Paying Patient. Kiranya semuanya berbayarlah 

kat sini. Wad untuk FPP ni ada di Tingkat 5 Hospital Putrajaya.  Proses nak mendaftar/booking 

untuk FPP :-


  • Tahu je pregnant kalau boleh tunggu kandungan betul2 stabil dalam 12 weeks mcm dah boleh call FPP dah. Call je Hospital Putrajaya sambung kepada FPP. Cakap kt operator tu nak book FPP. Nanti nurse tu soh pilih nak Doctor mana. 
  • Nanti Nurse tu bagi appointment date. Macam Leen dia bagi appointment masa kandungan dah masuk 6 bulan macam tu. 
  • Datang pada tarikh appointment tu.  Dah sampai di Hospital Putrajaya tu pergi kat kaunter Pendaftaran. Bayar terus. Bayar tak silap dalam RM150 ke RM60 lupa lah. Dah bayar timbang berat di tempat saringan kat tengah2 tu. Lepas tu letak buku pink kat kaunter ONG tapi untuk kepastian tanya dulu Nurse kat kaunter tu. Check mcm biasa. Nanti sebelum tarikh EDD tu ada 3-4 kali lagi jumpa Doc. 
Bila tiba nak bersalin nanti bayar RM1500 dulu sebelum di masukkan ke ward. Nanti nak discharge

nnt barulah bayar penuh. Macam Leen aritu kena RM4500. 


Ok blanje lah picture tunggu check up di FPP



Ok nanti kita sambung cerita pengalaman Leen bersalin pulak ye.
-        

Sunday, December 28, 2014

PENGALAMAN PERGI US : Travelling tips to US.

Assalamualaikum,

Ok sambung Day 3 di Washington DC


Mirror selfie skit. Send to husband di rumah yang tengah nyenyak tido. Beza waktu 12 jam.
Ni service apartment, dalam area kampung tapi toiletries dia Neutrogena  okey. 
Depan hotel. Cuaca time ni sejuk. Tapi gigih ar nak bergamba tak pakai jacket.
Dalam baju ada inner jenis turtle neck jadi kuranglah sejuk. 
Aku pergi sini memang tak sempat nak usha2 fashion2 terkini musim winter. Hahaha apa ada je aku pakai. Rugi jugaklah tapi nak buat mcm ne last minute :(

Antara iconic symbols of America.
Muka tu mcm malas je kan.... hihihi 

Lelap mata aku.


Kat negara omputeh daun macam ni pun nak bergambar.




Waktu lunch banyk van makanan ni tepi jalan. Ada yang halal. Tapi iolls makan dekat restoran.

Day 4.
Gitewww... Mcm malas je.
Macam jakun skit ar bila harga Starbucks murah murah murah. Memang hari-hari pekena croissant dengan hot chocolate. 

Di airport IAD.
From IAD to JFK.
Last day in WDC. Sedih nak tinggalkan tempat cantik. Tempat tenang ni.
Kannnnnnnnn dah cakap iolls tak banyak baju. Bag kecik tu pehtu ulang2 pakai baju yang sama. 
Baju tu ada 4 lapis tu. Inner, t-shirt teba, knit sweater dan jacket. 



Antara tips kalau nak jalan2 pergi Washington DC.



Peta Amerika.
Jangan silap ye. Washington dengan Washington DC beza. Kalau nak poyo skit panggil DC je (District of Columbia). Kalau ada rezeki teringin nak pergi California lepas ni. Terpengaruh tengok cerita The Heirs :)


Tempat shopping di WDC

Potomac Millis cuba click usha usha barang apa ada jual sana. Leen beli satu Kate Spade jenis Cobble Hill USD 89. Berbaloi sangat terus pakai pergi New York hihihi. Osh Kosh pun tengah sale mmg seronok shopping baju anak buah. 

Tysons Corner Center   yang ini memang mcm shopping malls mcm Parkson. 

TJ Maxx okey TJ Maxx ni best. Kalau kowang tak sempat nak pergi Potomac Millis singgah jap kt TJ Maxx. Tapi masa dekat WDC Leen tak beli apa-apa kat TJ Maxx. Member beli tie 20 lai brand MK baru 9usd sehelai. Memang murah. Hand bag pun ada. Kalau rasa beli winter coat, windbreaker,sweater mahal di Malaysia dtg US pergi TJ Maxx haaa beli kt sini. Murah2. Dia jual longgok ikut saiz ada yang gantung. Ikut saiz ye bukan ikut brand. 


Tax di Washington DC

Setiap pembelian dikenakan GST. Jadi pandai-pandailah budget hihihi.

Tempat makan 

Pernah sekali 2 kali je makan di restoran halal. Memula makan di Restoran Arab, Mcm biasa makan nasi arab and kebab. Lepas tu makan di Restoran ower dia from Malaysia tapi orang cina. Pekerja Indon, My Banana Leaves. Boleh click tengok menu dia.





Ini je kot cerita di Washington DC. Jumpa di next entry. Hello New Yorkers.










Friday, December 26, 2014

PENGALAMAN PERGI US : Part 2 Washington DC

Assalamualaikum,

Ok sambung. Check in kt Hotel
Hotel ni hotel macam lama. Dalam kawasan kampung di WDC.

Ok mmg tak sangka sangat boleh jadi berani tinggal sensorang dalam bilik studio appartment kot siap dapur bagai. Boleh masak. Tapi mmg takkkkklah aku nak masak. Tapi ok je taklah scary sangat. 
Fall...Let it fall..let it fall.


 Day 2
The World Bank.


Georgetown University



Gitewww bekas student GU. 

Jalan-jalan di Bandar WDC
Bangunan kat sini tak tinggi. 
Tak boleh lebih tinggi daripada Washington Monument


Kaki selang. Control.

Budget candid. Mulut kemam. Jalan kaki ke White House.
The White House.

The Lincoln Memorial. 

ntah hp samsung sapa n

Washington Monument 

Ok ok sapa perasan angkat tangan... hihihi gigih iolls nak bergambar kt sini. Ni tempat shooting cerita Oh My English!
Masa tgk OME Hello America! Memang teruja sangat nak pergi NY dan WDC. Tapi mcm simpan je hajat tu. Mampu cerita kat suami je. Rasa mcm mustahil sangat dapat pergi US. Tapi Alhamdulillah rezeki dapat jugak jejaki kaki di sini. 


Suka suka sangat cerita ni. 
Sekarang ni tengah fokus siap hafal dialog cerita Karipap Strawberry Sesat Kat Paris

Hehehe mana tahu lepas ni boleh g Paris pulak.

Kalau beli barang kt Gift Shop White House dapat 3 kali snap picture kt background White house hahaha layannnn kan je.


Sian yang lain ingat boleh sowang satu bergambar 3 kali snap tu. Sat lagi seorang je. Yang kelakar nya guna HP sendiri 

Lepas dah berjalan kat area bandar. Pergi makan kat Kedai Arab. Sorry takda pic hp dah abis bateri.
Petang pergi Potomac Outlet. Memang sakan tgk handbag Kate Spade. 



End of day 2.