Thursday, September 4, 2014

Laman Grill, Kajang

3 September birthday Nuar. So petang 2 September tu aku ajaklah Nuar makan luar. Hehehe tapi ...... tapi bukan aku yang blanje. Nuar yang belanje hahaha. Ko rasa? 

Memang dah lama usha Laman Grill ni tapi tak berkesempatan je nak pergi. Ok jom layan gambar dulu. Nanti aku cerita pendapat aku.

Decoration sebelum nak masuk. Bunga layu di situ. Sila siram


Mushroom Cappuccino


New Zealand Lamb Cutlet and Turkish Lamb Kebab

New Version Marbled ‘Chicken Chop’

Ini pendapat dan selera aku lah ye. Selera orang berbeza-bezakan. Takperlu buat reservation mungkin sebab tak ramai orang weekdays so kami walk in je. Time aku datang tu takda orang buka kan pintu hehehe (wat you expect Leen oi) kami dah duduk and order. Harga makanan memang standard hotel. Ambiance restoran aku suka. Romantic! Lampu ok, air cond ok... sedang eloklah. Memang sesuai ar ng jiwa balik kerja+lapar+nak raikan birthday boy. Tapi alahai pekerja-kerja kat situ plak memekak. Jenis gelak kuat cakap kuat satu restoran boleh dengar. Yelah aku budget restoran tu mcm 'best-bestlah' aku bg 3 bintang jelah utk pekerja2 kat situ. Elok lagi behavior  pekerja2 Secret Recipe.  Dulu aku pernah kerja kt Pizza Hut, uuui Manager aku marah kalu staff dining yang duduk berkumpul berborak walaupun takda kerja kena berdiri sensorang jangan berpatner. Tapi kat Laman Grill siap duduk satu table ada yang main hp juga.

Masa aku order tu aku cakap soup tu sebagai starter. Oklah sampai awal soup tu. Sat lagi aku ng Nuar belum selesai lagi soup tu kiranya tengah menyuap sampai main dish kteorg. Menggagau aku mengabiskan soup tu tapi tak leh nak abiskan secepat mungkin. Sebab tak sampai 5min aku dpt soup.  Pulak rotinya hangit. Minta tukar xboleh. Takpa lah bedal je perut lapar.

Aku order Chicken Chop pada aku sos dia sedap. Tapi ayam tu salut ng cornflakes bg aku mcm tak kena plak. Kalau breadcrumb tu sedap aku rasa. Tak abis aku makan. Nuar cakap Lamb dia sedap, sos ok. Air kiteorg juice tembikai dan ice lemon tea. Total lagi seposen nak RM100.

Mungkin aku high expectation kot tapi actual macam tu terus hampa.

2 comments:

  1. Saya pernah makan laman grill di shah alam beberapa kali..so far..kakitangan dan suasana di sana mmg seiring dengan harga makanan dan standard restaurant ini. Mgkn outlet disana dijaga sendiri oleh chef (pernah sekali pergi ada chef disana)..

    Di laman grill, steak mmg sedap terutama rib eye..tapi menu pasta2 agak kurang sedap.

    ReplyDelete
  2. lah yeke leen? sian leen.. ida pergi masa tu malam, mmg sunyi sepi.. ramai orang. dgr orang berborak kiri kanan je. sbb staff sibuk buat kerja. huhuhu.. tpi lamb die mmg terbaikkkkkkkkk!

    ReplyDelete

Thanks babe for leave a comment